بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salah satu persoalan yang sering ditanya oleh seorang blogger adalah bagaimana menilai pencapaian dan kejayaan seseorang blogger? Apakah ukuran atau tanda aras untuk mengiktiraf kejayaan seseorang blogger?
Kejayaan seseorang blogger boleh dinilai dengan jelas secara visual melalui pencapaian yang telah mereka capai.
Diantaranya adalah melalui kedudukan ranking yang baik dan tinggi sama ada di Alexa Rank mahupun Pagerank. Begitu juga dengan kehebatan populariti melalui follower yang ramai. Selain dari itu, data blog yang baik seperti trafik yang tinggi serta bounce rate yang rendah.
Kejayaan seseorang blogger juga boleh dinilai melalui pengiktirafan dengan pelbagai anugerah yang diterima dalam media sosial selain dari kehebatan populariti yang sering muncul dimedia semasa.
Namun semua yang disebut diatas bukanlah satu penilaian kejayaan yang mutlak bagi seseorang blogger kerana ukuran sesebuah kejayaan bukan semestinya perlu diiktiraf dan dilihat oleh orang ramai. Sebenarnya anda iaitu diri sendirilah yang menilai sama ada kejayaan telah diperolehi dan kecapi.
Maka... apakah matlamat anda dengan blog? Oleh itu... sudahkah anda mencapainya?
Anda tidak perlu cemburu atau iri hati melihat kejayaan dan pengiktirafan seseorang blogger kerana matlamat dan tujuan kita semua berbeza. Fokus kepada arah tujuan anda. Pilih dan jadikan kejayaan mereka yang punya matlamat yang sama sebagai perangsang dan panduan untuk anda berjaya.
Pertama sekali anda perlulah tetapkan matlamat apa yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu. Melalui matlamat ini anda akan lebih fokus kepada arah, jalan serta panduan yang betul untuk anda ikut dan lalui. Anda pasti akan berusaha melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.
Jika berjaya mencapai matlamat maka itulah kejayaan anda yang sebenarnya!
Mulakan dengan meletak sasaran dan matlamat yang anda yakin mudah untuk dicapai. Kejayaan mencapainya akan mendorong anda untuk melangkah lebih jauh lagi melalui matlamat yang lebih mencabar.
Semoga berjaya buat semua sahabat blogger dalam mencapai apa jua matlamat anda dalam berblogging dan dalam kehidupan ini...
Adakah anda seorang blogger yang berjaya? |
Diantaranya adalah melalui kedudukan ranking yang baik dan tinggi sama ada di Alexa Rank mahupun Pagerank. Begitu juga dengan kehebatan populariti melalui follower yang ramai. Selain dari itu, data blog yang baik seperti trafik yang tinggi serta bounce rate yang rendah.
Kejayaan seseorang blogger juga boleh dinilai melalui pengiktirafan dengan pelbagai anugerah yang diterima dalam media sosial selain dari kehebatan populariti yang sering muncul dimedia semasa.
Namun semua yang disebut diatas bukanlah satu penilaian kejayaan yang mutlak bagi seseorang blogger kerana ukuran sesebuah kejayaan bukan semestinya perlu diiktiraf dan dilihat oleh orang ramai. Sebenarnya anda iaitu diri sendirilah yang menilai sama ada kejayaan telah diperolehi dan kecapi.
Kejayaan Seorang Blogger
Seorang blogger diiktiraf berjaya sekiranya berjaya mencapai matlamat yang dinginkan atau disasarkan melalui blog mereka.Maka... apakah matlamat anda dengan blog? Oleh itu... sudahkah anda mencapainya?
Anda tidak perlu cemburu atau iri hati melihat kejayaan dan pengiktirafan seseorang blogger kerana matlamat dan tujuan kita semua berbeza. Fokus kepada arah tujuan anda. Pilih dan jadikan kejayaan mereka yang punya matlamat yang sama sebagai perangsang dan panduan untuk anda berjaya.
Mempunyai rumah yang mewah adalah simbol kejayaan di dunia |
Menilai Kejayaan Blogger
Hanya anda sendiri yang dapat mengiktiraf dan menilai sama ada anda sudah berjaya atau tidak. Bagaimana hendak menilai kejayaan anda?Pertama sekali anda perlulah tetapkan matlamat apa yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu. Melalui matlamat ini anda akan lebih fokus kepada arah, jalan serta panduan yang betul untuk anda ikut dan lalui. Anda pasti akan berusaha melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.
Jika berjaya mencapai matlamat maka itulah kejayaan anda yang sebenarnya!
Mulakan dengan meletak sasaran dan matlamat yang anda yakin mudah untuk dicapai. Kejayaan mencapainya akan mendorong anda untuk melangkah lebih jauh lagi melalui matlamat yang lebih mencabar.
Tiada jalan yang lurus dan mudah untuk berjaya |
Hidup Perlu Ada Matlamat
Ingatlah, hidup kita di dunia ini punya matlamat... maka setiap apa yang anda lakukan mesti punya tujuan dan perlukan panduan. Andai tiada matlamat dan panduan maka akan tersesatlah anda dari jalan kebenaran...Semoga berjaya buat semua sahabat blogger dalam mencapai apa jua matlamat anda dalam berblogging dan dalam kehidupan ini...
Matlamat untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat mesti berpandukan Al Quran dan Hadis. |
p/s: Jangan lakukan sesuatu sekadar untuk suka-suka tanpa tujuan tertentu kearah kebaikan dan manfaat bersama kerana syaitan akan mudah menyesatkan anda kearah yang bertentangan...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Menilai Kejayaan Sebenar Seorang Blogger
31 comments - "Menilai Kejayaan Sebenar Seorang Blogger"
yang penting komitmen terhadap perlu berterusan seiringan dengan matlamat yang ingin dicapai.
Yg penting niat dan tujuan sesuatu blog itu diwujudkan
Assalammualaikum... BM,
dugaan untuk istiqamah dalam berblog ini memang sentiasa ada... godaan syaitan agar kita lalai ... memang tidak dinafikan matlamat berblog setiap blogger adalah berbeza...
mselim3
biarlah apa yg dimuatkan didalam blog memberi manfaat pd yg singgah membacanya..
tahun lepas saya ada menyasarkan matlamat
saya jadi tertekan kemudiannya
saya masih belum lagi merasa sebarang pendapatan
tahun ni saya dah malas, biarlah
bersyukurlah kalau sasaran blogging telah tercapai n teruskan komitment blogging tanpa jemu...xterkenal xmengapa asal berblog dgn ikhlas.
Memang kena ada matlamat kan. Walaupun sekadar menjadi blogger ni
insyallah aku masih cuba kekalkan tujuan aku buat blog...
Saya hanya berdoa semoga pembaca mendapat manfaat daripada blog saya. dapat membantu insan sejagat.
unik betul gambar ke 2 dan ke 3.. indah sangat²..
benar,,,Istiqamah itulah yg penting!
Tepat sekali... tanpa niat dan tujuan, pasti tiada arah dan akhirnya akan terkubur...
Waalaikumsalam mselim,
Sama2lah kita saling ingat mengingati agar tidak lalai dan tergoda dgn hasutan syaitan.
Blog adalah tatapan tanpa sekatan dan sempadan. Semua orang boleh lihat dan baca...maka penting berhati2 akan setiap apa yg kita kongsikan.
Matlamat tidak semestinya dikongsikan...
yang penting punya matlamat dan tahu cara utk mencapainya.
Kita perlu mulakan dengan matlamat yang paling mudah dicapai, kemudian barulah bergerak selangkah demi selangkah.
Sekarang ni sudah semakin nampak matlamat anda dalam setiap entri...teruskan ya!
Keikhlasan dalam setiap perbuatan adalah salah satu sikap yg perlu ada untuk mencapai matlamat yg disasarkan.
Peringatan yg baik untuk direnungkan. Rugi rasanya kalau berblog sekadar suka-suka sahaja kerana jika ia disertai matlamat pastinya suka-suka itu akan terhasil dengan lebih indah. Setuju dgn kenyataan ini.. matlamat kejayaan itu lebih indah jika ia terbit dari hati utk kita mencapainya dgn cara tersendiri. Semoga matlamat itu mempunyai manfaat bersama utk dunia dan akhirat, in shaa Allah... aamiin..
Matlamatlah yang memandu arah agar tidak menjadi tamak untuk membuat semua perkara serentak..
Sama2 kita saling ingat mengingati... Maklumlah, kita semua insan yg lemah...mudah lalai dan terlupa!
InsyaAllah...semoga matlamat MKL akan tercapai. Niat yang baik pasti Allah permudahkan.
Sumber inspirasi terhadap newbie mcm saya. Saya cuba buat yang terbaik.
biasanya begitulah. hoho..
kejayaan biar saya sendiri nilaikan sebelum orang lain memberi penilaian..
Kalau buat suka-suka pun tapi punya landasan insya-Allah akan baik juga penghasilannya. Yg penting letakkan garispanduan dlm melakar titipan menjadi entri.
Terima kasih BM peringatan ni..Saya masih baru dalam dunia blogger. Memang sebenarnya berblogging ni bukan sahaja sekadar menulis. Tapi memang perlu punya matlamat dan hala tuju. Sebab dari penulisan ini, yang ditulis melalui hati dan dimanfaatkan oleh orang lain kemudian hari, moga2 ianya menjadi bekal kepada kita di alam sana nanti, insyaAllah..
Betul tu, penilaian bergantung kepada matlamat blogger itu sendiri. Sebab itu seboleh-bolehnya setkan matlamat yang senang dinilai/ukur (measurable).
Matlamat itu perlu guna konsep M.E.S.T.I ... :)
Benar, tiada jalan yang lurus dan mudah untuk berjaya!
berblog kerana minat . klu kerana sesuatu , bila x tercapai , jadi stress ...
Betul tu. Matlamat perlu ada.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”