بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Tarikh Sambutan Penting Dalam Kalendar Islam
Tarikh Sambutan Penting Dalam Kalendar Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam yang merupakan hari kebesaran, hari sambutan dan hari bersejarah bagi umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. 

12 Rabiulawal - Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

27 Rejab - Israk dan Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

1 Ramadan - Awal Ramadan/Berpuasa
Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Sepanjang bulan Ramadan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Bulan yang penuh barakah buat umat Islam.

17 Ramadhan - Nuzul al-Quran
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan seterusnya secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Tarikh Sambutan Penting Dalam Kalendar Islam

1 Syawal - Hari Raya Puasa/Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan.

10 Zulhijjah - Hari Raya Korban/Aidiladha
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji  atau Hari Raya Korban merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. 

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Ketiga-tiga hari ini juga dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah SWT dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

1 Muharam - Awal Muharam/Maal Hijrah
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun begitu, Tahun Hijrah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dari Mekah ke Madinah itu yang diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Tarikh Sambutan Penting Dalam Kalendar Islam

Berikut pula adalah antara tarikh-tarikh penting lain dalam sejarah Islam namun ianya tidaklah menjadi satu hari sambutan yang besar bagi umat Islam:
  • 10 Muharram - Hari 'Asyura (Hari Kematian Saidina Hussain bin Ali, cucu Rasulullah SAW)
  • 1 Rabiul Awal - Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul
  • 2,3&4 Rabiul Awal - Rasulullah bersembunyi di Gua Hira'
  • 8 Rabiul Awal - Pembinaan Masjid Quba' (Masjid pertama dalam sejarah Islam)
  • 12 Rabiul Awal - Hari Kewafatan Baginda Rasulullah
  • 12 Rabiul Awal -  Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam.
  • 8 Jamadil Awal - Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi Talib
  • 8 Jamadil Akhir - Saidina Umar dilantik menjadi Khalifah kedua
  • 20 Jamadil Akhir - Tarikh kelahiran Siti Fatimah
  • 28 Jamadil Akhir - Wafatnya Saidina Abu Bakar
  • 14 Syaban - Malam Nifsu Sya'ban
  • 15 Syaban - Pertukaran Kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Kaabah Masjidul Haram
  • 8 Ramadan - Perang Badar
  • 10 Ramadan - Pembukaan Makkah
  • 17 Ramadan - Pembunuhan Saidina Ali di Kufah
  • 5 Syawal - Perang Uhud
  • 1 Zulhijjah - Hari menentukan tarikh untuk Hari Raya Aidiladha
  • 8 Zulhijjah - Hari Haji Wida' Nabi yang terakhir
  • 18 Zulhijjah 23H - Saidina Othman mati di bunuh
  • 29 Zulhijjah - Saidina Omar mati di bunuh
Tarikh Sambutan Penting Dalam Kalendar Islam

Sila ke link berikut untuk seleksi:
 - Tarikh Hari Sambutan Di Malaysia Dan Dunia
 - Tarikh Hari Sambutan Berkaitan Alam dan Hidupan

Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


6 comments - "Tarikh Sambutan Penting Dalam Kalendar Islam"

Kakzakie delete icon 8:51 PG

Dlm perjalanan pergi kerja pagi ini baru kakak dengar di radio IKIM DJ Pian dan Luk cakap hal ini tau BM sebab mereka sedang bercakap sambutan Hari Belia (hari ini) dan Hari Guru (esok). Tapi ada juga sambutan yg sekarang sana-sini dibuat iaitu israk-mikraj. Banyak sambutan hari dari kalendar Islam yg membuat kita semakin dekat pada Allah. Itulah hari-hari yg BM listkan..

tanggal-tanggal penting yang mesti diperingati agar kita tidak melupakan sejarah yang tertoreh untuk bisa mengambil pelajaran dari peristiwa tersebut

Khir Khalid delete icon 11:14 PTG

Mmg perlu kita take note tarikh2 ni.. mudah2an kehidupan kita juga bertambah keberkatannya... aamiin.

Tak lama lagi kita nak menyambut Ramadhan kan? Tak sabarnya nak 'bertemu' bulan tu lagi...

tarikh tarikh islam ni penuh dengan keberkatan. kita perlu mengambil berat tarikh ni dan mengambil peluang untuk beribadat kpd Allah kerana ia penuh dengan keberkatan.. setiap tarikh islam ada sejarahnya tersendiri yang boleh kita jadikan sebagai pedoman.

tarikh tarikh islam ni kita perlu mengambil berat dan mengambil peluang untuk beribadat. tarikh ini penuh dengan keberkatan dan nikmat yang besar. tarikh tersebut ada sejarahnya tersendiri yang kita boleh jadikan pedoman

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap