بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 15 November 2014 merupakan Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK 2014). 'Kitar semula tanggungjawab bersama' itulah tema sambutan pada tahun ini. Kenapa kitar semula adalah tanggungjawab kita bersama?
Kitar semula adalah satu amalan untuk mengurangkan pembaziran dan kemusnahan yang diakibatkan oleh bahan-bahan atau sisa-sisa yang dibuang. Amalan kitar semula adalah amalan terpuji dan amat bertepatan dengan saranan agama Islam kerana membazir itu adalah amalan syaitan dan memusnahkan alam sekitar itu akan membawa bencana. Oleh kerana kesannya melibatkan semua maka sebab itu ianya menjadi tanggungjawab bersama.
Bertepatan dengan Minggu Alam Sekitar dan Sambutan Hari Kitar Semula, Khutbah Jumaat pada tanggal 14 November 2014 tadi telah mengulas dan menjelaskan akan amalan buruk yang semakin tidak terkawal ini iaitu pembaziran dan pembuangan sisa yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar dan seterusnya membawa bencana kepada semua hidupan di muka bumi ini.
Kita ikuti petikan Khutbah Jumaat ini yang bertajuk "Elakkan Pembaziran, Kurangkan Penjanaan Sisa Makanan" semoga ianya dapat memberi ingatan dan pedoman buat kita untuk mengaudit diri serta merenung kembali apa yang telah kita lakukan kepada alam selama ini...
Kita selaku manusia yang dikurniakan akal hendaklah memakmurkan dan memelihara bumi kurniaan Allah ini dengan selayaknya, bukannya dengan melakukan kerosakan, melakukan pencemaran dan pembaziran.
Pada tahun 2014, rakyat semenanjung Malaysia menghasilkan sebanyak 30,764 tan sisa pepejal (sampah) sehari dan 36,659 tan sisa pepejal sehari untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Malangnya 45.5% daripada jumlah ini adalah sisa makanan dan hampir keseluruhan sisa makanan ini akan dihantar ke tapak-tapak pelupusan. Ini menunjukkan bahawa, rakyat Malaysia secara sedar mahupun tidak telah banyak membazir makanan dengan membuang 16,680 tan makanan sehari ke dalam tong sampah dan seterusnya ke tapak pelupusan. Perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang suci murni dan amalan membazir itu adalah amalan syaitan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 27 yang bermaksud :
Antara punca yang mengakibatkan pembaziran ini terjadi adalah seperti berikut:
1. Mencemarkan alam sekitar, kerana sisa makanan yang dibuang akan mereput dan menghasilkan gas-gas beracun seperti gas metana yang cepat membakar dan gas karbon dioksida seterusnya mengakibatkan pemanasan global. Akibatnya terjadilah bencana alam yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti banjir besar, ribut kuat dan sebagainya.
Selain itu, proses pereputan ini juga akan menghasilkan air larut resap yang mana sekiranya tidak dirawat dengan betul boleh mencemarkan bekalan air minuman kita dan hidupan akuatik dalam sungai tersebut seperti ikan, udang dan sebagainya akan mati. Malah sekiranya ia mengalir ke laut nescaya akan menjejaskan hidupan di lautan yang mengakibatkan bekalan ikan negara kita terjejas.
Firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:
2. Pembaziran wang rakyat, kerana proses rawatan air larut resap dan gas metana sehingga menepati piawaian memerlukan sejumlah wang yang agak banyak dan penghasilan air dan gas tersebut akan berterusan selama berpuluh-puluh tahun walaupun tapak pelupusan telah ditutup.
3. Menjejaskan bekalan air, dimana sekiranya air kumbahan tersebut tidak dapat dirawat dengan betul dan mengalir masuk ke loji rawatan air setempat ianya akan mengakibatkan loji tersebut akan terhenti operasinya dan seterusnya mengakibatkan puluhan ribu isi rumah terjejas bekalan air bersih.
4. Bekalan makanan Negara boleh terjejas akibat permintaan yang melebihi penghasilan makanan Negara. Akibatnya harga bekalan makanan seperti beras, gula, tepung, ayam dan sebagainya akan naik dengan mendadak dan terdapat sesetengah bekalan makanan tersebut terpaksa diimport. Dengan keadaan cuaca dunia yang tidak menentu akibat peningkatan suhu global, hasil pengeluaran tanaman dikebanyakan Negara pengeksport bekalan makanan telah menurun, seterusnya mengakibatkan kos pengimportan bahan makanan akan meningkat.
Selain itu, pihak kerajaan juga sedang membina tapak-tapak pelupusan sanitari baru, menaiktaraf tapak pelupusan sedia ada, membina loji incinerator dan loji pengkomposan bagi menampung keperluan semasa pengurusan sampah negara. Bagaimanapun, usaha kerajaan tersebut akan sia-sia sekiranya rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan gaya hidup sedia ada dengan menghasilkan sampah dengan sewenang-wenangnya.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi mengatasi masalah ini dengan mengamalkan perkara-perkara seperti berikut:
Kitar semula adalah satu amalan untuk mengurangkan pembaziran dan kemusnahan yang diakibatkan oleh bahan-bahan atau sisa-sisa yang dibuang. Amalan kitar semula adalah amalan terpuji dan amat bertepatan dengan saranan agama Islam kerana membazir itu adalah amalan syaitan dan memusnahkan alam sekitar itu akan membawa bencana. Oleh kerana kesannya melibatkan semua maka sebab itu ianya menjadi tanggungjawab bersama.
Bertepatan dengan Minggu Alam Sekitar dan Sambutan Hari Kitar Semula, Khutbah Jumaat pada tanggal 14 November 2014 tadi telah mengulas dan menjelaskan akan amalan buruk yang semakin tidak terkawal ini iaitu pembaziran dan pembuangan sisa yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar dan seterusnya membawa bencana kepada semua hidupan di muka bumi ini.
Kita ikuti petikan Khutbah Jumaat ini yang bertajuk "Elakkan Pembaziran, Kurangkan Penjanaan Sisa Makanan" semoga ianya dapat memberi ingatan dan pedoman buat kita untuk mengaudit diri serta merenung kembali apa yang telah kita lakukan kepada alam selama ini...
Elakkan Pembaziran, Kurangkan Penjanaan Sisa Makanan
Sebagai manusia sudah tentunya kita sentiasa mengharapkan hidup dalam kesenangan, keselesaan dan kebahagiaan. Kita hendaklah mensyukuri dan menghargai setiap nikmat kurniaan daripada Allah SWT yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan manusia. Nikmat air, udara, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya merupakan ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kehidupan manusia di atas muka bumi. Kerana itulah Islam sangat mementingkan soal menjaga dan memelihara alam sekitar.Kita selaku manusia yang dikurniakan akal hendaklah memakmurkan dan memelihara bumi kurniaan Allah ini dengan selayaknya, bukannya dengan melakukan kerosakan, melakukan pencemaran dan pembaziran.
Pada tahun 2014, rakyat semenanjung Malaysia menghasilkan sebanyak 30,764 tan sisa pepejal (sampah) sehari dan 36,659 tan sisa pepejal sehari untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Malangnya 45.5% daripada jumlah ini adalah sisa makanan dan hampir keseluruhan sisa makanan ini akan dihantar ke tapak-tapak pelupusan. Ini menunjukkan bahawa, rakyat Malaysia secara sedar mahupun tidak telah banyak membazir makanan dengan membuang 16,680 tan makanan sehari ke dalam tong sampah dan seterusnya ke tapak pelupusan. Perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang suci murni dan amalan membazir itu adalah amalan syaitan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 27 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”
Antara punca yang mengakibatkan pembaziran ini terjadi adalah seperti berikut:
- Sikap masyarakat kita yang suka berbelanja besar ketika membeli barang-barang makanan dan beranggapan bahawa tiada ruginya sekiranya makanan tersebut dibuang.
- Tiada perancangan rapi dibuat sebelum membeli barangan dapur mengakibatkan sesetengah barangan makanan yang dibeli tidak digunakan sehinggakan ianya terpaksa dibuang kerana telah luput.
- Sifat tamak haloba, terutamanya ketika menghadiri majlis-majlis jamuan terbuka dan majlis berbuka puasa. Pengambilan juadah yang banyak gara-gara mengikut hawa nafsu dan perut yang lapar mengakibatkan makanan diambil dalam kuantiti yang banyak dan akhirnya tidak habis dimakan dan seterusnya dibuang ke dalam tong sampah.
Kesan Pembuangan Sisa
Pembaziran makanan ini bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah ianya juga akan menimbulkan masalah seperti berikut:1. Mencemarkan alam sekitar, kerana sisa makanan yang dibuang akan mereput dan menghasilkan gas-gas beracun seperti gas metana yang cepat membakar dan gas karbon dioksida seterusnya mengakibatkan pemanasan global. Akibatnya terjadilah bencana alam yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti banjir besar, ribut kuat dan sebagainya.
Selain itu, proses pereputan ini juga akan menghasilkan air larut resap yang mana sekiranya tidak dirawat dengan betul boleh mencemarkan bekalan air minuman kita dan hidupan akuatik dalam sungai tersebut seperti ikan, udang dan sebagainya akan mati. Malah sekiranya ia mengalir ke laut nescaya akan menjejaskan hidupan di lautan yang mengakibatkan bekalan ikan negara kita terjejas.
Firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
2. Pembaziran wang rakyat, kerana proses rawatan air larut resap dan gas metana sehingga menepati piawaian memerlukan sejumlah wang yang agak banyak dan penghasilan air dan gas tersebut akan berterusan selama berpuluh-puluh tahun walaupun tapak pelupusan telah ditutup.
3. Menjejaskan bekalan air, dimana sekiranya air kumbahan tersebut tidak dapat dirawat dengan betul dan mengalir masuk ke loji rawatan air setempat ianya akan mengakibatkan loji tersebut akan terhenti operasinya dan seterusnya mengakibatkan puluhan ribu isi rumah terjejas bekalan air bersih.
4. Bekalan makanan Negara boleh terjejas akibat permintaan yang melebihi penghasilan makanan Negara. Akibatnya harga bekalan makanan seperti beras, gula, tepung, ayam dan sebagainya akan naik dengan mendadak dan terdapat sesetengah bekalan makanan tersebut terpaksa diimport. Dengan keadaan cuaca dunia yang tidak menentu akibat peningkatan suhu global, hasil pengeluaran tanaman dikebanyakan Negara pengeksport bekalan makanan telah menurun, seterusnya mengakibatkan kos pengimportan bahan makanan akan meningkat.
Usaha Kerajaan
Dalam hal ini, kita berharap Pihak Kerajaan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya dapat meneruskan usaha keras bagi mengatasi masalah ini dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti larian kitar semula, poster-poster, penubuhan bank kitar semula di sekolah-sekolah, seminar-seminar dan lain-lain program.Selain itu, pihak kerajaan juga sedang membina tapak-tapak pelupusan sanitari baru, menaiktaraf tapak pelupusan sedia ada, membina loji incinerator dan loji pengkomposan bagi menampung keperluan semasa pengurusan sampah negara. Bagaimanapun, usaha kerajaan tersebut akan sia-sia sekiranya rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan gaya hidup sedia ada dengan menghasilkan sampah dengan sewenang-wenangnya.
Langkah Bersama Mengatasi Masalah
Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan bahawa sahabat baginda Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah berpesan kepada keluarganya agar mengkafankan beliau dengan baju yang beliau miliki. Ini kerana beliau berpendapat bahawa, kain yang baru boleh dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Disini memperlihatkan kepada kita bahawa sahabat Rasulullah SAW juga menunjukkan sikap yang sama dengan Rasulullah SAW iaitu mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang.Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi mengatasi masalah ini dengan mengamalkan perkara-perkara seperti berikut:
- Menanamkan sikap menghargai makanan dan mendidik anak-anak agar tidak membazirkan makanan.
- Mengamalkan sikap berjimat cermat dengan mengambil makanan dalam jumlah yang diperlukan.
- Merancang dan menyenaraikan pembelian barangan dapur agar tiada pembelian barangan makanan yang tidak diperlukan.
- Mendermakan makanan yang berlebihan kepada badan-badan kebajikan dan golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan sebagainya.
- Memproses atau mengkompos sisa-sisa makanan untuk dijadikan baja yang kemudiannya boleh digunakan bagi menyuburkan tanah dan tanaman.
- Gunakanlah kemudahan-kemudahan pembuangan sampah yang telah disediakan di pusat-pusat kitar semula.
- Umat islam bertanggungjawab menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata.
Hadis daripada Abu Malik al-Asy’ari RA. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“kesucian atau kebersihan itu sebahagian daripada Iman”.
Kesimpulan
Dengan ini, dapatlah disimpulkan bahawa pembuangan sampah dan sisa makanan merata-rata bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada kita dan alam sekitar malah ianya adalah salah disisi agama. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam usaha mengurangkan sisa-sisa makanan tersebut.“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)”. (Ibrahim : 32)
Sumber Petikan Khutbah Jumaat : http://e-masjid.jais.gov.my
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
8 comments - "Pembaziran, Pembuangan Sisa & Kemusnahan Alam Sekitar"
Rakyat Malaysia bazirkan 8000 tan makanan setiap hari...
salam singgah sini sis....sekarang ni rata-rata kita tengok kebanyakkan kawasan tidak di jaga dan sampah2 di biarkan...alangkah indah hidup kita sentiasa mengamalkan hidup bersederhan tanpa pembaziran...
Allah menjadikan kita khalifah kpd alamnya n diajar cara2 terbaik mnegurusinya n bukan merosakannya...
segala kerosakan yg berlaku di dunia ini adalah disebabkan tgn2 manusia itu sendiri atas banyak sebab termasuk penciptaan dan penggunaan teknologi yg semakin upgrade ...
Thanks atas perkongsian BM.
tangan2 manusia sendiri yg telah merusakannya..
Kdg2 kesedaran yg kurang dikalangan kita sendiri adalah punca utama kemusnahan alam. Dari situ membawa kepada komuniti seterusnya negara seluruhnya.. wallahualam..
saya sendiri kebiasaannya masak lebih
tak pandai kurangkan
tu pasal selalu berlaku pembaziran
masih belajar untuk mengelakkannya
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”