بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Cermin Alam Untuk Cerminan Diri: Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bersua kembali, Anda rindukan untuk menatapi kedamaian dan ketenangan seketika di alam siber ini? 

Bersantailah seketika... Relaks Minda anda dengan memberi santapan mata sambil mendapat sedikit santapan hati secara ringan untuk ketenangan jiwa bersama cermin alam untuk cerminan diri...

cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri

Nikmati ketenangan air yang tenang menjadi cermin kepada kepada keindahan alam. Alam yang indah ciptaan Ilahi sebagai tanda kebesaran dan kekuasaannya di terbalikkan hanya dengan sebuah cermin alam yang besar iaitu air yang tenang. Betapa Agungnya ciptaan Allah SWT. 

cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri

Betapa besarnya kuasa ketenangan dan kedamaian yang mampu menukar bentuk dan rupa alam ini.. tanpa berubah bentuk tetapi menjadi cermin reflek yang mampu menukar kedudukan, rupa dan suasana imej alam. 

Tanpa ketenangan masakan dapat kita saksikan keindahan alam dari pandangan sudut yang berbeza. 

Air yang tenang memberi cerminan bagaikan alam ini terhenti seketika. Memotretkan satu suasana yang amat mengagumkan. Membuat diri terpaku...menikmati ketenangan yang mempersonakan.

cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri

Begitulah kuasa dari ketenangan dan kedamaian alam, Darinya juga mengajar kita betapa perlunya hati dan jiwa yang tenang... 

Dengan ketenangan minda kita mampu memberi sesuatu idea dan pemikiran yang berbeza lalu menyuntik sesuatu yang luarbisa dan mengagumkan. Ia juga dapat menjana minda lebih kreatif dan berkualiti.  

Dengan ketenangan hati... kita mampu menjadi seorang insan yang positif dan bahagia bagaikan tiada apa yang mampu menghalang untuk kita mara kehadapan. Menjadikan jiwa cekal dan penuh keyakinan.

cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri

Carilah ketenangan... Ketenangan minda untuk memberi daya pemikiran yang berdaya. Ketenangan hati untuk jiwa yang tenteram dan mendamaikan. 

Minda dan hati yang tenang mampu menjadi cerminan diri anda melihat segala kekurangan dan kelemahan diri untuk diperbaiki. Cerminan diri yang dapat mencungkil segala potensi dan kekuatan untuk kejayaan dan kebahagian.

cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri 
cermin alam cerminan diri

Minda dan hati yang tenang memberi kehidupan kita penuh nikmat dan kebahagiaan. Jangan lupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang di beri kerana ianya adalah kurniaan dariNya...kita hanya hambaNya yang lemah lagi tidak berdaya di sisiNya.

bersyukur

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”. (Bukhari) 

Cermin diri anda... Jika anda berasa susah, sedih, gundah dan derita...maka lihatlah kepada mereka yang lebih sengsara keadaannya dari anda...pasti anda akan bersyukur dengan apa yang anda miliki, lalui dan hadapi. Lihatlah cermin alam untuk cerminan diri...


Admin...

38 comments - "Cermin Alam Untuk Cerminan Diri"

Unknown delete icon 11:38 PG

Sungguh tenang & damai; Ketenangan di pagi Isnin setelah cuti panjang di hujung minggu. Thanks for sharing BM; harap semuanya baik2 ya.

miss yatie delete icon 11:50 PG

meman menenangkan, KY pun suka ambil anin dan santai di tepi pantai, melihat ombak datang dan pergi

alhamdulilah tenang sungguh, BM kembali...

Suhanallah... maha berkuasa Allah tidak ada yg boleh menandinginya.
Keindahan alam sayangnya seringkali dirobek oleh manusia sejagat..

BinMuhammad delete icon 12:52 PTG

Thanks MG,
Hidup mesti diteruskan... :)

BinMuhammad delete icon 12:54 PTG

Terima kasih KY,
Tapi masa cuti sekolah ni, tempat percutian sedikit sibuk...xtenang la pulak hehe

BinMuhammad delete icon 12:54 PTG

Syukur alhamdulillah...Terima kasih Acik :)

BinMuhammad delete icon 12:56 PTG

Betul tu Kakzakie... Semoga bersama2 lah kita memeliharanya

Blog Santai delete icon 1:12 PTG

Welcome Back BM..Harap-harap semuanya ok by now..

BinMuhammad delete icon 1:39 PTG

Thanks... InsyaAllah

Unknown delete icon 2:23 PTG

semua gambar cantik.... rajin dok cari yew

Unknown delete icon 2:36 PTG

Alhamdulillah...Allah masih memberi cik akak ruang untuk melihat kebesaranNYA....Satu-satu keindahan alam ciptaanNYA....SubhaAllah....memang teramat cantik....seperti cermin yang membayangkan wajah kita...:)

mselim3 delete icon 2:42 PTG

Assalammualaikum....bin Mohamad,

suka mselim3 tgk gambar2 kat blog nie...tenang dan mendamaikan...cantik. terasa nak terjun aje nak menikmati air yang dingin tu...indah sungguh ciptaan-Nya...tiada nilainya....

suri delete icon 2:48 PTG

sebenarnya apa yang terluah itulah diri kita begitu juga alam ia tidak akan pernah menipu manusia...kecuali manusia itu cuma memusnahkan alam..dan diri sendri..

BinMuhammad delete icon 3:12 PTG

Untuk cari gambar xsusah tapi utk mengarang supaya match dgn gambar sedikit sukar...

BinMuhammad delete icon 3:13 PTG

Terima kasih cik akak...masih sudi singgah kesini. Sekadar berkongsi...utk santapan mata dan hati :)

BinMuhammad delete icon 3:14 PTG

Waalaikumsalam mselim3,
Terima kasih sudi menjengah kesini...amat saya hargai. Sama2lah kita menikmati keindahan ciptaan Ilahi buat santapan mata, minda dan hati..

BinMuhammad delete icon 3:16 PTG

Benar suri... Alam adalah sesuatu yang zahir, tidak pernah menipu, tp manusia ada batin...hati itu sering tidak sama spt yg terlihat. Semoga alam mengajar kita menjadi seorang yang jujur dan ikhlas...

Fais-SKA delete icon 5:55 PTG

Assalam bro BM, harap sihat2 selalu,in.sha.Allah, Subhanallah cantik betol ciptaan Allah, d'beri pula spsang mata yg dpat melihat keindahan sekeliling, Alhamdulillah sama2 la kita muhasabah diri =)

eiela delete icon 6:00 PTG

cantik semua gambar tuh. betul la tuh kan, bila kita rasa kita susah ada lg susah dr kita. bersyukur dgn apa ada, buat kita hargai anugerahnya.

Unknown delete icon 8:04 PTG

Cermin diri..ayat yang buat saya sedih.. :( tapi sy sentiasa cermin diri dan merendah..

BinMuhammad delete icon 8:35 PTG

Waalaikumsalam ska.
Alhamdulillah, sihat selalu... Ya, sama2 kita muhasabah diri :)

BinMuhammad delete icon 8:36 PTG

Terima kasih eiela, semua yg kita hadapi, itu rahmat dan nikmat dari Allah...bersyukur :)

Tenangnya panorama....

BinMuhammad delete icon 8:44 PTG

Jangan sedih2 ye....semua orang cermin diri setiap hari, kalau tak...xberserilah muka hehe...
Hidup ini biar ikut resmi padi.

BinMuhammad delete icon 8:51 PTG

Thanks Izzuddin...semoga anda mendapat manfaat :)

Shaiful Zaidi delete icon 10:10 PTG

Assalamualaikum. ..Cukup tenang dan damai.
Cermin diri : muhasabah diri?

BinMuhammad delete icon 10:28 PTG

Waalaikumsalam...
Betullah tu...cermin diri dan muhasabah diri :)

titan delete icon 10:55 PTG

fuh, memang betul-betul cermin ni.

BinMuhammad delete icon 11:32 PTG

Itulah tanda kekuasaan Ilahi...Maha Agung lagi Maha Besar! Allahuakbar...

MasyaAllah... mmg tenang :)) x pernah tgk un air sejernih tu >.<

Bersyukur kita kerana di beri mata untuk melihat walaupun hanya di gambar...
Terima kasih, semoga ianya memberi juga ketenangan buat anda

OKje delete icon 9:17 PG

Setuju..... jangan tengok mereka yg di atas tp tengoklah rumput di bumi...kerana jiwa akan rasa lebih tenang, dan redho dengan kekurangan kita

Lepas ni kita jalan tunduk aje, baru nampak rumput hehe (gurau jer)

Terima kasih OKje... :)

cik tom delete icon 10:14 PG

Memang rasa tenang jiwa...hmm hati rs serabut dr smlm dgn mslh..hmmm..thanks utk gmbr menarik dan tips muhasabah diri dgn cermin diri..

BinMuhammad delete icon 10:44 PG

Terima kasih cik tom, semoga anda beroleh ketenangan dan mendapat jalan penyelesaian pd masalah :)

Memang mendamaikan...
Tapi bila cermin diri balik, adakah kita ni boleh mendamaikan orang lain...

BinMuhammad delete icon 10:49 PG

Insyallah....jika kena pada cara dan kaedahnya. Perkara baik, pasti dipermudahkan...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap