بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sendi merupakan bahagian penting pada tubuh badan. Mari kita ketahui serba sedikit informasi tentang sendi iaitu; makna sendi, pembentukan sendi, jumlah sendi dan jenis-jenis sendi pada anggota tubuh badan kita.

Makna Sendi

Makna sendi pada tubuh badan adalah bahagian penyambung antara tulang (sama ada satu dengan satu tulang atau lebih). Ianya juga dikenali sebagai artikulasi. Sendi berfungsi untuk membolehkan anggota badan bergerak.

Kenali Sendi Pada Anggota Tubuh Badan

Jumlah Sendi

Berapakah jumlah sendi dalam tubuh badan kita? Jika orang barat dalam beberapa ensiklopedia sering menyatakan hanya terdapat 206 sendi namun jumlah tepatnya adalah 360 sendi.

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّهُ خُلِقَ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْ بَنِـى آدَمَ عَلَـىٰ سِتِّيْنَ وَثَلاَثِ مِئَةِ مَفْصِلٍ :
Sesungguhnya anak keturunan Adam diciptakan di atas 360 persendian
فَمَنْ كَبَّرَ اللّٰـهَ ، وَحَمِدَ اللّٰـهَ ، وَهَلَّلَ اللّٰـهَ ، وَسَبَّحَ اللّٰـهَ ، وَاسْتَغْفَرَ اللّٰـهَ ، وَعَزَلَ حَجَرًا عَنْ طَرِيْقِ النَّاسِ ، أَوْ شَوْكَةً ، أَوْ عَظْمًـا عَنْ طَرِيْقِ النَّاسِ ، وَأَمَرَ بِمَعْرُوْفٍ ، أَوْ نَـهَىٰ عَنْ مُنْكَرٍ ، عَدَدَ تِلْكَ السِّتِّيْنَ وَالثَّلَاثِ مِئَةِ السُّلَامَى ، فَإِنَّهُ يُمْسِيْ يَوْمَئِذٍ وَقَدْ زَحْزَحَ نَفْسَهُ عَنِ النَّارِ.
Barang-siapa bertakbir kepada Allah, memuji Allah, bertahlil kepada Allah, bertasbih kepada Allah, menyingkirkan batu dari jalanan kaum Muslimin, atau menyingkirkan duri, atau menyingkirkan tulang, atau menyuruh kepada kebaikan, atau melarang dari kemungkaran setara dengan jumlah 360 persendian, maka ia telah menjauhkan dirinya dari neraka. [Shahih: HR. Muslim (no. 1007)]
Sungguh menakjubkan! Bagaimana Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam boleh mengetahui akan jumlah sendi yang ada pada tubuh badan? Inilah mukjizat seorang Nabi!

Kini ianya telah disahkan benar. Dr Hamid Ahmad Hamid telah mengesahkan dalam bukunya “Rihlah al-iman fi Jism al-Insan” atau “The Journey of Faith inside the Human Body” dengan menyatakan bahawa jumlah keseluruhan persendian tulang manusia adalah 360 iaitu sebagai berikut:

Sendi tulang belakang - 147 sendi :
  • 25 Sendi antara tulang belakang
  • 72 Sendi antara tulang belakang dan tulang rusuk
  • 50 sendi antara tulang belakang luqaimat
Sendi tulang dada - 24 sendi :
  • 2 Sendi antara tulang dada dan rongga dada
  • 18 Sendi antara tulang dada dan kepala
  • 2 Sendi antara tulang selangka dan belikat
  • 2 sendi antara belikat dan tulang batang dada
Sendi dibahagian atas tubuh - 86 Sendi :
  • 2 Sendi antara tulang bahu
  • 6 sendi antara tulang siku
  • 8 sendi antara tulang pergelangan tangan
  • 70 sendi antara tulang-tulang tangan
Sendi dibahagian bawah tubuh - 92 Sendi :
  • 2 sendi tulang paha
  • 6 sendi antara tulang-tulang dua lutut
  • 6 sendi antara pergelangan kaki
  • 74 sendi antara tulang-tulang telapak kaki
  • 4 sendi antara tulang lutut
Sendi disekitar perut - 11 sendi :
  • 4 Sendi antara tulang ekor
  • 6 Sendi antara tulang pinggul
  • 1 sendi antara sambungan tulang kemaluan
Jumlah keseluruhan : 147 + 24 + 86 + 92 + 11 = 360 Sendi

Malah beberapa ahli biologi dunia juga telah mengesahkannya. Lihat di SINI

Pembentukan Sendi

Terdapat 4 komponen penting dalam pembentukan sendi yang mana setiap satunya punya peranan yang tersendiri:
    Kenali Sendi Pada Anggota Tubuh Badan
  1. Ligamen - berfungsi untuk memegang atau menghubungkan bahagian luar hujung antara tulang agar bersatu dengan sendi dan menjaga agar tidak terjadinya perubahan lokasi sendi dan tulang ketika bergerak.
  2. Kapsul Sendi - berfungsi untuk menghubungkan dua tulang pada sendi tersebut. Ia merupakan bahagian berserabut yang melapisi sendi dan memiliki rongga di dalamnya.
  3. Tulang Rawan Hialin - ia adalah bahagian yang melapisi kedua-dua hujung tulang yang berfungsi untuk menjaga tulang dari tekanan atau geseran saat terjadinya pergerakan.
  4. Cairan Sinovial - ia adalah cairan pada ruang sendi yang berfungsi sebagai penyerap dan pelincir.

Jenis-Jenis Sendi

Terdapat pelbagai jenis sendi. Sendi dikategorikan berdasarkan sifat dan arah pergerakan serta struktur.

Berdasarkan Sifat Pergerakannya :
  • Sinartosis (Sendi Mati) - iaitu persendian yang tidak dapat digerakkan, biasanya tulang-tulang pada persendian Sinartosis dipersatukan oleh serabut jaringan ikat atau tulang rawan hialin. Contohnya sendi antar tulang tengkorak.
  • Amfiartrosis (Sendi Kaku) - iaitu persendian yang hanya memungkinkan terjadinya sedikit gerakan (sendi gerakan terbatas). Contohnya sendi antar tulang rusuk.
  • Diartosis (Sendi Gerak) - iaitu persendian yang memungkinkan terjadinya gerakan ke satu arah, dua arah atau pun ke semua arah. Contohnya adalah sendi pada lutut (satu arah), ruas telapak tangan (dua arah), sendi bahu (ke segala arah)
Berdasarkan Arah Pergerakannya :
    Kenali Sendi Pada Anggota Tubuh Badan
  • Sendi Engsel - iaitu persendian yang memungkinkan terjadinya gerakan hanya pada satu arah sahaja. Sendi engsel biasanya hanya dapat melakukan pergerakan membengkok dan meluruskan (0-180 darjah). Contohnya pada tulang lutut dan siku.
  • Sendi Pelana - iaitu persendian yang memungkinkan terjadinya gerakan pada dua arah. Contohnya adalah ruas telapak tangan.
  • Sendi Peluru - iaitu persendian yang memungkinkan terjadinya gerakan ke segala arah. Contohnya adalah sendi pada tulang paha dan bahu.
  • Sendi Putar - iaitu persendian yang memungkinkan terjadinya gerakan salah satu tulang yang berputar terhadap tulang lainnya. Contohnya adalah sendi pada tulang atlas.
Berdasarkan Strukturnya :
  • Sendi Fibrosa - iaitu persendian yaitu sendi yang tidak memiliki tulang rawan, satu tulang dengan tulang lainnya dihubungkan dengan jaringan ikat fibrosa. Sehingga banyak dijumpai tidak dapat digerakkan. Contohnya pada sutura tulang tengkorak.
  • Sendi Kartilago - iaitu persendian yang ujung ujung tulangnya dihubungkan oleh kartilago, dan disokong oleh ligamen. Sendi Kartilago dikelompokkan pula kepada dua bahagian iaitu: 
  1. Sinkondrosis - sendi yang seluruh persendiannya diliputi oleh tulang rawan. Contohnya Sendi-sendi Kostokondral.
  2. Simfisis - merupakan sendi yang tulang-tulangnya memilii hubungan fibrokartilago dan selapis tulang rawan hialin yang menyelimuti permukaan sendi. Contohnya sendi bahagian simfisis pubis.
  • Sendi Sinovial - iaitu persendian yang memiliki ruang antara sendi sehingga memungkinkan terjadi banyak gerakan. Hjung-hujung tulangnya dilapisi oleh tulang rawan hilain yang tipis untuk menjaga tekanan dan gesekan antara tulang. Contohnya adalah pada lutut.


Semoga informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada kita akan keagungan ciptaan Allah yang ada pada anggota tubuh badan. Sendi ini mesti dijaga dengan baik kerana fungsinya yang penting untuk pergerakan. Jika anda sakit sendi siku, lutut dan sebagainya, rawatlah dengan segera sebelum terlambat.


Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


6 comments - "Kenali Sendi Pada Anggota Tubuh Badan"

Tanpa Nama delete icon 4:53 PTG

Sesungguhnya apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam itu semuanya benar. Itu pun masih ada golongan yang menolak Hadis.

Hero Borneo delete icon 11:46 PTG

Maha Suci Allah..terasa sungguh kebesaranNya..

subhanalloh.. sungguh nabi muhammad SAW orang yang sangat cerdas, semoga keselamatan selalu dilimpahkan kepada beliau

Khir Khalid delete icon 11:17 PTG

Subhanallah... kebenaran sains melangkaui masa.. itulah.. klu Allah tak bukakan hati seseorang itu, mmg dia tak akan nampak kebenarannya walaupun melihat... Allahuakbar..

Unknown delete icon 9:33 PG

Banyaknya sendi dalam badan kita. Subhanallah

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap