بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Solat itu tiang agama. Satu kewajipan yang tiada pengecualian bagi umat Islam yang telah memenuhi syarat wajib solat. Solat juga dilakukan pada waktu-waktu yang telah ditentukan. Kenapa masuknya waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak itu ditentukan pada waktu tertentu? Kenapa pula waktu itu dipilih?

Mungkin sebelum ini kita telah mengetahu bahawa ketetapan waktu solat pada waktu-waktu yang ditentukan adalah bagi memudahkan kita untuk mengetahui waktu solat, tidak kira di mana sahaja kita berada di muka bumi ini walaupun tanpa ada jam ditangan.

Selain dari itu, kita juga mengetahui bahawa kajian sains telah membuktikan bahawa perlunya kita bersujud pada waktu-waktu tertentu (waktu solat) bagi menghubungkan sel-sel otak yang terputus.

Dalam bidang kesihatan pula membuktikan bahawa solat merupakan senaman harian yang terbaik untuk kesihatan dan dilakukan pada waktu yang bertepatan.

Hikmah Ketetapan Waktu Solat Pada Waktunya

Kali ini, kita lihat pula bagaimana peralihan suasana alam pada waktu-waktu solat itu berkait dengan rohani, kesihatan dan kehidupan seseorang. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini dan ianya boleh diukur, dinilai dan dicerap melalui perubahan warna alam. 

Waktu Solat Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Solat Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Hikmah Ketetapan Waktu Solat Pada Waktunya

Waktu Solat Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Hikmah Ketetapan Waktu Solat Pada Waktunya

Waktu Solat Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Hikmah Ketetapan Waktu Solat Pada Waktunya

Waktu Solat Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Hikmah Ketetapan Waktu Solat Pada Waktunya

Hikmah Buat Umat Islam

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semoga kita semua mampu berubah dan menjaga waktu solat dengan bersolat di awal waktunya. Ingatan untuk diri ini dan kita semua... Wallahualam...

Hikmah Ketetapan Waktu Solat Pada Waktunya

Ketahui juga pelbagai lagi rahsia solat yang wajar anda semua ketahui melalui buku Rahsia Solat - Panduan Solat Sempurna & Khusyuk hasil tulisan Prof Madya Dr. Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan yang merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan lulusan Universiti Al-Azhar.   

Dapatkan lebih informasi mengenai buku ini melalui link : Rahsia Solat


Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


7 comments - "Hikmah Ketetapan Waktu Solat Pada Waktunya"

paridah delete icon 10:36 PTG

waktu solat n warna alam juga mneyimpan rhsia kebaikan bersolat...tingkatkn keimanan kita insyaAllah..tq perkongsiannya.

HAMIDIsP delete icon 6:00 PTG

Kebaikan yang ramai umat Islam sering abaikan..

solat diutamakan.

Khir Khalid delete icon 11:34 PG

Semoga sentiasa diberi kekuatan utk tidak meringankan solat.. in shaa Allah... aamiin.

solatlah kalian sebelum kalian disolatkan

obat pelangsing badan paling ampuh pembakar lemak dan kolesterol yang menggumpal di dalam tubuh.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap