بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pasti semua orang tahu apa itu sampan. Satu peralatan pengangkutan yang di gunakan di sungai, tasik, tali air dan laut. Pernahkah anda ketahui dari mana wujudnya perkataan "sampan" itu. Perkataan "sampan" mengikut bunyi bererti "tiga lembar papan" kerana ianya adalah berasal dari bahasa Kantonis, iaitu gabungan dua perkataan, Sam (三, tiga) dan Pan (板, papan). 

Perkataan sampan ini digunakan untuk merujuk kepada pembuatan sampan itu sendiri, yang mana ianya terdiri dari dasarnya yang datar (dibuat dari sekeping papan); manakala dua keping papan lainnya dipasang di kedua belah sisinya.

sampansampan

Sampan sangat penting di zaman dahulu kala sebagai alat pengangkutan. Dengan menggunakan tenaga empat kerat bersama dayung dan sampan, segala aktiviti seperti jual beli, pertukaran budaya, kemajuan, silaturrahim, ilmu pengetahuan dan sebagainya dapat di jalankan. Sebagai seorang pendayung sampan, pastinya kerjaya anda amat mulia sekali... Anda ikuti kisah menarik ini...(sumber)

Kisah Pendayung Dan Profesor

Pada suatu hari... Seorang Profesor yang sedang membuat kajian tentang lautan telah menumpang sebuah sampan di mana pendayung sampan itu adalah seorang tua yang begitu pendiam. 

sampan

Profesor memang suka akan pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Maka dengan penuh kusyuknya Profesor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali. 

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm... hari nak hujan.” Tidak lama kemudian Profesor pula berkata, “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat”  Legalah hati si pendayung sampan.

sampansampan

Pendayung sampan itu mengikut perintah dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Profesor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Profesor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Profesor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. 

sampan

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Profesor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Profesor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan... Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” 

sampan

Profesor itu masih lagi bertanya. Seperti sebelumnya, pendayung sampan itu hanya mampu menggelengkan kepala. Kalau begini, sungguh kasihan... kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Profesor itu dengan nada mengejek dan angkuh. 

Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian,  hujan turun dan dengan tiba-tiba saja telah datang ombak yang besar!

sampansampan

Sampan mereka di lambung ombak lalu terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting kedalam laut. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Profesor itu hanya mampu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

sampansampan

Hormati Orang Lain

Setiap kerjaya seseorang itu walau pun tidak memerlukan tahap ilmu pemikiran yang tinggi namun pengalaman dan kemahirannya patut kita hargai dan hormati. Kelebihan yang tidak akan dimiliki oleh semua orang.  

Maka bersyukur dan hormatilah dengan kerjaya sendiri dan orang lain. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah sesama manusia kerana kita semuanya sama disisi Allah SWT, hanya amal yang soleh yang membezakan kita di sisiNya.

Terima kasih bersama Relaks Minda...

Admin...

44 comments - "Tragedi Sampan Karam Di Lambung Ombak"

baru tahu cerita tentang sampan ni, thanks for sharing BM...

Blog Santai delete icon 12:54 PTG

Oooo begitu ceritanya ya..thanks BM and baca artikel macam baca buku cerita..yang best ada gambar-gambar lagi..

Adhie delete icon 12:58 PTG

pernah terbaca cerita pendayung dan professor ni... moral cerita jangan merendahkan orang lain..sebab tiap-tiap orang mempunyai keistimewaan sendiri

nice story.. dpt pengajaran dlm cerita ni :)

tenangnya tengok gambar-gambar sampan yang cantik ni, beserta dengan kisah yang penuh pengajaran...

Unknown delete icon 1:37 PTG

kena balik kat profesor tu hehe...
baru first tie baca cerita ni BM.tq berkongsi..:)

jie susanos delete icon 2:10 PTG

cter yg mnarik sambil menikmati pemadangan sampan..

Unknown delete icon 2:20 PTG

untuk peringatan diri.. Jangan suka melabel orang itu dan ini.. sebab Allah itu Maha Sempurna.. apa yang Dia jadikan sudah tentu ada manfaatnya.. :D TQ BM

Tanpa Nama delete icon 2:22 PTG

wah..banyaknyer gambar sampan..yang pasti entri ini penuh bermakna..

Tanpa Nama delete icon 3:11 PTG

ada yang tersirat dalam n3 ni, tq yer

Khir Khalid delete icon 3:16 PTG

Sgt baik cerita ni.. Setiap pekerjaan itu ada keistemewaannya. Jngn kita memandang rendah pekerjaan orang kan.. Thanks for sharing cerita ni. :)

salam BM..bagus citer ni banyak pengajaran ..

Ahaa... itulah jgn ingat duduk dah tinggi, menjawat jawatan tinggi dialah 'the best' kena lambung ombak dah hanyut hihi... Dalam pada pendiam boleh juga pendayung tu tanya boleh berenang ke tak? Kesianlah 'org pandai fizik, biologi dan sebagainya' itu ye

Setinggi mana kepandaian kita ada yg lebih dari itu kena selalu ingat dlm minda kita.

Suka kakak N3 ini dan nak bagi anak kakak baca.

Mizz Aiza delete icon 6:04 PTG

aiza pernah baca kisah ini.. perkongsian yang baik BM.. semoga menjadi iktibar kepada semua..

Unknown delete icon 6:19 PTG

nice sharing BM
pengakhiran cerita yg terkandung byk pengajaran

alhamdulilah kisah yang baik :) kita kena saling hormat menghormati satu sama lain

Unknown delete icon 7:59 PTG

Hahaa..rasa bangga sgt2 baca kisah ni.. Meningkat sket keyakinan diri.. terbaekk..best sgt citer ni..

kita berdua berbeza..masing2 ada kelebihan dan kelemahan sendiri..jadi jgn terlalu mengejek.. #untuk seseorang..hihihi

Unknown delete icon 8:00 PTG

Cantik sgt gambar2 sampan tu..nak buat wallpaper kt hp lah..

BinMuhammad delete icon 8:24 PTG

Secara tidak sengaja terjumpa kisah ni...

BinMuhammad delete icon 8:25 PTG

Terima kasih krn menyukainya :)

BinMuhammad delete icon 8:27 PTG

Rasanya ramai yg dah tau cerita ni...sekadar berkongsi semula. Pengajaran yg baik darinya.

BinMuhammad delete icon 8:27 PTG

Terima kasih kerana membacanya... =)

BinMuhammad delete icon 8:28 PTG

Terima kasih kerana menikmati cerita ini di sini =)

BinMuhammad delete icon 8:32 PTG

Itulah...jgn bermegah sangat dan menghina...itulah akibatnya
Terima kasih mamarey...

BinMuhammad delete icon 8:33 PTG

Terima kasih krn mengikuti kisah ini :)

BinMuhammad delete icon 8:35 PTG

Ya..untuk peringatan diri, jangan sesekali menghina seseorang, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

BinMuhammad delete icon 8:37 PTG

Terima kasih Kathy, semoga kita sama2 mendapat pengajaran darinya :)

ANIM delete icon 8:39 PTG

baru tau sampan tu dari bahasa kantonis:D))..tq for sharing..

moral of the story, camna hebat sekali pun seseorang...dia hebat dalam bidangnya saja. pasti ada bidang lagi yang perlu dia rujuk pada oranglain..betul kan?

BinMuhammad delete icon 8:40 PTG

Tp yg tersurat...Kalau xtau berenang, jangan naik sampan...hehe

BinMuhammad delete icon 8:41 PTG

Terima kasih krn membacanya dan semoga sama2 mendapat pengajaran darinya

BinMuhammad delete icon 8:43 PTG

Waalaikumsalam cikgu, terima kasih krn mendapat manfaat darinya

BinMuhammad delete icon 8:46 PTG

Terima kasih akak kerana menyukainya. Semoga dapat memberi pengajaran dan ingatan kpd ramai orang.

p/s: Maka...belajarlah berenang, hehe

BinMuhammad delete icon 8:50 PTG

Ulangkaji semula ye Aiza... =)
Terima kasih berkongsi pendapat anda...semoga ramai lagi dpt menikmati kisah ini.

BinMuhammad delete icon 8:52 PTG

Terima kasih juga YH krn sudi membacanya... :)

BinMuhammad delete icon 8:55 PTG

Saling hormat-menghormati...Ya, itulah perkataannya!

BinMuhammad delete icon 9:02 PTG

Sayakah itu...sudah pastinya kita berbeza, hehe
Terima kasih adik manis, krn menyukainya :)

BinMuhammad delete icon 9:06 PTG

Silakan...tidak menjadi halangan :)

BinMuhammad delete icon 9:09 PTG

Pastinya cikgu lebih arif dalam memberi kesimpulan... :)
Terima kasih Kak Anim...

Zawiah delete icon 11:12 PTG

sgt betullah klu x pandai berenang , mati ler jwpnya ...

Unknown delete icon 11:15 PTG

tiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan masing2..semua pakar dalam bidangnya kan..=)

Unknown delete icon 11:55 PG

Bukan kamoo la.. hehe

Entri yang sangat berinformasi. Tahniah! Gambarnya pun cantik.

OKje delete icon 11:06 PTG

Sukalah cerita ni BM.....
Kadang kadang kita tak sedar bahawa org lain jugak ada kelebihan waima penanam anggur sekalipun hehe.....

Fais-SKA delete icon 3:58 PG

cantik gmbar =) perkongsian yg bermanfaat, ambe pn bru thu asal usul smpan ni, kisah 2 pn menarik..ada pengajaran yg berguna di sebaliknya..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap