بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Terhangat Awal Tahun 2015
Awal 2015 Yang Hangat!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah dua minggu kita semua berada di tahun 2015. Sepanjang dua minggu ini juga pelbagai isu yang hangat dan menjadi topik bualan serta perhatian.

Wordless Wednesday hari ini menyingkap kisah terhangat di Malaysia di awal tahun 2015... Mungkin ianya tidak merangkumi keseluruhan yang berlaku tetapi... renungkanlah akan permulaan langkah yang memberi gambaran awal perjalanan yang panjang untuk ditempuh sepanjang tahun 2015 ini...

Bersama kita lihat satu persatu...


Harga Minyak Petrol Dan Diesel Turun
Terhangat Awal Tahun 2015

Permulaan tahun baru yang membawa khabar gembira buat semua rakyat Malaysia... Penurunan harga petrol dan diesel dapat mengurangkan sedikit bebanan, namun... realitinya, tiada barangan dan perkhidmatan yang ikut sama turun...huhu

Bencana Pasca Banjir
Terhangat Awal Tahun 2015

Bencana banjir telah semakin berakhir tetapi kemusnahan yang berlaku amat dasyat dan menyayat hati. Kini kita semua menghadapi satu cabaran baru iaitu dalam menangani operasi bencana pasca banjir.  

Tragedi Pesawat Air Asia QZ8501 Terhempas
Terhangat Awal Tahun 2015

Pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas sudah ditemui. Beberapa mayat mangsa juga berjaya dibawa keluar disamping beberapa cebisan pesawat. Kotak hitam pesawat juga telah berjaya dikeluarkan... 

Kini kita hanya menanti hasil siasatan yang akan merungkai situasi sebenar yang menyebabkan berlakunya tragedi ini.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 4.0
Terhangat Awal Tahun 2015

Pendaftaran BR1M 4.0 telah dilanjutkan kepada 31 Januari 2015. Pembayaran peringkat pertama juga telah dipercepatkan dari tarikh asal kepada 15 Januari 2015 dan akan dilakukan secara berperingkat. Ramai yang gembira dengan keputusan ini.

Bonus Kakitangan Awam 2015
Terhangat Awal Tahun 2015

Pembayaran Bonus kakitangan awam telah ditunda dari 5 Januari 2015 kepada 15 januari 2015. Ianya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kekecewaan kepada banyak pihak.

Sesi Persekolahan 2015 Bermula
Terhangat Awal Tahun 2015

Setelah penangguhan selama seminggu, bermula pada 11 dan 12 Januari 2015 maka bermulalah sesi persekolahan diseluruh negara. Walaupun terdapat beberapa sekolah yang masih belum beroperasi namun sesi persekolahan kali ini tetap berjalan seperti yang dirancang.

Pelbagai juga kisah menarik, gembira, sedih, terharu serta hangat yang berlaku di minggu pertama sesi persekolan ini.

Aksi Panas Remaja Bersama Artis K-POP
Terhangat Awal Tahun 2015

Tiba-tiba negara digemparkan dengan tindakan beberapa remaja Islam yang dengan rela hati untuk beraksi panas bersama artis K-POP. Amat memalukan...tetapi inilah realiti yang perlu kita semua hadapi dan tangani segera!

Keputusan Rayuan Kes Pembunuhan Altantuya
Terhangat Awal Tahun 2015

Keputusan rayuan kes berprofil tinggi iaitu kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu telah ditolak. Kedua-dua pesalah, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar diputuskan bersalah. Maka berakhirlah prosiding yang telah berjalan hampir setengah dekat ini.

Namun agak gempar apabila Sirul Azhar Umar tidak hadir di mahkamah kerana berada di Australia! Alasannya...tiada wang untuk balik ke Malaysia? Nampaknya macam belum benar-benar berakhir lagi kes ini...


Inilah sahaja WW yang tidak berapa wordless ini untuk kita semua renung dan kupaskanlah dengan lebih lebar diruangan komen... :) 

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

14 comments - "Terhangat Awal Tahun 2015"

serius ade kat aussie?mcm mane pesalah boleh lepas ke luar negara??

Khir Khalid delete icon 10:36 PG

Ada yang mengembirakan, ada yang menyedihkan dan ada juga yg mendebarkan.. 2015 baru beberapa langkah sudah bermacam terjadi. Harap2 yg baik akan lebih banyak lagi dari yg tak baik hendaknya... aamiin..

Khir Khalid delete icon 10:40 PG

Kalau tak silap dia dah dilepaskan atas keputusan penghakiman sebelum ini. Tapi pihak pendakwa buat rayuan utk penghakiman baru di peringkat rayuan tertinggi pula (5 hakim) sbb tak puas hati dgn keputusan mahkaman sebelumnya. Sebelum ni dia kira dah bebas hinggalah keputusan penghakiman baru ni. Mmg proses mahkamah ni bnyk peringkat... memeningkan dan mendebarkan.

BinMuhammad delete icon 10:51 PG

Semoga selepas ini segalanya manis-manis belaka... InsyaAllah.

BinMuhammad delete icon 10:54 PG

Kes yang menimbulkan banyak kekeliruan dan persoalan... Inilah mahkamah dunia tanpa mengikut hukum Allah...

macam2 kisah ada...pahit belaka utk permulaan th baru ni ya..

adarain delete icon 2:24 PTG

Memang panas isu tersebut sampai sekarang. lagi2x isu Kpop dan BR1M

walaupun kes altantuya ni berakhir, tapi kenapa dia dibunuh dengan kejam?

Isu Altantuya tu isu paling panas, tapi tak berani komen lebih-lebih. Hehe. Tapi, apa pun, ramai yang mengharapkan BR1M sebab maklumlah, harga barang sana-sini naik walaupun petrol dah turun.

jie susanos delete icon 5:52 PTG

byk dugaan awal2 tahun ni..

Semoga tahun 2015 lebih baik untuk kita semua.

paridah delete icon 10:22 PTG

Januari baru 14 hari tapi tahun baru ni dh bnyk melakar prkara penting...moga hidup kita seterusnya dipermudahkan Allah tanpa kejadian2 rumit yg mmbingungkn.

Fiza Rahman delete icon 4:52 PTG

Macam² cerita awak tahun ni yerp.

Tanpa Nama delete icon 1:04 PG

Macam² hado..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap