بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Musibah Itu Takdir Dan RahmatAssalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap apa yang terjadi seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar mahupun tsunami menjadi pentunjuk kepada kita untuk menjadi semakin pasrah kepada kekuasaan Allah sebagai Tuhan Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.

Sepatutnya juga segala malapetaka yang berlaku ini akan mendidik hati kita agar semakin mendekati Allah dan menanamkan sikap takwa yang mendalam. Bencana alam yang datang silih berganti melanda pelosok dunia menginsafkan diri kita bahawa kita mesti menjauhi sifat sombong dan berbangga diri kerana kita hanyalah insan lemah lagi tidak berdaya.

Satu lagi perkara yang perlu diinsafi, segala kejadian yang berlaku di muka bumi ini semuanya ditetapkan Allah. Kita seharusnya menerima apa saja musibah atau bencana dengan hati penuh reda dan bersabar. Inilah saja pedoman diutarakan kepada kita agar segala kejadian buruk yang menimpa itu tidak terus membelenggu jiwa sehingga kita berputus asa dan berkeluh kesah sepanjang masa.

Musibah Itu Takdir Dan Rahmat

Baca dan renunglah bersungguh-sungguh akan firman Allah ini, insya-Allah hati dan jiwa kita sentiasa tenang untuk berhadapan dengan apa saja musibah yang tertimpa. Firman Allah bermaksud:

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. “(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” ( Surah Al-Hadid ayat 22-23 ) 

Musibah Itu Takdir Dan Rahmat
Mukmin yang bersikap reda terhadap sebarang musibah adalah petunjuk dia memiliki ketakwaan dan kadar iman yang tinggi. Musibah juga satu mekanisme yang digunakan Allah untuk menilai tahap kepercayaan seseorang terhadap qada dan qadar-Nya.

Ini kerana keimanan kepada qada dan qadar akan membuahkan semangat untuk terus hidup dengan lebih dinamik, menimbulkan perasaan tidak mudah berputus asa dan apa yang lebih penting lagi akan menyebabkan seseorang itu tidak berdukacita secara melampaui batas.

Daripada sudut pandang lain, ketahuilah bencana atau musibah itu juga suatu rahmat Allah. Sebenarnya Allah menunjukkan sifat sebenar dunia ini yang tidak akan kekal selama-lamanya. Ini tentulah bertujuan menggalakkan manusia mempersiapkan diri dengan bekalan menuju alam akhirat.


Musibah Itu Takdir Dan Rahmat

Seandainya kita masih tidak insaf dan tidak menjadikan malapetaka dunia itu sebagai satu titik-tolak untuk kita bermuhasabah diri, bertaubat kepada Allah dan sentiasa menjalani kehidupan atas landasan yang dibenarkan agama-Nya, amat malanglah nasib kita! Wahai Mukmin yang diredai Allah. Baca dan ingatlah selalu firman Allah yang bermaksud:

“Dan (Kami binasakan) kaum ‘Aad, Tsamud, penduduk Rass dan banyak (lagi) generasi di antara kaum itu. “Dan Kami jadikan setiapnya itu perumpamaan dan masing-masing benar-benar Kami binasakan dengan sehancur-hancurnya dan sesungguhnya mereka melalui sebuah negeri yang (dulunya) dihujani dengan hujan sejelek-jeleknya. “Maka apakah mereka tidak menyaksikan kesan runtuhan itu bahkan adalah mereka itu tidak mengharapkan akan kebangkitan.” (Surah Al-Furqan ayat 38-40 ).

Juga sepatutnya ayat Allah berikut ini mampu mencelikkan mata hati kita untuk sentiasa bertawakal dan bertakwa kepada Allah setiap masa. Apa kata Allah? Allah berfirman maksudnya:

“Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di bumi) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar ).’ ( Surah As-Sajdah ayat 21 ) .

Iman Dan Redha Terhadap Ketentuan (Qadha’) Allah
Musibah Itu Takdir Dan RahmatKita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT di Lauhul Mahfuz.

Kita juga wajib menerima ketentuan Allah ini dengan berlapang dada (redha). Allah SWT berfirman :

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (TMQ al-Hadid [57] : 22)

Sabar Menghadapi Musibah
Musibah Itu Takdir Dan RahmatMenurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah.

Selain itu, kita disunnahkan untuk mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun) ketika berlaku musibah. Allah SWT berfirman :

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” . [TMQ al-Baqarah [2] : 155-156]

Mencari Hikmah Di Sebalik Musibah
Musibah Itu Takdir Dan RahmatSeseorang Muslim yang mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa.

Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. Sabda Rasulullah SAW :

“Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Tetap Terus Berikhtiar
Musibah Itu Takdir Dan RahmatMaksud ikhtiar ialah tetap melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan dan menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul.

Kita tidak disuruh untuk berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu dengan menunggu bantuan datang ketika musibah menimpa kita.

Beriman kepada ketentuan Allah bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita. Allah SWT berfirman :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [TMQ ar-Ra’du (13) : 11].

Memperbanyakkan Berdoa Dan Berzikir
Musibah Itu Takdir Dan RahmatKita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas.

Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: “Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa” (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) [HR Muslim].

Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan. Allah SWT berfirman :

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram.” [TMQ ar-Ra’du (13) : 28]

Muhasabah Dan Bertaubat
Musibah Itu Takdir Dan RahmatTiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT.

Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan sesat. Allah SWT berfirman :
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu).” [TMQ asy-Syuura (42) : 30]

Musibah Satu Anjakan Memperbaiki Diri

Jadi, apa saja bencana seperti gempa bumi atau dilanda ombak tsunami yang mengganas, semuanya dapat dianggap sebagai azab kecil yang Allah timpakan di dunia berbanding azab maha perit di akhirat kelak. Apakah kita tidak mahu insaf dan bertaubat lagi? Atau kita hanya hendak melihat dan memantau saja bencana dunia sehingga diri kita turut mengalaminya baru hendak bertaubat ?

Oleh yang demikian, marilah kita jadikan apa saja malapetaka alam sebagai satu anjakan ke arah membetulkan diri dengan sentiasa insaf, bertaubat dan mengamalkan ajaran agama dengan sepenuhnya agar kehidupan kita, keluarga kita serta negara kita dirahmati Allah, insya-Allah.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

16 comments - "Musibah Itu Takdir Dan Rahmat Ilahi"

Tanpa Nama delete icon 11:53 PG

Ada hikmah di sebalik musibah ..

HAMIDIsP delete icon 12:16 PTG

Beruntunglah insan-insan yang sentiasa bersabar. Semoga peringatan ini menjadikan kita umat Islam terus tabah dan bertambah iman. Amiin..

sangat tepat entri ini.. inshaALLAH ada hikmah yang tersembunyi rapi di luar jangkaan kita..

Pada kakaklah BM hakikat sebenarnya samada yg dilanda banjir mahupun yg tidak dilanda banjir pasca banjir negara akhir tahun 2014 dan awal 2015 ini adalah ujian buat semua. Masing-masing ada ujian disebalik yg terjadi. Masing-masing kena renung disebalik kejadian itu apa sebenarnya yg Allah mahu kita ambil iktibar..

Khir Khalid delete icon 4:04 PTG

Ya.. setiap musibah pasti ada hikmahnya. Bersangka baiklah sentiasa kita semua kpd Allah swt. Semoga Allah sentiasa mengurniakan ketabahan, perlindungan dan jalan hikmah yg sebaiknya kpd semua yg menghadapi ujian, dugaan dan musibah... aamiin...

Salam BM ..Singgah sini awal tahu 2015 ...Musibah itu datang tanpa kita duga..Musibah iyu hadir saat kita tak menjangka ..Musibah itu satu ujian dari Allah SWT buat hambaNYA..Bersabarlah wahai insan ynag di timpa musibah..Semoga anda semua tabah dalam menghadapi dugaan dan musibah ini..

Musibah yang menjadikan hubungan sesama manusia bertambah erat ;-)

Musibah ini bukan sekadar petunjuk buat mangsa, malah kita sebagai rakyat Malaysia juga harus melihat ke dalam struktur masyarakat kita secara keseluruhannya. Ia juga ibarat medan ujian pada rakyat Malaysia secara amnya.

Kita perlu mengambil iktibar dari setiap kejadian. Sayang seribu kali sayang, manusia tidak sedar akan sesuatu kejadian. Pisang berbuah dua kali.. Kadangkala berulang kali kejadian yang berlaku....

Musibah yang menimpa anda bukanlah kerana buatan manusia yang memiliki kuasa atau ilmu tertentu. Ia hanyalah datang daripada Allah Taala bagi membawa khabar gembira bahawa Dia sentiasa merahmati anda. Boleh jadi jika anda tidak disentuh musibah, anda akan cepat lupa dan tak perasan langsung dengan kewujudan Allah Taala dalam kehidupan anda.

ummu hanan delete icon 7:48 PG

Bile melihat musibah ini dengan mata kasar, memang kite akan lihat sesuatu yang buruk, sesuatu yang menyedihkan. Tapi, hakikat disebalik musibah ni sangat besar hikmahnya. Tanda kasih dan sayang Allah kepada orang-orang yang diturunkan musibah. Bersabarlah kalian!

Unknown delete icon 9:19 PG

Sangat benar.. setiap berlaku ada hikmahnya.. kekadang satu musibah yang berlaku memberi pelbagai hikmah pada kita semua.. tanpa kita sedari...

Etuza delete icon 9:26 PG

tips blog lebih ceria datang klik ya..moga tersenyum hari ini..http://madey09.blogspot.com/2015/01/senyumkan-blog-anda-pasti-ramai-ceria.html

allahuakhbar..benar2 menyayat hati..nanti etuza akan buat Entry hal banjir banyak iktibar..Allah tu sangat tahu apa yang terjadi..

paridah delete icon 9:49 PG

setuju sekali dgn frasa MUSIBAH ADALAH ANJAKAN UTK MMPERBAIKI DIRI...INSYA ALLAH.

Yana Yani delete icon 5:04 PTG

tersentuh rasa hati membaca titipan ni
benarlah apa yang disampaikan
setiap yang berlaku itu ada rahmatnya
dan juga peringatan buat semua

sebagai peringatan dan ujian..ujian buat si mangsa..ujian juga buat jiran yang berdekatan yang tahu ada jiranya sedang dilanda musibah

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap