بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Taman Rasa Indah... Berat Sama Dipikul
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali menjelang hujung minggu, kini sudah ada aktiviti tetap bagi penduduk Taman Rasa Indah. Projek gotong royong bagi membina dewan orang ramai ini bagaikan sudah menjadi satu riadah yang wajib sejak lebih sebulan yang lalu.

Walaupun memerlukan tempoh yang amat panjang untuk merealisasikan kewujudan dewan ini, namun ianya tetap diteruskan agar menjadi satu kenyataan. Sungguh pun berat bagi kami tetapi terasa ringan apabila beban dipikul bersama.

Jika pada entri sebelum ini : Taman Rasa Indah (Siri 1), anda diperlihatkan bagaimana projek ini bermula... maka kali ini, kita teruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti seterusnya.


Aktiviti Di Minggu Ketiga & Keempat

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Setelah semua tiang ditegakkan, kini tibalah masa untuk bahagian bumbung pula. Lihatlah... masing-masing cukup bersemangat dengan kerja masing-masing!

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Untuk membuat bumbung, kerangka kayu mesti dibuat dahulu. Asasnya adalah kekuda bumbung dan ianya mula dihasilkan oleh mereka yang pakar.

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Kemahiran dari penduduk taman warga Indonesia amat ditagih ketika ini kerana mereka sahaja yang mahir untuk membuat kuda-kuda untuk kerangka bumbung dewan ini. 

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa IndahBerat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Ha! Ini bukan warga Indonesia...tetapi tuan pengerusi Persatuan Penduduk Taman yang menjadi penggerak dan tonggak utama projek ini. Cukup bersemangat sekali! Syabas! Pemimpin berkaliber menjadi pendorong semangat kami semua.

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Kekuda bumbung sudah dinaikkan dan mula menampakkan rupa bentuk akan sebuah bangunan.

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Akhirnya, kerangka bumbung berjaya siap dipasang sepenuhnya. Inilah bahagian yang paling sukar dan mencabar.

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa IndahBerat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Bumbung zink mula dipasang. Sekali lagi keringat penduduk taman warga Indonesia menjadi taruhan. Hanya mereka yang pakar dan berani untuk memanjat dan memasang bumbung tersebut. Jasa mereka amat besar sekali. 

Mereka menyatakan bahawa inilah sumbangan/jariah yang mereka mampu berikan kepada penduduk taman ini sebagai tinggalan pabila mereka pulang semula nanti. Terima kasih... Sumbangan kalian semua amat-amat dihargai!

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah
Kami di bawah pula mula menambak dan meratakan tapak dewan dengan tanah agar tinggi sedikit sebelum disimen sebagai lantai dewan.

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah

Akhirnya... Sudah tersergam asas bangunan yang akan menjadi dewan orang ramai bagi penduduk Taman Rasa Indah yang telah dirancang pembinaannya sejak setahun yang lalu.


Masalah Awal Projek 

Pada asalnya projek ini sepatutnya dijalankan oleh kontraktor berikutan kami mendapat peruntukan penuh dari seorang YB. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan wang yang diperuntukkan sehingga telah memakan masa yang cukup lama, tetapi akhirnya kami hanya diberi separuh sahaja dari jumlah asal! Apabila dana tidak mencukupi, ditambah pula dengan pelbagai masalah birokrasi, kos kelulusan yang amat tinggi serta urusan yang agak 'lembab' dari Majlis Daerah, ianya telah merencatkan sedikit projek pembinaan ini.

Dana yang ada tidak mencukupi untuk kami melantik kontraktor. Akhirnya, semua penduduk bersetuju untuk meneruskan projek ini secara gotong royong kerana dana yang ada sekadar cukup untuk membeli bahan-bahan binaan.

Inilah yang sering berlaku, padahal kami tidak mendapat sebarang keuntungan pun dan projek ini juga adalah untuk kemudahan dan kegunaan awam. Walaupun telah tertangguh hampir setahun dan walau apa jua sekali pun masalah yang merintangi namun ia tetap tidak merencatkan sama sekali matlamat kami...

Untuk makluman, wang peruntukan sebenarnya masih belum kami terima kerana mengikut prosedur, apabila bangunan siap sahaja barulah peruntukan akan diberi. Mujurlah ada penduduk taman sanggup bermurah hati memberi wang pendahuluan dan ditambah pula dengan wang simpanan persatuan maka cukuplah untuk memberi bahan-bahan binaan.


Tapak Gelanggang Badminton

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah

Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah

Bersebelahan bangunan dewan, sebuah gelanggang badminton sedang dalam proses pembinaan. Setelah tanah diratakan, maka pasir mula ditabur untuk mendapatkan level permukaan yang sepatutnya. Apabila ukuran tepat telah dibuat maka, papan-papan mula ditegakkan sebagai sempadan untuk konkrit apabila ditabur nanti. 


Semoga Segala Urusan Projek Dipermudahkan

Itulah perkembangan setakat ini yang dapat aku coretkan. InsyaAllah... Siri projek pembinaan dewan serbaguna ini akan diteruskan sehinggalah ia siap sepenuhnya nanti. Semoga hasil usaha dan curahan tenaga mereka yang terlibat dalam gotong royong ini akan memberi kemudahan dan membawa manfaat kepada setiap penduduk Taman Rasa Indah.

Tidak sangka juga, projek pembinaan dewan serbaguna ini mendapat perhatian dari salah satu akhbar berbahasa cina tempatan sehingga menjadi salah satu bahan berita mereka. Terima kasih di atas hebahan dan penghargaan yang diberi.

Doakan semoga segala urusan projek ini dipermudahkan, diberkati dan dapat diselesaikan dengan jayanya... InsyaAllah... Berat sama dipikul, itulah muafakat penduduk Taman Rasa Indah.



Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

21 comments - "Berat Sama Dipikul - Taman Rasa Indah (Siri 2)"

bulat air kerana pembentung,bulat masyarakat kerana muafakat

senang rasanya melihat masih ada saling bantu seperti ini di kota besar sudah hilang

ANIM delete icon 4:40 PTG

sepakat membawa berkat...
usaha yang dibuat bersama pasti lain perasaannya berbanding dapat cara percuma kan..tahniah buat semua penduduk taman rasa indah:-))

setitik peluh bermakna, ada pahala :)

Unknown delete icon 8:35 PTG

alhamdulillah , ada pakar yg sudi membantu sebagai jariah . bkn mudah sebenarnya nak membina tanpa kepakaran ... tak ada gelanggang futsal ke . saja je tanya .

paridah delete icon 9:48 PTG

BERKAT BERSATU HATI DITERAJUI KEPIMPINAN YG BAIK APA SAJA PROJEK BESAR R KECIL MAMPU DILAKSANAKAN...TAHNIAH BM N PENDUDUK TAMAN RASA INDAH.

BinMuhammad delete icon 10:25 PTG

Bulat badan kerana kuat makan...hehe...
InsyaAllah kak...semoga muafakat ini berkekalan...

BinMuhammad delete icon 10:27 PTG

itulah...bertuah dan istimewanya tinggal di Taman Rasa Indah ini. Bersyukur sangat...

BinMuhammad delete icon 10:34 PTG

Benar sekali... perasaan dan nikmatnya sungguh berbeza! Terima kasih kak anim.

memang terasa puas jika dapat lihat bangunan didirikan hsil titik peluh kita sendiri

BinMuhammad delete icon 10:36 PTG

Alhamdulillah...semoga usaha ini beroleh keberkatan.

BinMuhammad delete icon 10:41 PTG

Syukur Alhamdulillah, Jika tanpa bantuan pakar...memang xmenjadi.
Gelanggang futsal sudah ada diperuntukkan di Taman Perumahan lain maka kami xdapat. Padang bola yang sedia ada pun dah cukup lah..

BinMuhammad delete icon 10:55 PTG

Terima kasih kak Paridah... Benar, kepimpinan yg baik, bagus dan berkaliber amat penting utk meneraju segala perancangan agar beroleh kejayaan.

BinMuhammad delete icon 10:56 PTG

Belum siap sepenuhnya lagi pun sudah terasa kepuasannya... :)

Khir Khalid delete icon 11:24 PG

Lepas ni semakin banyak kemudahan penduduk & pasti semakin meriah suasana permuafakatan kejiranan Taman Rasa Indah ni. Klu ada kelapangan boleh juga saya mengukur jalan terjah pusing2 ke sana.. manalah tau terserempak juga dgn tuan punya blog ni. Saya ada aura yg boleh rasa seseorang tu saya kenal walaupun tak pernah bersua tau hehee. Apa pun tahniah buat semua. Semoga segala urusan dipermudahkan & permuafakatan sentiasa diberkati Allah... aamiin ya Rabbal alaamiin.. :)

Laaaa...peruntukan diberi lepas bangunan siap? Memang macam tu ker? Nasib ada penduduk yang bermurah hati kan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kejiranan macam ni lah yg kita nak.

BinMuhammad delete icon 10:07 PG

Wow! Hebat aura KK... Saya tahu KK selalu lalu lalang melintasi Rasa... Singgahlah sesekali :)
Terima kasih KK

Tanpa Nama delete icon 12:30 PTG

Hmmm..jiran sepakat membawa berkat..

Unknown delete icon 6:10 PTG

Finale siap sudah....ini lah namanya hasil keringat bersama...

Cikgu Ariffin delete icon 11:08 PTG

jom esok ikat bata dan pasang syiling

zhikri delete icon 3:37 PTG

kalo di kampung aku yang udah tua aja yang suka gtong royong mbak,,,

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap