Carta Carian Popular Google di Malaysia - Kata Kunci (keyword)... Itulah yang menjadi perkataan yang paling dikehendaki oleh seorang blogger yang pentingkan trafik. Ianya adalah salah satu teknik SEO yang paling berjaya untuk berada di muka hadapan enjin carian. Kata kunci yang menjadi carian terbanyak dienjin carian dapat meningkatkan trafik blog secara mendadak. 

Carta Carian Popular di Malaysia 2013Untuk mendapatkan kata kunci yang menjadi topik terhangat semasa tidak sukar sebenarnya. Topik-topik hangat yang terpampang dimuka hadapan akhbar adalah sumber rujukan terbaik. Begitu juga topik-topik berita terkini di lawan-laman web berita semasa.

Kepantasan anda menerbitkan entri cukup penting kerana isu-isu seperti ini hanya mencuri perhatian untuk jangkamasa yang pendek. Kepelbagaian mengolah kata kunci menjadi tajuk entri yang menarik perhatian menjadi amat penting untuk anda bersaing. Namun jika jumlah pencari teramat tinggi sehingga puluhan ribu, anda pasti berjaya juga mendapat sebahagian darinya. 

Carta Carian Popular Google Malaysia 2013

Untuk tahun 2013, Google telah mengeluarkan carta carian tertinggi dan popular untuk setiap negara. Berikut adalah beberapa carta kata kunci carian tertinggi dan popular di Google Malaysia untuk tahun 2013 mengikut kategori. 

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Carta Carian Popular di Malaysia 2013

Ini hanyalah sebahagian kategori sahaja, jika anda ingin melihat dengan lengkap carta yang menjadi carian tertinggi dan popular di Google Malaysia untuk tahun 2013 ini, anda bolehlah ke sini : Google Trends. Anda juga boleh lihat carian tertinggi dan popular untuk negara-negara lain dan untuk seluruh dunia.

Google Trends bukan sahaja mengeluarkan carta tahunan, tetapi untuk anda yang sentiasa mahukan kata kunci dan topik carian terhangat semasa, ianya adalah rujukan terbaik. Ini kerana Google Trends juga memberikan carta kata kunci bagi topik-topik terhangat dan popular semasa di Google Malaysia setiap hari dengan memaparkan sekali jumlah cariannya.

Jika anda mahukan trafik yang tinggi, tidak kiralah sama ada blog anda mempunyai niche tertentu atau pun sebuah blog peribadi, pasti ada topik-topik berkaitan yang dapat anda jadikan batu loncatan untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Kreativiti mengolah cerita beserta tajuk yang menarik perhatian amat penting agar ianya menyerlah dimata pembaca dan pencari.


Etika dan ciri-ciri blogger yang berkualiti dan berjaya adalah apabila anda mampu mengekploitasi topik terhangat ini menjadi sebuah artikel berkualiti kepunyaan anda dan tidak sekadar hanya sebuah entri "copy dan paste" yang pasti akan berjaya menarik minat ramai pembaca dan seterusnya berada dimuka hadapan enjin carian.

"Untuk menulis sebuah artikel yang baik dan berkualiti memerlukan rujukan tetapi bukan menjadikan bahan rujukan sebagai artikel tapi mengupas apa yang dirujuk." 


p/s: menulis dan bercakap macam mudah je...tapi realitinya ia tidaklah semudah itu.
Author by Bin Muhammad

28 comments - "Carta Carian Popular Google di Malaysia"

Dah lama guna khidmat gugel...baru ni sy tau ada carta mcm ni rupanya gugel buat....
Tq BM share info ni...

Saya sangat bersetuju dengan pendapat BM. Saya melihat senario ini yang mana seorang blogger itu mampu menerbitkan banyak entri dalam satu hari. Tapi bila dibaca entri tersebut, sekadar copy paste sahaja.

paridah delete icon 7:27 PG

info yg sgt bergina n perlu dipelajari...tq

Menggoogle utk dijadikan rujukan dengan menciplak sesuatu article satu yg amat jauh bezanya. Elakkan dari menciplak apa lagi jika tanpa izin.

Unknown delete icon 8:47 PG

ooo rupanya kat situ refer carian hangat
next time blh usha2 kat situ
aah..kan kata kunci seo mmg sentiasa dicari setiap hari
kasi permbaiku mutu blog
sharifah sakinah pon tetap pemes jd carian..hahaha

Bunda_nora delete icon 9:26 PG

Assalam, info yang sangat bermanfaat...selamat berhujung minggu BM..

mselim3 delete icon 1:02 PTG

Assalammualaikum.. BM,

Info yang bermanfaat... terima kasih..

mselim3

Tanpa Nama delete icon 1:59 PTG

kathy rasa entri2 yang kathy terbitkan dalam blog langsung tak ada keyword yang menarik .. teringin juga nak menerbitkan entri yang betul2 bermutu dan mampu menggamit minat pembaca..

Blog Santai delete icon 5:56 PTG

Tq BM...Nak play with the keyword kena alert. Sebab dia gak bermusim...ramai yang advise cari keywords bagi keywords yang evergreen..seperti BRIM...tiap-tiap tahun ada yang mencari BRIM..dah nak masuk BRIM 4 dah!!!

mama ??? lagilah.. ntah apa-apa keywordsnya. tulis merapu je...

Zawiah delete icon 9:09 PTG

sentiasa cuba cari keywords yg evergreen . effort tu kena lebih lah .

Aimacomel delete icon 10:00 PTG

saya belum reti lagi nak bermain keyword ni. la ni dah lumpuh sikit blog =(

kak tie delete icon 10:28 PTG

oohh camtu...sebelum ni haram tak tahu satu apa pun..tq ttg info ni

terima kasih sharing ^_^ at least tahu juga trending 2013

wahhh..bagus juga informasi BM ni...nak tengok jap

Info yg bagus ni.. masih study ttg keywords ni.. :)

Mizz Aiza delete icon 8:16 PG

teria kasih di tas perkongsian ini BM.. sangat berguna untuk rujukan aiza juga.. :D

banyak info yang menarik kat sini.. paling sy suka topik kreativiti dekorasi.. memang best..

www.shelovevitamin.com

Pha Is delete icon 5:40 PTG

nice sahre..
wow, paul walker teratas walaupun kes beliau baru je lagi..

Unknown delete icon 8:42 PG

Terima kasih BM berkongsi ilmu..

terma kasih bagi info nie.. :)

KamilSalleh delete icon 10:23 PG

Sangat membantu untuk mencari keyword popular agar idea dan kebolehan kita menghasilkan entri berkualiti dpt dicapai.

Aisyah delete icon 1:46 PG

Terima ksih info :d tgh bljr ambik tahu lgi pasal keywords ni huhu

entri yang sangat menarik.. grima kasi tuan..

Aku pun masih belajar pasal keyword..kalau nak fokus pada keyword popular memang x dapat nak bersaing..bg aku biar keyword kurang popular tapi masih dapat generate trafik dan yg penting kualiti..

Unknown delete icon 8:16 PTG

Terima kasih atas info yg dkongsi

Ena delete icon 2:10 PTG

ada carta bagai kan..bagus juga utk org bisnes dapat idea tingkatkan trafic blog;)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap