Assalamualaikum.... Artikel ini adalah penghargaan buat busuk.org kerana memilih artikel "Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam" sebagai artikel pilihan busuk.org

artikel pilihan busuk.org
Klik SINI untuk ke artikel tersebut.
Bukan mudah untuk menempatkan diri dalam artikel pilihan di busuk.org memandangkan beratus artikel di hantar/ping ke busuk.org setiap hari. 

Apa itu busuk.org? Ianya adalah satu web pilihan untuk blogger menghantar artikel atau dengan istilah biasanya ping aggregator untuk menjana trafik kepada blog anda. Ianya sebuah web ber PR2 dengan Alexa Traffic Rank di Malaysia #38

Trafik busuk.org sangat tinggi...Dalam satu-satu masa boleh mencecah melebihi 1000 pengunjung. Dalam sehari sahaja Pageview pasti melebihi 30K! 

Selama saya menggunakan perkhidmatan ini, selalunya tidak banyak trafik yang dapat di jana. Purata lebih kurang 10~20 visitor sahaja untuk satu-satu artikel. Ini mungkin kerana saya tidak meletakkan widget busuk.org di blog saya. 

Matlamat saya bukan kuantiti/traffik tetapi untuk mendapatkan backlink dan cuba menerbitkan artikel berkualiti dan berilmu untuk disenaraikan dalam artikel pilihan busuk.org 

Kini impian sudah tercapai. Sungguh gembira apabila artikel anda di hargai dan mampu menarik perhatian apatah lagi terbaksa bersaing dengan bukan ratusan malah ribuan artikel yang dihantar ke busuk.org dalam dalam tempoh seminggu. 

Tidak tahu berapa lama artikel ini akan terlekat di situ. Sedikit sebanyak ianya menambahkan bilangan trafik blog ini. Terima kasih busuk.org, walaupun namamu busuk tapi nilainya sangat tinggi.

Matlamat blogging bukan sekadar mendapat trafik yang tinggi. Kemahiran dan ilmu dalam membuat sesuatu entri berkualiti dan menjadikan blog kita sesuatu yang menarik dan bernilai seperti permainan SEO, Menaikkan PR, Alexa Rank serta Penampilan adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mencabar.

 Ilmu-ilmu ini perlukan masa, pembelajaran dan pengalaman untuk mendalaminya. Tips-tip berguna dari blogger otai seperti hasrulhassan.com boleh dijadikan rujukan. Tiada jalan mudah untuk berjaya.

Jadikan blogging bukan sekadar perkongsian dari penerbitan artikel yang berkualiti dan berilmu tapi timbalah ilmu yang terdapat didalamnya...dan anda pasti merasa nikmat dan kepuasan jika anda berjaya. Umpamakan anda berada di satu gelanggang perlawanan yang bersaing untuk mencari kemenangan! 

Jangan merasa malu kerana anda menggunakan perkhidmatan ping aggregator untuk menjana trafik. Lihat kepada blogger terkenal seperti denaihati.com, kuji2.com, akubiomed.com, mereka juga masih menggunakan perkhidmatan ping aggregator. Kenapa ya? 

Jika perkongsian anda amat bagus, berilmu dan boleh memberi panduan dan pedoman, pastinya anda mahukan ramai orang untuk menikmatinya. Alangkah ruginya jika ianya hanya dinikmati oleh segelintir orang sahaja. Jalan mudah...ping saja! Klik SINI untuk ke busuk.org.

Belajarlah meningkatkan blog anda dalam enjin carian. Bukankah perkongsian anda itu untuk tatapan pembaca, pasti akan menjadi satu amal jariah yang memberi manfaat kepada ramai orang dan pahala berterusan buat anda...Renung-renungkanlah... 

Terima kasih kerana bersama Relaks Minda >_<

p/s : macam poyo jer entri ni...tapi itulah hakikatnya bila blogger picisan dan xterkenal dapat terpilih, ini baru oleh busuk.org...kalau award ntah le...xde harapan kot  >_<
Admin...

47 comments - "Artikel Pilihan busuk.org Tingkatkan Trafik"

Unknown delete icon 7:11 PTG

tahniah BM =)

ANIM delete icon 8:09 PTG

Tahniah..saya sendiri kena banyak belajar. Menulis syok sendiri..heee

Salam...Tahniah!

PCL delete icon 9:42 PTG

Tahniah..sy ping jugak tp x pernah check entri pilihan busuk.

BinMuhammad delete icon 9:57 PTG

Terima kasih kak Nah :)

BinMuhammad delete icon 9:59 PTG

Terima kasih, saya suka cara penyampaian kak Anim... mudah, jelas dan ceria. Pasti ada pedoman dan panduan di selitkan. Mudah memikat pembaca.

BinMuhammad delete icon 10:00 PTG

Terima kasih cikgu :)

tahniah :)

BinMuhammad delete icon 10:02 PTG

Saya perasan apabila trafik masuk dari busuk.org meningkat mendadak. Dari link itulah, baru saya tahu.
Thx PCL...anda kan otai, trafik dah tinggi, mane perasan...hehe

BinMuhammad delete icon 10:03 PTG

Terima kasih aisya :)

wah tahniah !!! :)

BinMuhammad delete icon 10:09 PTG

Terima ksih Acik, blogger baru dan xterkenal mcm saya ni, bila dapat terpilih macam ni pun bangga sakan...macam poyo jer...hehe.
Lainlah mcm Acik yg terkenal dan populer...

Unknown delete icon 5:00 PG

Lama dah tak ping entry..kekurangan entry bagus skrg.. kena berjaya kena berusahakan..tahniah BM..

tahniah...teruskan usaha menulis info bermanafaat..

Mia Liana delete icon 8:50 PG

wahhh.. tahniah ya..

miss yatie delete icon 11:07 PG

mana ada poyo, tahniah, lagipun bukan senang nak terpilihkan? teruskan semangat menulis artikel menarik ye BM, good luck

BinMuhammad delete icon 11:23 PG

Thanks Mieza...kuatkan usaha, byk masa terluang tu...

BinMuhammad delete icon 11:24 PG

Terima kasih...payah juga bila kebuntuan idea

BinMuhammad delete icon 11:24 PG

Terima kasih Mia, sudi juga singgah :)

memang kalo entri jadi pilihan mana2 laman web ping trafik mencanak naik..cuba la ping kat guablog,ohbelog,pingje,gilaping..mmg dpt pv tggi.

BinMuhammad delete icon 11:29 PG

Terima kasih KY, memang tidak mudah utk terpilih...cuma entri ni, patut ke? Hmmmm...Maklumlah xbiasa nak promote diri sendiri, hehe

Fais-SKA delete icon 11:30 PG

tahniah broBM :) in.shaa.Allah lepas ni blog ni msuk s.khbar plak..smoga maju jaya..

BinMuhammad delete icon 11:32 PG

Biasa ping, pv xlah byk...mungkin entri kurang menarik. Tapi bila terpilih...memang berbeza peningkatan pv!
Thx Nick.

ishhh tidak la ..acik pon tak pernah rasa terkenal mahupon popular.. ktia sama saje

BinMuhammad delete icon 11:37 PG

Hahaha...SKA, mu buat lawok la... Mana mungkin blog ntahapaapantah ni masuk paper! Ish...xmungkin! Xde xfactor yg mampu membawa blog ni ke tahap gitu, cukuplah berkongsi dgn segelintir yg menyukainya.
Thanks SKA krn support blog ni :)

BinMuhammad delete icon 12:11 PTG

Masih jauh perjalanan saya utk setaraf dgn Acik. Memang Acik tak rasa...tapi hakikatnya memang Acik terkenal dan populer...:)

Tanpa Nama delete icon 12:18 PTG

wah terbaik ni, tahniah yer

cik Anggur delete icon 1:02 PTG

tahniah

suri delete icon 1:22 PTG

hee sy tak ping kt busuk . slu fb sahaja. :) semoga mendapat manfaat pd semua org :)

Mazni Azmi delete icon 1:41 PTG

Syabas tuan. Teruskan berblogging

Fais-SKA delete icon 2:52 PTG

ha3..mn thu, blog broBM ni lain dr org lain, byk share tntg bumi, khijaun dn pemuliharaan alam..kot2 ada pmbca blog dr klangan wrtwan..msuk paper blog ni nnti :)

BinMuhammad delete icon 4:07 PTG

Terima kasih SKA, mu saja yg nampok kelainannya...Semoga jadi kenyataan walaupun saya kurang yakin...hehe

BinMuhammad delete icon 4:08 PTG

Terima kasih KA...thx for ur support.

BinMuhammad delete icon 4:09 PTG

Terima kasih :)

BinMuhammad delete icon 4:11 PTG

FB adalah medium sosial yg terbaik dan terbesar utk perkongsian...yg penting niat kita untuk beri yg baik utk manfaat kpd ramai orang. Thx Suri

BinMuhammad delete icon 4:14 PTG

Terima kasih juga tuan dan anda juga perlu terus berblogging :)

tahniah! sy pernah cuba busuk ni suatu ketika dahulu. entah kenapa mereka tak boleh nak baca feed blog saya.last2 tinggal mcm tu je la.

BinMuhammad delete icon 8:56 PTG

Tak pe ikhmal, anda boleh cuba ping yg lain juga. Google Community dan FB pun satu tempat perkongsian yg besar pengaruhnya.
Terima kasih Ikhmal

Unknown delete icon 10:22 PTG

entri Wajib Baca! tu entri saya...hehe...ada gak dalam senarai..dah byk kali gak terpilih...kene ada quality dalam entri baru akan di pilih...

BinMuhammad delete icon 10:39 PTG

Wah! Tahniah utk anda...entri anda yg pelbagai mudah mencari kelainan dan pastinya artikel anda amat berkualiti. Blog saya terikat dengan niche dan tema.
Pengalaman pertama buat saya...anda mungkin dah rasa biase jer...kan! hehe.

OKje delete icon 9:39 PG

Seronoklahkan.... rasanya entri yg banyak informasi terpilih le kot...kalau macam entri OKje baca sendiri je hehe

BinMuhammad delete icon 10:48 PG

Terima kasih Okje...Blog Okje lebih kpd pekongsian peribadi, umpma sebuah diari...seronok membacanya :)

Unknown delete icon 11:41 PTG

Wah hebatnya. Tahniah BM. Semoga banyak lagi hasil BM diutarakan. Teruskan usaha & semoga murah rezeki sentiasa.

Tak mudah terpilih...sekali pun dah kira bertuah. Thx MG

mselim3 delete icon 9:01 PG

Assalammualikum...

Tahniah BM, dahulu mselim3 pun selalu jugak dapat artikel pilihan busuk nie...
Moga BM sukses selalu yer... kalau dah terkenal nanti jgn lupa mselim3 di sini ...k

mselim3

BinMuhammad delete icon 11:32 PG

Waalaikumsalam...
Terima kasih mselim3, xdenya jadi terkenallah...
Insyaallah, sahabat2 akan sentiasa di hati

Yus Siler delete icon 10:52 PG

Bagus perkongsiannya..tq

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap