Pasu dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu
Pasu dan bunga... tidak dapat di pisahkan, bak irama dan lagu, begitulah perumpamaan yang dapat saya berikan.  Jika kena dengan bunga dan pasunya... pasti terserlah keunikan dan kecantikan perhiasan anda ini.

Di serlahkan pula dengan susunan  kreatif di lokasi yang bertepatan dengan suasana dan temanya. Susun atur bunga di dalam pasu anda haruslah kreatif.

Ingat! Pokok bunga pun ada masanya akan berhenti berbunga seketika dan masa inilah pasu bunga dan susunannya pula yang memainkan peranan penting untuk sentiasa kelihatan menarik dan anggun.

Susun Atur Serta Saiz Pasu Dan Bunga

Jangan anda lupa, saiz pasu dan pokok bunga juga memainkan peranan yang penting. Terlalu kecil pasu mungkin akan mengurangkan penggunaan tanah...maka perlukan pembajaan yang cukup dan tepat jadualnya.

Terlalu besar pula mungkin menampakkan pokok bunga menjadi kerdil pula. Maka dapatkan saiz yang bertepatan antara saiz pokok bunga dan pasunya.

Pasu dan Bunga
Pasu dan BungaPasu dan Bunga
Pasu dan Bunga
Pasu dan Bunga

Susunan pasu bunga yang teratur dan sesuai mengikut keadaan sekeliling amat penting supaya suasana tampak menarik dan tidak janggal. 

Sebaiknya pasu tidak di letakkan terus ke tanah. Pasu lebih sesuai di letakkan di atas sesuatu yang beralas mahupun di gantung. Disinilah jenis pasu itu menjadi penting. Takkan nak gantung pasu dari tanah liat yang berat tu... kalau kecil bolehlah lagi.

Anda mesti berfikiran kreatif dalam susun atur kerana ianya memberi impak yang cukup besar. Susun atur yang kreatif dan menarik dapat menyerlahkan pokok bunga anda.

Kedudukan  pasu mengikut jenis pokok bunga dan warnanya juga penting agar tampak harmoni dan tidak kelihatan janggal dan pelik.

Untuk mendapatkan susun atur yang terbaik, ianya bergantung kepada tempat di mana ianya diletakkan. Lagi kreatif tempat letaknya lagi menarik dan terserlah pesonanya.

Pasu dan Bunga
Pasu dan BungaPasu dan Bunga
Pasu dan Bunga
Pasu dan Bunga

Pilihan Warna Pasu Dan Bunga

Warna pasu dan warna bunga juga memainkan peranannya yang tersendiri. Ianya menambah seri kepada suasana dan bunga. 

Sebaiknya dapatkan warna yang berlawanan antara pasu dan bunga. Untuk selamat, warna tanah lebih universal untuk semua jenis bunga. Pastikan juga lokasi pasu anda dan tema di sekelilingnya... sebelum anda mewanakannya.

Namun, ciptaan Allah itu sudah cukup cantik dan sempurna. Bunga menjadi perhiasan semulajadi yang sungguh menawan dan pasti memikat setiap makhluk yang memandang. 

Dengan adanya pasu yang bersesuaian, dengan bentuk dan berwarna yang menarik, di susunan pula dengan penuh kreativiti... pasti ianya dapat menyerlahkan lagi keanggunan bunga yang mengagumkan ini.

Pelbagai rekabentuk pasu bunga kini berada di pasaran... Rekabentuk yang menarik dan kreatif pasti akan menonjolkan keunikan halaman anda.

Pasu dan Bunga
Pasu dan BungaPasu dan Bunga
Pasu dan Bunga

Keindahan Gabungan Pasu Dan Bunga

Anda nikmatilah pelbagai kreativiti pasu bunga dan susun aturnya yang mungkin dapat memberi ilham buat anda untuk mencantikkan lagi halaman rumah anda. 

Jika tidak pun... jadikanlah ia santapan mata buat anda... Sesungguhnya di jadikan segala yang indah itu untuk tatapan mata menjadi nikmat buat ketenangan dan kedamaian hati dan minda.... 

Jangan kita lupa pula untuk bersyukur kepadaNya... Allah SWT, Tuhan yang satu, memberikan kita deria pandangan untuk menikmati kecantikan dan keindahan ini... Syukur Alhamdulillah...

Pasu dan Bunga
Pasu dan Bunga
Pasu dan BungaPasu dan Bunga
Pasu dan Bunga

Cuba anda bayangkan segala bunga hiasan ini menjadi realiti di halaman rumah anda...Pasti menawan dan memikat setiap mata memandang. 

Tidak ada yang mustahil jika anda berusaha menjadikannya sesuatu yang realiti... Inilah hasil gabungan menawan antara pasu dan bunga...bagaikan irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan.

Bunga-bunga yang cantik berwarna-warni yang disusun mahu pun digantung indah di dalam pasu yang menawan pasti menjadi terapi terbaik untuk menikmati ketenangan dan kedamaian yang boleh anda nikmati hanya di luar pintu rumah anda.  ")

"Kecantikan halaman rumah anda menjadi cerminan kepada keperibadian penghuninya." 
Terima kasih bersama Relaks Minda... 


Admin...

48 comments - "Pasu Dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu..."

Bunda_nora delete icon 4:51 PG

ini kerja tangan2 orang yang kreatif dan berseni...segala macam boleh jadi perhiasan dan cantik2..

Wah cantiknya BM..especially gambar-gamabr kat tengah-tengah tu, so cute..I like this one, many-many time.he..he

Unknown delete icon 8:12 PG

Emm.. sangat menarik.. boleh ker ekk buat camtu..:D

Unknown delete icon 9:21 PG

Salam secangkir madu...

Di mana purnama hendak ku tonton,
Menanti syahdu kepada kejora;
Kerana lama tidak ku pantun,
Hati merindu tiada terkira.

miss yatie delete icon 9:53 PG

cantik dengar warna warni yg menyerlah, KY memang teringin kat rumah ada taman, tapi nak buat mcm mana, rumah sempit, tak de ruang nak menanam, tapi kalaulah kat rumah BM banyak siput, tolong simpan untuk KY ye, nak buat pastu, rasa jimat sikit ruang dan wang heeee

OKje delete icon 10:16 PG

Memang cantik dan ceria mata memandang....Tapi biasalah kat rumah Okje ni daun hijau je yg ada hehe

PerenLee delete icon 11:23 PG

Siput tu siput betul ke?Kreatifnya..

kreatif betul mereka nie...
xsempat nak menanam bunga..hehe

zool delete icon 11:54 PG

pergh.. pakai siput babi tu cool

Tanpa Nama delete icon 12:17 PTG

mmg kreatif sungguhlah they all. cantik !

BinMuhammad delete icon 12:19 PTG

Kalau hasil yang cantik mestilah hasil dari tangan yg kreatif. Tapi kalau bijak memilih pasu dan warna2 yg menarik...ianya pun boleh cantik juga. Thx bunda :)

BinMuhammad delete icon 12:21 PTG

Thanks akak...semoga dapat ilham utk susunan pasu di halaman :)

BinMuhammad delete icon 12:21 PTG

Boleh saja :) Cubalah...baru tahu :D

BinMuhammad delete icon 12:33 PTG

WAalaikumsalam...akhirnya :)

Daun meranti dicelah jerami,
Mengembala sapi gagah perkasa,
Rindu menanti pantun Ummi,
Seketika sepi setahun terasa...

BinMuhammad delete icon 12:35 PTG

Siput...hmmm, payah nak dapat dekat Hulu ni...
Kalau xde ruang, mudah aje...gantung aje gambar pokok bunga, hehe

BinMuhammad delete icon 12:36 PTG

Pokok hiasan berdaun pun cantik juga...hijau mata memandang, tenang dan segar... :)

BinMuhammad delete icon 12:37 PTG

Kulit siput betul la...tapi yg besar le, jgn siput sedut pula ye..hehe

:) cntikk nyer... pndai betul hias >.<

BinMuhammad delete icon 12:39 PTG

Jangan kata xde masa, kalau hendak seribu daya...hehe
Laman yg cantik pasti memberi ketenangan :)

BinMuhammad delete icon 12:40 PTG

Kreatif! Itulah yg di perlukan...

BinMuhammad delete icon 12:41 PTG

Bolehlah ambil idea ni utk halaman KA...

BinMuhammad delete icon 12:42 PTG

Sekadar berkongsi idea utk ilham...manalah tahu ada yg boleh di cuba. Thx Aisya

Unknown delete icon 4:17 PTG

WAhhhH semuanya xantik dan kreatif.. kulit siput pn jadi pasu yg menarik...basikal...tangga...kt mana jual ni.?.saya nak beliii....

Unknown delete icon 4:21 PTG

Tiang api pn jadi mangsa jgk..

Sapa2 dtg rumah saya pasti cakap rumah sy kemas dan wangi..hehe puji diri sendiri..tp mmg sy tak suka rumah bersepah..

ade pasu kat umah tapi tanam bunga atas tanah jugak..huhu

BinMuhammad delete icon 7:21 PTG

Kalau saya jual..nak beli ke? Xdelah...ini sekadar berkongsi idea buat ilham. Kalau berkenan kenalah cari bahan2 tu...buat sendiri ye :)

BinMuhammad delete icon 7:23 PTG

Kalau di luar rumah sudah cukup bersih dan cantik...dalam rumah apatah lagi. Kalau duduk berdua pun bersepah...xtau le...hehe

BinMuhammad delete icon 7:25 PTG

Kalau ada tanah...apa salahnya, tapi di ruang yg bersimen, nak kena juga guna pasu... :)

Unknown delete icon 8:40 PTG

Ummi datang lagi...

Pasu yang sedang menunggang basikal tu yang Ummi suka..... :D

Unknown delete icon 9:48 PTG

so beatiful...suka cik akak tengok...tapi tu lah jiwa cik akak nie tak jenis yang menanam bunga......hihi..emak cik akak rajin betol dengan bunga bagai nie...:)

BinMuhammad delete icon 11:21 PTG

Tak pe...cik akak nikmati sahaja keindahannya di sini :)
Semoga ianya dapat menjadi santapan mata dan minda...

BinMuhammad delete icon 11:22 PTG

Terima kasih Ummi...
Kehadiran anda sentiasa di nanti :)

cantik kan :)

Usy@M^^ delete icon 1:03 PG

kreatif, menarik, & cantik cr menghiasi pokok bunga dgn pelbgai jenis palsu yg dgunakn..Blh tiru care nie..

Fais-SKA delete icon 4:34 PG

suke tgok :) kreatif dan dan wrna wrni je...ambe pn suke jgak tnam pokok..tp pokok buah la..kalau bunga2 ni bg kt prmpuan je he3

Unknown delete icon 10:07 PG

Tu la kan.. Belum ada anak lg xkan sepah jgk..hehe..

Unknown delete icon 10:07 PG

Gambar-gambar dah curi sbb nak tiru..haha

BinMuhammad delete icon 11:35 PG

Thanks Acik...krn sudi singgah di sini

BinMuhammad delete icon 11:37 PG

Untuk santapan mata serta panduan dan ilham...cubalah

BinMuhammad delete icon 11:45 PG

Bunga buat santapan mata...Buah buat santapan mulut...hehe
Hati tenang, perut kenyang...

BinMuhammad delete icon 11:47 PG

Tolong! Tolong! Ada pencuri! Hahaha

p/s: ambil lah...bukan hak saya pun, semuanya hak Allah :)

BinMuhammad delete icon 11:49 PG

Sesekali kena sepahkan...kalau tak, xde benda pulak nak di kemas hihihi...

Unknown delete icon 2:04 PG

kreatif dan cantik-cantik kan..

owh ya..blog BM bertambah cantik dan kemas

BinMuhammad delete icon 12:57 PTG

Terima ksih mama...semoga bertambah relaks disini :)

Unknown delete icon 12:38 PTG

Wahhhh...sronoknya tgk. Wan suka bunga

BinMuhammad delete icon 2:21 PTG

Ada byak lagi entri berkaitan bunga...godek2lah blog ini.
Terima kasih Wan, kunjungan anda amat saya hargai

Tanpa Nama delete icon 10:33 PTG

Terimakasih...kebetulan mencari idea untuk projek Pusat Sumber Sekolah... Menarik dan kreatif...

nani shuhada delete icon 10:18 PTG

Sangat cantik dan kreatif. Sejuk hati memandang.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap