بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kurus Sihat Dengan Teknik Diet AtkinsAssalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau nak kurus secara sihat jer mesti perkataan Diet Atkins ini menjadi sebutan. Apa itu Diet Atkins? Apa kelebihannya? Berkesankah?

Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan selalunya mereka ini agak terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menurunkan berat badan. Diet dengan teknik serta produk pantas untuk kurus menjadi carian dan rebutan tanpa berfikir panjang atau melihat kesan jangka panjang.

Biasanya kalau cepat dapat tu akan cepatlah rosaknya. Macam mee segera, cepat dimasak dan sedap dimakan tetapi kesannya amat buruk... Rosak badan dibuatnya! Inilah yang paling menakutkan! Nikmat sementara tapi sengsara berpanjangan.


Teknik Sihat Diet Atkins

Namun segalanya berbeza dengan teknik Diet Atkins ini kerana ianya bukannya punya produk atau suplimen untuk kurus tetapi mengawal, memilih serta menjadual pemakanan harian anda. Teknik yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins ini akan dapat membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Apabila kurang makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula maka badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut apabila lemak berkurangan secara semulajadi.

Kurus Sihat Dengan Teknik Diet AtkinsMudahkan! Tak perlu berbelanja besar untuk membeli produk tetapi yang penting hanyalah disiplin diri. Kalau nak kurus... anda pasti sanggup lah! Yang penting! Kurus secara sihat dan menjimatkan!

Kajian serta ujian saintifik membuktikan bahawa pengurangan pengambilan karbohidrat tetapi diganti dengan makanan yang tinggi protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Inilah yang menjadi asas kepada kejayaan teknik Diet Atkins.


Cara Amalan Diet Atkins

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance 
  4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda.

Nak Tahu seterusnya tentang Diet Atkin ini? Teruskan di sini : Cara Amalan dan Teknik Diet Atkins


Kurangkan Berat Badan Dengan Sihat Dan Cergas

Biar lambat asal selamat! Biar lambat asal sihat! Biar lambat tetapi hasilnya berkekalan! Namun jika anda benar-benar komited dan berdisiplin, tidak mustahil ianya akan dicapai dalam masa yang singkat. Ok! Selamat berdiet, Semoga berjaya dan bertambah cergas dan sihat :)

Kurus Sihat Dengan Teknik Diet Atkins
Best jer tengok kejayaan pengamal Diet Atkins ni! Anda bila lagi?
Cara Amalan dan Teknik Diet Atkins
Cara Kurus Sihat Dengan Teknik Diet Atkins


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

6 comments - "Cara Kurus Sihat Dengan Teknik Diet Atkins"

diet atkins ni terbukti berkesan...sebab beberapa orang rakan telahpun mencubanya...

saya pernah mencuba diet ni dulu tapi disiplin yang kurang menyebabkan badan turun naik turun naik... kalau nak cuba diet ni memang kena disiplinkan diri bebetul

Unknown delete icon 9:20 PTG

suami saya pun pengamal diet atkins ini, memang boleh kurus...

Sgt baik buat mereka yg berhasrat untuk kurus dgn cara yg sihat...

Tanpa Nama delete icon 10:45 PTG

hmmmm.. adik kathy pun tgh usahakan diet atkins ni..

Yana Yani delete icon 3:55 PTG

1st time dengar pasal menatang ni. emm

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap