بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
E-Waste Guidelines |
Ianya adalah salah satu langkah dalam pengurusan sisa buangan untuk pencegahan, mengenal pasti, mengawasi, pemulihan, pengurusan, kitar semula dan pelupusan bahan buangan untuk mengurangkan kesan kepada kesihatan, alam sekitar dan estetika kehidupan
Kod SW 110 mengkategorikan bahan buangan barangan elektrik dan elektronik sebagai barangan yang mengandungi komponen seperti accumulators, mercury-switches, glass from cathode-ray tubes atau polychlorinated biphenyl-capasitors atau mengandungi cadmium, mercury, lead, nickel, chromium, copper, lithium, silver, manganese serta polychlorinated byphenyls.
Akta Alam Sekitar - Environmental Quality Act, 1974
E-Waste juga tersenarai dalam kod A1180 dan kod A2010 di bawah Annex VIII, List A of the Basel Convention on the Control of Transboundary Movements of Hazardous Wastes and their Disposal 1989. Oleh kerana Malaysia salah seorang anggotanya maka kita tertakluk dibawah peraturan Convention tersebut. Semua urusan import dan eksport perlulah medapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar dibawah akta Section 34B(1)(b)&(c), of the Environmental Quality Act, 1974.Akta section 34B(3) of the Environmental Quality Act, 1974 ini digunakan sebagai garis panduan bagi mengenal pasti dan mengkategorikan barangan terpakai dan terbuang bagi barangan elektrik dan elektronik. Ianya mesti diguna pakai oleh pihak-pihak berkaitan iaitu :
- Pihak yang membuang
- Pihak yang mengangkut
- Pihak import dan eksport
- Pihak yang berkaitan dengan pengurusan bahan buangan e-waste
Kategori Barangan E-Waste dibawah Kod SW 110
- “Direct re-use” bermaksud keseluruhan barangan elektrik atau elektronik (termasuk komponen) tersebut yang boleh diguna pakai semula dan berfungsi seperti asal.
- “Recycling” bermaksud barangan elektrik dan elektronik tersebut boleh di kitar semula atau diproses menjadi material asal setelah di asingkan komponennya.
- “Recovery” bermaksud barangan elektrik dan elektronik tersebut diubah suai serta diguna pakai menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi dan nilai.
- “Disposal” bermaksud barangan elektrik dan elektronik tersebut perlu dilupuskan.
Karaktor barangan yang termasuk dalam kategori barangan e-waste (termasuk dalam kod SW 110) adalah barangan dan komponen elektrik dan elektronik terbuang yang mempunyai ciri-ciri :
- Rosak dan tidak berfungsi iaitu dimana tiada punca kuasa yang mampu menghidupkannya
- Rosak fizikal luaran atau dalaman yang mengganggu fungsi dan keselamatan
- Rosak akibat dari sistem seperti hard disc
- Bateri yang tidak boleh di cas semula
- Kerosakan akibat dari cara dan kaedah pengangkutan
- Kerosakan atau kecacatan yang membuatkan barangan tidak bolej dijual
- Barangan elektrik dan elektronik yang hendak dibuang atau dikitar semula
- Barangan elektrik dan elektronik yang tamat tempoh tarikh luput
- Barangan elektrik dan elektronik yang tamat tempoh jangka hayatnya
- Komponen elektrik dan elektronik yang tidak mengandungi bahan yang boleh larut.
- Komponen elektrik dan elektronik yang berusia kurang dari tiga tahun dan termasuk dalam kategori "Direct re-use"
E-Waste Dan Alam Sekitar
Sebenarnya barangan elektrik dan elektronik tidak boleh di buang dengan mudah seperti membuang barangan buangan biasa. Ianya perlu dikategorikan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Setiap individu yang didapati melanggar akta Section 34B(1)(b)&(c) tersebut dan disabit kesalahan, hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih dari lima ratus ringgit boleh dikenakan.
Mujurlah undang-undang ini tidak sepenuhnya dikuatkuasakan kepada orang awam. Ianya lebih tertumpu kepada industri dan badan yang berkaitan atau terlibat dengan e-waste pada skala atau kuantiti yang besar.
Pengurusan yang betul dan mengikut garis panduan yang ditetapkan dapat mengurangkan sisa buangan dan seterusnya menjaga dan memelihara alam sekitar daripada musnah akibat penggunaan sumber semulajadi dan sisa buangan.
Artikel ini diterbitkan sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014
Sumber rujukan :
1. Jabatan Alam Sekitar Malaysia
2. Guidelines for the Classification of Used Electrical and Electronic Equipment in Malaysia
Mujurlah undang-undang ini tidak sepenuhnya dikuatkuasakan kepada orang awam. Ianya lebih tertumpu kepada industri dan badan yang berkaitan atau terlibat dengan e-waste pada skala atau kuantiti yang besar.
Pengurusan yang betul dan mengikut garis panduan yang ditetapkan dapat mengurangkan sisa buangan dan seterusnya menjaga dan memelihara alam sekitar daripada musnah akibat penggunaan sumber semulajadi dan sisa buangan.
Artikel ini diterbitkan sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014
Sumber rujukan :
1. Jabatan Alam Sekitar Malaysia
2. Guidelines for the Classification of Used Electrical and Electronic Equipment in Malaysia
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
15 comments - "Kategori Barang Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-Waste)"
perkongsian yang menarik serta bermanfaat...
Terima kasih atas perkongsian dan ilmu ttg ewaste ni ye BM..:)
Kakak kalau batteri kereta biasa memang ada lori beli balik tapi macam printer yg rosak, CPU semua kakak just lontar aje kat tong sampah. Tak terfikir nak cari recycle company yg nak beli. Lain kali kakak akan cuba tak buang begitu aje...
good entry..
bagus sekali entri nie.. lain dari lain... ^_^ kat malaysia kita masih jauh ttg hal kesedaran ini
Kebanyakkan kita tahu menggunakan shj barang2 mcm tu.. habis madu sepah dibuang. Bumi juga yg menanggung sengsara... :(
Terima Kasih atas info yang menarik.. :D
ewasie ni mmg menyemak alam sekarang ni sbb kebanyakan brg letronik sekejap saja tamat waktu penggunaannya...mcm diapers pakai buang jer..
yang ni saya pernah dengar tapi tak begitu ambil tahu
apapun thanks untuk info ni BM
aku ada 3 bijik telefon lama nak dilupuskan..hu3
lbh senang klu brgn elektrik rosak , letak jer kat depan umah . tau la pbt pungut nanti . teringat kartun e-wall
huhuhu.....banyak kategori jugak yer?
Bunda pun sama macam kak zakie...kadang bunda tanya orang lori sampah tu nak tak radio, bateri atau kipas lama2 tu...kalu dorang nak bunda bagi jer...dari menyemak dalam rumah...
infonya sangat baik untuk di contoh. .thank ya sobat
Terimakasih atas infonya,sangat berguna buat saya. .salam sukses!!
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”