بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Persoalan Hukum Dan Cara Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Zaman sekarang ini segalanya semakin mudah dan cepat. Semakin banyak perkara boleh dilakukan hanya dihujung jari. Jelaslah bahawa internet merupakan satu teknologi yang semakin penting dan memudahkan bagi setiap insan.

Bagi umat Islam, kemajuan komunikasi ini boleh digunakan bagi memudahkan urusan dan ibadah. Antara perkhidmatan yang semakin mendapat sambutan adalah melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah keluar negara secara online.

Persoalan Hukum Dan Cara Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online

Namun masih ada yang tertanya-tanya akan hukum, panduan dan cara bagaimana ibadah ini boleh dilakukan secara online. Tidak salah bertanya dan ianya satu kewajipan untuk mendapat penjelasan yang jelas serta tepat agar tiada keraguan untuk melakukan ibadah ini.

Semoga jawapan berikut dapat memberi penjelasan yang diinginkan. Namun, jika masih juga wujud sebarang keraguan, adalah lebih baik bertanya terus kepada guru agama serta alim ulama secara berdepan agar lebih puas hati dan mententeramkan jiwa.

Bagaimana, bolehkah serta hukum ibadah Qurban dan Aqiqah ini dilakukan secara online? 

Setiap ibadah termasuklah ibadah Qurban dan Aqiqah ini, yang paling utama adalah niat. Setelah itu barulah melakukannya mengikut syariat yang ditetapkan.

Namun, apabila ibadah Qurban dan Aqiqah ini tidak dapat dilakukan didepan mata, maka niat dan tanggungjawab tugasan tersebut boleh diserahkan kepada pihak wakil iaitu melalui akad taukil.

Namun paling penting, pastikan al-wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah Qurban dan Aqiqah) atau mampu menguruskannya mengikut syariat.

Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah korban kepada orang lain, namun disunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan.

Ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).

Jika ia dapat hadir sama, hendaklah ia berniat korban ketika melihat binatang korbannya di sembelih. Boleh juga jika ia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika melihat binatang korbannya disembelih, ia membaca;

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهُ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri kepada Allah” (Mustadrak al-Hakim; 7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).

Namun jika ia tidak dapat hadir sama, maka akad taukil tadi sudah memadai sebagai niat korban bagi dirinya. Tinggal lagi orang yang melaksanakan penyembelihan korban bagi pihak orang lain hendaklah ia berniat korban bagi pihak mereka.

Persoalan Hukum Dan Cara Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online

Penjelasan Lanjut Tentang Akad Taukil

Sebarang akad taukil tidak sah melainkan dengan 'sighah' yang jelas. Maksud 'sighah' ialah pernyataan secara zahir dari kedua pihak yang  berakad sebagai tanda kerelaan mereka untuk melakukan aqad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untuk beraqad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuan dari pihak kedua).

Sighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan, tulisan, bahasa isyarat yang difahami* atau dengan perbuatan/tindakan (seperti satu pihak memberi dan satu pihak lagi mengambil).  Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email, borang dan seumpamanya masuk dalam hukum akad melalui tulisan.

Para ulamak mengharuskannya dengan syarat tulisan itu jelas (tiada kesamaran), benar datang dari pihak berakad dan bertujuan akad**. Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad, iaitu; telah baligh dan beraqal (waras).

Cara Melakukan Akad Taukil

Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada al-wakil tadi (sebagai contoh); “Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1 tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku”. Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; “….dan mengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya”.

Dengan mengisi borang bersama penyerahan wang (tunai/transaksi/resit) sudah memadai sebagai bukti taukil (penyerahan).

Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya (seperti ia berkata; “aku terima”) atau dengan perbuatan (menerima wang dan borang tersebut tanpa perlu berkata apa-apa).

Rujukan;
  1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/160 (perkataan ‘sighah’).
  2. al-Mu’amalaat al-Maliyah-2, as-Syubaily, hlm. 76.
  3. at-Tijarah al-Iliktroniyah, ‘Ali Muhammad Ahmad Abu al-‘Izzi, hlm. 190.
  4. Hukm Ijra’ al-‘Uqud bil-Alati al-Hadithah, Dr. al-Farfur (Majallah Majma’ al-Fiqh; 6/593).
* Beraqad dengan isyarat hanya harus bagi orang yang tidak mampu bercakap dan menulis.
** Harus berakad dengan tulisan sekalipun dapat bercakap. Namun dikecuali akad nikah, tidak harus berakad nikah dengan tulisan selagi pihak yang berakad dapat bercakap.

Kesimpulan

Maka jelaslah bahawa ibadah Qurban dan Aqiqah boleh dilakukan tanpa perlu kita berada didepan mata untuk melihat binatang sembelihan tersebut disembelih serta diagihkan. Hukumnya adalah harus kerana berada dan melihat di depan mata itu adalah perkara sunat.

Maka melalui kelonggaran ini, kita punya peluang yang lebih luas untuk melakukan ibadah ini di mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia yang kita inginkan dan kepada mereka yang lebih memerlukan. Oleh itu perkhidmatan ibadah Qurban dan Aqiqah secara online menjadi pilihan terbaik, termudah dan fleksible mengikut kemahuan anda.

Qurban dan Aqiqah Secara Online

Ingin melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online? Adalah yang paling penting anda memastikan pengendali perkhidmatan ini mengikut dan memenuhi segala hukum yang disyariatkan.

Pada zaman ini ramai yang mengambil kesempatan menggunakan ibadah agama sebagai sumber keuntungan. Oleh itu jangan mudah terpedaya dan ambil remeh. Selidik dan dapatkan segala maklumat dengan tepat dan sahih sebelum melakukan sebarang transaksi.

Melalui pengalaman peribadi, Pengendali perkhidmatan eQurban merupakan yang terbaik, berpengalaman, patuh syariah, dipercayai, berkualiti dan menjadi peneraju dalam bidang ini. InsyaAllah... Anda pasti akan berpuas hati.

Untuk maklumat lebih lanjut atau membuat tempahan, sila ke laman 'Website eQurban' atau klik sahaja banner di bawah ini

Persoalan Hukum Dan Cara Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online
Perkhidmatan Qurban dan Aqiqah dari eQurban


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


9 comments - "Persoalan Hukum Dan Cara Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online"

Unknown delete icon 6:00 PTG

Seronok lagi kalau sendiri yang agihkan daging korban tu uncle....
Memang rugi lah cik akak sebab cik akak tak makan dgg lembu yang baru di sembelih...huhu

nice sharing....

oo mcm tu klu nk buat Akad Taukil..

Admin delete icon 1:18 PG

Wahh bagusnya entri ni .. tenang bila ada hati yang rasa ragu2 mengenai ibadah qurban secara online ni.

Tanpa Nama delete icon 11:01 PTG

alhamdulillah..perkongsian yang sangat menarik..

Fiza Rahman delete icon 3:39 PTG

Good sharing. Anak yand 2nd saya buat online ☺

Tanpa Nama delete icon 4:36 PTG

Penerangan yang jelas sekali......boleh saya share penerangan ni di blog saya?
-->Tetingkap Kaca

BinMuhammad delete icon 5:20 PTG

Silakan... Semoga ianya dapat memberi pengetahuan dan manfaat kepada orang lain...
Terima kasih...

Qurban online itu diperbolehkan, tetapi jika bisa melaksanakan secara langsung itu lebih utama
cek http://blog.act.id/bagaimana-hukum-qurban-online/

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap