بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Model Toyota Hilux merupakan kenderaan pikup yang paling popular dan diyakini sejak sekian lama di Malaysia. Pada awal bulan ini, Toyota Hilux Serba Baru 2016 telah dilancarkan. Ikon pikup diseluruh dunia ini mendapat sentuhan rekabentuk dan spesifikasi yang sangat ketara perubahannya bagi mengukuhkan kedudukan yang semakin disaingi oleh jenama lain/

Hilux Baru 3016 Generasi ke-8 ini hadir dengan dua pilihan enjin, dua pilihan sistem transmisi, dua pilihan bentuk badan dan dua pilihan pacuan yang dipakejkan dalam enam pilihan varian.

Berikut adalah harga, variant dan spesifkasi bagi model terbaru Toyota Hilux Serba Baru 2016 Generasi ke-8 yang ditawarkan oleh Toyota Malaysia

Toyota Hilux Serba Baru 2016 Generasi ke-8

Harga

Harga Toyota Hilux Serba Baru 2016 - Varian Single Cab
  • 2.4 4×4 manual - harga RM89,900. 
Harga Toyota Hilux Serba Baru 2016 - Varian Double Cab
  • 2.4 4×2 manual - harga RM91,900, 
  • 2.4 Standard 4×4 manual - harga RM99,900.
  • 2.4G 4×4 manual - harga RM109,900, 
  • 2.4G 4×4 automatik - harga RM121,900. 
  • 2.8G 4×4 automatik - harga RM133,900. 
Semua harga tersenarai adalah harga atas jalan termasuk dengan insurans.
Semua variant Hilux disertakan dengan waranti lima tahun atau 150,000 km yang mana sampai dahulu.

Toyota Hilux Serba Baru 2016 Generasi ke-8

Saiz Toyota Hilux Serba Baru 2016
Varian Single Cab
  • Keseluruhan: 5,330 mm panjang, 1,955 mm lebar, 1,715 mm tinggi dan jarak roda keseluruhan 3,085 mm.
  • Dimensi bahagian kargo: 2,315mm panjang dan 1,540mm lebar.
Varian Double Cab
  • Keseluruhan: 5,330 mm panjang, 1,855 mm lebar, 1,815 mm tinggi dan jarak roda keseluruhan 3,085 mm.
  • Dimensi bahagian kargo: 1,525mm panjang dan 1,540mm lebar. 

Enjin & Transmisi

Terdapat dua pilihan Enjin & Transmisi yang ditawarkan pada.Toyota Hilux Serba Baru 2016. Ianya merupakan enjin dan transmisi terbaru dan terkini dari Toyota yang menjamin pemanduan yang lebih berkuasa, efisyen dan jimat.

2.8 liter
  • Enjin - turbo diesel 2GD-FTV 2.4 liter
  • Kuasa - 150 PS pada takat 3,400 rpm dan tork maksima 400 Nm bermula 1,600 hingga 2,000 rpm.
  • Transmisi - pilihan sama ada enam-kelajuan manual atau enam-kelajuan automatik ‘pintar’ Super ECT
2.8 liter
  • Enjin - turbo diesel 1GD-FTV 2.8 liter,
  • Kuasa - 177 PS pada takat 3,400 rpm dan tork maksima 450 Nm bermula 1,600 hingga 2,400 rpm.
  • Transmisi - enam-kelajuan automatik ‘pintar’ Super ECT

Sistem 4WD Hilux generasi baharu ini juga tampil lebih bijak. Peralihan dari pacuan dua roda kepada pacuan semua roda kini boleh dilakukan dengan hanya memutarkan suis pemilih tanpa menghentikan kenderaan dibawah kelajuan 100 km/j. Untuk varian 2.4G auto dan 2.8G auto, sistem 4WD trak pikap tersebut datang dengan sistem Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRC) yang mampu memindahkan tork kepada roda yang memerlukan dengan lebih bijak.

Spesifikasi Setiap Variant Toyota Hilux Serba Baru 2016
Varian Single Cab
  • roda besi berdiameter 16-inci
  • unit pemain CD dan MP3 2-DIN
Varian 2.4 liter Double cab
  • Lampu hadapan halogen pelbagai-reflektor automatik dengan fungsi Follow Me Home dan lampu nyalaan siang biasa. 
  • Lampu kabus, 
  • Gril krom, 
  • Bampar belakang krom, 
  • Cermin sisi krom berkuasa elektrik berserta lampu isyarat membelok 
  • Pemegang pintu krom hanya dilengkapi pada model 2.4G (manual dan auto). 
  • Unit pemain CD dan MP3 2-DIN
  • Roda besi berdiameter 17-inci
Varian 2.4G Double cab (beza atau tambahan dari varian 2.4 liter)
  • Roda aloi berdiameter 17-inci
  • Unit infotaimen dengan skrin sesentuh 6.1 inci dengan sambungan AUX, USB, SD card dan Bluetooth
  • Enam unit pembesar suara, 
  • Roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit, 
  • Sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, 
  • Tingkap kuasa dengan fungsi auto untuk semua tingkap, 
  • Tuil gear balutan kulit.
  • Tiga mod pemanduan berbeza iaitu Normal, ECO dan Power.
Varian 2.8G Double cab (beza atau tambahan dari varian 2.4G)
  • Lampu hadapan projektor LED dan juga lampu nyalaan siang LED.
  • Roda aloi berdiameter 18-inci dibaluti tayar Highway Terrain bersaiz 265/60R18.
  • Paparan instrumen Optitron dengan skrin TFT MID bersaiz 4.2 inci
Toyota Hilux Serba Baru 2016 Generasi ke-8
Toyota Hilux Serba Baru 2016 Generasi ke-8

Sistem Keselamatan

Terdapat perbezaan sistem keselamatan yang ditawarkan dalam setiap variant Toyota Hilux Serba Baru 2016.

  • Semua varian dilengkapi dengan sistem brek ABS dengan EBD. 
  • Cagak isofix juga adalah standard untuk semua badan double cab
  • 2.4 dilengkapi dengan tiga-unit beg udara
  • Penderia dan kamera undur pula hanya dilengkapi pada kesemua varian G. 
  • Varian 2.4G auto dan 2.8G auto dilengkapi dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki (HAC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan Kawalan Libasan Trailer (TSC). 
  • model 2.8G menerima tujuh-unit beg udara, penderia dan kamera undur
Toyota Hilux Serba Baru 2016 Generasi ke-8
Toyota Hilux Serba Baru 2016 Generasi ke-8
sumber
Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Terima kasih membaca artikel : Toyota Hilux Serba Baru 2016 Generasi ke-8

1 comments

JohnRMay delete icon 10:25 PG

Terima kasih atas informasi Anda, sangat membantu saya! Toyota Baru adalah pilihan pertama saya.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap