Pasu dan bunga... tidak dapat di pisahkan, bak irama dan lagu, begitulah perumpamaan yang dapat saya berikan. Jika kena dengan bunga dan pasunya... pasti terserlah keunikan dan kecantikan perhiasan anda ini.
Di serlahkan pula dengan susunan kreatif di lokasi yang bertepatan dengan suasana dan temanya. Susun atur bunga di dalam pasu anda haruslah kreatif.
Ingat! Pokok bunga pun ada masanya akan berhenti berbunga seketika dan masa inilah pasu bunga dan susunannya pula yang memainkan peranan penting untuk sentiasa kelihatan menarik dan anggun.
Di serlahkan pula dengan susunan kreatif di lokasi yang bertepatan dengan suasana dan temanya. Susun atur bunga di dalam pasu anda haruslah kreatif.
Ingat! Pokok bunga pun ada masanya akan berhenti berbunga seketika dan masa inilah pasu bunga dan susunannya pula yang memainkan peranan penting untuk sentiasa kelihatan menarik dan anggun.
Susun Atur Serta Saiz Pasu Dan Bunga
Jangan anda lupa, saiz pasu dan pokok bunga juga memainkan peranan yang penting. Terlalu kecil pasu mungkin akan mengurangkan penggunaan tanah...maka perlukan pembajaan yang cukup dan tepat jadualnya.Terlalu besar pula mungkin menampakkan pokok bunga menjadi kerdil pula. Maka dapatkan saiz yang bertepatan antara saiz pokok bunga dan pasunya.
Susunan pasu bunga yang teratur dan sesuai mengikut keadaan sekeliling amat penting supaya suasana tampak menarik dan tidak janggal.
Sebaiknya pasu tidak di letakkan terus ke tanah. Pasu lebih sesuai di letakkan di atas sesuatu yang beralas mahupun di gantung. Disinilah jenis pasu itu menjadi penting. Takkan nak gantung pasu dari tanah liat yang berat tu... kalau kecil bolehlah lagi.
Anda mesti berfikiran kreatif dalam susun atur kerana ianya memberi impak yang cukup besar. Susun atur yang kreatif dan menarik dapat menyerlahkan pokok bunga anda.
Kedudukan pasu mengikut jenis pokok bunga dan warnanya juga penting agar tampak harmoni dan tidak kelihatan janggal dan pelik.
Kedudukan pasu mengikut jenis pokok bunga dan warnanya juga penting agar tampak harmoni dan tidak kelihatan janggal dan pelik.
Untuk mendapatkan susun atur yang terbaik, ianya bergantung kepada tempat di mana ianya diletakkan. Lagi kreatif tempat letaknya lagi menarik dan terserlah pesonanya.
Pilihan Warna Pasu Dan Bunga
Warna pasu dan warna bunga juga memainkan peranannya yang tersendiri. Ianya menambah seri kepada suasana dan bunga.
Sebaiknya dapatkan warna yang berlawanan antara pasu dan bunga. Untuk selamat, warna tanah lebih universal untuk semua jenis bunga. Pastikan juga lokasi pasu anda dan tema di sekelilingnya... sebelum anda mewanakannya.
Namun, ciptaan Allah itu sudah cukup cantik dan sempurna. Bunga menjadi perhiasan semulajadi yang sungguh menawan dan pasti memikat setiap makhluk yang memandang.
Dengan adanya pasu yang bersesuaian, dengan bentuk dan berwarna yang menarik, di susunan pula dengan penuh kreativiti... pasti ianya dapat menyerlahkan lagi keanggunan bunga yang mengagumkan ini.
Pelbagai rekabentuk pasu bunga kini berada di pasaran... Rekabentuk yang menarik dan kreatif pasti akan menonjolkan keunikan halaman anda.
Pelbagai rekabentuk pasu bunga kini berada di pasaran... Rekabentuk yang menarik dan kreatif pasti akan menonjolkan keunikan halaman anda.
Keindahan Gabungan Pasu Dan Bunga
Anda nikmatilah pelbagai kreativiti pasu bunga dan susun aturnya yang mungkin dapat memberi ilham buat anda untuk mencantikkan lagi halaman rumah anda.
Jika tidak pun... jadikanlah ia santapan mata buat anda... Sesungguhnya di jadikan segala yang indah itu untuk tatapan mata menjadi nikmat buat ketenangan dan kedamaian hati dan minda....
Jangan kita lupa pula untuk bersyukur kepadaNya... Allah SWT, Tuhan yang satu, memberikan kita deria pandangan untuk menikmati kecantikan dan keindahan ini... Syukur Alhamdulillah...
Cuba anda bayangkan segala bunga hiasan ini menjadi realiti di halaman rumah anda...Pasti menawan dan memikat setiap mata memandang.
Tidak ada yang mustahil jika anda berusaha menjadikannya sesuatu yang realiti... Inilah hasil gabungan menawan antara pasu dan bunga...bagaikan irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan.
Bunga-bunga yang cantik berwarna-warni yang disusun mahu pun digantung indah di dalam pasu yang menawan pasti menjadi terapi terbaik untuk menikmati ketenangan dan kedamaian yang boleh anda nikmati hanya di luar pintu rumah anda. ")
"Kecantikan halaman rumah anda menjadi cerminan kepada keperibadian penghuninya."
Terima kasih bersama Relaks Minda...
47 comments - "Pasu Dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu..."
ini kerja tangan2 orang yang kreatif dan berseni...segala macam boleh jadi perhiasan dan cantik2..
Wah cantiknya BM..especially gambar-gamabr kat tengah-tengah tu, so cute..I like this one, many-many time.he..he
Emm.. sangat menarik.. boleh ker ekk buat camtu..:D
Salam secangkir madu...
Di mana purnama hendak ku tonton,
Menanti syahdu kepada kejora;
Kerana lama tidak ku pantun,
Hati merindu tiada terkira.
cantik dengar warna warni yg menyerlah, KY memang teringin kat rumah ada taman, tapi nak buat mcm mana, rumah sempit, tak de ruang nak menanam, tapi kalaulah kat rumah BM banyak siput, tolong simpan untuk KY ye, nak buat pastu, rasa jimat sikit ruang dan wang heeee
Memang cantik dan ceria mata memandang....Tapi biasalah kat rumah Okje ni daun hijau je yg ada hehe
Siput tu siput betul ke?Kreatifnya..
kreatif betul mereka nie...
xsempat nak menanam bunga..hehe
pergh.. pakai siput babi tu cool
mmg kreatif sungguhlah they all. cantik !
Kalau hasil yang cantik mestilah hasil dari tangan yg kreatif. Tapi kalau bijak memilih pasu dan warna2 yg menarik...ianya pun boleh cantik juga. Thx bunda :)
Thanks akak...semoga dapat ilham utk susunan pasu di halaman :)
Boleh saja :) Cubalah...baru tahu :D
WAalaikumsalam...akhirnya :)
Daun meranti dicelah jerami,
Mengembala sapi gagah perkasa,
Rindu menanti pantun Ummi,
Seketika sepi setahun terasa...
Siput...hmmm, payah nak dapat dekat Hulu ni...
Kalau xde ruang, mudah aje...gantung aje gambar pokok bunga, hehe
Pokok hiasan berdaun pun cantik juga...hijau mata memandang, tenang dan segar... :)
Kulit siput betul la...tapi yg besar le, jgn siput sedut pula ye..hehe
:) cntikk nyer... pndai betul hias >.<
Jangan kata xde masa, kalau hendak seribu daya...hehe
Laman yg cantik pasti memberi ketenangan :)
Kreatif! Itulah yg di perlukan...
Bolehlah ambil idea ni utk halaman KA...
Sekadar berkongsi idea utk ilham...manalah tahu ada yg boleh di cuba. Thx Aisya
WAhhhH semuanya xantik dan kreatif.. kulit siput pn jadi pasu yg menarik...basikal...tangga...kt mana jual ni.?.saya nak beliii....
Tiang api pn jadi mangsa jgk..
Sapa2 dtg rumah saya pasti cakap rumah sy kemas dan wangi..hehe puji diri sendiri..tp mmg sy tak suka rumah bersepah..
ade pasu kat umah tapi tanam bunga atas tanah jugak..huhu
Kalau saya jual..nak beli ke? Xdelah...ini sekadar berkongsi idea buat ilham. Kalau berkenan kenalah cari bahan2 tu...buat sendiri ye :)
Kalau di luar rumah sudah cukup bersih dan cantik...dalam rumah apatah lagi. Kalau duduk berdua pun bersepah...xtau le...hehe
Kalau ada tanah...apa salahnya, tapi di ruang yg bersimen, nak kena juga guna pasu... :)
Ummi datang lagi...
Pasu yang sedang menunggang basikal tu yang Ummi suka..... :D
Tak pe...cik akak nikmati sahaja keindahannya di sini :)
Semoga ianya dapat menjadi santapan mata dan minda...
Terima kasih Ummi...
Kehadiran anda sentiasa di nanti :)
cantik kan :)
kreatif, menarik, & cantik cr menghiasi pokok bunga dgn pelbgai jenis palsu yg dgunakn..Blh tiru care nie..
suke tgok :) kreatif dan dan wrna wrni je...ambe pn suke jgak tnam pokok..tp pokok buah la..kalau bunga2 ni bg kt prmpuan je he3
Tu la kan.. Belum ada anak lg xkan sepah jgk..hehe..
Gambar-gambar dah curi sbb nak tiru..haha
Thanks Acik...krn sudi singgah di sini
Untuk santapan mata serta panduan dan ilham...cubalah
Bunga buat santapan mata...Buah buat santapan mulut...hehe
Hati tenang, perut kenyang...
Tolong! Tolong! Ada pencuri! Hahaha
p/s: ambil lah...bukan hak saya pun, semuanya hak Allah :)
Sesekali kena sepahkan...kalau tak, xde benda pulak nak di kemas hihihi...
kreatif dan cantik-cantik kan..
owh ya..blog BM bertambah cantik dan kemas
Terima ksih mama...semoga bertambah relaks disini :)
Wahhhh...sronoknya tgk. Wan suka bunga
Ada byak lagi entri berkaitan bunga...godek2lah blog ini.
Terima kasih Wan, kunjungan anda amat saya hargai
Terimakasih...kebetulan mencari idea untuk projek Pusat Sumber Sekolah... Menarik dan kreatif...
Sangat cantik dan kreatif. Sejuk hati memandang.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”