بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cara Mudah Menjaga Kereta Sentiasa Tip Top
Tips Penjagaan Kereta
Panduan Dan Cara Mudah Menjaga Kereta: Memiliki sebuah kenderaan bukanlah satu pelaburan. Harganya agak mahal tetapi susut nilainya amat tinggi.

Harga yang paling murah pun kini adalah model Perodua Axia 1.0E yang berharga RM24,600 dan ada yang mencecah ratusan ribu malah jutaan ringgit mengikut jenama, model dan spesifikasi.

Oleh kerana harganya yang mahal, selalunya sesebuah kereta hanya dapat dimiliki dengan membuat pinjaman bank melalui bayaran ansuran bulanan. Sudahlah kena bayar setiap bulan, kereta pula perlukan minyak untuk bergerak. Maka wang anda tidak akan putus-putus dibelanjakan untuk sebuah kereta.

Kereta juga perlukan penyelenggaraan yang berjadual untuk memastikan ianya sentiasa dapat berfungsi dengan baik dan selamat. Sampai masanya, ada sahaja komponen yang perlu ditukar atau rosak yang perlu diganti dan dibaiki. Semuanya perlukan perbelanjaan dan kadang-kala ia berlaku tanpa dirancang.

Oleh itu, disaat kali pertama mendapat kunci kereta, maka bermulalah pemberian 'nafkah' untuk kereta anda dan mungkin sebab itu jugalah ianya digelar bini kedua.


Pentingnya Penjagaan, Pemeriksaan & Penyelenggaraan Kereta

Kebanyakan dari kita hanya tahu memandu tetapi bila ditanya tentang komponen, pemeriksaan dan penyelenggaraan sesebuah kereta, ramai yang tidak tahu dan hanya bergantung harap kepada pomen di pusat servis atau bengkel. Itu pun jika kereta masih dalam tempoh jaminan yang terpaksa mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pihak pengeluar.

Setiap kali anda ke pusat servis atau bengkel pula pasti ada sahaja komponen yang rosak dan perlu diperbaiki atau diganti walaupun sepanjang pemanduan anda tidak sesekali menghadapi sebarang masalah.

Oleh kerana kurangnya pengetahuan, kita terpaksalah percaya dan yakin kepada setiap apa yang dikatakan oleh pomen. Jika mereka jujur, anda mungkin bernasib naik, namun kalau mereka sebaliknya...sudah pasti anda juga yang rugi.

Sebenarnya ada banyak perkara dalam penjagaan kereta ini yang boleh anda periksa dan lakukannya sendiri. Anda mampu menjimatkan wang ringgit yang banyak terutama akibat dari kerosakan yang tidak dijangka. Kos yang sepatutnya sedikit tadi akan menjadi berlipat kali ganda.

Benar... 'Malang tidak berbau' tetapi banyak masalah yang berlaku pada kenderaan sebenarnya boleh dihidu terlebih dahulu. Malangnya, apabila masalah berlaku ia bukan sahaja perlukan perbelanjaan wang ringgit yang banyak untuk baik pulih tetapi mungkin juga keselamatan diri, orang lain malah orang tersayang juga tidak terjamin!

Cara Mudah Menjaga Kereta Sentiasa Tip Top

Oleh itu jangan sesekali pandang remeh atau mengabaikan penjagaan dan penyelengaraan kereta anda. Ingat, "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya."

Dapatkan ilmu serta panduan untuk melakukan pemeriksaan dan penyelengaraan kereta agar anda boleh lakukannya sendiri. Tak semestinya perlu jadi hebat seperti pomen tetapi melalui pengetahuan penjagaan dan pemeriksaan mudah ini sekurang-kurangnya dapat memastikan keadaan sebenar kereta agar anda sentiasa rasa yakin, tenang dan selamat setiap kali memandu.


Mudahnya Menjaga Kereta

Cara Mudah Menjaga Kereta Sentiasa Tip TopSemua teknik, panduan serta tips penjagaan dan pemeriksaan kereta ini boleh anda dapati dan pelajari melalui ebook "Mudahnya Menjaga Kereta". Ianya memberikan lebih dari 50 tips mudah untuk anda menjaga dan memeriksa kenderaan agar sentiasa baik, selamat dan tip top! sama ada untuk kereta lama atau pun yang baru.

Panduan yang diberi amat mudah difahami dan jelas, malah sesiapa sahaja boleh melakukannya. Ianya lengkap merangkumi panduan servis, penjagaan enjin, tayar serta komponen dalam dan luaran kereta untuk kereta tempatan mahupun luar negara.

Kebanyakannya panduan yang diberi merupakan rahsia pomen dan bengkel kereta yang didedahkan untuk anda. Maklum sajalah, setiap kereta rosak itu kan sumber pendapatan mereka.

"Jika anda tak tahu ilmu-ilmu berharga ini, mereka (pomen) akan kaut untung ratusan ringgit malah sehingga ribuan ringgit dari poket anda, dek kerana kecuaian anda ...sedangkan anda boleh elakkan kerosakan dan pembaziran wang pada pembaikpulihan kereta dengan mempelajari ilmu penjagaan kereta yang sebenar" - tipkereta.com

Berapa harga Ebook "Mudahnya Menjaga Kereta" ini? Harga ebook ini cuma RM27! Percaya atau tidak... dengan harga semurah ini anda mampu menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dan yang paling penting ianya dapat memberikan anda rasa yakin, tenang dan selamat!

Ops!... bukan itu sahaja, malah anda diberi 2 buah lagi ebook percuma sebagai tambahan iaitu "Panduan Cuci Kereta" dan "Terbongkar Kes Penipuan Bengkel". Berbaloi tak?

Cara Mudah Menjaga Kereta Sentiasa Tip Top

Tak perlu cerita panjang lagi, kalau anda rasakan pelaburan ini berbaloi untuk penjimatan jangka panjang dan menjamin keselesaan dan keselamatan diri dan orang tersayang, dapatkan ebook ini melalui link berikut : www.tipkereta.com


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

28 comments - "Cara Mudah Menjaga Kereta Sentiasa Tip Top"

Abam Kie delete icon 11:40 PG

as salam. sy berminat nak beli la..

Maintenance kereta ni walaupun tidak serumit mana, tapi kebanyakan kita alpa disebabkan sibuk dengan urusan lain. Akibatnya, kos yang sepatutnya kecil, boleh jadi meningkat akibat kerosakan yang sepatutnya boleh dicegah.

suami akak repair sendiri kalau kerosakan kecil2an..

hmmmm..... saya memang tak pandai betul dalam hal membaiki kerosaka kereta. Hantar ke bengkel sahaja lah. Takut menjadi seperti tikus baiki labu......

entry ni kene bagi husband baca ;)

reezluv delete icon 3:05 PTG

memang bagus kalau boleh repair sendiri..tapi jangan memandai sangat, lain plak jadinya :D

Eh... oklah kalau banding harga yg dikenakan itu
Kakak kena beli ni BM

BinMuhammad delete icon 4:13 PTG

Waalaikumsalam,
Semoga ianya bermanfaat buat AK

BinMuhammad delete icon 4:14 PTG

Ya! Itulah matlamat sebenar ebook ini, agar kita tidak terbeban dengan masalah yang teruk dikemudian hari.

BinMuhammad delete icon 4:16 PTG

Bagus kalau macam tu! Kemahiran membaiki kereta ni walaupun kecil, tidak ramai yang berani dan mahu lakukan. Amat menjimatkan sebenarnya!

BinMuhammad delete icon 4:19 PTG

Buku ini bukan mengajar kita untuk menjadi pomen tetapi lebih kepada pengetahuan utk pemeriksaan agar kereta dijaga sebaiknya supaya tidak mudah rosak selain dari panduan mengenal pasti kerosakan agar tidak mudah ditipu oleh pomen.

BinMuhammad delete icon 4:21 PTG

Kalau boleh repair sendiri...tutuplah bengkel hehe...
Tapi buku ni bukanlah mengajar utk jadi pomen, hanya teknik penjagaan agar tidak mudah rosak dan mengenal pasti kerosakan supaya bila bawa ke bengkel, tak le kena tipu jer dek pomen... :)

BinMuhammad delete icon 4:25 PTG

Semoga ianya berguna buat akak sekeluarga.
Harga tu memang dah terlebih ok dah tu!

mama bab penjagaan kereta memang habis, nasib baik si suami pandai.. tak pernah lagi kereta dia dihantar ke bengkel untuk dibaiki, semuanya si suami yang buat,,,,...

Mama Niza

BinMuhammad delete icon 8:55 PTG

Untunglah Mama punya suami yang pandai baiki dan selenggara sendiri kereta. Jimat dan gerenti puas hati!

fuh..siap ada ebook untuk penjagaan kereta..pasti lebih mudah dengan ada panduang sebegini

RuangIklan delete icon 9:49 PTG

Menarik

Khir Khalid delete icon 5:13 PTG

Saya ada kawan perempuan yg sayang kereta sampai dah macam duduk dalam taman kalau naik kereta dia.. bau wangi dengan siap dekorasi bunga bagai huhu.. mmg feminin sungguh kereta dia.. :D

Unknown delete icon 5:14 PTG

ramailah yg membelinya selepas ni nanti ...

BinMuhammad delete icon 5:22 PTG

Ya! Mari beli... Jangan tak beli! Belilah satu... :)

Jaga kereta ni mcm jaga bini jgklah...kekadang tu lebih manja dari bini lagi...

Tanpa Nama delete icon 6:10 PTG

Menarik Ebook ni. ;D

kakiblog delete icon 10:46 PTG

kereta adalah keperluan..namun terlalu berlebihan akan menyebabkan kesukaran pada diri sendiri juga

Tanpa Nama delete icon 11:12 PTG

kathy pasal kereta memang kurang arif,tapi info ni menarik untuk encik hubby..

Unknown delete icon 8:23 PG

Kalau tak dijaga dengan baik memang dia akan meragam dan masa tu banyak la aliran keluar wang

OKje delete icon 12:02 PG

Betul..... susut nilai tinggi rasa rugi pulak beli baru....Tp yg bestnya kereta baru tak cepat rosak.....legalah 5 tahun pertama tu...

Bunda_nora delete icon 4:26 PG

Memang betul okjer...kereta baru lega untuk 5 tahun pertama...

Yana Yani delete icon 5:23 PTG

saya tahu drive aje BM
lain semua serah kat en abang! =)
dia aje yang tahu setiap selok belok kereta dia

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap