بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua blogger kini semakin mementingkan Google Plus (Google+ @ G+) berbanding Blogger Follower kerana sikap Google itu sendiri yang semakin memberi tumpuan kepada media sosial Google+ dan mengabaikan Blogger Follower yang mempunyai fungsi amat terhad.

Ini juga selari dengan polisi Google yang memberi penilaian tinggi dalam menilai sesebuah blog melalui penglibatan perkongsian dalam media sosial. Kesannya, anda boleh lihat sendiri kini setiap blog sudah menjadi satu kemestian mempunyai 'social media button' sebagai satu alat untuk memudahkan perkongsian di media sosial ini.

Ianya juga menjadi salah satu algaritma penting bagi SEO sesebuah artikel untuk berada dikedudukan yang baik di SERP. Oleh yang demikian, seseorang blogger amat wajar mempunyai akaun Google+.

Google Plus (G+) Kayu Ukur Populariti Blogger

Kayu Ukur Populariti

Jika sebelum ini, Blogger Follower menjadi rujukan tetapi kini Google+ telah mengambil alih peranan tersebut. Sama seperti Blogger Follower, Google+ juga mengumpul follower. Sebagai tambahan, disertakan juga jumlah views pengunjung yang melihat profil, gambar, melayari blog dan sebagainya yang menggunakan apa jua perkhidmatan Google.

Bolehkah kita menilai populariti seseorang blogger melalui Google+ ini? Ianya amat subjektif kerana status popular itu sendiri terlalu umum untuk dinilai dan berbeza mengikut pandangan atau pendapat seseorang. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya...

Sebelum ini sebuah artikel telah diterbitkan pada 9 July 2014 untuk membincangkan hal ini melalui entri : Pengaruh Google Plus Dalam Menilai Populariti Blog Dan Blogger. Kini setelah hampir setahun ianya diterbitkan... Kita lihat kembali perkembangan yang berlaku ke atas akaun Google+ blogger-blogger terpilih dalam entri tersebut.

Akaun Google+ Fatin Liyana


Google Plus - G+ Fatin LiyanaFatin Liyana tetap mengungguli jumlah views bagi Google+. Tidak dapat dipastikan jika ada blogger lain yang mempunyai views yang lebih banyak dari beliau. Sejak dari July 2014, jumlah views Google+ beliau telah bertambah sehingga 50 juta! iaitu dari 181 juta kepada 231 juta!

Satu jumlah yag sangat besar walaupun followers beliau terkini hanya berjumlah 1,013! Ini menunjukkan apa sahaja yang berkaitan beliau/blog amat banyak dan sentiasa dilihat, dicari serta dirujuk oleh ramai pengguna melalui pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Google!

Satu penilaian kuasa dan populariti yang amat tinggi di Google tetapi samakah juga realitinya? Memang tidak dinafikan, Fatin Liyana juga secara realitinya adalah seorang personaliti yang sangat terkenal!

Namun, sebelum membuat sebarang rumusan, kita lihat pula akaun-akaun blogger berikut. Ada diantaranya memang menjadi ikon dunia blogger. Buatlah penilaian... Adakah Google+ ini dapat dijadikan kayu ukur untuk menilai populariti sesebuah blog dan seseorang blogger?

Google Plus - G+ Hasrul HassanGoogle Plus - G+ Encik Titan
Dua blogger yang menjadi ikon dalam ilmu SEO dan hebat menjana pendapatan melalui blog. Popular? Tidak dinafikan...mereka juga amat popular dan layak digelar Pakar SEO Malaysia

Google Plus - G+ Aku PenghiburGoogle Plus - G+ Ben Ashaari
Dua blogger yang punya personaliti hebat dan cukup terkenal dipersada blogging negara. Punya niche tersendiri dan menjadi contoh terbaik blog peribadi yang berjaya! 

Google Plus - G+ Nao MeiGoogle Plus - G+ Khalid Kyle
Dua personaliti blogger remaja popular! Apa yang menariknya adalah kehebatan Google+ Khalid Kyle yang bukan sekadar mempunyai followers yang cukup ramai tetapi peningkatan jumlah views yang amat mengagumkan! Hampir 80 juta views bertambah hanya dalam masa kurang dari setahun!

Google Plus - G+ KuJieGoogle Plus - G+ Denaihati
Dua blogger otai yang namanya cukup gah di dunia blogging negara. Jika Google+ wujud masa mula-mula mereka blogging, pasti angka ini adalah dalam nilai juta! Maka... melihat situasi ini, bolehkah google+ dijadikan angka rujukan populariti seseorang blogger?

Google Plus - G+ Farah WahedaGoogle Plus - G+ Mia Liana
Dua orang blogger yang sangat ramah dan amat dikenali dikalangan blogger! Mia Liana adalah sifu kepada Farah. 

Bagaimana Pula Penilaian Anda?

Google Plus - G+ Bin MuhammadSetelah anda melihat status akaun Google+ blogger di atas, kini... terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Setiap orang ada pandangannya yang tersendiri dan tiada yang salah dalam hal ini.

Ada yang menilai populariti melalui jumlah pageview, anugerah, kedudukan ranking, kehebatan SEO, jumlah blogger followers dan sebagainya. Bolehkah status akaun Google+ ini juga dijadikan ukuran akan populariti sesebuah blog dan seseorang blogger?

Bagi BM, status populariti itu tidak penting namun angka tersebut tetap amat penting untuk dilihat kerana boleh dijadikan rujukan akan tahap pencapaian dan populariti blog. Ini berikutan blog ini punya matlamat... "ilmu dikongsi bersama". Semakin besar jumlahnya bermakna semakin ramai yang mengikuti perkongsian blog ini. maka semakin besarlah harapan untuk mencapai matlamat.

Terima kasih kepada semua followers Google+ Bin Muhammad... Anda semua amat-amat dihormati dan dihargai.


Terima kasih membaca artikel : Google Plus (G+) Kayu Ukur Populariti Blogger

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

15 comments - "Google Plus (G+) Kayu Ukur Populariti Blogger"

paridah delete icon 9:16 PG

assalam...tahniah kepada mrk yg berjaya dlm blogging mengumpul juta2 viewers n ribuan followers..semoga terus sukses.

saya masih tak pandai bab google+ ni..

HAMIDIsP delete icon 3:50 PTG

SP pun baru juga berjinak-jinak dengan G+ ni. Tahniah ye BM, 80 juta views banyak tuu..:)

Unknown delete icon 6:28 PTG

aaaa hebatnye bm..yumida nyer 17 juta. google+ ni ada jugak bantu tarik trafik. mmg berbaloi guna google+ ni. menambah trafik. entry pun senang dpt tempat kat laman carian. entry yg dilink dgn google+

oh ya, bm ada join mana2 tak dalam group google+ ni? kalau ada nanti kongsikan.

Unknown delete icon 9:18 PTG

Cik akak sikit je tu uncle...adeh tertiba je naik gambar cik akak kat situ kan..huhu..
Tak boleh nak kata.google + memang membantu blog cik akak

BinMuhammad delete icon 9:19 PTG

Kadang tak faham macam mane boleh dapat juta2 tu... huhu

BinMuhammad delete icon 9:20 PTG

Lebih kurang sama jer macam FB tu...

BinMuhammad delete icon 9:23 PTG

Dah jinak tu nanti, boleh lah bermanja-manje pula ye SP... hehe

Unknown delete icon 8:40 PG

Banyaknya folowers dan viewers.lepas ni kena update kat G+ selalu la untuk dapatkan viewers yang ramai

Rina Ellisa delete icon 7:01 PTG

Entry yg sangat menarik! Memang betul google sekarang ni menumpukan perhatian yg tinggi terhadap pembangunan google+, buktinya hampir kesemua aplikasi google akan di linkkan ke g+ dan g+ jgk diupdate setiap beberapa bulan.. tapi sayangnya blogger malaysia masih memandang sepi penggunaan g+ ni termasuklah saya haha, hopefully BM dapatlah selalu update mengenai g+ ini agar saya x terlepas pandang :)

p/s: byk nye pv g+ BM ye, cmne nak dpt 80 juta views tu share lah hihi

BinMuhammad delete icon 12:31 PTG

Ada banyak group untuk submit entri...ianya dalam Google+ Communities. Antaranya adalah :
- Malaysia Bloggers Community
- Sembang Blogger...
- 2 all Bloggers! Promote your Blog here!
- Kelab Blogger Malaysia
- Malaysian Bloggers
- Blogger Malaysia
- G+ Malaysia

BinMuhammad delete icon 12:32 PTG

Blogger populer dam glamer macam cik akak mestilah tak boleh dilupakan...

BinMuhammad delete icon 12:34 PTG

Jumlah views bukan hanya bergantung pada view di G+ tetapi juga di semua perkhidmatan/aplikasi google yang lain.

BinMuhammad delete icon 12:38 PTG

Sebenarnya tak tahu bagaimana boleh dapat 80 juta views tu. Almaklumlah...bukannya populer dan dikenali ramai pun. Mungkin melalui carian google...terutama dari carian gambar dan photo di G+ agaknye...
Bila personaliti agak terlindung dan misteri, ramai yang cuba nak mengenali! hehe...

Tanpa Nama delete icon 1:27 PTG

salam BM saya blogger baru n sy sgt kagum melihat pencapaian BM di g+, bleh x nanti BM buat entry tips2 & cara2 nk dptkan follower dan tingkatkan views di g+, mesti dpt membantu blogger2 yg x tahu di luar sana :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap