بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Carta Top 10 Terhangat Tahun 2014
Carta Top 10 Terhangat Tahun 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan tahun kedua, entri carta senarai Top 10 Popular atau Terhangat diterbitkan. Dengan menggunakan data dari Google Analytic. senarai top 10 entri paling tinggi pageviews sepanjang tahun 2014 di Relaks Minda menjadi kriteria pemilihan untuk disenaraikan dalam carta pada tahun ini.

Jika anda ingin lihat entri apakah yang tersenarai dalam carta Top 10 Paling Popular 2013 anda boleh terus ke entri tersebut di SINI

Melihat pada yang tersenarai dalam carta pada tahun ini, ianya agak menarik kerana bukan sahaja entri terbaru dan diterbitkan pada tahun 2014, malah entri lama dan berkaitan dengan niche juga masih mendapat perhatian untuk berada dalam carta!


Carta Top 10 Terhangat Tahun 2014 di Relaks Minda

10. Terkini! Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor - KL - Putrajaya (143,479 pageviews)
Jika anda biasa mengikuti entri-entri terkini Relaks Minda, pasti anda selalu terjumpa dengan entri ini. Entri yang diterbitkan pada bulan Februari 2014 ini sentiasa dikemaskini dan berubah tarikh penerbitannya bergantung kepada notis dan masalah gangguan bekalan air terkini yang berlaku di Selangor, KL dan Putrajaya. Ianya kekal menjadi rujukan dan terus meraih pengunjung tanpa henti sehingga kini.


9. Kreativiti Kitar Semula - Aktiviti Menarik Dan Berbaloi (149,351 pageviews)
Ianya sebuah entri lama iaitu diterbitkan pada Mac 2013 namun sehingga kini tetap menjadi lubuk trafik utama blog ini. Satu entri yang kekal relaven sepanjang masa. Mampukah ianya kekal tersenarai di dalam Top 10 untuk tahun 2015 pula... sama-samalah kita nantikan.

kreativiti kitar semula relaks minda


8. Model Baru Proton Iriz 2014 (PCC - Proton Compact Car) (151,253 pageviews)
Pada tahun 2014, blog ini cuba menerbitkan beberapa berita dan artikel berkaitan industri automotive negara. Ini sebenarnya didorong oleh minat yang mendalam dalam kejuruteraan automotive. Namun impak dari beberapa entri berkaitan automotive sangat memberangsangkan. Tak sangka bahawa berita dan artikel tentang industri automotive negara menjadi carian tertinggi di enjin carian. Hanya dengan beberapa entri, hampir kesemuanya berada didalam senarai carta Top 10 tahun ini.


7. Notis & Jadual Catuan Air Peringkat ke Empat (4) di Selangor & KL (154,699 pageviews)
Ini pula entri yang meraih kunjungan hanya pada waktu yang terhad. Maklumlah...pada masa itu sedang hangat dengan masalah bekalan air di Selangor dan KL. Ditambah pula situasi ini berlarutan sehingga berbulan-bulan lamanya. Entri ini sudah tidak meraih trafik lagi. Ianya hanya akan kekal tercatat dalam carta top 10 tahun 2014 ini sahaja.

Catuan Bekalan Air


6. Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu (167,578 pageviews)
Entri ini merupakan entri yang meraih kunjungan tertinggi sepanjang masa. Pada tahun 2014 ini ianya masih berjaya mengekalkan momentum dan masih kekal tersenarai di dalam carta top 10. Diterbitkan pada April 2013, entri ini menjadi pemangkin dan titik tolak kepada kenaikan trafik blog ini. Semangat berblogging terus meningkat. Sehingga kini, entri ini masih mampu meraih purata lebih dari 10K pageviews sebulan. Sebenarnya entri ini diolah atas permintaan sahabat dan tidak sangka ianya menjadi sensasi di Relaks Minda. Terima kasih Mieza Jhaa K! :)


5. Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula (168,319 pageviews)
Entri yang diterbitkan pada bulan November 2013 ini masih menjadi carian tertinggi di Relaks Minda. Entri yang berkait rapat dengan niche blog ini berjaya meraih kunjungan yang stabil pada setiap bulan. Kedudukannya di muka hadapan enjin carian dengan beberapa kata kunci banyak membantu serta menjadi kelebihan buat entri ini terus mendapat perhatian.

Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula


4. Model Baru Perodua Axia - Harga Dari RM24,600! (170,460 pageviews) 
Ini pula adalah entri yang diterbitkan pada hari pelancaran Perodua Axia. Tidak dinafikan, entri berkaitan Axia meraih perhatian yang sangat tinggi dari peminat automotive negara. Entri ini melonjak dalam minggu pertama selepas sahaja model Axia ini dilancarkan. Walaupun kini masih meraih kunjungan tetapi jumlahnya amat sedikit. Tahun hadapan sudah pasti ianya tidak akan berada dalam senarai top 10 lagi.


3. Keputusan Penuh Terkini Piala Dunia FIFA 2014 (182,403 pageviews)
Entri berkaitan Piala Dunia FIFA 2014 ini merupakan lubuk trafik disepanjang tempoh kejohanan terbesar di dunia ini berlangsung. Bagi website yang berjaya menguasai kedudukan teratas di enjin carian, tidak mustahil mampu meraih jutaan pageviews hanya dalam tempoh sebulan. Membuat entri sebegini agak cerewet kerana terpaksa kemas kini keputusan dari masa ke semasa namun pulangan trafik yang diperolehi agak berbaloi.

Keputusan Terkini dan Semasa Perlawanan Akhir  (Final) Piala Dunia FIFA 2014


2. Perodua Viva Terbaru 2014 @ Perodua Axia (229,714 pageviews)
Entri ini agak menarik. Ianya bermula hanya dari entri Wordless Wednesday yang hanya memaparkan beberapa gambar model pengganti Perodua Viva. Namun entri ini terus dikemaskini dari semasa kesemasa. Dari gambar spyshot sehinggalah hari pelancaran model Axia. Keterujaan orang ramai untuk melihat rupa bentuk pengganti model Perodua Viva telah meningkatkan jumlah trafik entri ini. Walaupun diterbitkan agak lama, iaitu pada April 2014, entri ini hanya meraih perhatian mulai bulan Ogos dan September 2014.


1. Harga, Variat Dan Spesifikasi Perodua Axia Baru (297,709 pageviews)
Sehari selepas Perodua Axia dilancarkan, entri ini diterbitkan. Ianya memberi maklumat lengkap tentang setiap varian serta spesifikasi Perodua Axia termasuk dengan harga yang ditawarkan. Entri ini cukup mudah menarik perhatian peminat dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Perodua Axia. Walaupun terpaksa bersaing dengan banyak website yang memaparkan topik yang sama tetapi entri ini tetap menjadi pilihan. Sehingga kini, entri ini masih mampu meraih trafik lebih 20K sebulan.

Perodua Axia Baru
Perodua Axia 1.0 SE

Tahun 2014 kini sudah hampir kepenghujungnya. Semuanya akan berlalu dan tinggal sebagai kenangan. Semoga tahun 2015 akan membawa lebih sinar kejayaan buat semua blogger!


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


p/s: Nanti petang baru dapat sambung bw ye...
Ditulis oleh :

28 comments - "Carta Top 10 Terhangat Tahun 2014"

Kakak rasa bila kakak lihat tajuknya kakak salah seorg penyumbangnya tau BM
Semua isi dari tajuk-tajuk yg top 10 itu sangat berinformasi.

mselim3 delete icon 2:08 PTG

Assalammualaikum... BM,

tahniah yer.. semoga sahabat terus sukses dalam dunia blog dengan kata-kata kunci yang dicari ramai.. keep up and up ok..

mselim3

Gud Job BM, semoga blog ini terus cemerlang pada masa depan..:)

paridah delete icon 3:02 PTG

TAHNIAH...BLOG YG BRINFORMASI MMG RAMAI PENGGEMARNYA...

Tahniah..

Unknown delete icon 3:36 PTG

salam bro ..tahniah! semakin menuju puncak kejayaan..btw, dah lama fizi x dtg singgah sini.. :)

Yana Yani delete icon 4:42 PTG

wah banyaknya yang mencari maklumat di sini
saya belum penah sampai 100k pun =)
apapun tahniah ye BM

Unknown delete icon 5:54 PTG

wah meletop pv entri tu. tak dinafikan entri BM sentiasa berada di halaman utama google. peluang besar diklik oleh pembaca. hebat ber-seo. nak timba ilmu seo dgn BM. seduuuuuut...

encikarman delete icon 5:59 PTG

wah... hebat2.. tgh pageview tuh, takut aku tgk.

Unknown delete icon 6:56 PTG

Tahniah ;D

Etuza delete icon 8:05 PTG

semoga murah rezeki ya..dah maju boleh ajar tu buat make money blog. ..)

BinMuhammad delete icon 9:44 PTG

Tidak dinafikan lagi, memang akak antara penyumbang trafik...
Terima kasih :)

BinMuhammad delete icon 9:46 PTG

Waalaikumsalam,
Entri target trafik ni sesekali jer boleh diterbitkan...sebagai penarik trafik utk ke entri2 yg lain

BinMuhammad delete icon 9:46 PTG

InsyaAllah...terima kasih CM

BinMuhammad delete icon 9:47 PTG

Itulah...asyik tenggelam timbul jer. Mesti ada komitmen lain yg lebih penting kan...

BinMuhammad delete icon 9:49 PTG

Matlamat ilmu dikongsi bersama... Maka trafik sgt penting agar sampai kepada ramai orang. :)

BinMuhammad delete icon 9:51 PTG

Tak hebat mana pun... Yumida pun apa kurangnya! Trafik juga sangat tinggi.

Salam bro dan tahniah...beratus ribu pageview, satu perkembagan yang sihat. Semoga terus mencanak untuk tahun 2015 nanti.

wah, semua entri tu untuk trafik jangka masa panjang..sampai bila2 pun orang cari..mencanak trafik tu :)

Khir Khalid delete icon 11:23 PTG

Alhamdulillah... tahun 2014 berbaki beberapa hari je lagi ni.. semoga BM terus sukses..:)

kuchalana delete icon 6:36 PTG

semoga tahun depan bor BM akan lebih maju dengan blog ini

HAMIDIsP delete icon 9:15 PTG

As-Salam BM. Memang terbaik blog ni. Tak sia-sia menaip artikel kan..

Tanpa Nama delete icon 12:13 PG

Tahniah BM..hebat pencapaian ini. Yeah,walaupun iklan masih ada tak mengganggu lagi kathy nak drop komen.

Tahniah BM..Semoga blog ini akan terus mengetengahkan informasi berguna untuk pencari ilmu di luar sana...Sama2 kita mengetengahkan yang terbaik dalam berblogging ..Tahniah lagi sekali BM..Memang informasi kat sini seniasa TERBAIK dengan info yang LENGKAP !!!

Bunda_nora delete icon 8:20 PG

Tahniah BM...

Unknown delete icon 4:55 PTG

Amboi uncle...meh sharing tips dapatkan pageview gempak..hihi..

Fiza Rahman delete icon 12:50 PTG

Terbaik lah BM. Tahniah.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap