بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kenali dan fahami penyakit kulit ekzema. Anda mungkin perlukan jawapan dan sokongan.

Apabila kulit mungkin merasa gatal terutama pada bayi apabila kelihatan patch merah pada pipi, dagu atau dada dan ianya kelihatan sangat merisaukan. Atau mungkin anda sendiri mengalami sesuatu yang sama ada di leher, siku atau di belakang lutut.

Sudah pasti anda akan terus ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan. Doktor pula akan mula bertanya tentang gejala-gejala yang anda alami serta menyoal anda mengenai sejarah keluarga dan jenis produk yang gunakan pada kulit.

Akhirnya... doktor memaklumkan kepada anda bahawa anda dijangkiti penyakit kuli ekzema.

Ekzema-eczema

Apakah sebenarnya ekzema? Siapa yang boleh mendapat penyakit dan mengapa? Apa pula yang perlu dilakukan? Adakah sekarang ini anda atau anak anda telah didiagnosis?

Penyakit Kulit Ekzema

Oleh itu, ketahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis penyakit kulit ekzema dan apakah yang mungkin menjadi puncanya. Ini adalah titik permulaan terbaik untuk merawat dan menguruskannya, supaya ekzema tidak menjadi masalah yang semakin buruk dalam hidup anda dan bayi.

Ketahui jenis-jenis ekzema di sini: Jenis-jenis ekzema

Jika disebut Ekzema, ianya sangat umum kerana ekzema terdiri dari pelbagai jenis namun jangan terlalu gusar kerana ekzema boleh dirawat dan diuruskan sekiranya dapat dikenalpasti jenis dan puncanya.

Ekzema paling kerap berlaku pada bayi dan kanak-kanak terutama pada muka (biasanya pada pipi dan dagu), tetapi ia juga boleh muncul di mana-mana bahagian badan dan gejala mungkin berbeza bergantung kepada sistem antibodi tubuh badan seseorang.

Selalunya ekzema akan hilang apabila kanak-kanak tersebut semakin membesar namun tetap ada kes dimana kanak-kanak akan terus mengalami ekzema sehingga dewasa.

Malah orang dewasa boleh terkena ekzema walaupun mereka tidak pernah terkena atau dijangkiti ekzema semasa kecil.

Tanda-tanda Ekzema

Perkara yang paling penting untuk diketahui adalah bahawa gejala ekzema berbeza mengikut individu. Ekzema anda mungkin tidak kelihatan sama seperti orang lain atau atau sama pada anak anda. Kawasan jangkitan pada tubuh badan juga berlainan.

Ekzema biasanya gatal. Bagi kebanyakan orang, rasa gatal biasanya hanyalah ringan, atau sederhana. Namun dalam beberapa kes ia boleh menjadi lebih buruk dimana kulit anda menjadi sangat radang dan sensetif.

Kadang-kadang kerana gatal, ianya menjadi bertambah buruk dan parah apabila digaru sehingga melecet dan berdarah. Oleh itu sebelum ianya menjadi teruk... Apa yang perlu anda kenal pasti adalah tanda-tanda awal ekzema iaitu:
  • Kering, kulit sensitif
  • Merah, kulit radang
  • Gatal-gatal sangat buruk
  • Kulit berwarna tompok gelap
  • Kasar, keras atau bersisik
  • Pembentukan kerak
  • Kawasan bengkak
Anda mungkin mempunyai semua gejala-gejala ekzema atau hanya beberapa sahaja tetapi satu-satunya cara untuk mendapat kesahihannya adalah dengan merujuk pada doktor.

Punca Ekzema

Punca sebenar ekzema masih tidak diketahui tetapi ia dianggap ada kaitan dengan tindak balas terlalu aktif oleh sistem imun badan untuk perengsa. Ia adalah tindak balas yang mendatangkan gejala ekzema.

Di samping itu, ekzema biasanya dijumpai di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan atau asma lain. Ekzema turut disebabkan oleh kecacatan halangan kulit boleh membenarkan kelembapan dan kuman masuk.

Sesetengah orang mungkin mempunyai "flare-ups" ruam gatal sebagai tindak balas kepada bahan tertentu seperti sabun dan bahan pencuci, atau bersentuhan dengan bulu haiwan juga boleh menyebabkan wabak. Jangkitan pernafasan atau selsema juga boleh menjadi pencetus.. Mungkin juga kerana cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.  Tekanan pula boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Walaupun tidak ada ubat, kebanyakan orang boleh mengawal penyakit ekzema mereka dengan rawatan perubatan. Untuk makluman, Ekzema ini tidak berjangkit dan tidak boleh merebak dari seorang ke seorang.

Ketahui di sini: Cara merawat penyakit kulit ekzema

Rujukan:
https://nationaleczema.org/eczema/
http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/atopic-dermatitis-eczema#1-3

Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

1 comments

Kalau tengok budak-budak kene ekzema teruk kesian sangat.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap