Kreativiti Kitar Semula - Bersatu Dengan Alam: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat hendaknya...maklumlah musim jerebu ni. 

Jagalah kesihatan anda, kalau boleh di kurangkan aktiviti luar dan jika perlu pakailah "mask" sebagai langkah menjaga kesihatan diri anda. 

Di dunia blog ini pula jangan jerebu pula ye... Kali ini kita nikmati lagi kreativiti kitar semula yang amat bagus untuk alam sekitar. 

Gabungan antara barangan kitar semula bersama pepohon yang cantik dan menyegarkan...pastinya gabungan yang amat secocok sekali. 

Ia bukan sahaja dapat mengaplikasikan teknik kitar semula tetapi dapat membantu menghijaukan suasana dan membekalkan udara yang bersih untuk kehidupan kita bagaikan penyatuan semula asal kejadiannya lalu bersatu semula dengan alam

Memberi suasana yang tenang dan segar untuk kedamaian tatapan mata mahupun minda.

Kitar Semula

Nikmati kreativiti kitar semula yang menarik ini, semoga ianya dapat memberi ilham dan idea untuk anda menggunakan bahan terbuang yang terdapat di rumah anda untuk mencantikkan keindahan halaman mahupun belakang rumah anda... Jom kitar semula :)

kreativiti kitar semula
kreativiti kitar semula
Basikal buruk yang tidak berguna lagi di jadikan pasu hiasan pokok bunga anda mahupun tempat pepohon menjalar untuk berpaut. 

Kreativiti kitar semula yang sangat menarik dan kreatif jika anda bijak menggubahnya. Kesabaran dan penjagaan penting untuk mendapatkan hasil atau bentuk seperti yang anda inginkan.

kreativiti kitar semula
kreativiti kitar semula
Selain daripada basikal, kenderaan buruk juga sesuai di gunakan. Memang cantik jika terletak di sudut halaman anda. Sungguh kreatif! Pasti semua tetamu anda akan terpegun dengan keunikannya. 

kreativiti kitar semula
kreativiti kitar semula
kreativiti kitar semula
Botol plastik dijadikan pasu yang menarik untuk tanaman bunga-bungaan mahupun pokok sayuran di halaman mahupun di belakang rumah anda. Kreativiti kitar semula yang sungguh menjimatkan dan berbaloi!

kreativiti kitar semulakreativiti kitar semula
Bekas tin juga sesuai di jadikan pasu untuk pokok bunga mahupun sayur kegemaran anda. Menang membeli, menang memakai... Bukan sahaja menarik, malah ianya juga tahan lama.

kreativiti kitar semula
kreativiti kitar semula
Jangan ingat pakaian buruk anda tidak boleh di jadikan pasu hiasan yang menarik... lihatlah contoh diatas, kreativiti kitar semula yang sememangnya unik dan pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Apa lagi...cubalah! hehe

Selingan.....Senyum skit :)

kreativiti kitar semula
kreativiti kitar semula
Ini adalah kitar semula tayar yang paling biasa dan ramai yang lakukannya. Memang menarik dan tahan lama. 

Yang penting adalah kreativiti anda untuk menggunakan dan menyusunnya. Warna-warna terang dan menarik akan menangkap pandangan untuk fokus kepadanya.

kreativiti kitar semula
kreativiti kitar semula
Kasut juga tidak terkecuali. Kreativiti kitar semula yang unik dan menarik. Tiada yang mustahil jika bijak mengadaptasikan rupa bentuk sesuatu benda untuk di kitar semula.

kreativiti kitar semula
kreativiti kitar semulakreativiti kitar semula
Perabot adalah satu peralatan yang besar dan amat merugikan jika di buang begitu sahaja. Selagi ada ruang di halaman, guna kreativiti dengan menjadikan ianya tempat untuk pokok bunga anda di tanam mahupun melilit.

Ianya dengan mudah menangkap perhatian tetamu anda yang pastinya memuji anda dengan tidak hentinya.

kreativiti kitar semula
Kayu pallet terbuang di jadikan rak pasu untuk pokok bunga mahupun sayuran. Jimat belanja dan begitu menarik hasilnya. Pasti ada yang mahu menempahnya bila terlihat kreativiti kitar semula yang kreatif, unik dan istimewa ini.

kreativiti kitar semula
Botol kaca yang bersepah merata-rata malah merbahaya pula bila pecah. Jadikan ianya pasu yang menarik dan anggun ini. Pasti ramai yang terpegun dengan kreativiti kitar semula anda ini!

Fikir Sebelum Buang

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.

Gunakanlah ia semula dengan kreatif  dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

41 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Bersatu Dengan Alam"

Shaiful Zaidi delete icon 12:04 PTG

kreatifnya...sampai pakaian dalam pun depa guna..hehehe

amirofie delete icon 12:25 PTG

Idea-idea yang bagus untuk kitar semula.

OKje delete icon 12:42 PTG

BM...sampai hati depa mengeksploitasikan wanita sampai begitu sekali!

Kalau kakak tak rela pakaian sulit kakak digunakan utk tanam bunga (tutup muka ni kakak BM hihi....)

Tapi tanam guna botol tu cantik jugalah. Botol minyak masak kakak lain kali tak nak jual kakak nak guna tanam sawi/daun sup/cili macam boleh ni. Dah ada idea pulak bila tengok sini...

Blog Santai delete icon 1:19 PTG

Comel as usual...memang salute dgn kreativiti dia orang ni..

Unknown delete icon 1:21 PTG

WAHh cantiknya basikal buruk bila ada bunga berwarna warni.. siap guna bra lg..haha..malu lah.. kasut kroc berlambak nak buang. Cantik2..

Tanpa Nama delete icon 2:39 PTG

x terucap dgn kata2 it's so nicelah BM !

Unknown delete icon 2:51 PTG

hahaha...isk...yang tu pon ada juga....tu over kreatif dah BM..huhu...
yang lain santai dan menarik

simple tapi kreatif,,, subhnaALLAH

BinMuhammad delete icon 3:44 PTG

Itu sekadar gurauan...hehehe

BinMuhammad delete icon 3:45 PTG

Bolehlah cuba mana2 yang berkenan, sekadar berkongsi utk ilham :)

BinMuhammad delete icon 3:47 PTG

Eksploitasi ke...xde lah OKje, fikirkan positif kearah penggunaan barangan utk kitar semula...kan bagus tu, demi alam sekitar...hehehe

BinMuhammad delete icon 3:51 PTG

Maaf le...gurauan terlebeh skit! :) Mana tau ada yg berkenan Hehe

Kalau ada idea utk di gunakan, elok sgt2...tapi kalau di jual pun bagus juga. Kedua2nya menyumbang kpd aktiviti kitar semula

BinMuhammad delete icon 3:52 PTG

Thanks kak RZ, memang idea mereka sgt kreatif!

BinMuhammad delete icon 3:54 PTG

Mana yang dirasakan boleh dan sesuai di praktikkan bolehlah diambil ideanya... :)

BinMuhammad delete icon 3:56 PTG

Terima kasih KA...kalau ada yg berkenan, bolehlah cuba :)

BinMuhammad delete icon 3:58 PTG

Hehehe...kalau berkenan boleh aje di cuba, dari terbuang begitu saje :)
Gurau ajer cik akak...senyuman penyeri muka :)

BinMuhammad delete icon 3:59 PTG

Terima kasih Acik... :)

kalau kreatif smuanya boleh..huhu..cntik je xD

Assalamualaikum, salam ziarah. Cantik dan kreatif. Apabila tengok gambar ni, rasa hendak cuba pula. Tahniah juga kepada saudara kerana menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

PCL delete icon 5:21 PTG

orang buat cantik, sendiri nak buat ...belum buat lagi dah tahu hasilnya..maklumlah tangan tak kreatif.

Fais-SKA delete icon 5:38 PTG

Assalam, he3..ada 1gmbr yg bt ambe tergelak :) kreatif2 cantik je bunga2 tu semua..tenang rsa kepala

Unknown delete icon 6:34 PTG

kreatif dorang ni..sampai pakaian dalam pun boleh jadi pasu hehe..

my notes delete icon 7:53 PTG

naper ada yg sangkut tutttt ... heh heh heh . mmg kreatif mrk semua nih

BinMuhammad delete icon 8:25 PTG

Anda pun boleh aisya...belum cuba belum tau :)

BinMuhammad delete icon 8:30 PTG

Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana sudi singgah seketika di sini, kehadiran anda amat2 saya hargai dan begitu istimewa :)

BinMuhammad delete icon 8:32 PTG

Cepat sungguh mengalah...cubalah dulu, kalau tidak menjadi..cubalah lagi dan lagi dan lagi...
Pasti akhirnya akan berjaya :D

BinMuhammad delete icon 8:35 PTG

Waalaikumsalam Fais,
Itulah kreativiti...ada yang mengagumkan dan ada yang sampai tidak terfikir oleh kita...

BinMuhammad delete icon 8:36 PTG

Terlebih sudah...bah! :)

BinMuhammad delete icon 8:38 PTG

Benarlah...hanya dengan satu gambar, boleh memberi pelbagai maksud, spekulasi, persepsi, pandangan dll...

Usy@M^^ delete icon 9:11 PTG

Bhn buang djdkn pasu sama spt sy lakukan drumah..paling xtahan gambr ke 10 tu..

BinMuhammad delete icon 12:19 PG

Memang bagus anda, mengaplikasikan bahan buangan...tahniah!

miss yatie delete icon 8:27 PG

Assalamualaikum BM, apa khabar teman,

cantik dan teringin nak buat, tapi ..., kalau depan rumah tak ada ruang apa lagi di belakang hahaaa

eiela delete icon 10:05 PG

subhanallah.. kreatif. pernah tanam pegaga je dlm botol.

BinMuhammad delete icon 11:49 PG

Waalaikumsalam, khabar baik,
Tak pelah...mungkin boleh panjangkan idea ini pd yg memerlukan :)

BinMuhammad delete icon 11:55 PG

Lepas ni boleh lah cuba yang lain pula :)

weschairs delete icon 11:45 PTG

Ha ha menarik dan byk idea boleh dapat ni

Unknown delete icon 12:34 PTG

Pasu yg berbentuk piramid tu unik. Wan leh plan utk buat satu kat umah lps ni...heheheh

BinMuhammad delete icon 2:19 PTG

Terima kasih berkunjung ke sini

BinMuhammad delete icon 2:20 PTG

Jika berhasil nanti, jangan lupa share ye...teringin juga melihat hasilnya.

Unknown delete icon 4:21 PTG

Insyaa Allah. Wan akan berusaha...caiyok2.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap