بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mana satukah yang akan menjadi pilihan anda jika Perodua mengeluarkan ketiga-tiga model kereta ini yang kesemuanya menggunakan asas platform Perodua Axia.

Ini bermakna ianya mempunyai kelebaran dan jarak roda yang sama tetapi berbeza rekabentuk, panjang dan ketegori.

Adakah anda akan memilih dan lebih menggemari Perodua Axia berbentuk...
  1. Perodua Axia Hatchback
  2. Perodua Axia Sedan @ Bezza
  3. Perodua Axia MPV @ Toyota Calya
Perodua Axia Hatchback, Sedan & MPV

Perodua Axia Hatchback

Perodua Axia merupakan model kereta kompak hatchback yang menjadi kenderaan paling laris jualannya di Malaysia pada masa kini. 

Model gantian kepada Perodua Viva ini merupakan kenderaan praktikal untuk kegunaan di bandar. Selain menjadi pilihan sebagai kereta kedua, Axia juga menjadi kereta pilihan untuk sebuah keluarga kecil.

Perodua Axia Hatchback

Perodua Axia Sedan @ Bezza

Berikutan kejayaan Perodua Axia, Perodua menggunakan kesempatan ini dengan memperkenalkan sedan kompak pertama keluaran mereka dengan menggunakan platform Axia dan dikenali sebagai Perodua Bezza.

Perodua Bezza memberi pilihan alternatif kepada pengguna yang inginkan Perodua Axia tetapi mahukan ruang bagasi yang lebih luas.

Perodua Axia Hatchback

Perodua Axia MPV @ Toyota Calya

Berikutan kenderaan MPV mempunyai pasaran dan permintaan yang tinggi di Indonesia, Toyota menggunakan peluang ini dengan memperkenalkan MPV kompak pertama mereka yang dikenali sebagai MPV Toyota Calya.

Menariknya MPV ini menggunakan platform dan enjin yang sama seperti Perodua Axia untuk memberi pilihan kepada pengguna yang inginkan lebih jumlah penumpang.

Jika dipasarkan di Malaysia, ianya sudah pasti menjadi MPV Perodua Axia.

Pilihan Anda?

Mana satukah pilihan anda sekiranya ketiga-tiga model Axia ini berada dipasaran Malaysia? Sebuah kereta kompak dengan tiga pilihan rekabentuk dari asas model yang sama tetapi setiap satunya mempunyai kelebihan yang tersendiri.
  1. Perodua Axia Hatchback - kereta kompak lima tempat duduk yang bersaiz kecil dan mudah dikendalikan tetapi mempunyai ruang bagasi yang kecil
  2. Perodua Axia Sedan @ Bezza - kereta sedan kompak juga dengan lima tempat duduk tetapi memberi lebih ruang bagasi
  3. Perodua Axia MPV @ Toyota Calya - MPV kompak dengan tujuh tempat duduk tetapi ruang bagasi amat kecil dan pastinya kurang kuasa.
Perodua Axia Hatchback, Sedan & MPV

Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

3 comments - "3 Pilihan Perodua Axia Hatchback, Sedan Atau MPV?"

Saya tengah tunggu Axia AV .. doakan saya ye..hehee...tak larat lah nak keluar masuk KL dgn kereta manual..minyak tak tahan.

semuanya menarik, tapi untuk keluarga, sedan seeloknya..senang muat banyak barang..hihi

Nak angkat axia satu nanti.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap