بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bermula dari model kereta Perodua Kancil, maka revolusi kereta kompak / kecil ini mula menjadi pilihan rakyat Malaysia. Walaupun sebelum itu beberapa model diantaranya seperti Daihatsu Charade, Toyota Starlet, Honda Civic, Mazda Familia, Proton Tiara dan Suzuki Swift masih belum cukup mampu untuk meledak dipasaran.
Mungkin kerana faktor harga mampu milik, Perodua Kancil mula mencuri perhatian. Ianya menjadi pilihan ramai untuk dimiliki sebagai kereta pertama mahupun kereta kedua.
Ini di bantu pula oleh beberapa faktor lain seperti kemerosotan ekonomi pada penghujung 90an, kenaikan harga minyak, kualiti yang diyakini serta kemerosotan dan kejatuhan kepercayaan kepada model-model kereta Proton.
Kereta kompak atau kereta kecil dalam segmen A dan B ini terus mendapat permintaan dan menjadi pilihan rakyat negara ini apabila beberapa model Perodua seterusnya seperti Kenari, Kelisa dan Kembara memberi impak positif dan semakin mendapat kepercayaan rakyat.
Perodua Myvi |

Impak yang paling ketara adalah apabila Perodua melancarkan model Myvi pada tahun 2005 yang menguasai carta sebagai model kereta terlaris dipasaran negara sehinggalah ke hari ini. Begitu juga dengan model Viva yang amat diminati ramai.
Kenapa kereta kecil menjadi pilihan rakyat Malaysia? Sudah tentu beberapa faktor utama berikut menjadi alasan klise kenapa ianya menjadi pilihan :
Namun kadang kala, disebabkan kemampuan dan pilihan yang terhad maka beberapa faktor lain seperti kelebihan spesifikasi, keselamatan dan keselesaan terpaksa juga diketepikan. Cukuplah sekadar boleh dipandu dan bergerak dari point A ke point B.
Namun sehingga kini masih belum ada yang mampu mengganggu gugat tahta Perodua. Walaupun Myvi semakin merosot jualannya tetapi Perodua masih berjaya mengekalkan momentum melalui model terkini mereka iaitu Axia.
Berikut beberapa pilihan model kereta kecil dalam segmen A dan B selain dari model Perodua yang mendapat perhatian dipasaran kenderaan Malaysia buat masa kini.
Yang mana satu jadi pilihan anda? Kereta semuanya kecil tetapi selain dari rekabentuk, dan spesifikasi, faktor harga juga berbeza-beza mengikut varian jenama.
Melihat pada pilihan dan persaingan model kereta di atas... pada pandangan anda, jika tiada kawalan harga oleh kerajaan, masih mampukah Perodua dan Proton memonopoli pasaran kenderaan di Malaysia? Sebagai perbandingan, sebuah kereta Honda Jazz adalah sama harga dengan Perodua Myvi SE.... Yang mana satukah anda pilih?
Selain dari itu, terdapat juga beberapa model kereta kecil ini dalam ketegori kereta mewah seperti Mini Cooper, Mercedes A Class, Audi A1 dan Smart. Walaupun kecil tetapi harganya mencecah ratusan ribu ringgit!
Faktor harga, spesifikasi, kelebihan dan kekurangan, keselamatan serta keselesaan perlu diutamakan berbanding rekabentuk dan minat. Namun akhirnya... terpulang kepada anda, duit anda... gunakan sebijaknya. :)
**Harga yang di paparkan tertakluk pada pindaaan pihak pengeluar
p/s: Salam ceria dihujung minggu...
Kenapa Memilih Kereta Kecil?
Perodua Axia |
- Harga yang berpatutan dan mampu milik
- Kapasiti enjin kecil maka rendah harga cukai jalan dan insuran
- Penjimatan penggunaan minyak
- Rekabentuk yang kecil, comel, praktikal dan mudah dikendalikan
- Pilihan paling sesuai sebagai kenderaan kedua
Namun kadang kala, disebabkan kemampuan dan pilihan yang terhad maka beberapa faktor lain seperti kelebihan spesifikasi, keselamatan dan keselesaan terpaksa juga diketepikan. Cukuplah sekadar boleh dipandu dan bergerak dari point A ke point B.
Model Kereta Kecil Pilihan Rakyat Malaysia
Berikutan jumlah jualan kenderaan kecil ini amat tinggi, kini terdapat pelbagai model dari pelbagai jenama cuba untuk merebut peluang yang terhidang dan seterusnya berusaha untuk memecah monopoli Perodua. Ianya telah menjadikan segmen kenderaan ini yang paling kompetitif, hangat dan sengit di pasaran masa kini.Namun sehingga kini masih belum ada yang mampu mengganggu gugat tahta Perodua. Walaupun Myvi semakin merosot jualannya tetapi Perodua masih berjaya mengekalkan momentum melalui model terkini mereka iaitu Axia.
Berikut beberapa pilihan model kereta kecil dalam segmen A dan B selain dari model Perodua yang mendapat perhatian dipasaran kenderaan Malaysia buat masa kini.
RM41,152 - RM60,602
Mitsubishi Mirage
RM60,199 - RM64,091
Suzuki Alto
RM44,888 - RM54,888
Volkswagen Polo
RM88,628
Kia Picanto
RM53,290 - RM58,160
Peugeot 208
RM83,480 - RM93,220
Honda Jazz
RM70,704 - RM85,314
Mazda 2
RM82,322
Kia Rio
RM71,822 - RM77,666
Ford Fiesta
RM84,542 - RM93,888
Hyundai i10
RM51,329 - RM55,325
Suzuki Swift
RM65,888 - RM79,388
Yang mana satu jadi pilihan anda? Kereta semuanya kecil tetapi selain dari rekabentuk, dan spesifikasi, faktor harga juga berbeza-beza mengikut varian jenama.
Melihat pada pilihan dan persaingan model kereta di atas... pada pandangan anda, jika tiada kawalan harga oleh kerajaan, masih mampukah Perodua dan Proton memonopoli pasaran kenderaan di Malaysia? Sebagai perbandingan, sebuah kereta Honda Jazz adalah sama harga dengan Perodua Myvi SE.... Yang mana satukah anda pilih?
Selain dari itu, terdapat juga beberapa model kereta kecil ini dalam ketegori kereta mewah seperti Mini Cooper, Mercedes A Class, Audi A1 dan Smart. Walaupun kecil tetapi harganya mencecah ratusan ribu ringgit!
Audi A1
RM179,900 - RM209,000
Kereta Satu Keperluan
Walaupun kenderaan kecil mendapat perhatian, bukanlah bermakna kenderaan kategori lain seperti sedan, mpv, van, suv dan sebagainya langsung tidak diberi perhatian. Kenderaan-kenderaan kategori tersebut masih punya permintaan berikutan beberapa faktor kelebihan yang dimiliki. Oleh itu, pilihlah kenderaan mengikut keperluan dan kesesuaian.**Harga yang di paparkan tertakluk pada pindaaan pihak pengeluar
p/s: Salam ceria dihujung minggu...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Kereta Kecil Pilihan Rakyat Malaysia
18 comments - "Kereta Kecil Pilihan Rakyat Malaysia"
Kereta kompak ini sesuai untuk golongan belia yang baru bekerja atau , mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang kecil atau kereta ke-2 atau ke-3... :) kereta kecil biasanya lebih jimat minyak...
assalam...berkereta kecilok..jgn xberkereta langsung...heh..heh...selamat berhujung minggu.....
pilihan utk golongan muda..baru memulakan kerjaya..atau mempunyai anak sorg dua..
Keta kompak sbg second car coz senang nak parking..
kereta pertama aku adalah Perodua kancil..sekarang dah tambah satu lagi Perodua Myvi...hu3
Hmmm.. Kalau anak² dah besar kereta kecil tak praktikal lagi...
Proton Iriz tu nampak berbaloi dari segi harga & rekabentuknya.. low profile juga.. :)
Itulah alasan biasa pengguna kereta kecil... termasuk saya juge
Dah tambah , tapi kenapa masih berminat dgn kereta kompak? Cer cite... :)
Kalau anak dah besar...beli sajalah kereta utk anak...hehe
Salah satu alasan terbaik!
Maklumlah...Dah terbiasa dgn kereta driving school... :)
saya lebih suka MyVi... senang dikendalikan dan tak banyak kerenah...
CAntik jugak proton iriz ni.
beli ikut kemampuan kita sebaiknyer
klu saiz saya mmg sesuai dgn kereta comel camni ...
Tak tau nak pilih yang mana satu, untungnya kita boleh 'kahwin' semua..alalala
daripada lima alasan yang diberikan oleh BM, hak no 2 tu tak terfikir langsung
dalam bebanyak tu, minat sangat dengan swift
tapi minat ajelah, buat masa sekarang guna ajelah si putih kat rumah tu =)
sy x memilih langsung..itu kereta yg company bagi sy naik je...sama la sapa driver yg dikhaskan utk sy...sy terima je...kebetulan dpt mercedes..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”