Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Manusia: Tahukah anda dari manakah puncanya air sungai? Pernahkah anda ketahui bagaimana pula air sungai boleh muncul keluar dari tempat yang tinggi lalu mengalir ke kawasan rendah? 

Ianya terhasil dari aturan alam yang sungguh menakjubkan. Sungguh sempurna alam ciptaan Allah ini.

Terdapat beberapa sumber punca kewujudan air sungai. Ianya adalah dari air hujan, pencairan glasier, tasik dan mata air. Di negara kita, punca air sungai adalah dari hujan dan mata air. Bagaimana pula ia boleh berlaku?

air terjun

Hujan memainkan peranan penting untuk membekalkan air mentah semulajadi. Hutan di tanah tinggi merupakan kawasan yang utama tempat dimana hujan akan turun. Maka dari situlah munculnya nama kawasan tadahan hujan. 

Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan KitaSungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita

Tekanan rendah di tanah tinggi membuatkan awan cuba untuk naik tinggi. Akibat terlalu berat ianya akan melepaskan sebahagiannya sebagai hujan. Hutan yang tebal pula umpama span berongga yang besar menyerap air hujan ini lalu menapisnya secara semulajadi. 

Air yang terserap ini akan keluar semula dari dalam tanah melalui rekahan dan celahan batu. Inilah yang dinamakan sebagai mata air semulajadi. Air ini sangat bersih dan kaya dengan mineral semulajadi yang baik untuk kesihatan. 

Air mengalir mengikut tarikan graviti lalu mengalir menuruni lurah gunung dan bukit lalu membentuk aliran yang kita kenali sebagai anak sungai. 

Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita
Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan KitaSungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita

Air yang mengalir menuruni lurah gunung dan bukit ini menghakis dan membawa segala yang ada dilaluannya lalu hanya meninggalkan batu yang berat dan terpasak di bumi. 

Di sinilah bermula terjadinya air terjun yang indah yang menghiasi lanskap hutan. Aliran sungai yang kecil ini mengalir laju hingga ke lembah yang semakin mendatar. 

Beberapa aliran tadi ada yang bercantum sesama sendiri lalu membentuk sungai yang semakin besar. 

Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita
Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan KitaSungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita

Sungai yang mengalir ini akan terus bergerak ke lembah yang rendah. Ada yang tersekat lalu bertakung dan membentuk tasik. Yang selebihnya pula terus bergerak ke permukaan paling rendah lalu terus menuju ke laut.

Lautan yang terbentang luas ini pula merupakan sumber utama bagi kejadian awan. Awan yang terbentuk akan bergerak pabila di tiup angin menuju ke kawasan tekanan rendah iaitu di tanah tinggi. 

Maka proses yang sama akan berulang kembali...ianya akan berterusan selagi tiada gangguan. 

air terjun
Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan KitaSungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita

Dari informasi ini, tahulah anda betapa pentingnya hutan di tanah tinggi ini menjadi tadahan hujan untuk membekalkan kita air mentah semulajadi untuk sumber kehidupan kita dan setiap makhluk bernyawa. 

Oleh itu hargailah dan cintailah hutan kita. Ia adalah sumber oksigen dan air bersih untuk kehidupan kita. 

Kawasan tadahan hujan perlu di pelihara dan sungai pula harus di jaga kerana kita amat bergantung kapadanya untuk meneruskan kehidupan ini. Elakkan kemusnahan dan pencemaran demi kehidupan yang selesa untuk masa kini dan akan datang.

Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita
Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan KitaSungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita

Sesungguhnya setiap kejadian dan ciptaan Allah SWT itu ada sebab dan fungsinya. Andai kita musnahkan ia maka terganggulah aturannya lalu membawa kepada bencana. 

Bala bencana tidak mengenal mahupun memilih mangsanya...Jangan sampai 'sudah terhantuk baru hendak tergadah'...kerana alam semulajadi yang musnah tidak dapat di kembalikan semula dengan sekelip mata.

Terima kasih bersama Relaks Minda... Menjamu mata sambil mendapat informasi berguna.

Admin...

46 comments - "Sungai Dan Hutan Sumber Kehidupan Manusia"

Mizz Aiza delete icon 2:14 PG

seronoknya jika dapat pergi ke kawasan tu.. tenang dan damai je.. tugas kita untuk melestarikan alam ciptaan Allah supaya ianya kekal untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang..

Teena Tna delete icon 7:31 PG

Kadang2 sy terfikir, air dari arah atas seperti air terjun tak pernah habis@berhenti mengalir. Dan dari mana agaknya ia datang....

Baru sahaja adam tanya saya. Mama kenapa uujan ya? S3bab bak bagi buah kat pokok ker. Hehe. Good answer. Pagi no dia tanya lg. Dia kata utk bg pokok tinggi ya? :)

Tapi banyak ekosistem telah dicela hingga akibatnya kita juga yg kena. Apa yg kakak hairan yg semulajadi Allah bagi dicacat-celakan tapi konon nak mereka-cipta sendiri - mestilah tak sama.

Kakak tengok gambar air terjun BM tepek macam nak duduk biarkan air jatuh atas kepala bestnya...:)

Cantik perkataan melestarikan itu...Ya, andai hutan musnah...pasti tiada lagi sungai dan akan tanduslah tanah ini...kasihan kpd generasi akan datang...

seronok tengok air terjun yang cantik..Kurniaan Allah yang tak terfikir dek akal manusia...

Ianya datang dari sumber serapan hutan di tanah tinggi. Proses berterusan spt yg saya terangkan diatas membuatkan ianya tidak akan habis dan berhenti. Andai tiada lagi hutan dan tanah tinggi maka tiadalah lagi air sungai yang mengalir.

Hujan yang turun akan terus mengalir melata tanpa serapan dan pembersihan semulajadi...ianya akan mengakibatkan bencana spt banjir, tanah runtuh dan mendapan.

Kebetulan...mudahlah nak menjawab. Semoga Adam tahu dan faham akan kepentingan alam semulajadi. Eloklah disemai sedari kecil.
Sampaikan juga pd anak2 murid ye :)

Inilah kesan dari kemajuan dan keperluan untuk memenuhi permintaan. Pertambahan penduduk memerlukan tempat penempatan dan pembukaan tanah baru untuk pertanian. Ianya menggangu ekosistem...Pembangunan yang terancang tanpa mengganggu alam semulajadi patut diutamakan, bukannya atas kepentingan sesetengah pihak sahaja. Kesannya pasti akan diterima oleh semua orang.

Keindahan kurniaan Allah untuk kita nikmati, mengagumi kebesaranNya dan mensyukuri nikmat yg diberi.

suri delete icon 11:04 PG

indah ciptaannya tak terkandung dek akal.tp sayang masih ada yang mencemarinya.. masa saya pergi cameron highlnd byk tumbuhan dan pokok..hakisan rosak..sedih sangat2

BinMuhammad delete icon 11:31 PG

Kini kesannya sudah mula terasa di cameron Highland, suhu sudah tidak sesejuk dan sesegar dulu. Sungai2 mula tercemar dan tanah runtuh semakin kerap berlaku. Semoga ada pemantauan dr pihak berwajib agar ianya tidak sampai ketahap yg tidak boleh diselamatkan lagi.

Tanpa Nama delete icon 11:37 PG

cukup menenangkan lah BM

Tanpa Nama delete icon 11:38 PG

Sedekah sikit pagi jumaat ni.. clik2 nuffng dah yer

Unknown delete icon 11:56 PG

ish,rasa nak g mandi sungai laa, sebelum posa nie, best sungguh tgk gambaq tuu

Unknown delete icon 12:17 PTG

Setiap keajaiban yang Allah bagi memang ada sebab dan sumberkan...
Apa yang penting kita manusia...perlu menjaga ekosistem ini agar tidak terganggu...Tanggungjawab kita itu penting......

Memang indah fatamorgana alam ini....hinggakan hati berkata-kata....subhanallah....begitu takjubnya ciptaanMU...tanpa sedikit pun kekurangan.....alhamdulillah mata masih mampu melihat....:)

BinMuhammad delete icon 2:33 PTG

Bolehlah buat santapan mata dan minda. Syukur dgn nikmat yg diberi

BinMuhammad delete icon 2:34 PTG

Terima kasih byk2...semoga murah rezeki KA

BinMuhammad delete icon 2:35 PTG

Tinggal hari minggu ni ajer...boleh lah sangat. Mesti Mia pun suke

Unknown delete icon 2:48 PTG

Mata saya mmg tak boleh tgk air dan sungai.. terus terjun dalam imaginasi.. dulu tertanya-tanya jgk dari mana datangnya air terjun yg byk dan tak putus2 ni? Agaknya ada kolam yg besar kot kt atas. Teringin nk naik awan terbang Goku, nak tinjau keadaan kt atas.

BinMuhammad delete icon 2:55 PTG

Alam ini juga mempunyai tanggungjawab dan aturannya...jangan di ganggu, kelak pasti bencana menimpa.

Terima kasih cik akak...kesinambungan yang begitu baik sekali :)

BinMuhammad delete icon 3:01 PTG

Kalau dah orang kampung, memang itulah yg di fikirkan...jom terjun!
Betapa pentingnya ilmu pengetahuan...kalau tidak Goku pun gelak, hehe

sangat tenang bila memanandang air tejun dan hutan yang menghijau, tapi mampu kah kita melihatnya lagi 20 akan datang ??? emmm sesamalah kita menjaga keindahan alam

Bunda_nora delete icon 3:49 PTG

Assalam,

indahnya pemandangan ciptaan Ilahi...alangkah damainya dapat menghirup udara segar dipagi hari di sini..memang merileks kan minda..

Unknown delete icon 4:01 PTG

Teringat zaman sekolah dulu, suka sgt Ilmu Alam.

BinMuhammad delete icon 4:16 PTG

Insyallah...semoga ianya kekal untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Ianya tanggungjawab bersama...

BinMuhammad delete icon 4:17 PTG

Waalaikumsalam bunda,
Bukan sekadar diwaktu pagi, sepanjang hari pun udaranya segar...hehe
Semoga keindahan ini kekal terpelihara...

BinMuhammad delete icon 4:19 PTG

Ya...ilmu alam, subjek yg menyeronokkan...my favorite!

Unknown delete icon 4:19 PTG

bestnya..rasa macam nak duduk bawah air terjun ni bagi air jatuh kat kepala..
sejuk mendamaikan tengok pic2 ni

Cikgu Ma delete icon 4:25 PTG

setiap ciptaan Allah ada tugas dan fungsinya...fungsi alam terhadap manusia dan hidupan lain dan fungsi manusia terhadap alam...kalau direnung kebesaran ni, ya Allah, banyak sangat nikmat yang DIA beri..

ANIM delete icon 5:06 PTG

melihat keindahan gambar ini saja cukup mendamaikan apatah lagi dapat meletakkan kaki ke tempat itu sendiri..benarlah air itu adalah kehidupan

Teringat sewaktu belajar Geografi di sekolah dulu.

Fais-SKA delete icon 6:20 PTG

Assalam..alhamdulillah, ilmu yg bermanfaat ni =) stiap ciptaan Allah msti indah2 belaka..cntik la gmbar kt atas 2..air trjun dh lama xprgi, dpat mndi kt situ best jgak ni..

nak p mandi kat situuu rasanyaaaaaaa... nyaman je.. :)

BinMuhammad delete icon 8:38 PTG

Terima ksih mamarey, kat sabah mesti byk air terjun yg cantik2 kan. Tak dpt mandi air tejun, mandi bwh pancutan air pun jadilah..

BinMuhammad delete icon 8:40 PTG

Semakin kita renungkan, semakin kita rasa akan kebesaranNya. Semakin kerdil diri ini...

BinMuhammad delete icon 8:42 PTG

Kalau dapat jejak kaki lagilah terasa nikmatnya. Semua deria dapat merasainya... tanpa air tiadalah kehidupan.

BinMuhammad delete icon 8:45 PTG

Ini kira mengulang kajilah...jenuh juga mengingatkan kembali. Kena juga buat rujukan tapi tiada copy ye. Subjek geografi memang subjek kegemaran :)

BinMuhammad delete icon 8:47 PTG

Waalaikumsalam Fais,
Ciptaan Allah...tentunya indah dan sempurna. Malah mempunyai fungsi masing-masing...itulah tanda kekuasaannya.

BinMuhammad delete icon 8:48 PTG

Tinggal hujung minggu ni jer lagi peluang untuk mandi manda di air terjun...pergilah :) Rasai nikmatnya...

Blog Santai delete icon 9:09 PTG

Besarnya anugerah ALLAH pada kitakan BM..air yang mengalir tanpa henti..and kita tak pernah try lagi mineral yang direct dari gunung..dia orang kat rasa dia sedap..fresh and ada oxi extra

Nick Nashram delete icon 11:29 PTG

teringat masa sekolah rendah dulu, pg ptg asyik duk mandi kat sungai je..siap bwk beras ngan ikan masak kat sana..huhu

Abang Menaip delete icon 11:29 PTG

wah, entry pling terbaik nih... baru tau mcm mna jdik nya sungai tu.

BinMuhammad delete icon 12:57 PG

Ya...memang besar anugerah Allah bagi mereka yang memahami dan mensyukuri nikmat yg diberi.
Air dari gunung tu lebih kurang sama spt air botol mineral Spritzer tu...

BinMuhammad delete icon 12:58 PG

Terima kasih zaki...semoga anda beroleh manfaat disamping relaks2 minda :)

BinMuhammad delete icon 6:51 PTG

Kenangan masa sekolah...memang best, gila2. Camping di air terjun...meredah hutan, memang best!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap