بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Benarkah blogger boleh buat duit online? Ya... tidak dapat dinafikan, seorang blogger memang boleh buat duit online dan ianya sudah terbukti, cuma yang membezakannya hanyalah jumlah income.... sama ada banyak atau sedikit.

Blogger Buat Duit Online
Blogger Buat Duit Online
Apabila anda bergelar seorang blogger bermakna sudah pasti anda mempunyai sekurang-kurangnya sebuah blog. Blog merupakan salah satu media sosial yang sangat meluas penggunaannya serta bebas tanpa sempadan.

Ia merupakan satu medium perkongsian yang boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja, oleh itu ianya punya potensi menjadi platform terbaik untuk buat duit secara online. Apa yang paling penting, sesebuah blog mestilah boleh dikunjungi pelayar internet.

Jika blog tersebut punya pengaruh dan kelebihan dari sudut populariti, SERP, ranking, trafik dan ada keistimewaan yang tersendiri, ianya menjadi satu bonus yang akan meninggikan jumlah duit yang mampu diperolehi.

Ada banyak cara untuk blogger buat duit secara online. Diantaranya adalah :

Buat Duit Online - Paling Mudah Dan Percuma

Cara yang paling mudah untuk buat duit online tanpa perlu bersusah payah serta modal adalah dengan meletakkan iklan di blog. Untuk meletakkan iklan di blog ada dua cara iaitu :
  1. Melalui syarikat pengiklanan diantaranya adalah Adsense, Nuffnang, Komli, Advertlets, H12, Mediawhite, Innity, Geniee, SwitchAds, PopAds dan sebagainya. Anda hanya perlu mendaftar dan letakkan iklan di blog. Hah! lepas tu... tunggu sajalah duit masuk. Cara perolehan pula bergantung pada cara yang ditetapkan oleh syarikat pengiklanan tersebut. Ada yang mengikut jumlah klik dan ada yang mengikut jumlah pelawat.
  2. Keduanya adalah melalui pengiklanan terus iaitu dengan menawarkan ruang sewa tapak iklan di blog. Letaklah berapa harga yang yang anda mahukan! Tapi berpada-padalah nak letak harga, orang kata... "ukur baju dibadan sendiri." Kalau popular dan trafik berjuta-juta tu bolehlah demand sikit kan...
Cara Blogger Buat Duit Online

Oleh itu tiada sebab kenapa blogger tidak boleh buat duit online kerana ianya sangat jelas dan mudah sekali. Namun untuk mendapat perolehan yang lumayan, cara ini agak sukar melainkan blog anda mampu meraih kunjungan berjuta-juta pengunjung sebulan tetapi ianya bukanlah satu kemestian. Blogger ini telah buktikannya... "Ribuan RM dengan Nuffnang"

Buat Duit Online - Mudah Dengan Sedikit Usaha

1. Sertai Contest, Segmen dan GiveAway (GA).
  • Blogger-blogger di Malaysia ni memang pemurah. Hampir setiap hari ada sahaja Contest, Segmen atau GA yang dianjurkan. Hadiahnya juga tidak kurang menarik! Malah wang tunai juga sering dijadikan hadiah. Itu belum dikira dengan syarikat-syarikat yang menganjurkan peraduan yang lumayan sekali nilainya.
  • Sertailah contest, segmen ataupun GA ini dan mungkin anda bertuah menjadi pemenang. "Jika tidak dipecahkan ruyung, makan dapat sagunya"... Kalau nak duit perlulah sedikit usaha. Tuah dan rezeki hanya akan datang buat mereka yang mencuba... Sekarang ini sedang hangat berlangsung contest SEO : Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. anjuran akmaomar.com. Lumayan juga hadiahnya... 
2. Program Affiliate
  • Buat duit melalui program Affilate. Program affiliate ini boleh anda dapat melalui Ashadee, Amazon, Klikjer, Jvzoo, Agenaffiliate, Affiliate Kerjaya, Lazada, Zalora, Affiliate Hartanah dan banyak lagi. Anda hanya perlu mendaftar dan dapatkan kod iklan affiliate, lepas tu letakkan di dalam blog. Jika ada orang klik iklan dan buat belian, maka anda akan mendapat komisen daripada pembelian tersebut. Komisen berbeza-beza mengikut produk. 
  • Cara ini memerlukan sedikit kemahiran dan usaha untuk anda melakukan promosi, menjual dan memikat... Anda ada kemahiran tersebut? Jika mahir dan betul caranya, tidak mustahil anda boleh menjana beribu-ribu ringgit! Belajarlah ilmu ini dari salah seorang pakar yang tersenarai di bawah ini... Prof Hariz
Blogger Buat Duit Online

Tetapi anda dinasihatkan mengambil program affiliate yang menawarkan program ini secara percuma kerana kalau berbayar tu selalunya ada unsur penipuan dan juga untuk mengelakkan anda kecewa sekiranya gagal!

3. Jadi Agen Jualan (Dropship)
  • Siapa kata tanpa ada produk anda tidak boleh berniaga! Sekarang ini segalanya tidak mustahil malah tanpa perlu ada wang pendahuluan atau modal! Dengan hanya menjadi orang tengah atau agen jualan kepada sesuatu barangan atau syarikat yang menjalankan transaksi dan penghantaran secara online anda sudah boleh buat duit. Anda cuma perlu lakukan promosi dan dapatkan order serta bayaran kemudian lakukan pembelian pada syarikat tersebut. Syarikat terbabit pula akan uruskan penghantarannya. 
  • Keuntungan pula bergantung kepada margin harga yang anda letakkan berbanding harga sebenar. Keuntungan ini akan lebih tinggi jika anda mampu mendapatnya pada harga istimewa dari syarikat terbabit.
Blogger Buat Duit Online

Buat Duit Online - Melalui Kemahiran

1. Program Advertorial
  • Anda ada kemahiran menulis? Jadi blogger mestilah mahir menulis... apatah lagi jika kemahiran menulis ditambah dengan kemahiran memujuk, mengulas serta mempromosi, maka anda amat berkelayakan untuk buat duit melalui program advertorial ini. Program advertorial adalah umpama review, ulasan dan promosi sesuatu produk, perkhidmatan atau aktiviti yang ditawarkan kepada anda oleh individu atau syarikat untuk diterbitkan di blog anda. 
  • Ianya agak lumayan bergantung kepada kekuatan penulisan, tarikan serta promosi, populariti, SEO dan trafik. Percayalah ada yang mampu membuat duit RM1K hanya dengan sebuah artikel advertorial! Namun, jika anda sukar nak dapat tawaran, kini ada servis untuk mendapatkan program advertorial ini iaitu melalui Advertorial.My. Cubalah...
2. Perkhidmatan (Service) Online
  • Jika anda ada kemahiran dalam sesuatu bidang seperti servis blogger (membuat dan membaiki template, website, SEO dan sebagainya yang berkaitan teknikal blogging), servis komputer dan software, servis kereta, servis guaman, kaunseling dan apa sahaja kemahiran profesional yang boleh anda berikan kepada yang memerlukan..
  • Gunakan blog sebagai salah satu cara memberi informasi dan pada masa yang sama menawarkan perkhidmatan (servis) secara online melalui komunikasi secara terus melalui komen diblog, media sosial, sidang video, email dan sebagainya yang bersesuaian dengan servis yang anda berikan. Anda berhak mengenakan bayaran pada setiap perkhidmatan yang anda berikan kerana kemahiran profesional ini adalah satu kemahiran yang amat tinggi nilai dan harganya.
Blogger Buat Duit Online

3. Buat dan Jual Ebook
  • Selain dari itu, kemahiran dan pengetahuan anda dalam sesuatu bidang adalah sesuatu yang boleh anda niagakan kerana ianya amat berharga dan menjadi rujukan serta panduan buat mereka yang memerlukan. Ingatlah, ilmu yang anda miliki itu bukannya anda perolehi dengan mudah dan percuma maka tidak salah jika anda mendapat pulangan hasil darinya. Oleh itu, curahkan ilmu, kemahiran serta kehebatan yang anda miliki di dalam bentuk tulisan. Jadikan ianya sebuah buku atau ebook! 
  • Ini adalah salah satu cara untuk anda buat duit secara online. Untuk mudah dipasarkan, selain dari anda lakukan jualan dan promosi secara terus, masukkan ianya dalam perkhidmatan program affiliate. Nak tahu pasal ebooks... belajarlah dari blogger INI sambil makan cendol. 
Blogger Buat Duit Online

Memajukan Perniagaan Dan Buat Duit Online

Jika anda ada produk sendiri atau seorang ahli perniagaan MLM seperti Shaklee, maka blog adalah medium terbaik untuk memajukannya melalui promosi dan buat duit tambahan tanpa modal. Anda juga sudah sedia maklum, sekarang ini bisnes secara online semakin berkembang dan menjadi trend masa kini. Rebut kesempatan ini dan lakukan jualan melalui blog anda!

Anda tak perlu nak keluar modal atau bersusah payah keluar kesana-sini untuk lakukan promosi dan jualan. Gunakanlah kelebihan media sosial ini semaksima mungkin. Letakkan iklan dan terbitkan entri tentang keistimewaan produk anda. Jalinkan ikatan dengan ramai blogger dan follower. Usahalah sikit...takkan nak harap duit datang bergolek...

Buat Duit Online Secara Halal dan Tunaikan Tanggungjawab

Aku tak ada pengalaman sendiri yang boleh dibanggakan untuk dijadikan contoh dan panduan tetapi tidak sesekali menafikan bahawa melalui blog boleh buat duit secara online. Melalui medium pengiklanan dan sertai contest adalah yang paling mudah untuk aku praktikkan malah telah menuai hasilnya.  Namun begitu, menjana pendapatan online ini bukannya matlamat aku yang utama, ianya hanyalah aktiviti sampingan kerana bagiku... Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama.

Blogger Buat Duit OnlineTidak kiralah melalui apa cara sekalipun yang anda lakukan untuk dapat duit secara online ini, tapi yang paling penting pastikan ianya adalah halal dan mengikuti hukum syariat. Duit yang banyak tanpa keberkatan akan hanya sia-sia bak aliran air sungai yang mengalir ke laut lepas.

Walaupun pencapaian diutamakan tetapi tanggungjawab dan kewajiban mesti didahulukan. Jangan lupa bahawa setiap rezeki yang anda terima ada hak untuk orang lain, maka tunaikanlah rukun zakat. Murahkan rezeki anda dengan infaq dan bersedekah.

Capailah kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan." (Al Baqarah : 110). 
"Sesiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat gandakan kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan." (Al-Baqarah: 245).

Artikel ini adalah bagi memenuhi syarat cabaran terakhir Contest iPhone 5s Gajet Idaman Setiap Blogger yang dianjurkan oleh denaihati.com. Semoga berjaya juga buat semua 70 peserta akhir.

Penaja Utama :
Penaja Individu :
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

45 comments - "Cara Blogger Buat Duit Online"

Yana Yani delete icon 2:52 PTG

ooo...untuk contest rupanya, all the best BM =)

paridah delete icon 2:58 PTG

assalam banyak peluang bagi yg berilmu buat duit elalui blog ni...kak doakan BM berjaya melepasi cabaran akhir contest denai hati ni...

semoga berjaya BM...sangat puas hati membaca apa yg dicoretkan..

Etuza delete icon 3:10 PTG

Asalam BM semoga berjaya ya..tengok lah otai berblog Cool ja sesuai lah sangat RELEX kan...ada rezeki juga tu BM

Good luck BM.

Fiza Rahman delete icon 3:32 PTG

Good luck.

Unknown delete icon 3:54 PTG

Good luck uncle

mselim3 delete icon 4:00 PTG

Assalammualaikum... BM,

moga berjaya yer... insaallah ada rezeki dapat i phone ... k Amin...

mselim3

As salam BM, wahh..dah masuk fasa akhir cabaran contest Iphone ni ye..tahniah dan semoga berjaya BM..:)

Tanpa Nama delete icon 5:17 PTG

Semoga berjaya BM..:)

ohcikgu delete icon 5:40 PTG

itulahh..

memang kagum gak dengan mereka semua tu. jelesnya..

Unknown delete icon 5:57 PTG

bagus tips di atas buat saya yg suka beronline. blh jana income. blh cover duit topup utk broadband. all the best BM. moga BM n kengkawan lain termasuk sy ada peluang memenangi hadiah ipong digemari ramai

Salam BM.. entry yang sangat bagus, akan kembali membacanya untuk lebih memahami.. and all the best for the contest ya :)

Denaihati delete icon 9:01 PTG

billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

Unknown delete icon 10:06 PTG

semoga berjaya . tips ini juga berguna pd yg berminat menjana income melalui blog .

name delete icon 5:17 PG

bagus artikel ni..satu cara lagi untuk
buat duit dengan simkad..cuba try..modal rm90 jer.

Good Luck BM..

Semoga berjaya BM..

Hero Borneo delete icon 11:33 PG

terbaiklah entri ini..besar juga point itu nanti..semoga berjaya bro BM

Semuga berjaya...

ANIM delete icon 12:35 PTG

all the best BM.. nampak sangat kesungguhan BM. in sha Allah, berkat usaha, apa yg diidamkan akan berhasil

iZiVio delete icon 12:38 PTG

Dasyat la.. panduan lengkap ni.. dah boleh buat e-book ni.. hehe..
Thanks!

Unknown delete icon 3:01 PTG

muga berjaya BM...

Umi Nazrah delete icon 4:43 PTG

tips yg sangat membantu. biz online ni nak dengan tak hendak je
all the best jugak utk contest tu ;)

BinMuhammad delete icon 6:42 PTG

Terima kasih Yana :)

BinMuhammad delete icon 6:43 PTG

Terima kasih Kak Paridah...

BinMuhammad delete icon 6:44 PTG

Alhamdulillah...Terima kasih Kak Kamsiah

BinMuhammad delete icon 7:48 PTG

Waalaikumsalam... Terima kasih cikgu. Cool ke... :)

BinMuhammad delete icon 7:49 PTG

Thanks ya.. SZ

BinMuhammad delete icon 7:50 PTG

Thanks Fiza... :)

BinMuhammad delete icon 7:50 PTG

Thanks Cik Akak.. :D

BinMuhammad delete icon 7:52 PTG

Waalaikumsalam mselim,
Amiin...Terima kasih, Semoga makbul doa sahabat...

BinMuhammad delete icon 7:53 PTG

Waalaikumsalam... Terima kasih CM ;)

BinMuhammad delete icon 7:54 PTG

Terima kasih SP yg sentiasa menyokong :)

BinMuhammad delete icon 7:56 PTG

Ya...kagum dan jeles juge dgn mereka semua... hehe

BUNDA delete icon 9:08 PTG

Semoga berjaya BM..

Alhamdulillah berjaya jugak disiapkan ,..All the best BM..Salah sorang calon yang bakal dapat iPhone ni lah dia BM hehehe ..Entri mmg terbaik mmg tak kalah ,,;Singgah sini mmg dapat baca sesuatu yang membina ..TERBAIK macam selalu ..Good Luck sahabat !!!

Tanpa Nama delete icon 10:35 PTG

All the best BM..

Khir Khalid delete icon 10:24 PTG

All the best BM.. semoga berjaya!

As Salam . .Ulasan terbaik ttg topik ini..Good Luck!

Unknown delete icon 4:05 PTG

nak buat duit online? daftar kat ipanelonline skrg.. jwab survey jer, shari dpt rm10-rm30
daftar kat sini http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=2500514 , x rugi

harris delete icon 5:01 PTG

Nak income sampingan...boleh join saya di -

https://wadiahtrading.com//index.php?refer=tradeduit

Duduk diam dapat duit..
Tak payah buat apa apa tapi dpt duit.
Ada apa apa pertanyaan boleh hubungi saya di - 013-9480739
Saya akan guide..

harris

byk laman yg menceritakan tentang buat duit melalui blog..sy rasa sgt susah sbb nak cari trafik tak tahu mcm mana,,,,

http://www.rm20segera.com/?r=ram10

jackal delete icon 10:33 PTG

Thanks admin atas perkongsian. dulu saya pun buat affiliate. sekarang saya kerja online je. masyuk gak gaji. saya ada menulis pasal kerja online.
[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap