بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Merotan Anak, Anda Akan Di Dakwa!Assalamualaikum dan salam sejahtera. Percaya atau tidak... Di negara kita ini, jika  anda merotan anak, anda bakal didakwa dibawah akta jenayah jika undang-undang baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan diluluskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan memandangkan negara ini telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita. Namun, kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.”

“Kita juga mengambil iktibar daripada rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya. - sumber

Merotan Anak, Anda Akan Di Dakwa Penjenayah!
Keratan Akhbar Utusan

Apakah Reaksi Anda? 

Apakah reaksi anda setelah membaca dan mengetahui akan undang-undang baru yang akan dilaksanakan ini? Adakah anda bersetuju?

Salah seorang telah memberi reaksi melalui komen beliau tentang isu ini secara terus di halaman Facebook Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk menyatakan pendapatnya. Anda boleh lihat sendiri (jika tidak di padamkanlah), kata beliau :

Pukul anak di Sweden, apa nak sibuk di sini, puan? Kalau esok lusa anak saya berlaku nakal atau terlalu biadap pada usianya, saya akan rotan. Peduli apa saya dengan undang-undang merepek yang hendak menahan saya daripada mengajar anak yang cuba untuk kurang ajar, biadap, berbuat jahat dan lancang mulut dengan orang tua.

"Sayangkan anak, tangan-tangankan." Ingat tak pesan nenek moyang kita? Progresif dengan perjanjian orang putih itu belum tentu baik untuk sahsiah terpuji, puan. Adakalanya cara orang-orang tua kita jauh lebih berkesan daripada semua so-called pendekatan psikologi entah apa tu. Tengoklah anak-anak kita sekarang. Makin ramai yang tidak hormat pada cikgu.

Jangan Merotan Anak

Jangan Merotan AnakJangan Merotan Anak

Merotan Anak Menurut Islam

Rotan Anak menurut islamSewajarnya kita kembali kepada ajaran Islam dengan menurut perintah Allah SWT. Kita ada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Mengapa kita perlu menurut hukum hakam yang dibuat oleh orang kafir?

Sabda Rasulullah SAW, “Perintahkan anak-anakmu supaya mendirikan solat bermula pada usia mereka tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya enggan bersolat setelah berumur 10 tahun serta pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Riwayat Abu Daud)

Percayalah...tiada peraturan yang lebih baik untuk kita semua melainkan peraturan yang diunjurkan oleh agama Islam. Andai kita mengingkarinya, maka pelbagai masalah dan petaka akan melanda. Maka akan runtuhlah moral dan keperibadian seorang muslim dan muslimah.

Bukannya Islam menggalakkan merotan anak-anak tetapi ianya hanya jalan terakhir andai setelah segala cara untuk mendidik gagal. Malah cara dan bagaimana untuk merotan anak-anak juga diterangkan dengan teliti kerana tujuan sebenarnya adalah untuk peringatan serta mendidik dan bukannya untuk mendera.

Kita Pemusnah Generasi Akan Datang

Jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak hormat orang tua dan guru. Jangan salahkan mereka jika gejala sosial semakin berleluasa. Jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak tahu sembahyang dan mengaji. Ini adalah kerana kesalahan kita yang tidak mengajar dan membimbing mereka mengikut cara yang betul.

Namun kini... kita sendiri membuat peraturan untuk menghancurkan generasi sendiri... Maka bersorak tentera-tentera dajjal di atas kejayaan mereka untuk melemahkan dan menghancurkan umat Islam


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

10 comments - "Merotan Anak, Anda Akan Di Dakwa Penjenayah! "

Entri kita lebih kurang BM. Apa yang kakak bimbang jangan kerana akta ini diluluskan akan ramai anak-anak bawah usia terpisah dengan mak-ayah. Siapa nak jaga anak-anak itu bila mak atau ayah kena penjara? Lainlah di Sweden tu ada NGO yg kerjanya menjaga anak yg terpisah ini. Mereka memang menjana pendapatan dari akta ini. Menangguk di air keruh kalau kita di sini...

paridah delete icon 9:23 PG

PERSEKITARAN KITA MASALAH KITA TIADA SIAPA TAHU HANYA KITA YG TAHU APA YG TERBAIK UTK ANAK2 KITA...TIDAK PERLU MENIRU BARAT YG SENTIASA BERHASRAT MENGHANCURKAN TIMUR YG KONONNYA MRK TERAMAT BIJAK N MENGETAHUI SEGENAP PERKARA...SETUJU DGN N3 BM TERBAIK.

BinMuhammad delete icon 10:15 PG

Malangnya lah menjadi ibu-bapa dan guru2 dizaman ini... Tersenyumlah anak2 zaman sekarang... jika akta ini diluluskan. huhu...

susah bila suka sgt ikut budaya luar dari budaya yg baik sendiri..esok-esok jgn pelik la anak-anak berlaku lebih kejam dari skrg nie..

HAMIDIsP delete icon 1:41 PTG

Itulah masalahnya bila panduan agama diketepikan. Satu lagi bukti kecemerlangan kepimpinan era baru..rasa nak muntah pula..

sedikit demi sedikit kita dipaksa ikut cara mereka..Islam jadi terbalik dan berlawanan dengan mereka..seperti putaran arah jam..dalam Islam melawan arah jam

Hero Borneo delete icon 11:33 PTG

susahlah nak ajar anak-anak dengan rotan ..

jie susanos delete icon 11:08 PG

susah jgk klu ada akta mcm ni..

Fiza Rahman delete icon 3:54 PTG

Makin tak faham dengan menteri² kat malaysia ni. Statement makin pelik². Tak kan tak tau hukum agama kot. Nak rotan pon ada caranya.

Tanpa Nama delete icon 11:14 PTG

entahlah mengapa jadi macam ni..cerita di sweden di bawa samai ke malaysia..huhu..merotan je tak boleh kan,men'hanger' dan men'talipinggang' boleh kot dengan tujuan mendidik.. huhu..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap