بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap tahun pada 21 hingga 27 Oktober, Jabatan Alam Sekitar (DOE) di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar akan menganjurkan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM). Pada tahun ini MASM membawa tema "Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari".

Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014
Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014

Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) ini diadakan sebagai satu kesedaran dan tindakan akan kepentingan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar untuk mencapai matlamat utama Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) iaitu :
  • Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG)
  • Pembangunan Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (EPI)
  • Menggunakan Tabung Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) untuk kemudahan Alam Sekitar GlobaL
  • Mengukuhkan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
  • Mengukuhkan Aktiviti Penguatkuasaan
  • Meningkatkan Kualiti Air
  • Meningkatkan Kualiti Air Laut
  • Meningkatkan Kualiti Udara
  • Melindungi Lapisan Ozon
  • Pembangunan Kesedaran Alam Sekitar dan Index Komitmen
  • Meningkatkan Kesedaran Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk mencapai; 
  1. Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
  2. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.
  3. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.
Untuk mencapainya terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
  • Pengawasan Alam Sekitar
  • Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  • Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  • Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  • Membuat Keputusan Bersepadu
  • Peranan Sektor Swasta
  • Komitment dan Kebertanggungjawaban
  • Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar.

Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia 2014

Kemuncak kepada Minggu Alam Sekitar ini, satu majlis perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 1 November 2014 di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.

Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014

Pelbagai acara dan program menarik akan diadakan pada hari tersebut dan anda semua dijemput hadir.

Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014
Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014

Semoga Minggu Alam Sekitar Malaysia 2014 ini mencapai matlamat yang disasarkan. Alam sekitar adalah khazanah berharga yang perlu dijaga dan dipelihara oleh setiap individu demi kehidupan yang selamat, sihat dan sejahtera di masa kini dan masa hadapan.

Maklumat lanjut tentang MASM boleh anda perolehi melalui Rakan Alam Sekitar :

p/s: Puas mencari maklumat tentang tema MASM 2014. Kenapa dan tujuan/objektif ianya dipilih.... ada siapa yang tahu?

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

12 comments - "Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014"

Khir Khalid delete icon 9:30 PTG

Bersamalah kita semua sentiasa menjadikan tanggungjawab menjaga alam sekitar utk kebaikan generasi mendatang.

paridah delete icon 9:34 PTG

assalam...minggu alam sekitar moga meningkatkan kesedaran kita agar menjaga alam sekitar sebaiknya...

singgah malam.. dapat info menarik..hihi BM tak jauh dari kg kak nah ni..dalam 8km je kut..nak balik ke tak..nak balik ke tak ni..

jaga alam sekitar ni perlukan komitmen dari semua pihak...kasihanilah kondisi alam sekitar kita sekarang ini huhu ;-(

Semoga kita lebih alert mengenai alam sekitar ..Laksanakan tanggungjawap kita untuk menjaga alam sekitar ..

Kathy R'bain delete icon 10:18 PTG

moga kita lebih menghargai alam sekitar. semua pilihan di tangan kita. buatlah pilihan yang terbaik...

titan delete icon 1:04 PG

hoho..

hari ini baru aku tahu ada minggu macam ni.

Nurul Hidayah delete icon 12:24 PTG

Menjaga alam sekitar tanggungjawab kita semua

Yana Yani delete icon 1:44 PTG

benda ni pun saya baru tahu, lagilah pasal tema dia
memang tak tahulah jawabnya =)

Sama-samalah kita peka mengenai alam sekitar ni...

Vee Sandi delete icon 7:56 PTG

buat kat kedah ... kat sini x de lah yg ambil tahu gamaknya . x nampak ada promosi pun .

assalamualaikum.saya saiful pengurus homestay darulaman park menawarkan sewa homestay rm 150( sehari) bagi yang terlibat program Minggu Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan Di bandar darulaman kedah.berminat hubungi di talian 0123641436

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap