بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hah! Mana lagi nak dapatkan Kimchi yang original (asli) dan sedap... Ke Korea kita!? Tidak dinafikan, fenomena K-Pop bukan sahaja memikat dunia hiburan seluruh dunia tetapi ketahuilah  akan agenda disebaliknya yang cukup bijak, tersusun dan hebat dalam merangka strategi untuk memasarkan dan memperkenalkan produk serta jenama mereka sehingga membawa pulangan, peningkatan, keuntungan, kemakmuran dan memperkenal negara Korea Selatan!

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Samsung, LG, Kia, Hyundai dan banyak lagi yang kini telah menjadi salah satu gergasi dunia dalam bidangnya. KoreaSelatan juga dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik dan popular, malah makanannya juga sudah menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia!

Ke Korea Kita! Jom! Jalan-Jalan Makan Kimchi

Sebut sahaja Kimchi, sudah pasti satu dunia mengenali makanan hebat ini dan menjadi simbol kebanggaan rakyatnya sehinggakan Korea digelar sebagai  negara Kimchi! Lihatlah... Melalui makanan pun mereka mampu menarik perhatian dan menonjolkan keistimewaannya!

Jalan-Jalan Terjumpa Kimchi

Oklah... Panjang sangat dah intro tu. Sebenarnya nak cerita kisah pasal jalan-jalan terjumpa kimchi, bukannya jalan-jalan ke Korea...hehe.

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food FairAlkisahnya begini... Oleh kerana asyik melayan drama Korea kat OneHD tu, maka isteri aku dah teringin sesangat nak makan Kimchi Korea ni. Apabila tonton jer drama Korea, maka isteriku akan ulang lagi dialog yang sama... "Jom kita ke Korea... Teringin nak makan Kimchi le." Adehh! Apakan daya... ke Sarawak pun tak lepas, ini kan pula nak ke Korea... huhu!

Nak dijadikan cerita, semalam (Sabtu) aku jalan-jalan ke One Utama, Damansara... Dah dekat setahun aku tak ke sini. Isteriku tetiba mengajakku kerana teringin nak beli kasut "Jelly Bunny" katanya,,, Maka aku pun turutkan sajalah. Aku ni sebenarnya bukan suka sangat nak ke tempat yang havoc ni.

Mungkin sudah kebetulan rezeki isteri aku atau pun mungkin tuhan memahami ketidakmampuanku nak membawa isteriku ke Korea, maka dimakbulkan keinginannya di One Utama ini! Rupa-rupanya di sini sedang berlangsung promosi dan jualan produk makanan dari Korea!

Promosi Dan Jualan Makanan Korea

K-Food Fair yang berlangsung selama seminggu bermula dari 17 hingga 22 Mac 2015 di ruang legar dibahagian sebelah AEON One Utama ini mempromosi dan menjual pelbagai produk makanan halal dari Korea. Ya! Ianya original didatangkan dari Korea! Hah! Tersenyum gembira aku apabila melihat isteriku terus menerpa... "Ada kimchi lah!" jeritnya.

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Bagi mereka yang sukakan atau ingin mencuba produk makanan original dari Korea, maka di sini adalah tempat terbaik untuk mendapatkannya. Hari ini (Ahad) merupakan hari terakhir... Hah! Jangan tunggu lagi!

Pasti ramai yang sukakan produk terkini Korea iaitu Mee Segera dan Papero yang menjadi kegilaan dan fenomena di seluruh dunia. Anda boleh dapatkannya di sini dengan harga yang sangat berpatutan! Disamping itu terdapat pelbagai lagi produk makanan bermutu dari Korea yang boleh anda cuba dan beli.

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Suasana Di K-Food Fair One Utama

Berikut adalah suasana di tapak promosi dan jualan K-Food Fair ini dan diantara beberapa produk makanan Korea yang terdapat di sini.

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Bukan sahaja dapat memilih dan membeli, di sini juga disediakan sample makanan tersebut yang siap dimasak untuk anda mencuba akan rasanya.

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Antara produk makanan Korea yang mendapat perhatian ramai di sini adalah rumpai laut (seaweed) yang berkualiti dan bermutu tinggi. Selain dari makanan. terdapat juga pelbagai produk minuman kesihatan yang dijual di sini. Entah bagaimana agaknya rasa 'aloe vera juice' tu... huhu

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Apa yang pasti, sambutan terhadap promosi dan jualan K-Food Fair ini memang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Anda lihatlah sendiri... nak membayar di kaunter pun terpaksa berbaris panjang! Kagum jugalah dengan kepakaran orang Korea ni mempromosikan produk mereka.

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Di sini juga ada disediakan sebuah pentas kecil untuk aktiviti persembahan dan promosi. Nak bergambar dengan maskod Papero tu pun boleh! Malah sesekali di pentas ini dipersembahkan juga tarian rancak oleh gadis-gadis Korea yang pasti memikat dan menghayalkan pandangan mata! Tak boleh tengok lama-lama wey! Gerenti kena cubit dengan bini! haha!

 Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Promosi Dan Jualan Produk Makanan Korea - K-Food Fair

Kimchi Mengubat Keinginan...

Inilah sebungkus Kimchi kobis yang isteri aku beli. Jadilah... dapat juga melepaskan keinginannya untuk merasa kimchi original dari Korea. Produk ini siap ada label kelulusan halal oleh JAKIM. Bijak dan hebat sungguh strategi pemasaran mereka untuk memikat pembeli beragama Islam. 

Ke Korea Kita! Jom! Jalan-Jalan Makan Kimchi

Sedapkah kimchi ni? Aku tak tahu nak komen pasal rasa makanan, tapi bagi selera aku... sedap aje. Lebih kurang macam sayur masak asam pedas... Sebelum ini aku pernah rasa juga kimchi buatan tempatan, tapi buatan original dari Korea ni memang lebih sedap. Betul ke tidak... anda kenalah cuba rasanya sendiri!


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


21 comments - "Ke Korea Kita! Jom! Jalan-Jalan Makan Kimchi "

akak doakan mudah2an satu hari ..ada rezeki BM utk bawak isteri ke sana..Korea.:)

mselim3 delete icon 8:11 PG

Assalammualaikum... BM.

mselim3 pun kena rasa kimchi nie macam mana? tak pernah rasa..

mselim3

paridah delete icon 9:34 PG

ingatkan sdg bercuti ke korea sbb blog sepi jer...korea ni rjn promosi apa saja produk mrk n pandai menarik perhatian pengguna yg Islam...xpernah rasa kimchi korea ni.

suka makan kimchi dengan nasi

k-pop ni bukan sahaja bawa daram dan muzik mereka ke negara kita..sampai produk makanan pun sekali..hu3

maria delete icon 9:15 PG

tak pernah juga makan kimchi.ingatkan daging...rupanya sayur ye.
haishh...bilalah nak sampai korea ni...

Khir Khalid delete icon 1:35 PTG

Bnyknya makanan korea kat sana.. klu kesempatan boleh juga singgah ni. Thanks sharing BM.. :)

HAMIDIsP delete icon 7:18 PTG

Memang hebat produk korea. Segalanya popular dan dijual diserata dunia. Tak pernah lagi merasa makan kimci, mungkin BM boleh belanja kitaorang?

BinMuhammad delete icon 10:30 PTG

Belanja Kimchi, boleh jer tapi sayang.... K-Food Fair dah abis le... hehe

BinMuhammad delete icon 10:31 PTG

Alahai...KK, tak payah cari ye... dah tamat hari Ahad tadi le...

BinMuhammad delete icon 10:38 PTG

Alahai...kesiannya. Tapi tu lah, ntah bila kite dpt ke Korea... huhu

BinMuhammad delete icon 10:40 PTG

Orang Korea ni memang bijak memasarkan produk mereka. Sesuatu yg perlu kita pelajari

BinMuhammad delete icon 10:42 PTG

InsyaAllah.. semoga doa akak termakbul hendaknya :)

BinMuhammad delete icon 10:44 PTG

Waalaikumsalam,
Kimchi ni adalah sayur jeruk bersama cili. Rasanya masam, masin dan pedas jer. Mselim kena juga cuba nih!

BinMuhammad delete icon 10:46 PTG

Bila ada pengesahan halal JAKIM, tanpa ragu-ragu lagi dah... :)
Akak kena cuba kimchi ni. Makanan berkhasiat tinggi.

BinMuhammad delete icon 10:47 PTG

Nasi lauk kimchi...sedap tu! :))

Unknown delete icon 8:49 PG

Belum pernah merasa lagi KIMCHI ni..kalau BM nak merasa makanan JEPUN pula boleh la ke JAPAN food fair kat area bangi ni..sempena launch perumahan MAH SING

Tanpa Nama delete icon 8:41 PTG

wah....best jugak ni.. pepero tu..

Yana Yani delete icon 6:07 PTG

malangnya saya tidak terkena tempias korea
so nak mencuba makanan korea pun buat saya berfikir puluhan kali
papero tu pun belum penah rasa walau orang kata sedap bangat

apapun saya doakan moga suatu masa nnt BM boleh bawa isteri tercinta ke korea ye
selalu usha airasia BM, dengar cite murah =)

Fiza Rahman delete icon 11:12 PG

Kat ampang banyak kedai korea.

Tak pernah makan kimchi, pepero pon sama Kesian kan ☺.

Unknown delete icon 3:21 PTG

terbaek giler bro , by the way 2016 ader tak lagi fair yg mcam ni ?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap