Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hampir setiap hari, ada sahaja segmen, giveaway (GA) dan peraduan yang dianjurkan oleh blogger. Sekarang ini jika anda rajin dan bertuah, anda boleh dapat banyak hadiah dengan menyertainya.

Segmen & Giveaway (GA) - Hadiah Lumayan!
Segmen & GA menawarkan hadiah lumayan!
Tidak seperti peraduan yang selalunya mencabar dan memerlukan peserta menyungkil bakat, mempraktikkan ilmu serta mengeluarkan idea kreatif sendiri. Menyertai sesebuah segmen & GA terlalulah mudah. Hanya dengan menerbitkan entri segmen tersebut anda ditawarkan hadiah.

Pemilihan pemenang juga secara rawak menggunakan random.org atau cabutan... oleh itu tiada pertikaian pemenang, hanya bergantung kepada nasib dan tuah. Namun ada juga pemilihan dibuat mengikut citarasa atau penilaian pihak penganjur.

Kebanyakan hadiahnya pun tidaklah lumayan dan biasanya adalah seperti tersenarai di bloglist dan review blog atau entri. Ada juga yang bermurah hati memberi 'top up', wang tunai dan cenderahati.

Hadiah hanyalah sebagai daya penarik dan tanda terima kasih diatas penyertaan segmen dan GA tetapi yang menjadi matlamat utama penganjur pastinya adalah untuk mempromosi blog, mendapat kenalan, menambah bilangan follower dan meningkatkan trafik blog. Oleh itu selain dari menerbitkan entri, peserta diwajibkan 'follow dan klik' itu dan ini.

Segmen & Giveaway (GA) menawarkan hadiah lumayan

Tapi kini, blogger semakin kaya dan mewah! Beberapa segmen dan giveaway (GA) mudah ini kini menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan sekali! Saingan untuk menarik minat penyertaan yang ramai agar matlamat penganjuran tercapai dengan jayanya telah meningkatkan jumlah dan nilai hadiah.

Sebagai contohnya dua giveaway yang sedang hangat berlangsung kini (masih ada masa untuk anda sertainya) :

1. Mini Giveaway! Happy Birthday Tengkubutang

Segmen & Giveaway (GA) - Hadiah Lumayan!
Hadiah utama : Rantai Tangan Avon

2. First Giveaway By Izni Sofia

Segmen & Giveaway (GA) - Hadiah Lumayan!Segmen & Giveaway (GA) - Hadiah Lumayan!
Hadiah utama : Hp Samsung S4 dan Jam Tangan Touch Screen

Ini hanyalah sebahagian dari contoh sahaja, ada banyak lagi segmen dan giveaway yang telah dan sedang berlangsung turut menawarkan hadiah yang lumayan! 

Matlamat Dan Keberkesanan Segmen & Giveaway (GA)

Tiada paksaan untuk anda menyertai segmen dan GA ini, tetapi apabila melihat hadiah yang ditawarkan, tidak salah untuk anda mencuba. Mungkin ada tuah dan rezeki buat anda sebagai peserta. Ada juga yang sertainya sekadar untuk memberi sokongan sesama rakan blogger untuk memeriahkan lagi segmen atau GA tersebut.

Tapi berbaloikah seorang blogger memberi hadiah yang cukup berharga dan lumayan ini dengan hanya menganjurkan segmen dan GA mudah sebegini? Adakah ia satu perjudian yang membawa pulangan?

Segmen & Giveaway (GA) - Hadiah Lumayan!
Teringin juga hadiah percutian ditempat sebegini.

Mungkin matlamat penganjur untuk promosi blog akan tercapai (entri ini pun umpama promosi juga). Blog penganjur akan terkenal sekelip mata. Begitu juga untuk menambah rakan dan follower... pasti berganda-ganda. Trafik blog juga pasti akan meningkat dengan mendadak! 

Tapi adakah ianya dapat dikekalkan dalam jangkamasa yang panjang iaitu selepas segmen dan GA ini berakhir? Adakah peserta akan kekal setia berkunjung ke blog anda? Adakah trafik akan kekal tinggi dan terus meningkat? Adakah ianya memberi sumbangan dalam mempertingkatkan kualiti dan ilmu blogging anda dan orang lain? Asyik soalan jer... mana jawapannya? Itu anda kena tanya mereka yang pernah menganjurkan segmen dan giveaway (GA) ini... :)

Sesetengah blogger pula sekadar membuat blog khas untuk menyertai segmen dan GA ini untuk memenangi hadiah. Tiada keikhlasan untuk menjalin ikatan persahabatan yang berterusan. Jika mereka inilah yang memenangi cabutan bertuah ini... tidakkah ianya satu kerugian?

Bagaimana dengan anda... Apakah pula matlamat dan niat anda apabila menganjurkan/menyertai sesuatu segmen & GA ini? Tercapaikah? Atau peserta hanya tertarik kepada hadiah yang ditawarkan...dan hanya berakhir disitu.

Segmen & Giveaway (GA) - Hadiah Lumayan!
Mungkinkah satu hari nanti ada hadiah kereta untuk segmen & GA?

p/s: Ada sedikit kemushkilan, jika ada yang arif dalam ilmu agama dapat menjawab dengan jelas dan sohih : 
Apa hukumnya menyertai/menganjurkan segmen yang menawarkan hadiah kebendaan dan wang ringgit tetapi dipilih secara random.org dan undian? Ianya seperti mendapat nombor penyertaan dan nombor yang naik dan bertuah akan menang. Ya.. ianya tidak ada pembelian, hanya peserta perlu menerbitkan entri... tetapi peserta dipaksa untuk klik itu dan ini untuk menyertainya dan ada diantaranya memberi keuntungan/pulangan wang ringgit kepada penganjur/sponsor.


Author by Bin Muhammad

34 comments - "Segmen & Giveaway (GA) - Tuah atau Perjudian!"

Mmg betul tu.. mmg patut kita fikirkan. Jika ia seumpama yg disertakan usaha serta penilaian pihak penganjur, ia boleh dikategorikan sbg pertandingan. Tetapi klu cabutan secara rawak tu lebih kurang mcm 4D juga ye.. kurang jelas pula & kurang jelas boleh jatuh kepada haram.. nauzubillah.. wallahualam BM.. entri yg baik utk peringatan & renungan bersama kita semua.

BUNDA delete icon 5:45 PG

Ramai antara kita yang telah menganjurkan dan menyertai segmen dan GA tanpa terfikir pun hal2 begini....
Lepas terbaca entri BM ni mungkin ramai yang berfikir dua tiga kali....

sy setuju kata BUNDA lepas nie kena pikir dulu ....niat murni tu bagus tapi ada yg tersirat di sebalik nya...jgn fenin...

bagi pendapat bunda biarlah follower yang beribu2 tu datang keblog kita dengan cara biasa tanpa segmen n GA bagai, follow dengan ikhlas tanpa paksaan untuk buat entri, klik sana sini dan mengharap sesuatu ganjaran...

paridah delete icon 9:18 PG

salam pagi sebenarnya xpandai nk bersegmen ni tapi suka juga tengok ga yg dianjurkan blogger utk speed traffic r ramaikan follower dgn pelbagai hadiah yg ditawarkan...n nawaitu tersirat penganjur2 ga tentu xdapat nk dikenalpasti...kita berfikir positif sudahlah...

baru aiza terfikir mengenai perenggan terakhir entri BM.. berkenaan hukumnya perlu bertanya kepada yang arif berkenaan ini.. niat aizak menyertai hanya untuk menyokong rakan blogger, namun sejak kebelakangan ini aiza pun jarang menyertai segmen, mood bersegmen masih tiada, hehe..

typo lagi=aiza

Mia Liana delete icon 9:46 PG

hmmm.. memang banyak ga dan segmen sekarang ni. rasanya semuanya kena tengok nawaitu kita tu sebenarnya.. sekadar pekongsian pendapat dari mia...

hadiahnya bagus sekali ,mau tuh ikutan

Sis Vee delete icon 1:59 PTG

saya lbh suka blogger follow blog saya kerana suka dgn tulisan saya . kerana itu lbh ikhlas dan komen pun ikhlas juga . sbb itu sampai la ni saya tak lagi menganjurkan sebarang segmen . Saya cuma memikirkan perasaan blogger yg klik iklan tapi akhirnya tak menang . jadi hasil rm drp klik iklan itu boleh diragukan ... walaupun x de paksaan !

RDZ Z delete icon 3:50 PTG

Susah nak komen ni sebenarnya BM coz ianya bergantung kepada niat masing-masing sewaktu nak adakan segmen. Kalau niatnya ikhlas untuk bersedekah mungkin tak ada masalah rasanya coz sedekah itu sendiri adalah ibadah. Dan bagi kita yang join ni adalah atas rasa tanggungjawab masing-masing nak support kawan-kawan. Its not so much on hadiah..kalau dapat itu kira bonus. Hukumnya agak jelas sebenarnya. BM boleh rujuk di sini:

http://www.islam.gov.my/garis-panduan-peraduan-berasaskan-hadiah

Maria Firdz delete icon 4:09 PTG

Dulu sy x join GA yg byk kna klik iklan sbb rasa mcm terpksa ikut syarat tu.. Akhirnya lama2 sy jadi ikhlas je sbg tnda sokongan dan bkn pksaan... Jadi dr segi hukumnya kalau rasa terpksa nk klik itu ini, baik jgn join tapi jika redha dan berlapang dada dipersilakan join sbg tnda persahbatan...

Nao Mei delete icon 4:31 PTG

Wah entri terhangat nie uncle.
Cik akak ada mini giveaway tu.
Tapi satu je niat cik akak.
Ingin berkongsi rezeki dengan blogger lain.
Ya klik 2 tu cuma syarat je . Dah cik akak tak paksa siapa pun nak klik.
Terpulang kepada mereka nak klik ke tidak.
Kekadang cik akak join sebab cik akak nak support blogger lain.

Ianya jadi persoalan apabila salah satu syarat wajib peraduan perlu klik itu dan ini dan ianya memberi pulangan kpd penganjur. (contoh spt klik iklan) Ianya umpama membayar yuran penyertaan...
Penyertaan/penganjuran spt ini yang kurang jelas hukumnya.

APA hukum cabutan bertuah? Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas minggu ini saya cuba mendedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.

Namun sebelum kita melihat bentuk cabutan bertuah, elok jika dilihat dari sudut hukum kes cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan al-musabaqat atau pertandingan. Jika tidak kena caranya, dengan mudah akan jatuh menjadi judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis fiqh antarabangsa, Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy dalam sidangnya ke-14 pada 11 hingga 16 Jan 2003 telah memutuskan seperti berikut:

1 Disebabkan oleh jenis permainan - iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2 Disebabkan oleh hadiahnya - iaitu

apabila hadiahnya diambil daripada kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh berkenaan mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama iaitu:

"Setiap permainan yang mensyaratkan yang kalah untuk membayar sesuatu.

" Mengambil harta orang lain dalam situasi mengambil risiko (mukhatarah) iaitu terdedah kepada antara dapat atau tidak dapat. Ulama menyebut yang ertinya "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" (Hasyiah Al-Bajuri, 2/521).

bersambung....

Sambungan...

Berdasarkan keputusan itu, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi:

1 Mereka yang ingin menyertai cabutan

mestilah membayar yuran tertentu secara langsung seperti:

(a) Secara tunai iaitu berdepan dengan memberikan RMxxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza, hukumnya tetap haram. (Rujuk kitab Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani)

(b) Secara tunai melalui alat telekomunikasi. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon ialah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini satu nombor telefon khas akan diberikan dengan kos RM1 seminit.

(c) Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM100 bagi mereka yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi yang tidak menyertai yuran hanyalah RM90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

(d) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain di mana peserta menerima SMS mendakwa memenangi hadiah cabutan bertuah yang diadakan di luar negara. Bagaimanapun peserta diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu. Hukum begini adalah haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.

2 Mereka yang ingin menyertai cabutan

perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi daripada biasa. Sebagai contoh, pihak pasar raya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan yang telah dinaikkan harganya daripada harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.

3 Dua orang bermain tenis, kedua-duanya

mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya. Majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai haram. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya.

4 Dua orang sedang bermain tenis

bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggang tenis. Ulama silam berkata yang bermaksud, "Tidak harus (haram) kerana terdapat dalamnya unsur judi. Umpamanya seorang berkata kepada rakannya jika engkau tewaskan aku maka ambil hadiah itu daripadaku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani).

Hukumnya ialah judi walaupun ada unsur usaha daripada kedua-dua belah pihak dan bukan permainan nasib semata-mata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membayar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak reda meredainya. Tiada reda dalam perihal haram. Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140126/re_11/Hukum-dan-diskusi-cabutan-bertuah#ixzz2tNWMMQJH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Lihat kepada penerangan bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi : Perkara 2.

Jelas disini setiap penganjuran yang mewajibkan anda klik sesuatu yang memberi pulangan/keuntungan kpd penganjur untuk menyertai peraduan termasuk dalam kategori judi. (kalau klik follow to xtermasuk le) ....Wallahualam

Boleh je syarat klik2 tu TETAPI bukan syarat klik untuk mendapat pulangan/keuntungan wang ringgit seperti klik iklan...

Pha Is delete icon 5:22 PTG

pernah jugak terfikir pasal ni.. lepas ni kalau nk anjurkan GA, kena lebih berhati-hati la.. nice share..

Sememangnya satu entri yang membuka minda kita semua untuk membuat pertimbangan semula dengan apa yang telah kita lakukan.

Saya jarang menyertai segmen dan GA. Sesungguhnya saya tidak suka apabila banyak sangat syaratnya meminta blogger itu klik itu klik ini. Terutama iklan. Dan mengapa syarat ini perlu diletakkan.

Jie Susanos delete icon 5:54 PTG

emm..x arif pasal bda ni..

MaMa Rey delete icon 6:50 PTG

Jarang join ga segmen BM..join utk bgi sokongan sekali skala tu ada la..hehe

Linda delete icon 8:34 PTG

Saya selalu nk join tp asyik x sempat hihi...bagus info ni BM...thanks 4 sharing..

pernah sekali dua join ga segmen..sekadar memberi sokongan untuk memeriahkannya lagi.. pernah terfikir juga pasal ni.. nice sharing BM..

Assalam
Semoga hati - hati kita di rasakan dengan isyarat bagi meminggir diri .

Kathy R'bain delete icon 10:30 PTG

kebelakangan ini kathy join segmen pun malas tapi ada juga join untuk support rakan bloglist. moga semua berhati² dan lebih alert selepas ini.bagus entri ini,membuka mata kathy yang terlepas pandang.

Wafi Remli delete icon 10:43 PTG

Saya sebanarnya tak mahu kotori entri saya dengan segmen dan giveaway je, macam meragut nilai penulisan yang sedang saya bangunkan dalam entri-entri lain.

niat itu kena betul, kalau nak popular cepat... tu mama tak pasti, tapi jika sekadar memberi sesuatu untuk kita kenang sebagai pemenang.. mungkin ok kot, tapi, entahlah.. bergantung pada niat...

mama join mana yang mudah je... hihi, contoh, segmen bloglist ke.. yang simple ..

kupasan yg menarik. memberi pendedahan buat kami semua. moga lebih berwaspada pd penganjuran segmen/ga. yumida pun suka join segmen/ga. selagi mana line internet berfungsi dgn baik n laju. klik iklan benda paling melecehkan..haha

yumida pun ada anjurkan segmen berbentuk random. sbb masa beronline yg singkat memperuntukkan 2 jam sehari. x larat nak teliti satu2. kalau dibuat secara pertandingan entry terbaik itu lg bagus.

Alhamdulillah, entri ini dapat jadi panduan buat zumal... Zumal selalu buat ga dan sertai ga tapi niat di hati cuma untuk berkenal-kenalan dengan rakan2 baru dan mengeratkan lagi antara rakan2 yang memang menjadi follower zumal. Moga apa zumal lakukan tak terjebak dalam perjudian.

kakiblog delete icon 9:46 PTG

niat saya untuk GA untuk suka-suka..langsung tak fikir sangat untuk dapat hadiah!

Bin Muhammad delete icon 10:19 PTG

Ada yang sertai GA sekadar suka2, beri sokongan atau suka2 tapi ada yg sertainya berharap menang hadiah... Kalau anda yg menang bagaimana? Mesti terima juga hadiah tu...dah rezeki kan...atau anda akan pulangkan? Apa pun...anda telah menutup atau mengecilkan peluang mereka yg mengharapkan hadiah tersebut...
Sebab itu kita tidak boleh fikir remeh semua perkara kerana kadang kala ianya memberi kesan yang besar pada orang lain.

p/s: jangan ambil hati, ini bukan untuk menidakkan komen anda tetapi sekadar pandangan yg perlu rasanya kita fikirkan bersama...:)

hainom OKje delete icon 8:47 PTG

Tak pernah buat segmen pun.....
dan sejak tahun lepas dah jarang join segmen....salah satu sebabnya .....tak suka bila baca komen pembaca...hanya tulis All the best atau gud luck......
Biarlah follower tak banyak atau traffic tak tinggi pun...

Allahu Rabbi..terlepas pndang mengenai hukum hal sebgini..In shaa Allah.. abak buat rujukan dgn para2 ustaz dikmpus...GA dan sgmne mmg tmbuh bagai cndwan lpas hujan... mula rasa ragu...nanti abak kongsikan ya

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap