Daerah Hulu Selangor...Itulah daerah dimana tempat aku tinggal. Sebuah daerah di utara Negeri Selangor yang luas dan masih banyak kawasannya yang belum lagi di majukan. Eksplorasi kali ini ke Kuala Kubu Bharu.
Sebuah pekan kecil dimana pusat bagi daerah ini. Jika anda ke pekan ini dan terus menyusuri jalan menghala ke Bukit Fraser anda akan melalui sebuah empangan, Empangan Sungai Selangor yang sungguh indah.
Empangan Sungai Selangor telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kuala Kubu Bharu. Empangan ini di punyai oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Spash) untuk membekalkan air terawat kepada Syabas.
Gambar Empangan Sungai Selangor
Empangan inilah yang ingin saya tunjukkan kepada anda. Berikut beberapa gambar menarik Empangan Sungai Selangor untuk tatapan anda semua...
Nikmati kehijauan alam dan keindahan empangan ini. Persekitaran dan pemandangan di kawasan empangan sungai selangor ini amat menarik dengan tasik, dikelilingi bukit-bukau serta flora dan fauna yang terpelihara.
Kawasan di loji rawatan juga amat terjaga dan bersih oleh Splash Hulu Selangor. Anda akan merasai kesegaran udara dari angin yang berhembus membuatkan anda seakan ingin terlena.
Tasik buatan manusia yang luas terbentuk hasil dari empangan sungai Selangor ini juga merupakan syurga bagi kaki pancing.
Berehat seketika di tebing empangan sungai selangor setelah letih memandu pulang dari Bukit Fraser amat menenangkan.
Menikmati Keindahan pemandangan tasik yang di pagari oleh bukit-bukau yang menghijau saujana mata memandang sambil merasai hembusan bayu segar, ianya sungguh mengasyikkan.
Ketenangan dan kedamaian yang membuatkan jasad dan minda relaks seketika... Di sini di awal pagi atau selepas hujan, suasana sungguh sejuk dan nyaman.
Awan bergerak rendah membentuk kabus yang memukau pandangan. Pastinya anda akan terbuai dengan keindahan alam semulajadi yang memukau ini!
Keindahan alam ini harus dipelihara kerana bukan sahaja keindahannya tetapi fungsinya yang menjadi tadahan air semulajadi untuk keperluan untuk setiap makhluk yang bernyawa. Cintai alam sekitar, hindari pencemaran dan kemusnahan.
Jangan lupa jika anda ke Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Nikmati keindahan suasana di Empangan Sungai Selangor ini merupakan lokasi wajib untuk anda jejaki. Eksplorasi yang pasti memuaskan hati.
Anda juga mungkin meminati :
22 comments - "Empangan Sungai Selangor di Hulu Selangor"
Bila lagi dapat kesini...memang cantik tempatnya
BM. memang cantik.. =) dulu2 kalau balik Raub knah memang ikut jalan ni.
Malam menggigil berbintang tinggi,
Salam terpanggil dah datang lagi. :)
Pantai kelam berguruhlah suduh,
Kelodak pekat merata lopak;
Duhai alam sungguhlah indah,
Hendak ku lihat mata tak nampak.
Sekarang ni jalannya pun semakin elok terutama dari KKB ke Bkt Frazer. Suasana dan keadaannya tetap cantik spt dulu...
Malam gelap hingga menggigil,
Salam dijawab bila di panggil...
Demam lelah hinggakan menggigil,
Badan letih hilanglah seri,
Alam indah bagaikan memanggil,
Jangan bersedih datanglah kemari...
wahh cantik .. ambil gambar sendiri ke ?
sungguh cantik mempersonakan..
Ini memang koleksi gambar sendiri... Sedikit edit dilakukan.
Terima kasih cikgu...kehadiran anda memang lama dinanti :)
tengok keindahan alam memang mendamaikan :)
Waaa bestnya BM bercuti2! Saya pun nak pegi bercutilah ni. Gambar2 BM ambil semuanya cantik2 belaka. Suka tengok.
cantik2 lah..BM ambil sendri ke ni..
Baru je pergi..tp xsmpai la pulak kt Tasik ni..
Itulah keistimewaan ciptaan Allah...Melihat keindahan alam pun mampu memberi ketenangan dan kedamaian
Tempat ni dekat jer dgn tempat tinggal saya...hari2 boleh pergi. Sesekali datanglah ke Kuala Kubu Bharu, segalanya masih terpelihara dr arus pembangunan.
TQ MG :)
Gambar2 ni memang saya ambil sendiri tapi telah dilakukan edit. Kalau sudi...byk lagi gambar tempat2 menarik yg saya ambil gambar dalam kategori/label : Perjalanku
Pergi mana tu...KKB ke Bkt Frazer? Kalau ke Bkt Frazer pasti lalu empangan ni tapi kalau dari Raub, xjumpa le
Silalah datang...kalau kemari, calling2 le
wah cantik2 gambar2 ni, paling atas tu KA suka sgt ! tq share ye
Thanks KA... Sesekali berkunjung le ke sini dan terus ke Bkt Fraser
Waaa mesti best dekat sana ya...sejuk & tenang. Nanti bila ada kelapangan & kesempatan pasti akan dikunjungi.
Kalau nak sejuk...lajak jer terus ke Bkt Fraser...Oo the way pun ada byk air terjun utk di singgah.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”