بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kenapa Blogger Bangga Berkongsi Kejayaan?: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa pandangan anda mengenai blogger yang terbitkan entri mengenai kejayaan atau pencapaian mereka? Setiap orang pasti ada pandangan yang berbeza-beza. Ianya boleh jadi positif dan juga negatif. Adakah ianya memberi keterujaan dan semangat atau menjadi sebaliknya seperti menyampah dan iri hati?

Kenapa Blogger Berkongsi Kejayaan? Macam Riak Jer

Mungkin biasa anda lihat blogger menerbitkan entri berkaitan :
    Kenapa Blogger Berkongsi Kejayaan? Macam Riak Jer
  • Kejayaan menjana pendapatan melalui blog
  • Kejayaan membuat jualan affiliate 
  • Kejayaan mendapat CPUV dari Nuffnang
  • Pencapaian dalam peningkatan trafik blog
  • Pencapaian dalam peningkatan Alexa Rank atau Pagerank
  • Memenangi hadiah dari penyertaan contest/GA/Segmen
  • Mendapat ganjaran atau hadiah dari rakan blogger
  • Dan lain-lain yang sewaktu dengannya...
Kenapa perlunya untuk terbit entri sedemikian yang jelas menunjukkan kepada orang ramai akan kejayaan anda dalam berblogging? Macam sengaja nak menjerat diri sendiri... Tetapi ketahuilah setiap blogger pasti punya sebab yang tersendiri...

Mengenali Dan Memahami

Walaupun kadangkala ianya kelihatan seperti riak, bangga diri dan agak annoying, namun sebenarnya ia tidak mencerminkan sikap dan sifat peribadi sebenar blogger tersebut.

Sebelum kita membuat sebarang andaian adalah lebih baik kita sentiasa bersangka baik. Kenali akan personaliti dan keperibadian blogger tersebut. Teliti serta fahami isi kandungan blog. Melaluinya serba sedikit pasti anda dapat mengenali dan memahami kenapa entri-entri sedemikian diterbitkan.

Apabila kita mengenali maka kita akan memahami niat sebenarnya mereka. Selalunya perkongsian sedemikian adalah untuk :
    Kenapa Blogger Berkongsi Kejayaan? Macam Riak Jer
  • Berkongsi kegembiraan di atas kejayaan yang dicapai
  • Penghargaan buat pengunjung blog kerana anda lah yang merealisasikan kejayaan mereka.
  • Ucapan terima kasih buat pemberi, penganjur serta penaja.
  • Berkongsi maklumat, panduan serta tips agar anda juga mengecapi kejayaan yang serupa.
  • Menaikkan semangat serta membuktikan bahawa ianya tidak mustahil dan boleh dicapai.
  • Strategi bagi menarik minat pengiklan serta syarikat/individu untuk menjalinkan bekerjasama.
  • Dan lain-lain (anda sendiri yang tahu)...
Yakinlah... tiada blogger yang sengaja untuk bangga diri, riak atau membuat orang lain terasa hati. Sebenarnya ia punya niat dan matlamat yang positif untuk kebaikan serta peningkatan diri dan orang lain.


Keihklasan, Keredaan Dan Keberkatan

Namun blogger juga tidak dapat mengelak dari mereka yang tidak memahami dan memandang entri tersebut sebagai sesuatu yang negatif. Ia adalah sesuatu yang diluar kawalan. Bersabarlah... Apa yang penting bukanlah apa yang orang lain nilaikan tetapi niat dan nawaitu anda...

Jika kita ikhlas... InsyaAllah, Allah Maha mengetahui dan itu lebih penting agar setiap apa yang kita lakukan mendapat keredaan dan keberkatan dariNya...

Kenapa Blogger Berkongsi Kejayaan? Macam Riak Jer

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

29 comments - "Kenapa Blogger Bangga Berkongsi Kejayaan?"

mselim3 delete icon 10:22 PG

Assalammualaikum...BM,

Setiap blogger mempunyai pandangan yang berbeza pasal berkongsi kejayaan... tetapi apa yang penting nawaitu kita.. pedulikan suara2 sumbang... kekadang BM agak sukar untuk kita memuaskan hati semua orang. Apa yang penting niat hati kita biarlah Allah sahaja yang tahu ...
Utamakan lah pandangan Allah daripada pandangan manusia... ok.
Good luck my friend.... insallah mselim3 sentiasa sokong BM...

mselim3

setiap dari kita berbeza pandangan...yg penting adalah niat kita..jika ada pandangan yg negatif,abaikan ja..

Linda delete icon 10:39 PG

Betul tu BM....pandangan masing2 berbeza kan...

Kita bersangka baik sahaja. Apakah kita tahu apa yang ada pada isi hati sebenar ke atas blogger yang berkongsi kejayaan mereka itu ....

Mar Mansor delete icon 10:58 PG

pada saya pula, berkongsi hadiah/ ganjaran dari blogger lain tu tanda menghargai dan secara tak langsung mengundang blogger lain untuk kenali blogger tersebut..
bab cpuv, alexa, komisen tu tak cerita pon takpe

ummu hanan delete icon 11:39 PG

Perkara pertama memang kene bersngka baik.. Actually, setiap kejayaan daripada kite semestinya atas usaha, jerit perit kite sendiri terlebih dahulu.. Setelah bertungkus lumus untuk capai sesuatu, siapa lagi akan reward diri kite sendiri kalau bukan kite kan? Orang lain, tentunya tidak tahu perjalanan kepada kejayaan kite..

cygnosis delete icon 12:22 PTG

Memang biasa tu, buat orang lain jeles. Saya belum berjaya lagi ni :(

Unknown delete icon 1:28 PTG

betoi2...setuju sgt..bukannya riak, tapi kita berkongsi cara untuk blogger lain mencapai sepertimana kita capai

Tanpa Nama delete icon 1:29 PTG

Betul.. Niat bercerita utk kejayaan bkn utk riak.sekadar berkongsi kegembiraan dan cerita utk semua. .bersangka baik lebih elok dari menghukum.

Kakak tak pernah merasa mereka yg memaparkan kejayaan sebagai riak. Pada kakak sebagai satu motivasi mengajak sahabat pembaca entrinya utk sama-sama meraih apa yg dia perolehi... berkongsi yg baik itu adalah baik.

yang penting kita jangan cepat menilai orang..terutama jangan bersangka buruk terhadap orang..soal nak riak atau menunjuk-nunjuk itu sal hati dia, siapa yang dapat meneka hati seseorang

paridah delete icon 3:57 PTG

n3 tentang kejayaan blog wajar dipaparkan agar merangsang yg lain mncpai kejayaan serupa r lbh llg..baik niat tu...

Bergantung pada perspektif individu. Pada saya, tak salah BM nak berkongsi info. Lagipun, banyak bloggers yang baru-baru nak belajar, perlu juga ambil tahu info-info yang disampaikan di dalam blog BM. Kalau takda rujukan, susah jugak nak terkial-kial dapatkan target dalam penulisan blog ni.

tak dapat nak menangkan semua kehendak lah BM... wujudnya Blog sendiri merupakan satu rahmat kepada ramai orang yg ingin tulisan mereka dibaca di akhbar atau majalah... tapi sudahnya ada majalah sendiri yg diurus sendiri untuk menulis... jadi apalah yg berbeza dengan akhbar atau majalah kalau blogger memaparkan cerita sendiri... itu cerita kejayaan dapat duit... macam mana cerita travel atau makan2... tak ker sama juga... jadi teruskan saja... tak perlu nak mengikut kehendak semua orang

bersangka baik......diambil sebagai langkah yang baik dalam berkongsi kejayaan...peransang untuk lebih berjaya lagi.

Khir Khalid delete icon 6:26 PTG

Bagi saya tiada yg bersalahan bagi mana-mana blogger utk berkongsi kejayaan atau pencapaian sendiri. Ia sesuatu yg baik bukan shj utk meningkatkan semangat kpd blogger itu sendiri tetapi kpd yg lain juga. Secara tak langsung sekurang2nya dpt membuka peluang baik yg lain, in shaa Allah...
Teruskan berkongsi apa shj asalkan yg baik... itulah tujuan berblog kan.. :)

Khir Khalid delete icon 6:27 PTG

Ya tuan... setuju... perangsang utk lebih berjaya... :)

weschairs delete icon 7:03 PTG

Betui tu saya setuju... Cuma Kalau kerap sangat memang ada yg akan kata riak

Ummi Hanie delete icon 11:15 PTG

bg sy, ia mmbantu menyuntik semangat sesama rakan blogger utk sama2 berjaya...

Admin delete icon 2:40 PG

Kisah kejayaan itu perlu supaya blogger tersebut tak lupa diri bahawa dulu dia pernah susah payah nak dapat, dan bila dah dapat .. dia mesti berikan sesuatu kepada orang lain - dan penceritaan sebegitu adalah satu pemberian yang sebenarnya boleh dijadikan sumber kebaikan kepada mereka yang mahu fikir.

Cuma orang yang malas je yang akan fikir benda tu riak, sebab dia tak pernah nak merasa, apatah lagi mahu mencuba. Dia mahu orang fikir seperti apa yang dia fikirkan walhal apa yang dia fikir tidak berikan manfaat baik untuk dirinya mahupn orang lain.

Allahu'alam.

adarain delete icon 11:47 PG

Terpulang kepada individu masing-masing, sama ada niat menunjuk2x ataupun tidak. Paling penting post tentang kejayaan diharap dapat dilihat sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dan bersaing untuk lebih maju.

Taklah riak. Pada saya, berkongsi itu adalah satu advertise

Unknown delete icon 3:34 PTG

Berkongsi kejayaan dengan orang lain tidak menjadi masalah sekiranya ingikan orang lain mengikut jejak sama melakar kejayaan, itu tidak dinamakan riak :)

Unknown delete icon 4:04 PTG

ada sebahagiannya trend dan ada pula satu keperluan . pandang dari sudut positif sajalah . klu kita rasa ianya riak , jgn buat ...

ohcikgu delete icon 5:34 PTG

itulah itu.

setiap orang punya pendapat yang berbeda.

Fiza Rahman delete icon 5:12 PTG

Kita tak dapat nak puaskan hati semua org BM. Dan memang sikap segelintir manusa yg punya sikap tak puas hati. Lain yg kita cuba sampaikan, tapi lain yg difikirkan.

Etuza delete icon 11:44 PTG

sangat setuju dengan sahabat kita meselim tu..dan blogger lain. Niat baik...ertikan maksud sampaikan sepatah yang menggembirakan. Sebenarnya apa yang kita kongsi tu luaran sahaja..dalaman sebenar kejayaan kita belum di kongsi secara 100%..hanya kita kongsikan dengan keluarga dan syukur kepada Allah..

Dr. Macho delete icon 4:25 PTG

Terbaik blog anda.. Saya dapat belajar serba sedikit di blog ini.. anda boleh follow blog saya juga (http://megawealthvet.blogspot.my/)

Pakcu delete icon 9:26 PTG

Mugkin kejayaannya membawa kegembiraan bagi nya...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap