بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Artikel Relaks Minda Diterbitkan di Akhbar!
Relaks Minda di Akhbar
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tidak terlewat rasanya nak berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Bukan sengaja tetapi kerana kesibukan sejak akhir-akhir ini membataskan masa sehingga nak buka facebook page sendiri pun tak sempat. Ada sahaja masa terus buka blog untuk draft entri untuk diterbitkan. 

Dalam sibuk tanpa disedari pada 29 Oktober yang lalu, satu pm di Facebook Page Relex Minda yang sangat mengujakan telah masuk.

Tidak pernah sesekali menjangkakan mahupun terlintas difikiran bahawa artikel di Relaks Minda ini mampu menarik minat orang lain untuk diulas dan diterbitkan semula. Maklumlah... blog picisan ini bukannya popular dan dikenali ramai. Siapa lah Bin Muhammad...

Kini, satu catatan sejarah dan pengalaman manis apabila buat pertama kalinya sebuah artikel di Relaks Minda @ relakssminda.blogspot.com mendapat perhatian dan diulas serta diterbitkan oleh sebuah akhbar di luar negara.

Artikel Relaks Minda Diterbitkan di Akhbar!
Akhbar Media Permata

Artikel Relaks Minda Di Akhbar Media Permata

Sebuah rencana yang diterbitkan pada 30 Oktober 2014 oleh Media Permata, sebuah akhbar berbahasa Melayu utama di Brunei telah memilih sebuah artikel di Relaks Minda iaitu "Pasu Dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu" yang diterbitkan pada 18 Jun 2013 untuk dijadikan topik dan ulasan melalui rencana bertajuk "Pasu Dan Bunga" diruangan 'Dekorasi' di akhbar tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan terutama kepada penulis akhbar Media Permata yang dikenali dengan nama Matnor CM kerana sudi memilih dan mengulas sebuah artikel di Relaks Minda dan menerbitkannya untuk tatapan pembaca akhbar anda di Brunei. Amat-amat saya hargai...

Saya hanya mendapat satu salinan pdf rencana tersebut dari Matnor CM. Terima kasih diucapkan... dapatlah juga ianya disimpan sebagai kenangan maklumlah, nak dapatkan akhbar tersebut mungkin tak akan dapat... kat Brunei tu.

Artikel Relaks Minda Diterbitkan di Akhbar!
Artikel Relaks Minda Diterbitkan di Akhbar!

Semoga rencana tersebut dapat memberi sedikit manfaat dan pengetahuan kepada pembacanya. Kini matlamat 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' berada dilandasan yang tepat seperti yang disasarkan. Syukur, Alhamdulillah... Terima kasih kepada sahabat dan tetamu yang telah dan terus menyokong kewujudan blog ini...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

29 comments - "Artikel Relaks Minda Diterbitkan di Akhbar!"

Abam Kie delete icon 10:22 PG

tahniah! teruskan menulis artikel2 yg berkualiti..

Unknown delete icon 10:22 PG

Alhamdullilah..tahniah ye uncle BM..

Tahniah BM!
Itulah dah kakak kata BM punya blog bukan saja membuka minda dan mata masyarakat negara kita saja. Tetapi pihak luar juga nampak kematangan blog Relaks Minda ini.

Kalau dia boleh courier akhbar tu buat BM alangkah baiknya kan..

tahniah BM... semoga terus sukses

Tanpa Nama delete icon 1:08 PTG

Tahniah BM, memang terbaik..:)

Blog Santai delete icon 1:15 PTG

Tahniah BM..seronokkan bila ada yang mengulas tentang apa yang kita tulis..keep up the good work k...

tahniah..tahniah..tahniah...akak tumpang bangga dgn BM..:)

Saya turut berbesar hati. Tahniah...

Bunda_nora delete icon 2:12 PTG

Tahniah BM...memang cantik2 pun gambar2 yang BM up kan...terutama tentang recycle/diy bahan2 terbuang ..pemandangan dan tumbuhan seperti ini...

Dari mana BM dapatkan sumbernyer...cantik2 sangat...

Unknown delete icon 3:07 PTG

Tahniah BM . semoga RM akan lebih dikenali nanti ...

paridah delete icon 3:44 PTG

tahniag BM...artikel berkualiti pasti jadi perhatian sesiapa saja...

Tahniah BM..

Tanpa Nama delete icon 4:15 PTG

tahniah

Tahniah BM ..makin mengancam hehehe ..melangkah keluar negara hehehe ..Allthebest sahabat maya ...Teruskan berjuang untuk jadi yang terbaik dalam penulisan ...

Fiza Rahman delete icon 4:30 PTG

Tahniah ☺

Unknown delete icon 5:37 PTG

Tahniah abam BM..semoga terus berkarya

Tahniah tahniah tahniah.... susah orang nak dapat masuk paper negara ni lagi lagi lah paper luar.... tahniah sekali lagi

Unknown delete icon 6:44 PTG

Alhamdulillah.. tahniah BM.. dan sy tumpang bangga sekaki.. erkk BM kenal Mieza takk?? Hahahaha

weschairs delete icon 7:05 PTG

Kena buat makan makan nampak gayanya ni

Wah, ini sudah hebat! Tahniah, BM.

mselim3 delete icon 10:35 PTG

Assalammualaikum.. BM,

bagusnya.. tahniah BM .. suatu pencapaian yang membanggakan.. dan kami kekawan tunpang gembira jugak.. keep up BM.. moga artikel anda menjadi sumber inspirasi kepada pembaca2 di luar sana k... teruskan berkarya tanpa kenal penat dan jemu..

mselim3

Khir Khalid delete icon 12:27 PG

Alhamdulillah tahniah BM.. satu kejayaan yg membanggakan. Saya pun turut bergembira membaca artiken tu. Tahniah & semoga terus berjaya... aamiin. All the best.. :)

Tahniah BM.

tahniah dan sewajarnya bro BM memang layak kerana mutu penulisan memang terbaik

BinMuhammad delete icon 2:07 PTG

Terima kesih kpd semua yang mengucapkan tahniah dan sentiasa bersama serta menyokong Relaks Minda... Anda semua amat2 saya hormati dan hargai :)

Unknown delete icon 6:29 PTG

waaaa beznye. tahniah BM. beznye artikel masuk paper. tp mmg cantik dekorasi bunga tu

Yana Yani delete icon 3:45 PTG

aritu dah baca artikel ni, tapi belum sempat nak meninggalkan jejak
tahniah BM! bukan senang dapat masuk akhbar
boleh dijadikan satu cerita dan kenangan di masa depan
tahniah sekali lagi ye =)

Tanpa Nama delete icon 4:59 PTG

Tahniah dan syabas BM. memang layak pun belog RM ini mendapat penghormatan sedemikian.

Unknown delete icon 3:20 PTG

wah..tahniah BM.kak nah tumpang gembira.. maju n terus maju..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap