بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bahagia atau Derita Berjaya atau Gagal |
Ingatlah, Kejayaan dan kebahagiaan dunia itulah ujian yang paling berat kerana ia mudah melalaikan kita berbanding kegagalan dan penderitaan yang selalunya membuatkan kita mudah dekat dengan Pencipta.
Tetapi... kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhiratlah paling kita semua kehendaki dan itulah matlamat sebenar yang dituntut untuk kita semua lakukan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Janganlah kita lalai atau kecewa dengan setiap ujian yang diterima. Setiap insan telah ditentukan akan qada dan qadar kehidupannya. Sama ada bahagia atau derita, kedua-duanya punya cabarannya yang tersendiri. Bahagia di dunia bukanlah penentu mutlak untuk kebahagiaan di akhirat dan begitu juga sebaliknya.
Apa yang penting adalah keyakinan kita untuk menempuh setiap cabaran dengan mengikut cara dan panduan yang betul serta diredai. Itulah panduan kita untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Inilah pentingnya ilmu... Ilmu dunia untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan ilmu akhirat untuk kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat. Segala ilmu dunia mesti selari dan berpandukan Al-Quran dan Hadis... Kedua-duanya mestilah seimbang.
Semoga sedikit perkongsian motivasi dan ingatan ini dapat memberi sedikit kesedaran untuk kita merenung kembali akan matlamat dan tujuan kehidupan kita di dunia ini.
Jangan jadikan kegagalan dan penderitaan itu penamat kepada kehidupan dan jangan pula kejayaan dan bahagia di dunia itu puncak segalanya kerana kita masih punya kehidupan yang lebih penting dan kekal abadi untuk ditujui. Dunia hanya sementara untuk kita membawa bekalan menuju kesana...
p/s: Salam takziah kepada saudara Khir Khalid (khirkhalid.com) dan keluarga di atas pemergian ayahanda tercinta. Innalillahiwainnalillahirajiun... Al Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh.
Janganlah kita lalai atau kecewa dengan setiap ujian yang diterima. Setiap insan telah ditentukan akan qada dan qadar kehidupannya. Sama ada bahagia atau derita, kedua-duanya punya cabarannya yang tersendiri. Bahagia di dunia bukanlah penentu mutlak untuk kebahagiaan di akhirat dan begitu juga sebaliknya.
Inilah pentingnya ilmu... Ilmu dunia untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan ilmu akhirat untuk kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat. Segala ilmu dunia mesti selari dan berpandukan Al-Quran dan Hadis... Kedua-duanya mestilah seimbang.
Jangan jadikan kegagalan dan penderitaan itu penamat kepada kehidupan dan jangan pula kejayaan dan bahagia di dunia itu puncak segalanya kerana kita masih punya kehidupan yang lebih penting dan kekal abadi untuk ditujui. Dunia hanya sementara untuk kita membawa bekalan menuju kesana...
p/s: Salam takziah kepada saudara Khir Khalid (khirkhalid.com) dan keluarga di atas pemergian ayahanda tercinta. Innalillahiwainnalillahirajiun... Al Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
9 comments - "Bahagia Derita Berjaya Gagal Adalah Ujian Ilahi"
selagi kita hidup ujian tetap akan berdamping dengan kita...soalnya cara bagaimana kita mengatasinya dan tahap mana kesabaran kita
banyak berdiam tandanya sabar...
Terima kasih diatas peringatan ini :)
ASSALAM...SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...UNTUK MENCAPAI KBHGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT PERLU BERILMU....
Ujian Allah takkan habis selagi kita hidup..
ujian dtg dlm pelbagai bentuk . maka kita perlu sentiasa beribadah kpd-Nya walau apa pun keadaan kita ...
Jangan lupa juga kita semua sebagai blogger juga semestinya diuji. Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada semua..Insyaa-Allah
Terima kasih atas perkongsian. Ujian hidup memang tak lari dari kehidupan kita.
ujian hidup memang mencabar. Alhamdulillah, kuasa ketenangan buat sy lega. Allah sayangkan saya.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”