بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Muafakat membawa manfaat, itulah yang paling sesuai diungkapkan buat penduduk Taman Rasa Indah, Rasa. Hasil kerjasama sesama penduduk, mereka sanggup bergotong royong bagi membina sebuah dewan orang ramai untuk kegunaan bersama komuniti penduduk taman ini.

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah
Gotong Royong - Taman Rasa Indah 
Di zaman ini, sukar kita lihat kemuafakatan sebegini berbanding zaman duhulu di kampung-kampung ianya merupakan satu perkara biasa yang menjadi amalan tradisi.

Membina sebuah surau, rumah, dewan, malah kemudahan awam seperti menggali parit dan membuat jalan juga dilakukan secara gotong royong. Lebih mudah lagi apabila semua penduduk hanya satu bangsa dan agama.

Sekarang ini majoriti penduduk bandar tinggal dikawasan perumahan. Penghuninya pula terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Pekerjaan pula pelbagai yang menjadikan masyarakat semakin hilang semangat kejiranan dan kemuafakatan.


Kemudahan Awam Buat Penduduk Taman Rasa Indah

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah
Insiden Dalam Kenangan 
Aku bersyukur kerana tinggal di Taman Rasa Indah yang terletak dipinggir bandar dan masih jauh dari kesesakan dan arus pembangunan seperti pekan berhampiran iaitu Bandar Batang Kali. Suasana umpama di kampung masih dirasai. Kemudahan awam juga lengkap dan segalanya terletak berhampiran.

Namun yang paling aku kagum adalah semangat kejiranan dan kerjasama sesama penduduk taman yang masih kekal terpelihara walaupun dihuni oleh pelbagai kaum, kami tetap hidup aman dan harmoni.

Idea pembinaan sebuah dewan orang ramai beserta padang badminton ini adalah hasil dari perbincangan bersama ahli persatuan penduduk untuk memberi kemudahan kepada penduduk taman berikutan masalah tiada kemudahan bangunan awam buat kami setiap kali ingin mengadakan sebarang program persatuan.

Dengan adanya dewan orang ramai ini, maka satu bangunan kekal dapat dijadikan kemudahan tanpa perlu menyewa lagi khemah apabila setiap kali program persatuan mahupun penduduk taman dijalankan. Kemudahan riadah juga bertambah dengan adanya sebuah padang bandminton disamping taman permainan kanak-kanak dan padang bolasepak yang sedia ada.


Minggu Pertama & Kedua Projek Pembinaan Dewan 

Projek ini sebenarnya telah tertangguh hampir setahun lamanya namun hasil dari persepakatan bersama, semua penduduk bersetuju untuk menggunakan dana yang ada untuk membeli bahan binaan dan pembinaan dilakukan secara gotong royong. Kenapa tertangguh sampai begitu lama? Ianya kan diceritakan pada Siri 2 nanti.

Projek pembinaan ini telah bermula pada empat minggu lepas dan kami hanya dapat melakukan aktiviti gotong royong ini dikala hujung minggu sahaja kerana pada hari tersebut sajalah ramai yang bercuti dan dapat memberi komitmen.

Kita ikuti perjalanan projek ini...


"Kelihatan orang-orang kuat taman sedang berbincang dalam mendapatkan pandangan terbaik dalam membuat keputusan tepat untuk tapak projek"

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Seperti kebiasaanya, pemilihan tapak lokasi dewan dan padang dilakukan. Walaupun lokasi tapak telah ditetapkan sebelum itu tetapi pada masa ini pelbagai pandangan dan pendapat baru mula timbul. Semuanya telah diambil kira dan persetujuan muktamat telah dicapai dengan sebulat suara. Setelah itu bermulalah operasi mengukur dan menandakan tapak lokasi dilakukan. 

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

"Pada masa ini masing-masing dok perhati jengkaut melakukan tugasnya. Kini tiada lagi langkah berpatah balik... segalanya akan diteruskan dan perlu disiapkan!"

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Selesai sahaja mengukur dan setelah penanda diletakkan, dengan bantuan sebuah jentera jengkaut yang juga kepunyaan penduduk taman ini, lubang-lubang untuk tapak konkrit tiang dewan mula digali. Kemudahan jengkaut ini sangat penting sekali untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja.

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

"Masing-masing bersemangat menghulurkan bantuan. Walaupun terpaksa memerah keringat di tengah cuaca panas, namun ianya tidak memberi sebarang kesan! Syabas! Teruskan perjuangan!"

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah
Selesai sahaja jentera jengkaut mengorek, maka bermulalah operasi membancuh simen dilakukan. Dalam pada masa yang sama, lubang-lubang tadi diperkemaskan secara manual mengikut saiz dan kedalaman yang dikehendaki.

Seterusnya bancuhan simen tadi dituang ke dalam lubang yang telah dimasukkan besi terlebih dahulu akan menjadi satu tapak konkrit yang kukuh buat dewan kami nanti.

Nampak memang mudah, tetapi sukatan yang tepat diperlukan agar kesemua tiang konkrit yang ditegakkan nanti berkedudukan sama tinggi.
Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Jentera jengkaut pula meneruskan tugasnya untuk meratakan tapak padang badminton. Keadaan padang rumput yang tidak sekata telah menyukarkan sedikit kerja ini. 

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Sementara itu sebatang pokok juga terpaksa ditebang bagi memberi ruang yang lebih selamat dan selesa untuk dewan tersebut. 

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa IndahMuafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Setelah beberapa hari, tapak simen konkrit pun telah mengeras dan tiang-tiang konkrit pun mula ditegakkan. Pada masa ini kemahiran amat diperlukan agar tiang tiang tersebut tegak lurus 90 darjah!

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Sudah kelihatan kini kesemua tiang dewan telah tegak megah berdiri. Maka operasi seterusnya ini adalah mengikat kayu penyambung antara setiap tiang. Hanya yang pakar sahaja boleh melakukan kerja ini. 

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

"Bukan sekadar tidak mahir tetapi ramai yang gayat apabila disuruh memanjat...hehe!"

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa IndahMuafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Setelah berakhirnya dua minggu pertama, sudah kelihatan akan tapak dan tiang asas dewan serta tapak padang badminton. Buat masa ini, projek telah berjalan dengan lancar. Namun kami amat bertuah kerana adanya penduduk taman ini adalah pendatang dari Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan dan tukang rumah telah turut sama dalam gotong royong ini.

Berikutan itu mereka semualah yang telah menjadi tulang belakang utama dalam pembinaan dewan ini. Kalau harapkan kami semua, mungkin jadi tapi entah bagaimana rupanya... tak tahulah, haha!

Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah

Projek pembinaan ini tidak tamat setakat ini sahaja. Ianya diteruskan pada setiap hujung minggu seterusnya. Ikuti lagi perkembangannya dalam siri seterusnya nanti... Doakan semoga ianya akan berjalan dengan lancar dan berjaya. InsyaAllah... Kemuafakatan yang membawa berkat hendaknya... amiin.

Ikuti perkembangan seterusnya projek ini di sini : Taman Rasa Indah (Siri 2)


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

24 comments - "Muafakat Membawa Berkat - Taman Rasa Indah (Siri 1) "

Alhamdulillah ..Muafakat b]membawa berkat ..Tu tandanya saling bantu membantu sesama kita dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim bersama..Semoga penduduk Taman Rasa Indah akan terus kekal bersatu ..Bersatu teguh bercerai roboh...Wah ni siri 1 eaaa..maka akan ada la siri setrusnya nanti ...

kalau dekat kampung ini adalah perkara biasa..

di kota besar dah jarang hal semacam ini terjadi kalau dikampung masih sering

paridah delete icon 10:28 PG

sepakat pasti membawa berkat, kerja berat menjadi ringan n kerja susah mudah..disamping bergotong royong bersama meningkatkn kemesraan n mngikat silaturhim dgn lbh erat...

Unknown delete icon 3:41 PTG

Hoho..lepas.nie kena snap dewan yang dah siap dibuat. Hihi

Unknown delete icon 8:47 PTG

dah ada tapak mudah lah nak bina . hanya perlu kumpulkan modal dan semangat bekerja sama untuk merealisasikannya ... semoga segala usaha dipermudahkan dan mendapat hasil yg memuuaskan .

Lamanya tak jenguk blog BM. Apa khabar ya?
Bagusnya kejiranan BM. Syukur dapat menjalani kehidupan seharian dgn penuh kerukunan...

Unknown delete icon 1:33 PG

Alhamdulillah. Masih ada yang sudi sumbangkan tenaga.
Muafakat yang sangat dituntut.

Alhamdulillah.. seronok dgn permuafakatan mcm ni. Kejiranan yg prihatin & mengambil berat ttg keperluan bersama. Semoga semuanya sentiasa amat, sejahtera & harmoni dgn sepenuh keberkatan Illahi... aamiin.. :)

satu nilai kemasyarakatn yang sudah semakin hilang sekarang ini..

BinMuhammad delete icon 10:31 PG

Insyaallah... Projek ni belum siap lagi, maka akan ada kisah seterusnya... :)

BinMuhammad delete icon 10:32 PG

Ya... biasa dikampung tetapi agak luar biasa dikawasan perumahan dibandar.

BinMuhammad delete icon 10:34 PG

Di kota2 besar wajar buat macam ni, barulah takde masalah jiran sebelah pun tak kenal... :)

BinMuhammad delete icon 10:34 PG

Itulah matlamat yang ingin kita semaikan agar muafakat yang dijalankan membawa berkat berpanjangan...

BinMuhammad delete icon 10:35 PG

Kena tunggu lah ianya siap... lambat lagi tuuuu

BinMuhammad delete icon 10:36 PG

InsyaAllah...semoga ianya berjaya disiapkan.

BinMuhammad delete icon 10:37 PG

Alhamdulilah sihat...
Terima kasih krn masih ingat RM :)

BinMuhammad delete icon 10:42 PG

Ya...Syukur, Alhamdulillah krn ada sumbangan tenaga, kalau tak... memang xjadi le...

BinMuhammad delete icon 10:43 PG

Seronok ada, letih pun ada... Nampak mudah tetapi sebenarnya payah...
InsyaAllah...semoga ianya berjaya disiapkan dgn jayanya. TQ KK

BinMuhammad delete icon 10:45 PG

Mungkin kerana cara hidup masa kini yang menjadikan nilai kemasyarakatan ini semakin hilang... 10 tahun lagi... hilang terussss

Tanpa Nama delete icon 2:18 PTG

alhamdulillah..semua jirannya sporting belaka..semua aktif memainkan peranan..

Bunda_nora delete icon 3:26 PTG

Sepakat membawa berkat, kampong bersih hidup harmoni...

HAMIDIsP delete icon 6:33 PTG

Begitulah yang sebaik-baiknya dalam hidup bermasyarakat ni kan..

Fiza Rahman delete icon 10:01 PG

Alhamdulillah. Semangat kejiranan tu yang penting. Suka tengok environment taman perumahan BM ni. Hijau mata memandang ☺

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap