بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hari Bumi 2015 - Masa Untuk Kita Memimpin

Sambutan Hari Bumi (Earth Day) 2015: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-45 Sambutan Hari Bumi. Acara tahunan pada setiap 22 April ini pertama kali disambut pada 1970 dengan matlamat untuk memberi kesedaran, sokongan, kecintaan dan keprihatinan penduduk dunia bagi melindungi dan memelihara alam sekitar dan bumi. Ianya disambut oleh lebih daripada 192 buah negara dibawah kelolaan Earth Day Network.

Tema Sambutan Hari Bumi pada tahun ini adalah "It’s Our Turn to Lead" - (Masa Untuk Kita Memimpin). Tema yang bertepatan untuk kita semua kembali kepada fitrah dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Renungkan dan muhasabah diri...Ingatlah kepada pesan Rasulullah SAW: "Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." (Hadis riwayat Muslim).

Selagi belum berlakunya kiamat, kehidupan manusia di muka bumi ini akan berterusan. Dari satu generasi ke satu generasi. Setiap dari kita punya hak untuk merasai nikmat keindahan dan kemakmuran dari alam ini. Andai tidak diurus dengan sebaiknya... apa lagi yang akan tinggal untuk cucu cicit kita dimasa hadapan?

It’s Our Turn to Lead

Maka, renungkanlah... Adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita untuk menjaga, mengurus dan memelihara alam ini? Adakah tanggungjawab kita sebagai khalifah telah dilakukan dengan sebaiknya atau sebaliknya?

"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat." (Surah Al-Rum ayat 41)

Lakukan perubahan sebelum terlambat. Bersama kita memelihara dan menjaga alam sekitar. Ianya adalah tanggungjawab setiap individu. Tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini... "It’s Our Turn to Lead" - (Masa Untuk Kita Memimpin).

Selamat Menyambut Hari Bumi 2015...

Hari Bumi 2015 - Masa Untuk Kita Memimpin

Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


14 comments - "Hari Bumi 2015 - Masa Untuk Kita Memimpin"

bumi pun dah penat kot...hmm..

yangbaik delete icon 11:39 PG

saya suka dengan tarikh ini kerana ia mengingatkan saya kepada hari bumi dan juga hari lahir yang tak didendang.... ;)

dikala sesetengagh pihak beriya2 menyeru selamatkan bumi..sesetengah lagi rakus mengondol bumi

Selamat hari bumi sedunia. Sejauh manakah kita berjaya membumikan al-Quran yang turun dari langit. Bumi terus berputar sebagaimana manusia terus mengejar impian dan cita-cita.

paridah delete icon 4:21 PTG

bumi ini sudah terlalu tua...ketuaannya perlukan pembelaan sebaiknya...

jie susanos delete icon 8:39 PTG

slmt menyambut hari bumi sedunia..

selamat hari bumi sedunia. bersahabatlah dengan alam yang ada dibumi ini

HAMIDIsP delete icon 2:29 PTG

Kerosakan bumi angkara kerakusan nafsu manusia yang hanya manis berkata-kata tentang kepentingan memelihara alam sekitar tapi amat rakus dibelakang tabir..

Khir Khalid delete icon 11:40 PTG

Bumi terpelihara, masyarakat sejahtera.. menjadi tanggungjawab kita semua sbg khalifah di muka bumi ini utk menjaga kelestarian alam utk kebaikan bersama dan generasi masa hadapan...

ummu hanan delete icon 4:17 PTG

Bumi semakin tua dan lebih tua dari usia sebenar mungkin, akibat daripada tangan-tangan manusia sendiri yang tidak mengambil peranan sebenar sebagai pemimpin. Pemimpin kepada segala kehidupan..

semakin tua bumi kita ini, maka dari itu sayangilah dan jaga dengan baik

Fiza Rahman delete icon 1:33 PTG

Teringat lagu HIJAU...'Bumi yang tiada udara..Bagai tiada nyawa, Pasti hilang suatu hari, tanpa disedari'.

Jangan sampi bumi dah tak der nyawa baru nak sedar :-(

Unknown delete icon 8:45 PG

Bumi kita dah semakin tenat dengan kerakusan manusia

Tanpa Nama delete icon 7:03 PTG

Kerosakan bumi berpunca Dari kerosakkan keimanan hati maknusia yang lupa akan amaran Dan peringatan yang senantiasa disampaikan olih nenek moyang semua kaum agama Dan bangsa.jangan sesekali Cuba melawan Dan merubah ciptaan hukum Dan perintah illahi Allah azawajallah.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap