بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Amalan Doa di Bulan Rejab @ Rajab : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa berlalu sungguh pantas. Kini kita sudah berada di bulan Rejab 1436H. Apabila masuk sahaja ke bulan Rejab ini bermakna hanya tinggal dua bulan lagi sebelum kita bertemu kembali di bulan yang mulia dan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan.
Sesungguhnya setiap dari kita pasti tidak mahu terlepas peluang dari bertemu dengan bulan Ramadhan ini. Semoga Allah SWT memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan yang berkekalan untuk kita semua dapat menikmati Ramadhan yang mulia ini sekali lagi.
Untuk itu kita perlulah memohon kepada Allah SWT dengan selalu berdoa agar niat dan harapan untuk mengecapi nikmat Ramadhan akan dimakbulkan. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang amat menyukai hambanya yang selalu berdoa.

Berikutan itu, sepanjang bulan Rejab ini, marilah bersama-sama kita berdoa :
Maksudnya: “Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”
Sertakannya dalam doa anda setiap kali selepas solat. InsyaAllah... Semoga kita semua dipanjangkan usia, beroleh kesihatan yang baik, dikurniakan rahmat dan keberkatan di sepanjang bulan Rejab, Syaban dan seterusnya dapat bertemu untuk menikmati bulan Ramadhan yang mulia serta penuh barakah. Amiin...
Nas Hadis - Terdapat dalam Musnad Imam Ahmad (1/259); Abdullah menyampaikan kepada kami, Ubaidullah bin Umar menyampaikan kepada kami, dari Zaidah bin Abi al-Raqqad, dari Ziyad al-Numairi, dari Anas bin Malik berkata:
Maka larangan terhadap amalan hadis di atas adalah apabila mengkhususkannya di bulan Rejab kerana meyakininya adalah amalan istimewa di bulan ini disamping sesiapa yang mengamalkannya bererti ia telah beribadah kepada Allah dengan ibadah khusus di dalamnya dan mendapat kemuliaan serta pahala besar dengan membacanya di bulan ini yang mana tidak terdapat pada bulan-bulan selainnya. Wallahu A'lam.
الّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Allaahumma baariklanaa fii Rajaba wa Sya’baana wa ballighna Ramadhana.”
Maksudnya: “Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”
Sertakannya dalam doa anda setiap kali selepas solat. InsyaAllah... Semoga kita semua dipanjangkan usia, beroleh kesihatan yang baik, dikurniakan rahmat dan keberkatan di sepanjang bulan Rejab, Syaban dan seterusnya dapat bertemu untuk menikmati bulan Ramadhan yang mulia serta penuh barakah. Amiin...
Doa di Bulan Rejab Adalah Dari Hadis Dho'if
Ada yang mengatakan hadis mengenai unjuran doa ini merupakan satu hadis yang lemah atau dhoif - rujukanNas Hadis - Terdapat dalam Musnad Imam Ahmad (1/259); Abdullah menyampaikan kepada kami, Ubaidullah bin Umar menyampaikan kepada kami, dari Zaidah bin Abi al-Raqqad, dari Ziyad al-Numairi, dari Anas bin Malik berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: «اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ»
“Apabila masuk bulan Rajab adalah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam berdoa: Allahumma baarik lanaa fii Rajabin wa sya’baana wa ballighna Ramadhana."
Oleh itu, salah dan berdosakah menggunakan doa ini? Bagi siapa yang meminta kepada Allah agar diberkahi pada bulan Rajab dan Sya'ban agar dipanjangkan usia untuk sampai kepada Ramadhan yakni bukan sebagai ubudiyah khashshah di bulan Rajab ini maka ianya tidak mengapa kerana berdoa dengan doa memohon dimakbulkan adalah bersifat umum, sama seperti berdoa untuk apa sahaja yang anda hajati.
Maka larangan terhadap amalan hadis di atas adalah apabila mengkhususkannya di bulan Rejab kerana meyakininya adalah amalan istimewa di bulan ini disamping sesiapa yang mengamalkannya bererti ia telah beribadah kepada Allah dengan ibadah khusus di dalamnya dan mendapat kemuliaan serta pahala besar dengan membacanya di bulan ini yang mana tidak terdapat pada bulan-bulan selainnya. Wallahu A'lam.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
7 comments - "Amalan Doa di Bulan Rejab"
SALAM JUMAAT KEKUATAN UMAT ISLAM ITU DENGAN BANYAK BERDOA...INSYA ALLAH AKAN MAKBUL. SELAMAT MENYAMBUT REJAB DAN BERTEMU RAMADAN PULA.
tak sabar menunggu ketibaan ramadhan pula
nice sharing...
In shaa Allah akan diamalkan. T kasih. Sungguh pantas masa berlalu.. kini Rejab telahpun tiba. Sebulan lebih menantinya bulan Ramadan. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.. aamiin.
betol tu.. tak salah mengamalkan doa tersebut walaupun dhoif sebab ianya doa yg baik. tak kan berdoa pun dapat dosa kan... tapi jangan menyandarkannya dan meng-ithbat-kannya sebagai sabda Nabi.
wallahu a'lam..
:)
Kejap jer. Nnt nak masuk bulan ramadhan plak.
Cepatnya masa berlalu. Bulan Ramadhan memang eksklusif dan sangat ditunggu-tunggu. Kesempatan keberadaan di bulan ini adalah satu nikmat dan tanda kasih sayang tuhan kepada kita. Moga sama-sama kita menemuinya.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”