بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bacalah Surah Al-Ikhlas: Surah Al-Ikhlas merupakan surah yang ringkas dan pendek namun punya banyak fadhilat serta kelebihan buat mereka yang membacanya. Surah Al-Ikhlas adalah surah Makkiyah yang bermaksud surah Tauhid tentang keesaan dan sifat Allah SWT. 

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, ”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, اللَّـهُ الصَّمَدُ itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ  tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas - Ayat dan Terjemahannya:
.
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ   (Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
.
 قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ   (Qul hu-wal-la-hu a-had)
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
.
 اللَّـهُ الصَّمَدُ   (Al-lah hus-sho-mad)
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
.
 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ   (Lam ya-lid wa-lam yuu-lad)
Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
.
 وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ   (Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had)
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Besarnya fadhilat membaca surah Al-Ikhlas

Besarnya Pahala Membaca Surah Al-Ikhlas
  • Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) mikraj ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mahu pun perempuan".

70,000 Malaikat Mengunjungi Kematian
  • Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Selamat Di Alam Barzakh
  • Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (HR Qurthuby)

Ganjaran Syurga
  • Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”

Penebus Dosa
  • Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”

Ganjaran Sama Satu Pertiga Al-Quran
  • Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)

Ganjaran Seumpama Khatam Al-Quran
  • “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Wallahu a'lam bisshowab

Surah Al-Ikhlas

Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


8 comments - "Bacalah Surah Al-Ikhlas"

Salam ziarah BM...in sha Allah

Unknown delete icon 3:36 PTG

salam jumaat ... surah al ikhlas yang banyak manfaatnya

Unknown delete icon 10:04 PTG

Salam jumaat BM..elok kita jadikan amalan harian..sekurang-kurang baca 3x selepas tiap waktu solat..

ANIM delete icon 2:03 PTG

surah pendek...besar ganjaran...
senang nak diamalkan tapi susah nak dibuat....

surat yang pendek,, banyak manfaat dan fadhilatnya

paridah delete icon 5:38 PTG

WALAU PENDEK SURAHNYA FADILATNYA BESAT SEKALI SUBHHANALLAH...

paridah delete icon 5:39 PTG

HISH..TYPING ERROR LE PULAK..BUKAN BESAT TAPI BESAR HEH..HEH..

banyak sekali pahalanya membaca alikhlas

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap