بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mata adalah anugerah yang amat berharga dan tidak ternilai buat kita. Betapa bersyukurnya kerana mempunyai mata yang dapat melihat atau memandang segala ciptaan Allah SWT.
Melalui mata kita dapat melihat segala kebenaran dan bukti akan betapa agung dan berkuasanya Maha Pencipta.
Melalui mata kita dapat melihat segala kebenaran dan bukti akan betapa agung dan berkuasanya Maha Pencipta.
Namun ada ketikanya mata tidak dapat memberikan maksud atau gambaran sebenar apa yang kita lihat. Seseorang yang kreatif bijak memanipulasi kelemahan mata melalui gambar yang dikenali sebagai ilusi optik (optical illusion). Ianya kadangkala boleh ditafsir dengan mudah namun adakalanya ianya agak sukar ditafsirkan. Bagaimana ilusi optik ini boleh berlaku? Adakah ianya satu kelemahan atau keistimewaaan?
Sekarang kita lihat beberapa ilusi optik yang menggunakan kekurangan yang ada pada pandangan mata untuk dijadikan satu hasil karya seni yang sungguh mengagumkan. Ianya adalah satu keistimewaan daya kreativiti dan kemahiran yang tidak dimiliki oleh semua orang.
Ilusi Optik - Dimensi Dan Perspektif
Ilusi Optik ini mudah berlaku akibat dari kelemahan pandangan dari sudut dua dimensi. Melalui pandangan dua dimensi, perspektif sesuatu objek agak sukar dikenal pasti (jarak jauh dan dekat). Kekurangan inilah yang dijadikan kelebihan untuk memerangkap pandangan mata anda untuk memberi penafsiran yang salah dari segi saiz dan jarak.Kekeliruan Melalui Gambar
Penafsiran pandangan kita juga tidak dapat memberi keputusan yang tepat andai kita tidak melihat pada keseluruhan situasi. Selalunya gambar begini amat merbahaya dan mampu mendatangkan fitnah, mengelirukan dan salah sangka andai digunakan untuk tujuan yang salah. Jangan sesekali kita cepat melatah kerana inilah kelemahan yang sering kali berlaku.
Namun jika dilihat dari sudut yang lain, ianya merupakan satu hasil daya kreativiti seni yang sungguh menarik, istimewa dan mengujakan! Anda pun mampu melakukannya!
Seni Kreatif Ilusi Optik
Kecacatan atau kelemahan pandangan mata merupakan satu kelebihan pula kepada penggiat seni kreatif. Ianya memberikan mereka satu idea yang unik dan menarik untuk menghasilkan sesuatu karya yang sungguh mengujakan serta mempersonakan.
Hasil kreativiti ilusi optik ini sungguh menyerlah sehingga sukar untuk menidakkan bahawa bakat serta kemahiran mereka ini wajar diperakui. Keistimewaan yang tidak dimiliki oleh semua orang.
Ilusi Optik - Sukar Ditafsirkan
Namun tidak semua hasil seni ilusi optik ini mampu ditafsir dan diberi penjelasan dengan mudah. Adakalanya ia begitu sukar untuk dihuraikan bagaimana ianya boleh berlaku. Jangan terlalu pelik pula...Lihatlah betapa bijaknya mereka ini dalam memanipulasi kelemahan pandangan mata sehingga menghasilkan sesuatu yang tidak terduga. Kagum? Hairan? Pelik? Mampukah anda tafsirkannya?
Mampukah anda mengira bintik hitam didalam gambar ditas? |
Ilusi Optik Bukan Kelemahan Tetapi Keistimewaan
Ilusi optik bukanlah kelemahan ciptaan Ilahi tetapi memberi hikmah kepada kita bahawa jangan mempercayai terus akan setiap apa yang kita lihat. Ianya mesti kita selidiki dan memahami terlebih dahulu sebelum kita mempercayainya. Tindakan dan keputusan yang melulu pasti akan mengundang masalah dan salah faham yang seterusnya membawa kepada kesilapan dan perbalahan.Kita juga harus yakin bahawa sesuatu yang mustahil dan pelik itu juga bukanlah berlaku kerana adanya kuasa lain selain dari kuasa Allah SWT. Ianya berlaku diatas kehendak dan izin dari yang Maha Kuasa jua...
Pandang dan lihatlah sesuatu itu secara positif walaupun ianya satu kekurangan dan kelemahan kerana disebaliknya terselindung keistimewaan serta hikmah yang besar... InsyaAllah.
Makna ilusi : tanggapan yang tidak benar atau mengelirukan. - Kamus Dewan Edisi Keempat
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
27 comments - "Ilusi Optik - Kelemahan Atau Keistimewaan?"
illusi mata semata2
mmg kreatif gambar tu BM
pandangan mata ni pun tertipu, tp mmg kagum la siapa yg dpt hasilkan gambar mcm ni. mesti byk perlukan daya imagine
gambar akhir tu...berpinar mata jadinya..asyik bergerak ja titik tu..
mata kita nie mudah terpedaya :)
okey,,baiklah mata dah berpinar
Asalam..luar biasa hebat..terbaik BM
mrk hebat menghasilkan karya kreatif berdasarkan imaginasi mrk tapi bkn saya ... optik saya dah kena ilusi ini ...
Jika kita hanya melihat secara visual... ya! ianya hanyalah ilusi mata sahaja tetapi jika kita melihat akan maksud rohani disebalik sesuatu perkara...kita akan dapati ada hikmah yg amat bermakna untuk boleh dijadikan pedoman bagi mendekatkan diri kpd Maha Pencipta.
Ya! Memang mereka punya daya imaginasi yg tinggi!
Jangan pening dan sakit kepala pulak ye...kak :)
Oleh itu jangan cepat membuat kesimpulan dr apa yg dilihat
Hoho... Berapa banyak bintang yg BL nampak?
Waalaikumsalam Cikgu...
Mereka yg hasilkan seni kreatif itu yg hebat dan terbaik... :)
Hehe... harap jangan terbawa2 sampai ke mimpi pula ye...
ILUSI OPTIK...PANDANGAN YG MENIPU YA..PENING NI..
Memang kretif lah.
mata saya juga rabun..aduh!
Wow.kreatif sungguh..Sakit mata jap tgk gambar e\artis Hollywood yang duk bergerak2 tu hehehe..........Niuce sharing BM
bagus latihan optical illusion ni... membantu menguatkan minda... tau tak di Sabah ni ada satu jalan yg merentasi hutan rimba dan gunung dan kalau kita berhentikan kereta dan lepaskan handbreak, kereta akan mengundur mendaki bukit... saya pernah alaminya sendiri... ramai orang cakap di situ berlaku optical illusion tapi saya tak percaya... tapi tak dapat juga nak explain kenapa
Ya! Saya pun pernah dengar pasal tempat tu.Menarik sebab anda dah alami sendiri. Mungkin perspektif tempat itu menampakkan seperti mendaki tetapi sebenarnya ia menurun...agaknya lah.
Memang betul2x gambar illusi. Seronok bermain tengok gambar dan mengira bintik hitam tu memang takk dapatlah jumlah sebenar.
gambar ilusi.. pening mata tengok ni..macam nak juling mata kak nah =)
Gambar2 ini seakan2 menipu mata kasar kita tetapi tidak mata hati...
Agak2 klu guna teknik ilusi optik ni, muka saya boleh berubah jadi mcm Bratt Pit tak huhu.. :D
Perasanlah KK =)
Tapi kalau saya tu mungkinlah kot
pastinya persis angelina jolie atau helle berry atau siti nurhaliza mungkin =)
sukalah entry kali ni
buat saya berfikir sejenak
emm...hanya kerana mainan mata, macam-macam boleh jadi
Bak kata orang, jangan terlalu percaya apa yg kita nmpk kali pertama.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”