بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Pakaian Banyak Tetapi Pakai Yang Itu Juga
Apa sebenarnya tujuan memakai pakaian?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti kita semua akan mengakui hakikat ini, pakaian kita banyak tetapi yang sering dan selalu dipakai adalah pakaian yang sama sahaja. Asyik-asyik pakaian yang itu juga dipakai... Benar kan? Ada yang tak nak mengaku ke? Itu hipokrit namanya... hehe!

Pakaian merupakan keperluan setiap insan. Setiap orang mempunyai pakaian peribadi mereka tersendiri. Selama kita hidup, berapa banyak pakaian yang kita ada? Jika semua pakaian kita sedari kecil sehingga kini dikumpulkan, pasti membukit banyaknya!


Banyaknya Pakaian Yang Perlu Ada!

Pakaian berkait rapat dengan fesyen dan perubahan suasana, zaman serta usia. Pakaian terpaksa dibeli baru apabila berlaku perubahan pada bentuk dan saiz fizikal. Pakaian juga terpaksa ditukar apabila sudah lusuh atau rosak. Pabila menyambut perayaan, sudah pasti juga hendak berpakaian baru

Selain dari itu, apabila kita menganjak dari satu fasa ke satu fasa kehidupan, pakaian juga terpaksa diubah. Pakaian sekolah, pakaian kerja, pakaian formal, pakaian tidak formal, pakaian di rumah, pakaian tidur, pakaian untuk berjalan, pakaian untuk riadah dan pelbagai lagi telah menuntut kita untuk mempunyai banyak koleksi pakaian,

Pakaian Banyak Tetapi Pakai Yang Itu Juga
Setiap pakaian perlukan padanan gaya dan warna yang bersesuaian

Kalau tinggal di negara empat musim, pakaian juga terpaksa mengikut musim. Ahh...!!! terlalu banyak sekali jenis pakaian yang diperlukan oleh setiap orang!

Sudahnya kita mempunyai banyak pakaian tetapi tidak semuanya akan dipakai. Selalunya hanya pakaian harian dan tertentu sahaja yang akan dipakai selalu. Selebihnya akan terbiar dan mungkin ada yang rosak dan lusuh dalam simpanan.


Dilema Sayang Dan Suka Simpan Pakaian

Pakaian Banyak Tetapi Pakai Yang Itu Juga
Mahukah anda berpakaian begini untuk kepasar?
Sifat sayang kita kepada pakaian kadang kala terlalu melampau. Sayang untuk dipakai kononnya hanya untuk masa-masa tertentu sahaja tetapi akhirnya sama ada ianya rosak atau sudah tidak sesuai saiznya...

Begitu juga halnya yang berlaku kepada pakaian yang terlalu mahal, cantik dan menyerlah seperti pakaian pengantin bukannya boleh dipakai untuk semua acara dan aktiviti.

Peliknya...kita akan terus juga membeli dan membeli pakaian baru walaupun sudah mempunyai terlalu banyak pakaian! Tujuan berpakaian bukan lagi untuk menutup aurat, keselesaaan dan keperluan diri sendiri tetapi sudah menjadi satu fesyen dan gaya untuk mendapat perhatian orang lain.

Begitulah dilema pakaian... Pakaian yang banyak-banyak itu akhirnya ditinggalkan apabila kita sudah tiada kelak. Mungkin kita akan mendapat jariah apabila ianya disedekahkan, kalau tidak... Sama ada dibuang atau dijual ditempat kitar semula...

Akhirnya kita hanya memakai sehelai kain putih yang tidak berjahit membungkus keseluruhan diri kita... Tidak akan ditukar dan mereput bersama jasad hingga ke hari akhirat kelak!

Akhirnya... kain kafan juga menjadi pakaian kita...


Berpakaian Cara Rasulullah SAW

Oleh itu, ditahun 2015 ini, cuba kita renung kembali. Perlukah kita membazir untuk membeli dan menambah pakaian yang sedia ada? Fikirkanlah... Apa sebenarnya tujuan kita berpakaian?

Jadikan Rasulullah SAW sebagai panduan... Baginda seorang pemimpin teragung tetapi tidak memakai serta memiliki pakaian yang cantik dan mahal, malah tidak mempunyai koleksi pakaian yang pelbagai.

Panduan Rasulullah SAW mengenai pakaian merupakan panduan terbaik, amat bermanfaat untuk tubuh, paling mudah dipakai, ditanggalkan serta tidak mahal. Baginda biasa memakai kain sarung dan serban kerana jenis pakaian ini paling lembut pada tubuh manusia.

Ummu Salamah berkata, "Pakaian yang paling disukai oleh Nabi Muhammad adalah baju jubah." - diriwayatkan oleh Abu  Daud dan Tirmizi.

Andai kita tidak mampu menjadi seperti baginda tetapi renungkanlah mereka yang susah sebagaimana yang berlaku kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini. Mereka amat memerlukan bantuan pakaian. Mungkin dikala bernasib sedemikian barulah kita faham erti keperluan pakaian yang sebenar...

Oleh itu... Masihkah kita terus-terusan membazir untuk membeli pakaian baru dan bergaya sedangkan ada insan lain yang hanya memakai pakaian yang sama berbulan-bulan lamanya!?



Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

37 comments - "Pakaian Banyak Tetapi Pakai Yang Itu Juga"

Assalamualaikum BM.. sheila terasa.. sebab sheila ni memang suka tengok baju cantik2. maybe lepas ni kena kurangkan tengok website jual baju. hehehe. mana yang dah tak muat, sheila siap2 dalam beg. kasi kat adik2...

sitirohaida delete icon 11:36 PG

yelah...saya pun mmg jenis yang sayangkan pakaian...kekdang tak muat pun masih nak simpan,.

sampai part kain putih tu menjadi pakaian terus tertelan telan air liur...uhuks...

BinMuhammad delete icon 12:46 PTG

Maaflah ye...bukan niat uk buat anda terasa...cuma utk renungan bersama.
Eloklah tu...sedekahkan kpd mereka yang boleh dan nak pakai...

bg akak...akan terus pakai selagi muat serta tak koyak...

Perempuanlah terutamanya BM kakak akui kakak termasuklah yg jenis sayang dgn baju dan asyik beli dan beli saja. Tapi baju lama kakak banyak yg dah sampai Indonesia dan kali ini banyak dah ke Kelantan. Jadi tak membazir kan... ada juga yg kakak hantar rumah org tua..

Perempuan masih boleh berjubah utk pergi kerja tetapi walau rasulullah suka berjubah lelaki di tempat kita kalau pergi kerja berjubah macam mana agaknya BM? Tempat kakak ni ada satu Pakistan suka berbaju style dia tau. Siap bersongkok lagi. Orgnya baik tau... boleh jadikan menantu hihi...

betullah BM... kalau bulan puasa saya suka pakai jubah... dan asyik jubah tu jer... sebab selesa... dulu saya pernah pakai satu seluar sampai pecah celah kelengkang dia tapi saya tampal sebab memang sedap dipakai... sampailah seluar tu hilang (saya syak mak saya buang sebab geli tengok seluar tampal2)... tapi kalau tak membazir untuk pakaian akan lebih nikmat lagi hidup

Ini merupakan antara sebab mengapa saya malas nak beli pakaian baru. Normally, pakaian saya jenis yang tahan lasak sebab saya ni suka pakai satu jenis tu sampai lunyai. Kadang dah benang mereput pun still pakai lagi dengan steady.

Biasalah, orang hensem ni, pakai apa benda pun tetap hensem jugek. Kah! Kah! Kah! :-p

BinMuhammad delete icon 3:25 PTG

Tidak dinafikan, ramai yang bersikap demikian... Ianya adalah normal. Mungkin kita perlu renungkan... tabiat ini wajar diubah.

BinMuhammad delete icon 3:26 PTG

Selalunya begitulah... agak kaget untuk menerima hakikat yang sebenar-benarnya... :)

BinMuhammad delete icon 3:27 PTG

Kalau pakaian yg kita suka pakai, koyak pun kita sanggup pakai lagi... Tapi selalunya pada masa yg sama masih beli yang baru... hehe

BinMuhammad delete icon 3:30 PTG

Kalau semua orang bersikap seperti akak, rasanya xde insan yang tidak mempunyai pakaian untuk ditukar. Alhamdulillah... semoga akak beroleh keberkatan.

BinMuhammad delete icon 3:33 PTG

Kalau tak dapat berjubah pun, kita ikut cara kesederhanaan Nabi dalam berpakaian. Wah! boleh jadi calon menantu akak kot...hehe

BinMuhammad delete icon 3:35 PTG

Wah! Sampai begitu sekali...Tapi tidak dinafikan, kita mesti ada pakaian yg kita suka dan selesa dipakai walaupun sudah lusuh dan rosak.
Masalahnya...masih juga nak beli lagi dan lagi tapi hanya tersimpan rapi...hehe

BinMuhammad delete icon 3:37 PTG

Alah membeli menang memakai... Salute lah dgn anda!
Tapi selalunya ramai yg sukar nak lakukan kerana nafsu melihat fesyen dan gaya semasa.

Kebenaran yang tidak disangkal lagi! Kalau dah hensemlah katakan... haha!

Suka baca entry ni, diselit dengan cara berpakaian nabi suka adalah jubah tu sebab julia suka tgk fesyen jubah moden yg sgt menarik...belum lg beli..

Etuza delete icon 4:34 PTG

http://madey09.blogspot.com/2015/01/artis-terkenal-sama-tarikh-ulang-tahun.html something dari peminat Datuk Siti Nurhaliza..klik ya BM..wah baju ..tema entry terbaik..nanti nak baca kemudian ya Bwalking kejap..

Etuza delete icon 4:40 PTG

klik ya BM...kebetulan ja tu dan ada ramai juta masyarakat lain lahir tarikh ni..cuma mereka x ada blog..mybe ada juga yang lain tapi diorang tak kongsikan..

entri yang bagus... acik nie bkn jenis yang bergaya sangat.. asal ada cukuplah.. janji boleh pakai dan bersih

Unknown delete icon 5:31 PTG

Amboi pokcik..siang siang dah mengata cik akak kan. Hahaha..memang itulah kebenarannya...dah sekali pakai...simpan...lepas tu beli yang lain pula...adoi..adoi...

Khir Khalid delete icon 6:25 PTG

Mmg betul... ada kalanya beria2 beli tapi lepas pakai sekali ada yg rasa mcm tak sesuai pulak. Paling tak bagi je kat anak2 sedara... mmg perlu berjimat & berhalus ttg bab baju2 ni. Paling mendalam, bila penghujungnya kain putih jua yg menemani jasad... Allahuakbar...

Khir Khalid delete icon 6:28 PTG

Selawat & salam keatas junjungan besar Baginda Rasulullah saw... sesungguhnya dlm sunnah pasti ada kejayaan...

Saya suka bagi kat anak-anak atau orang lain pakai...

Dunia Zumal delete icon 9:01 PTG

DZ pun rasa hanya 5% peratus je dari keseluruhan pakaian yang sentiasa dipakai...

hahaha..tercuit hati aku baca entri nie bro..memang terkena batang hidung aku..

Tanpa Nama delete icon 10:54 PTG

kathy mana² yang masih ok namun tak boleh nak pakai biasanya kathy akan asingkan di suatu tempat. pernah juga bagi pada orang pakaian anak² yang dah tak muat namun masih elok.

natura delete icon 6:02 PG

Dah kena mix dan match kan.
Nak-nak wanita kan. Kalau cakap takda baju nak pakai tue maksudnya lama ta membeli baju baru.
Pokok pangkal, kita sendiri yang tentukan. Boleh je pakai berulang kali cuma pelbagaikan nak dipadankan. so tak bosan dan tak beli baju baru.

kakiblog delete icon 6:17 PG

saya teringin nak pakai baju baru..baju lama masih bagus maka peluang untuk pakai baju baru lambat lagi

dalam berpakaian ni saya rasa perlulah disesuaikan ikut keadaan dan masa.
eloklah berpakaian yg tidak mendatangkan "modal" untuk orang mengata...dan mengikut syariat....
apepun, tanya diri sendiri.
selagi selesa dan tak mendatangkan umpatan, biaq pi la orang nak mengata pun....

diana delete icon 11:26 PG

Saya pun sama, asyik terfikir tiada baju baru. Sedangkan asyik pakai baju yang sama kerana sangat selesa. Jubah memang selesa sangat, solat friendly juga untuk wanita :)

ummu hanan delete icon 8:46 PTG

Hehe, memang selalu suka pkai baju yang sama saja. Tapi, alhmdulillah so far saya tak reti utk ikut trend fesyen terkini. Sllu beli ikut keselesaan, dan yang paling utama menutup aurat. Actually apabila memilih satu2 pakaian, yang lebih baik ia fleksibel untuk semua keadaan. Sebagai contoh, wanita sebaiknya pilih la pakaian yang boleh untuk melaksanakan ibadah solat juga walau di mana jua kita berada. So, takde la terlalu bergantung dengan telekung saja dan memberi alasan tak boleh solat sbb takde telekung kan..^_^

Dah lama tak beli pakaian. Tapi, tahun ini rasanya kena beli seluarlah kerana seluar yang ada itu sudah entah berapa tahun usianya. Malah ada juga yang sudah koyak.... Bercakap tentang pakaian ini, teringat saya akan kata Rasulullah saw. Katanya, hanya 3 perkara sahaja menjadi milik kita.
1. Sadaqah jariah
2. Makanan atau minuman yang kita telah ambil dan
3. Pakaian yang telah kita pakai dan guna sehingga lusuh dan tidak boleh digunakan lagi.

Allahu a'lam

Unknown delete icon 3:45 PTG

Ayah saya sangat tak suka simpan pakaian tapi tak pakai, kena makan tikus katanya!

Unknown delete icon 4:57 PTG

banjir yg melanda telah menimbulkan keinsafan betapa beruntungnya kita ...

Fiza Rahman delete icon 5:16 PTG

Memang banyak pakaian tak pakai. Sebab dah tak muat...hehehe...So far tak der lah beli baju tapi tak pakai².

Unknown delete icon 2:39 PG

Betul tu!!!!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap