بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salah satu matlamat seorang blogger adalah menjalinkan ukhwah. Bersahabat sesama blogger. Walaupun ianya bukanlah satu kewajiban tetapi sebuah blog yang interaktif pasti perlukan interaksi dan komunikasi dua hala.
Blog merupakan salah satu medium media sosial yang ada di dunia siber ini. Apabila dinamakan media sosial, ia bermakna mesti ada komunikasi. Oleh sebab itu blog mewujudkan ruangan komen yang menjadi medan komunikasi antara penulis dan pembaca.
Apabila berlakunya komunikasi, maka bermulalah jalinan persahabatan. Uniknya di media sosial ini, walaupun tanpa jasad dan rupa, tetapi ianya masih mampu menjalinkan satu ikatan persahabatan yang erat. Hubungan ini terjalin hasil dari kekerapan mengunjungi sesebuah blog lalu menitipkan komen selain dari penyertaan contest atau segmen.
Apabila wujudnya keserasian, kesefahaman, kepercayaan dan saling menyokong serta membantu, maka hubungan persahabatan menjadi seperti isi dan kuku. Tidak mustahil apabila ada yang terus menjadi sahabat sejati malah bertemu jodoh melalui medium sosial ini apabila persahabatan dilanjutkan ke dunia realiti andai kejujuran dan keikhlasan menjadi tunjang persahabatan.
Tatkala kita bagaikan mengenali sikap, hati dan budi... namun ianya tidak semestinya menggambarkan sikap sebenar serta kejujuran seseorang selagi kita belum mengenalinya di dunia yang nyata.
Kita menilai seseorang hanya melalui tulisan, cerita dan gambar. Boleh jadi ianya benar dan tepat tetapi ia juga boleh jadi sebaliknya. Terpulanglah kepada anda semua dalam menilai rakan-rakan siber anda. Gunakan kewarasan serta kematangan fikiran dalam membuat sebarang penilaian dan tindakan.
Kadangkala semua ini tidak perlu difikirkan sangat jika persabatan yang terjalin tidak melibatkan hati dan perasan serta masih terbatas dalam garis sempadan hukum agama. Fokuskan sahaja kepada matlamat dan tujuan anda berblogging.
Bagi aku pula, semua yang berinteraksi di blog ini, dianggap sebagai sahabat. Walaupun tidak mengenali rupa, jasad, hati dan budi, selagi tiada masalah dan masih dalam garis sempadan, anda semua adalah sahabat yang amat-amat dihormati, dipercayai dan dihargai. Terima kasih di atas ikatan persabatan yang ikhlas ini.
Sebagai hadiah buat 20 komentar yang paling mesra bulan November, anda semua tersenarai di Bloglist Sahabat (sidebar blog) ini sepanjang bulan Disember. Ini sahajalah penghargaan yang dapat diberikan. Kepada tetamu blog ini, kunjungilah mereka yang ramah dan mesra ini... pasti anda akan temui pelbagai kisah dan topik yang menarik sebagai santapan di alam siber ini.
Blog merupakan salah satu medium media sosial yang ada di dunia siber ini. Apabila dinamakan media sosial, ia bermakna mesti ada komunikasi. Oleh sebab itu blog mewujudkan ruangan komen yang menjadi medan komunikasi antara penulis dan pembaca.
Apabila berlakunya komunikasi, maka bermulalah jalinan persahabatan. Uniknya di media sosial ini, walaupun tanpa jasad dan rupa, tetapi ianya masih mampu menjalinkan satu ikatan persahabatan yang erat. Hubungan ini terjalin hasil dari kekerapan mengunjungi sesebuah blog lalu menitipkan komen selain dari penyertaan contest atau segmen.
Mengenal Hati Budi
Melalui coretan entri yang dihasilkan, sedikit sebanyak menyerlahkan personaliti. Begitu juga dengan interaksi di ruang komen. Persahabatan boleh menjadi lebih erat apabila sedikit demi sedikit dapat menyelami kehidupan, hati dan budi masing-masing.Apabila wujudnya keserasian, kesefahaman, kepercayaan dan saling menyokong serta membantu, maka hubungan persahabatan menjadi seperti isi dan kuku. Tidak mustahil apabila ada yang terus menjadi sahabat sejati malah bertemu jodoh melalui medium sosial ini apabila persahabatan dilanjutkan ke dunia realiti andai kejujuran dan keikhlasan menjadi tunjang persahabatan.
Antara Dunia Siber Dan Realiti
Namun apa yang pasti, kita harus menerima hakikat sebenar realiti dunia siber. Walaupun persahabatan yang dijalinkan akrab namun ianya tetap tidak menjaminkan kebenaran di dunia realiti.Tatkala kita bagaikan mengenali sikap, hati dan budi... namun ianya tidak semestinya menggambarkan sikap sebenar serta kejujuran seseorang selagi kita belum mengenalinya di dunia yang nyata.
Kita menilai seseorang hanya melalui tulisan, cerita dan gambar. Boleh jadi ianya benar dan tepat tetapi ia juga boleh jadi sebaliknya. Terpulanglah kepada anda semua dalam menilai rakan-rakan siber anda. Gunakan kewarasan serta kematangan fikiran dalam membuat sebarang penilaian dan tindakan.
Kadangkala semua ini tidak perlu difikirkan sangat jika persabatan yang terjalin tidak melibatkan hati dan perasan serta masih terbatas dalam garis sempadan hukum agama. Fokuskan sahaja kepada matlamat dan tujuan anda berblogging.
Bagi aku pula, semua yang berinteraksi di blog ini, dianggap sebagai sahabat. Walaupun tidak mengenali rupa, jasad, hati dan budi, selagi tiada masalah dan masih dalam garis sempadan, anda semua adalah sahabat yang amat-amat dihormati, dipercayai dan dihargai. Terima kasih di atas ikatan persabatan yang ikhlas ini.
Sahabat Paling Mesra
Panjang pula mukadimah... Sebenarnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat semua yang sudi meninggalkan sepatah dua kata di ruangan komen blog ini. Tanpa feedback atau interaksi, sudah pasti setiap entri di blog ini terasa sunyi bagaikan tiada pengunjung. Teruskan memberikan komen kerana anda semua adalah permata di hati ini....Sebagai hadiah buat 20 komentar yang paling mesra bulan November, anda semua tersenarai di Bloglist Sahabat (sidebar blog) ini sepanjang bulan Disember. Ini sahajalah penghargaan yang dapat diberikan. Kepada tetamu blog ini, kunjungilah mereka yang ramah dan mesra ini... pasti anda akan temui pelbagai kisah dan topik yang menarik sebagai santapan di alam siber ini.
Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
37 comments - "Menilai Erti Sebuah Persahabatan Seorang Blogger"
terimakasih BM..semoga ukhuwah yg terjalin diberkati ALLAH...
salam singgah
Ok...Saya memang mesra. Tapi dalam blog lah,..hehehe...
Tahniah buat semua yg tersenarai.
ala takde pulak nama saya..hehee..sebab jarang komen tapi suka baca entry2 kat sini :)
Apsal nama saya tak ada ... hari2 komen tau ... komen dalam hati :P
assalam...terima kasih sudi bersahabt demi Allah dari dunia hngga akhirat...
alhamdulillah, dapat baca komen org kt rasahappy kan? salam ukhuwah :)
As salam BM, saya masih lagi menyokong anda dan sentiasa..InshaAllah:) Gembira melihat blog ini terus maju dan cemerlang..Tahniah:)
Baru teringat sahabat zoo mak semalam tau....tetiba hari ni dia muncul hihi.....
Ok lama tak dtg sini ......sebab tak sempat, nak gi bw sahabat yg dtg komen dlm entri pun tak terhabis....hihi...
Setuju BM.....dpd gaya penulisannya pun kita dah dpt agak macamana orang tu walaupun tak semestinya sama ngan realitinya.... Yg penting berblog ni boleh menjalinkan ukhwah... ye dak
Tahniah buat semua yang tersenarai ye ;D
Alhamdulillah tersenarai juga saya walaupun waktu berblogging kebelakangan ini agak tidak menentu. Selagi mampu akan terus menjaga ukhwah yg terbina ini. Semoga persahabatan yg terjalin di alam maya dpt dipanjangkan ke alam nyata dgn hubungan ukhwah kemesraan ihklas berkekalan, in shaa Allah.. aamiin.. :)
T kasih BM & tahniah juga kpd sahabt2 lain yg tersenarai... :)
Hablumminannas.. lebih kurang macam itulah BM
Kakak pun tersenarai juga hihi... kadang kalau ada dlm list mana-mana blog yg popular macam Relaks Minda ni kakak malu sebenarnya sebab kalau yg tak pernah ke blog kakak tetiba masuk alahai tak ada apa sebenarnya...
Tapi jujur kakak kalau siapa saja yg jejak ke blog kakak apa pun cara akan kakak jejaki semula.. itulah ukhuwah yg termampu kakak lakukan.
InsyaAllah...begitulah hendaknya
Walaupun tanpa komen, kunjungan tetap dihargai. Bulan ni komen byk2 ye :)
salah satu blog yang hebat juga ni..:D
adeh aku duk nombor 20..kena tingkatkan prestasi nie
asalam terim akasih ya..letakkan nama Etuza ..terbaik rasa terharu dihargai sebegini..tahnia ya..
Asalam BM line ternet etuza tak kuat selalu slow sebab itu agak gagal buat BW banyak2 klik ja blog kawan2 terus erro unloading..so tired..tq ya akan selalu jenguk Bm lepas ni ya
Walau sahabat maya atau realiti masing-masing ada sempadan tertentu
Semoga persahabatan ini terus berkekalan hendaknya..:)
tahniah buat mereka yg tersenarai.. smoga persahabatan ini kekal murni berpanjangan..
betul tu BM..saya masih ada rakan blogger dan saling berkunjung sejak 3 tahun yang lepas sehinggakan domain mereka dah tersangat hafal termasuk lentuk bahasa yang mereka gunakan
Terharunya saya, sebab menjadi sahabat yang mesra siber dengan BM
Terima kasih juga kepada Kak Paridah
Ya...benar sekali... Memang seronok jer dapat baca komen.
Terima kasih diatas sokongan CM... Amat2 menghargainya
Saya pun sama OKje... sesekali jer dapat masa terluang utk bw, mana yg sempat ajer la.
Terima kasih sebab masih ingat hippo kat sini... :)
InsyaAllah...mungkin kita bertemu satu hari nanti... :)
Saya juga cuba melakukan yg sama tapi selalunya masa menjadi penghalang. InsyaAllah...cuba yg termampu.
Komitmen akak memang saya kagumi.
Tidak hebat mana pun...blogger dipinggiran sajer
Terima kasih... amat berbesar hati terima kunjungan anda
Muka tak hensem... Lainlah macam cik akak yg anggun, cantik dan menggoda... :)
sebab tu saya lbh suka mesra online drp berjumpa ...
tahniah alls...
Terima kasih...tersenarai..
wow, menariknya membaca titipan atas tu
rasanya berdasarkan apa yang saya tulis, boleh agak tak saya ni macamana? =)
apapun saya setuju sangat dengan BM
mereka tetap sahabat walau cara pengenalan adalah berbeza =)
rasanya rakan blogger lebih rapat dari rakan dunia realiti =)
Assalam...salam hujung minggu BM...kak nah baru berkesempatan untuk berBW hari ini.. nak marathon BW hari ni..in shaa Allah. terima kasih sudi bersahabat. kerana Allah kita bersahabat.. kerana Allah kak nah sayang semua sahabat2 kak nah..muga berkekalan..
Menarik gan infonya,,
terus posting info'' yang menarik yah,,kunjungi balik
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”