Pelbagai aksi kucing di rumahku dan di kampung... Seronok dan terhibur melihat gelagat mereka...Kebanyakan daripada kucing-kucing ini sudah tiada lagi, hanya gambar sebagai kenangan. Kini ada seekor sahaja yang tinggal di rumahku. Di kampung pula adalah lagi 4 ekor...peneman ibu bapa di kampung.

Anda saksikanlah gelagat kucing-kucing ini...

  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pada zaman dahulu kala, ada seorang hamba Allah yang sangat kuat beribadat kepada Allah SWT. Siang dan malamnya hanya di isi dengan pelbagai bentuk ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semua orang kagum dengan ibadah yang dilakukannya. Semua orang berkata dalam hati bahawa dialah salah seorang ahli syurga di akhirat kelak dan terlepas dari segala siksa kubur.

Namun apabila hamba Allah ini telah meninggal dunia, maka bermimpilah salah seorang dari jirannya. Didalam mimpi tersebut, jiran hamba Allah ini melihat dia sedang disiksa dengan azabnya oleh Allah SWT di dalam api neraka! Jiran tersebut amat hairan lalu bertanya, "kenapakah dia menerima azab sedemikian rupa?", lalu di jawablah hamba Allah ini, "Sesungguhnya aku diazab kerana seekor kucing yang dikurung oleh ku tanpa di beri makan hinggalah kucing itu mati kelaparan akhirnya."

 
 
 
 
  
 
 
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. 

Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

  
 
 
 
 
 
  
Tiada siapa menafikan, kucing binatang yang bersih dan kesayangan Rasululah SAW, tapi kepada yang bela kucing tu...jagalah kebersihan kucing anda. Ajarilah kucing anda agar membuang najis ditempat yang sediakan atau jauh dari kediaman agar tidak mengganggu keamanan jiran-jiran anda. 

Ada yang kata membela kucing ni...murah rezeki! Ye ke? 

Inilah kucing ku... Si Minah



Admin...

30 comments - "Aksi dan Gelagat Kucing "

pandai kucing2 tu berposing yer... *_^

comel je kucing tu :)

sitirohaida delete icon 5:19 PTG

comel2 kucing tu..

ANIM delete icon 5:21 PTG

Pandai pulak depa posing depan kamera..

P/S kucing yang kami bela ( kucing datang) pulak bisu..heee

Berapa lamalah BM menanti sampai sempat lagi captured kucing menguap lagi:)

Kalau kakak tak geli dengan kcing agaknya kakak pun nak membela, sebab kucing ni jenis binatang jinak.

Koleksi gambar yang unik. Boleh simpan buat kenangan. teringat pula kucing saya yang hilang sebulan lepas. Hingga kini belum balik. Entah hidup entah mati.

Blog Santai delete icon 8:42 PTG

Suka kucing...tapi sayang susah nak jaga..

acik suka kucing ...macam-macam gelagat mereka..comelnya

Tanpa Nama delete icon 10:55 PTG

encik hubby suka kucing,tapi kathy alahan pada bulu kucing so,tak bagi kucing masuk rumah sangat...

Unknown delete icon 11:36 PTG

owh..kucing kat rumah atok vegetarian..jarang dia makan dagin atau ikan..

OKje delete icon 11:41 PTG

Eh???? Olen kuceng tu.....jarang jumpa....selalu bukan kuning ke BM?.... Harus kacukan dengan betik ni hehe....

BinMuhammad delete icon 12:04 PG

Memang pandai...berpuluh shot baru menjadi, nasib baiklah kamera digital...hehe

BinMuhammad delete icon 12:05 PG

Thx NNALD... =)

BinMuhammad delete icon 12:06 PG

Sama macam tuan dia..haha!

BinMuhammad delete icon 12:08 PG

Kucing saya pun asalnya kucing datang...pas tu beranak, sekarang dah masuk generasi ketiga.

BinMuhammad delete icon 12:11 PG

Kamera digital...shot aje banyak kali, pasti akan dapat aksi yg diingini....berbelas lah juga shot utk satu aksi tu.

BinMuhammad delete icon 12:12 PG

Untuk kenangan...sebab tu upload di blog, boleh kongsi ramai2...hehe
Kalau hilang atau mati kucing belaan ni...memang sedih jugalah.

BinMuhammad delete icon 12:14 PG

Saya bela kucing kampung ajer...senang membelanya, xperlu sgt penjagaan rapi..lepas macam tu jer.

BinMuhammad delete icon 12:15 PG

Memang seronok melihat gelagat kucing, apatah lagi yg tengah ligat dan suka bermain

BinMuhammad delete icon 12:16 PG

Kucing saya pun tak masuk rumah, dok kat luar ajer...tapi lengkap segalanyalah.

BinMuhammad delete icon 12:16 PG

Bagus kucing tu...kalaulah kucing saya mcm tu, jimat belanje...

BinMuhammad delete icon 12:32 PG

Kucing ni penyokong tegar pasukan Holland...hehe

EB delete icon 8:11 PG

banyaknya kucing...comel pulak tu..

Azim Aris delete icon 8:14 PG

comelnye kamu subhanallah Tak Mungkin Benar

Org kata, sesiapa yg suka vela kucing tu pe yayang orangnya. Hehehehe... comel2 kucing tu. Berapa ekor semuanya yv dibela BM ya?

Fais-SKA delete icon 2:11 PG

comel betul :) pndai jaga..mmg kucing ramai org yg suka dn syg..org kata..nk tgok dia pnyayang @ x..tgok dia ada bela kucing dn jganya dgn baik @ x..bnyak betol ye kucing bro BM =)

Betul... bela kucing ni rezekinya murah...dan saya juga ada bela 2 ekor dan rezeki mencurah2 pangkat saya di naikkan cepat dan perniagaan homestay saya juga Alhamdulillah..kalau kita pergi makan dikedai2 ada kucing datang dekat kita ..berilah sedikit kepadanya..tak rugi pun kalau bagi sedikit ye tak? sesungguhnya tuhan menggandakan rezeki seseorang...

Unknown delete icon 10:49 PG

Teringat jugak nak bela kucing..tp takut kucing tu berak merata..

Unknown delete icon 10:50 PG

NAk tinggal lama2 pun susah..kesian kat kucing..

Tanpa Nama delete icon 2:02 PTG

comey, cuma KA takut kat kucing sikit hehehe

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap