بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam minggu lepas semasa berkunjung ke blog Titisan Nurani, terlekat difikiran akan satu entri beliau iaitu : bacalah sehari satu hadis.
Walaupun hanya sebuah entri Wordless Wednesday tetapi memberi kesan yang amat mendalam sekali. Bagaimana dapat kita membaca satu hari satu hadis sedangkan sumbernya perlu kita cari? Sudah pasti misi tersebut amat sukar dijadikan amalan.
Terfikir pula, sebagai seorang blogger sudah pasti blog akan dibuka setiap hari oleh itu alangkah mudah jika ada sebuah hadis di blog, sudah tentu ianya memberi kemudahan untuk dibaca setiap hari. Namun masalahnya, pasti akan terpapar hadis yang sama sahaja.
Kalau nak update setiap hari pula mesti akan ada hari yang tertinggal akibat kesibukan. Alangkah bagus dan mudah jika ada widget atau gadget yang memaparkan pelbagai hadis yang berbeza-beza setiap masa mahupun setiap hari.
Hampir kesemua widget juga hanya memaparkan hadis tanpa sebarang huraian untuk memahami maksud sebenar hadis tersebut. Oleh itu anda perlu membuat andaian mengikut pemahaman sendiri.
Kelemahan-kelemahan ini mungkin akan digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengelirukan dan menyesatkan akidah umat Islam terutama sekali jika anda kurang ilmu pengetahuan tentang agama Islam.
Kelebihan widget hadith Relaks Minda ini :
Walaupun hanya sebuah entri Wordless Wednesday tetapi memberi kesan yang amat mendalam sekali. Bagaimana dapat kita membaca satu hari satu hadis sedangkan sumbernya perlu kita cari? Sudah pasti misi tersebut amat sukar dijadikan amalan.
Terfikir pula, sebagai seorang blogger sudah pasti blog akan dibuka setiap hari oleh itu alangkah mudah jika ada sebuah hadis di blog, sudah tentu ianya memberi kemudahan untuk dibaca setiap hari. Namun masalahnya, pasti akan terpapar hadis yang sama sahaja.
Kalau nak update setiap hari pula mesti akan ada hari yang tertinggal akibat kesibukan. Alangkah bagus dan mudah jika ada widget atau gadget yang memaparkan pelbagai hadis yang berbeza-beza setiap masa mahupun setiap hari.
Widget Hadith
Jika anda menggunakan 'google search', banyak sekali widget atau gadget hadis yang boleh digunakan oleh blogger untuk memaparkan hadis di sidebar blog anda. Namun yang menjadi persoalannya, dari manakah sumber hadis tersebut? Adakah ianya benar-benar hadis sahih dan boleh dipercayai?Hampir kesemua widget juga hanya memaparkan hadis tanpa sebarang huraian untuk memahami maksud sebenar hadis tersebut. Oleh itu anda perlu membuat andaian mengikut pemahaman sendiri.
Kelemahan-kelemahan ini mungkin akan digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengelirukan dan menyesatkan akidah umat Islam terutama sekali jika anda kurang ilmu pengetahuan tentang agama Islam.
Widget Hadith Relaks Minda
Sejak dari itu, mula untuk belajar membuat widget sendiri, namun agak sukar kerana kebanyakkan tutorial gagal menghasilkan seperti yang dikehendaki. Akhirnya terjumpa aplikasi mudah untuk membuat widget. Maka melaluinya, terhasillah sebuah widget hadith untuk blogger.Kelebihan widget hadith Relaks Minda ini :
- Ianya adalah hadis terbukti sahih yang dikumpul dan terbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bagaimana anda boleh mengesahkannya? Hanya perlu klik pada tajuk hadis... Anda akan di link terus ke website JAKIM yang memaparkan hadis tersebut. Oleh itu, tiada keraguan terhadap status hadis yang dipaparkan.
- Ianya lengkap bersama dengan huraian. Maka anda boleh memahami dengan lebih jelas akan maksud hadis tersebut.
- Ianya juga memaparkan pilihan hadis secara random setiap 60 saat (boleh diubah setting), maka anda akan dapat hadis-hadis yang berlainan.
- Script html yang lengkap untuk anda melakukan sebarang ubah suai terhadap paparan widget.
Contoh Paparan Widget Hadith - sidebar width 300px
Berminat dengan widget ini! Anda hanya perlu copy semua code di bawah ini. Kemudian pergi ke halaman blogger anda :
Paste semua code dan SAVE. Kini widget hadith ini aktif sepenuhnya.
Jika anda ada sebarang masalah atau ingin mengubah code serta paparan, sila kemukakan di ruangan komen entri ini.
Semoga dengan adanya widget ini dapat merealisasikan matlamat kita semua untuk membaca dan memahami satu hari sebuah hadis. Al-Quran dan Hadis... panduan kehidupan kita semua buat bekalan di alam barzakh dan di akhirat kelak.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
40 comments - "Satu Hari Satu Hadis - Widget Hadith Sahih"
bagus widget nih. boleh lah fyna pasang kat blog fyna nanti.
Terbaik.. malah ustaz Ebit Lew pun nasihat, sekurang-kurangnya kongsilah satu hadis di dalam rumah..
SALAM JUMAAT BAGUS SEKALI PERKONGSIANNYA...HADITH YG DIPAPARKN DIBLOG MESTI DARI SUMBER YG DIYAKINI KESAHIHANNYA...
Perkongsian yang menarik, Sebelum kita mempercayai satu hadith kita kena tahu siapa periwayat kerana tak semua periwayat hadith adalah kategori hadith yang sahih.
Allahuakbar... hari yg mulia dgn perkongsian ilmu yg bermanfaat.. menarik sungguh ni BM. Saya minta izin nak pasang juga, mudah2an kebaikan dpt dikongsikan bersama.. T kasih & salam ceria di hari Jumaat yg berkat.. :) :)
As'salam BM betul apa yang dihujahkan...terbaik ..InshaAllah akan terjah blog BM setiap hari pun satu nikmat dan kesempatan..
Saya dah pasang... terima kasih. Semoga Allah memberkati dgn segala kebaikan... aamiin.
tak dapat pasang..sebab ber blog pakai hp..tak tahu nak copy paste
Nice share :)
wah..sungguh² baik ni.. kreatiflah BM.. terima kasih yer?
Kalak baru balik dari KPJ sebenarnya. Tapi bila terbaca komen ada special tu yg kakak dtg ni. BM punya idea yg kritis. Sebaiknya cari buku hadis yg sohih kemudian upload sehari satu. Beribu org menghayatinya ada saham buat BM. Kakak puji usaha terbaik ini. Syabas!
alhamdulillah. kongsi maklumat yg dapat tanam pahala di akhirat kelak. good info bro :)
Menarik widget ni. Terima kasih BM. SP pun nak cuba juga ni nanti..:)
Sangat menarik. Semoga usahamu diganjari Allah SWT. Mahu juga letak dlm blog saya
Jemputlah ke blog saya #projek2ribu
Assalammualaikum... BM,
mselim3 pernah letak widget nie dulu kat blog... disebabkan ada masalah tertentu terpaksa mselim3 remove widget hadis nie...
mselim3
Saya baru buat semalam widget ni, mcmne mselim boleh letak widget ni dulu?
Semoga berguna buat anda dan orang lain, terima kasih... :)
Alhamdulillah... semoga kita kongsikan pula satu hadis di dalam blog :)
InsyaAllah... yang ini adalah dari JAKIM.
Betul tu, sebab tu sumber tempatan yg paling diyakini adalah dr pihak JAKIM sendiri.
Terima kasih KK, semoga ianya memberi manfaat bersama :)
Waalaikumsalam cikgu,
Buat sekadar termampu...semoga ia bermanfaat utk semua.
Yg ini memang xdpt nak tolong...sebab saya pun xguna hp. Lain2 ketika jika guna pc... cubalah ye.
Sekadar membuat yang termampu. Semoga bermanfaat buat mereka yg memerlukan dan dikongsi bersama.
Assalammualaikum... BM,
widget untuk satu hari satu hadis ini sebenarnya dah lama... kalau tak silap mselim3 pernah guna masa tahun 2010 .. ada yang keluaran JAKIM dan ada yang dibuat oleh sesetengah pereka blog ... mselim3 remove sebab ada error .. insaallah mungkin pihak jakim telah buat penambahbaikan..
mselim3
sangat bermanfaat widget tu bro...
Tapi yang ini bukan keluaran dari JAKIM atau sesiapa, sebab scrip html tu saya buat sendiri melalui aplikasi dari rssmikle. Saya sendiri yg format. Mungkin tajuk widget dan kandungan yg serupa spt yg pernah mselim guna sblm ni maklumlah ianya di feed dr JAKIM.
Thanks BM...Widget yang perlu ada di semua Blog ni...
sangat bagus aplikasi ini..selain dapat ilmu dan pahala
dah pasang . semoga widget ini beri manfaat kpd pembacanya ...
Perkongsian yang menarik admin. Saya tak pasang lagi wiget ni. Kalau pasang rasanya ok jugak....terima kasih ya atas informasinya.
syukur..ada wiget penambah pahala...
Bagus ni. Thanks atas perkongsian BM. Nak letak kat blog jugak nanti ☺
saya dah letak BM
terima kasih BM, moga kita semua peroleh manfaat
Alhamdulillah.. tercari2 juga widget yang tak ragu2 macam ni, pernah letak dulu, tapi sakit hati dengan iklan yang sepakej dengan widget tu, Iklan jodoh.. lama2 Nurul remove.. minta izin ye BM dah pasang kat blog Nurul.. Semoga BM dan keluarga dikurniakan kesihatan, rezeki dan umur yang panjang.. in shaa Allah
terima kasih untuk widget hebat ini. mohon izin saya guna yer.
terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini...
kathy dah guna widget ni kat BKR..tqsm BM...
terims ksdih copas widget nice blog dari newbie www.noteblogeko.blogspot.com
assalamualaikum . maaf mengganggu . tapi saya tak dapat tengok paparan coding yang bm buat . macam mana ye ?
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”