بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Perlukah Terbit Entri Wordless Wednesday
Nak terbitkan ke tidak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pendapat aku lah, entri Wordless Wednesday ni sebenarnya wujud sebab blogger malas nak terbit dan tulis entri yang panjang berjela. Hanya sekadar gambar buat tatapan sebagai pengganti.

Ianya bagus kalau gambar yang disiarkan itu menarik dan boleh mengundang pelbagai maksud atau cerita serta tafsiran. Jangan sampai tersalah tafsir sudahlah...

Perlukah seorang blogger terbitkan entri Wordless Wednesday ini? Ianya terpulang kepada pendapat dan pandangan masing-masing. Adakalanya perlu juga... maklumlah, kadang-kadang tu jem dan kering idea juga nak karang, keluarkan topik atau cerita.

Namun ianya menjadi agak annoying pula kalau setiap kali malah setiap hari asyik terbit entri yang sama seperti Wordless Wednesday sahaja... ada baiknya guna media sosial yang lebih sesuai seperti Facebook, Twitter atau Instagram kerana penggunaan serta kelebihan blog telah tidak digunakan sebaik mahupun sepenuhnya.


Kuantiti Atau Kualiti?

Dulu... masa mula-mula blogging, entri seperti Wordless Wednesday ini paling disukai kerana mudah dan cepat untuk diterbitkan tetapi kalau dah bertahun menjadi blogger... takkan asyik nak terbit entri seperti itu selalu. Cukuplah seminggu sekali... Tunjukkanlah kematangan kita yang telah lama berblogging dan memahami konsep dan maksud blog ini diwujudkan.

Blog sesuai buat mereka yang suka menulis melalui perkongsian dengan coretan serta huraian yang panjang. Gambar-gambar pula sebagai pelengkap dan daya penarik yang penting bagi sesebuah artikel di blog.

Menulis di blog dapat mengasah bakat dalam mempelbagai gaya serta teknik penulisan disamping memperkayakan ilmu dalam sastera dan bahasa. Itulah keistimewaan dan bezanya blog berbanding media sosial yang lain. Maka gunakanlah ia seperti yang sewajarnya.

Oleh itu, sebagai seorang blogger yang sudah matang (anggaran yang dah lebih setahun tu...) Janganlah asyik terbit entri seperti Wordless Wednesday ni. Cukuplah seminggu sekali.... Kalau tak ada idea, perlukah juga terbit entri? Bukan jumlah entri yang diperlukan tetapi kualiti yang lebih diutamakan!

Perlukah Terbit Entri Wordless Wednesday
Dapat makan tembikai tengahari ni... best jugak!

Wordless Wednesday atau Wednesday Words

Walaubagaimanapun, tidak salah jika anda menerbitkan entri seperti Wordles Wednesday ini malah ianya juga mampu menjadi tarikan. Contoh terbaik adalah blogger Uncle Gedek!

Namun perlulah bertindak seperti beliau yang menetapkan niche blog sedemikian rupa maka ianya bertepatan dan tidaklah timbul kekeliruan. Barulah anda boleh jadi blogger yang unik dan kreatif!

Masalah yang selalu terjadi adalah pada blog peribadi... Sesekali cerita panjang tetapi selalunya hanya gambar sahaja yang bercerita... Dah macam terbalik pula! Mungkin kena tukar jadi Wednesday Words. Setiap hari Rabu cerita panjang, hari-hari lain hanya gambar... OK kot hehe...


Manfaatkan Kelebihan Blog

Artikel ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Ianya adalah senario dalam dunia blogging. Ia juga tidak semestinya benar dan perlu diikut kerana tiada pun peraturan yang ditetapkan dalam penerbitan sesebuah entri.

Blog anda, hak anda, cara anda... Cuma, gunakanlah kelebihan yang ada dengan sebaiknya dan manfaatkan ia untuk semua pembaca blog anda...

Setiap medium media sosial ini ada kelebihan dan kesesuaian untuk sesuatu perkongsian. Sebagai contoh... orang tak gunakan Twitter untuk karang entri seperti di Blog. Oleh itu jadilah pengguna yang bijak dan janganlah ia disalah gunakan.

Jadikan blog anda penuh dengan entri berkualiti dan bukannya hanya mengejar kuantiti... Sebelum BM mengundur diri tataplah gambar Wordless Wednesday hari ini... Anda tafsirlah sendiri ye... :)

Perlukah Terbit Entri Wordless Wednesday
Wordless...

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

p/s: Maaf jika terlihat iklan promosi perjudian...ianya diluar kawalan, huhu...
Ditulis oleh :

24 comments - "Perlukah Terbit Entri Wordless Wednesday?"

Saudara BM,

Menulis menerusi blog memang dapat mengasah bakat seseorang di dalam dunia penulisan sama ada secara serius atas pun secara santai. WW itu pun okay juga. Tapi seperti saudara katakan itu sekali sekala ajelah. Dan satu lagi WW itu biar yang berkualiti dan mempunyai mesej tertentu...

Kakak suka berWW ni sebab tidak perlu menulis apa-apa. Cuma nak buat itu pun bimbang org melihat tak faham.

Cik Iman delete icon 2:48 PTG

cik iman rasa wordless wednesday nie boleh galakkan pembaca berfikir, bergantung pada kandungan gambar tu la. So gambar tu biar la yang boleh menerbitkan rasa curiga pada pembaca :)

Yana Yani delete icon 2:51 PTG

saya pernah terbaca entry yang hampir serupa dari BM sebelum ni
kalau saya tak akan jadi wordless punya
tak tahulah pasal apa, satu gambar pun akan tetap buat saya bebel panjang

anyway berkenaan kuantiti dan kualiti tu buat saya berfikir sejenak
banyak saya kena belajar dan saya perlu kembali ke tujuan asal
terima kasih sebab buat saya berfikir =)

adarain delete icon 3:46 PTG

Terpulang kepada individu masing-masing dalam blog. Yang penting post tersebut tidak melampau batas.

Dulu mmg mcm tu. Bila malas, mula la letak gambar ja. Biar gambar yg berbicara. Hehe..

Khir Khalid delete icon 5:17 PTG

Dulu seronok juga buat entri ww ni.. tapi bila dah tau elemen2 berblog ni rasanya tak perlulah kecuali sekadar nak berkongsi gambar yg mmg menarik utk kemesraan ukhwah berblog atau pada gambar tu dpt diterapkan ciri2 seo yg baik utk image... rasanyalah.. apa pun itu sekadar pendapat saya sahaja.. :)

Unknown delete icon 6:42 PTG

Nah..tulah korang asyik letak je gambar..uncleku dah sound tu..hihi...jangan marah ye uncle..cik akak memang suka letak gambar..tapi kadangkala terlupa pula hari rabunya..hihi....nanti cik akak tulis panjang berjela..jemu lah uncle baca..hihi..

Etuza delete icon 7:54 PTG

As'salam..alamak Etuza ada tiga entry WW hari ini ja..Etuza nak kongsi sesuatu yang unik ..dengan harapan ada tafsiran yang baik lah dari blogger. Nak tengok cara mereka tafsirkan gambar unik. Ternyata ada respond teman maya. Ada blogger baru muncul tertarik nak komen. Jujur Etuza katakan agak tertarik hal WW ni dulu di awal bloging Etuza terfikir ..aik kenapa just gambar ja..so Etuza komen cara Etuza malihat kelainan dan maksud tersirat gambar..agak menarik juga...WW ni.

Etuza delete icon 9:10 PTG

sejurus selesai membaca Etuza berfikir juga perlukah. Appaun Bm kita tak dapat kawal blogger dari menyukai WW..tak apa kita hormat mereka yang menyukai WW tu. Etuza jarang sebenarnya ada WW ni baru ada #5 siri WW di blog Etuza. Ada juga ya blogger terkenal buat entry WW. tahniah BM entry etuza suka..buka minda kita bila baca catatan ini..terbaik..

BinMuhammad delete icon 9:30 PTG

Seperti yg telah saya terangkan, tiada paksaan atau kesalahan dalam membuat entri ww ini. Ianya hak masing2 dan saya hormatinya.
Entri ini sekadar pandangan peribadi buat renungan bersama.
Nama pun ww...seminggu sekali apalah salahnya, TAPI kalau hampir SEMUA entri yg diterbitkan macam ww...bukankah kelebihan blog ini tidak digunakan sebaiknya kerana ada media sosial lain yang lebih sesuai utk post yg sedemikian...

Pha Is delete icon 9:31 PTG

mmg jalan termudah kalau x ada idea menulis, buat WW. tapi dah nama pun wordless wednesday, buat hari rabu je la.. tapi ada yg sampai tak kira hari, buat jugak entri seperti WW setiap hari..

cuma blog saya skrg ni jarang berupdate.. jadi sampai dah nampak entri WW tu dah nak sama banyak dengan entri biasa.. hehehe..

Unknown delete icon 9:35 PTG

saya setuju dgn pernyataan bhw blog untuk menulis / penulis mengekpresikan pemikirannya ... gambar shj lbh sesuai utk media sosial yg lainnya tapi bkn blog . Klu x blh menulis panjang pun sekurang2nya ada penghuraian ttg gambar , jadi pembaca dapat faham ...

BinMuhammad delete icon 9:38 PTG

Waalaikumsalam...
Entri ini sesekali tidak menafikan bahawa entri ww ada keistimewaan dan punya daya tarikan tersendiri.
Semoga cikgu faham ye apa maksud sebenar yang ingin saya sampaikan... :)

BinMuhammad delete icon 9:40 PTG

Kalau gambar orang yang cantik dan comel macam cik akak nih...tak de siapa pun yg jemu nak menatapnya...hari2 entri ww pun tak ape...hehe

paridah delete icon 10:14 PTG

assalam blogger yg suka menulis n bnyk ide yg nak ditulis tentu xperlukan WW ni tapi kak ww hari2 un xper heh..heh..

kuchalana delete icon 10:30 PTG

masa awal-awal mula buat blog dulu memang ada buat WW nie..tapi sekarang dah kurang dapat stock gambar berkualiti..hu3..dulu aku banayk share koleksi gambar yang aku ambil sendiri

Unknown delete icon 4:19 PTG

sy sbnrnya suka WW ni BM..galakkan kita berfikir..^^

Nurul biasa je dengan WW ni, kalau rasa nak buat, Nurul buat, macam BM kata, blog kita, cara kita.. Nurul pun suka menikmati gambar2 tak kisahlah ww atau pun tidak, mengkagumi alam, keunikan, kreativiti photograper etc, mesej yg bole dibaca dengan tafsiran sendiri

Cik Akak letak gambar je pun google dah terpikat dah.. :D :D

Bunda_nora delete icon 8:48 PG

Betul tu BM kualiti lebih penting dari kuantiti...

Tanpa Nama delete icon 1:03 PG

Kathy setuju.. Sebab tu kathy jarang update gambar semata². Suka menulis panjang². Tapi tengoklah keadaan juga,kalau mood kelaut ada juga entri kathu sekadar gambar je. Hehehehehe.

Fiza Rahman delete icon 1:01 PTG

Kalau tak der idea, blh lah tepek entry WW ni.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap