keindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadi
keindahan alam semulajadiKetenangan...suatu nikmat yang tidak ternilai. Andai melihat kepada alam semulajadi yang indah dan mendamaikan... pasti dengan jelas kelihatan ketenangan. Begitulah juga dengan kita... Riak wajah di muka jelas sekali dapat di teka hati dan minda di dalam dalam keadaan tenang atau pun tidak.

Keindahan Alam dan KuasaNya
Keindahan alam semulajadi yang sungguh mengagumkan, anugerah Allah SWT untuk kita nikmati. Hati dan minda yang gelora dan kecewa akan tenang dengan menikmati ketenangan alam semulajadi yang indah ini. Wajah yang berkerut dan muram mampu bertukar menjadi ceria dan segar. 

Kuasa yang yang sungguh tidak mampu untuk kita tandingi. Hanya dengan melihat dan menikmati keindahan alam semulajadi boleh mampu memberi ketenangan hati dan minda. 

Jangan sesekali merungut dan menyalahkan andai kesengsaraan dan tekanan sering melanda diri. Tiada kehidupan jika tiada ujian dan masalah.

Masalah Itu Nikmat
Masalah mengajar kita untuk mencari punca dan sebab. Masalah menguji kita untuk kenal erti kesabaran dan redha. Masalah menguatkan kita untuk berusaha dan berfikir.

Masalah menjadikan kita lebih matang dan berpengalaman. Masalah mengingatkan kita untuk lebih dekat kepadaNya dan berdoa. Disebalik masalah, hikmah dan nikmat tersedia menanti.

Ketenangan hati dan minda amat penting untuk kita sentiasa mampu berfikir dengan positif dan waras dalam menangani masalah dan ujian yang melanda.


keindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadi

Bersyukur
Bersyukurlah..... Berzikir dan Bersujud padaNya. 

keindahan alam semulajadi
"Subhanallah"

keindahan alam semulajadi
"Alhamdulilah"

keindahan alam semulajadi
"Lailahailallah"

keindahan alam semulajadi
"Allahuakbar"


keindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadi

Keindahan alam yang tenang dan memukau pandangan ini untuk kita nikmati. Bersyukur kerana di beri pancaindera yang mampu melihat segala anugerah Allah SWT ini. Merasai kesegaran dan mendengar suara alam yang tiada bandingannya. "Bersyukurlah... Pancaindera menikmati, hati dan minda merasai..." 

keindahan alam semulajadi
Jangan biarkan masalah dan tekanan sentiasa menghantui hidup anda. Carilah ketenangan. Hanya dengan ketenangan mampu membuatkan anda berfikir lalu membuka jalan penyelesaian.

Nikmati Ketenangan
keindahan alam semulajadiLuangkan sedikit masa anda... Nikmatilah keindahan alam semulajadi. Lapangkan fikiran dan biarkan diri anda menikmatinya.

Ketika anda bersama alam, anda akan terasa betapa kerdilnya diri ini. Betapa besar dan agungnya Maha Pencipta. Tiada yang mampu mengatasinya. Ketika itu anda akan kembali mengingati akan kelemahan diri.

Kembali memohon keampunan. Kembali mengingati akan setiap kejadian itu adalah diatas kehendaknya. Kembali untuk memohon pertolongan kepadaNya... hanya pada Dia yang satu, Allah SWT.

Semoga kita semua beroleh ketenangan dan kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat...Insyaallah

Terima kasih bersama Relaks Minda... 

Admin...

31 comments - "Ketenangan Bersama Alam Semulajadi "

Bunda_nora delete icon 3:27 PTG

alangkah indahnya alam ciptaan tuhan.. dengan berzikir dan sentiasa mengingati nya hati akan menjadi tenang...

sungguh menenangkan jiwa dan minda bro..nice

Nina Mads delete icon 4:07 PTG

subhanallah tenangnya tgk gambar2 tu apatah lg kalau ada di tempat itu

Tanpa Nama delete icon 4:13 PTG

MMG CUKUP TENANG, TQ SHARE YER

Tanpa Nama delete icon 4:13 PTG

done sedekah nuffnang dah !

Unknown delete icon 4:28 PTG

:D.. bukan mudah nak mendapat ketenangan seperti itu..

Unknown delete icon 4:42 PTG

Salam ketenangan disapa kenangan.. :)

Pelam sebelah dimakan tekukur,
Mengapa disudu si itik jawa;
Alhamdulillah ucapkan bersyukur,
Betapa syahdu berdetik dijiwa..

masalah itu nikmat... syukur dengan nikmatMu..

Unknown delete icon 4:57 PTG

Allahuakbar..hebatnya ciptaan Maha Esa..
byk berjalan luas pengalaman org kata..lagi byk ciptaan Allah yg kita boleh tgk..

melihat indahnya alam ciptaan tuhan memang seronok dan menenangkan jiwa sebenarnya...

Unknown delete icon 6:09 PTG

cantiknye pemandangan tu BM
subhanallah
indahnya ciptaan Allah

Mmg santai...rileks..dan berinformasi....
Stuju sngt2....masalah tu nikmat...hidup tanpa maslah...mcm x de asam garam kehidupan....
Cntik sngt pic2 smua....subhanallah.....

Fais-SKA delete icon 8:27 PTG

Selagi masih bernyawa..nikmatilah alam yg terbentang luas ni =) alhamdulillah syukur dgn pemberianNya..indah betul ciptaan Allah tenang jiwa, tenang hati..

alhamdulilah sungguh menenangkan :)

Zawiah delete icon 9:58 PTG

menikmati keindahan alam itu satu terapi jiwa yang sangat indah ...

Denaihati delete icon 10:00 PTG

Aminn. semoga kita semua beroleh ketenangan. cantik dan mendamaikan semua gambar tu.

Saya selalu bersyukur walau apa sekali pun.Moga tabung nuff anda bertambah makmur.

lizz delete icon 11:50 PG

cantik gambar2 keindahan alam disini
bila kita melihat pemandangan-pemandangan yang indah dan damai ni terasa tenang dan mendamaikan.....

Mizz Aiza delete icon 12:42 PTG

setiap masalah ada penyelesaian.. bersyukur walaupun banyak masalah kerana itu bukti kasih sayang Allah kepada kita..

Unknown delete icon 1:02 PTG

Alhamdulillah..sekarang dah tak fikir masalah anak lagi..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. segala perancanganNya pasti ada hikmahnya.

OKje delete icon 4:21 PTG

Betul ketenangan satu anugerah yg Allah kurniakan kpd hambanya... bukan mudah nak dapat ketenangan ni kalau bukan dengan izinnya...
Org kaya tak semestinya tenang dan org miskin tak semestinya sengsara!

Ketenangan tidak akan hadir, jika hati kita tidak ikhlas.

Gambar-gambar di atas sangat menarik dalam menyeru ketenangan mata.

Aimacomel delete icon 8:54 PTG

Tuhan sedang menguji hati saya, jadi bagaimana ye BM nak kekalkan hati supaya terus kuat??

Tanpa Nama delete icon 10:11 PTG

suka gambar ke2 dan ke3...

mselim3 delete icon 10:22 PTG

Assalammualikum..BM,

Ketenangan abadi, adalah ketenangan jiwa..

mselim3

pls: sedih x sempat join segmen, sedar2 dah tamat aje segmen xper xder rezeki...

Khir Khalid delete icon 11:18 PTG

Subhanallah.. cantik.. keindahan.. nikmat.. :)

jie susanos delete icon 10:14 PG

bila kita tnang semua perkara jadi suka..

Blog Santai delete icon 10:50 PTG

Kecantikan yang tak ternilai..Amanah dari ALLAH yang kita semua kena jaga..

Tanpa Nama delete icon 11:12 PG

subhanallah...... cantiknya pemandangan, betullah bagai yg dinytakan ayat2 Allah ia adalah bayangan keindahan surga phewwww mesti lagi hebt

seperti itukah di syurga nanti

Salmi delete icon 12:50 PG

Subhanallah.. Tak dapat nak digambarkan dengan kata2..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap