Bunga Hiasan Bekas Telur - Kitar SemulaAssalamualaikum...dan salam sejahtera. Selamat bercuti dihujung minggu bagi yang bercuti dan selamat kembali bekerja kepada yang mula bekerja pada hari ini. Walau apa yang anda lakukan...semoga anda semua sihat dan ceria. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Bagi mereka yang kelapangan dan tiada aktiviti menarik untuk dilakukan, apa kata anda mencuba kreativiti menarik ini untuk memenuhi masa lapang anda.

Bunga Hiasan Bekas Telur - Kitar SemulaSaya pasti, setiap rumah mempunyai bekas telur yang tidak digunakan lagi ini. Gunakan ia untuk membuat bunga hiasan yang menarik yang pastinya menawan hati sesiapa sahaja yang memandang.

Cara pembuatannya juga sangat mudah. Hanya perlukan sedikit kerajinan. Kalau malas...segalanya tak akan menjadi. Boleh juga dijadikan aktiviti untuk anak-anak anda dirumah dan juga di sekolah.

Cara-cara Membuat Bunga Hiasan Dari Bekas Telur

Cara-cara Membuat Bunga Hiasan Dari Bekas Telur 
Peralatan yang diperlukan : 
1. Gunting
2. Pensil
3. Gam
4. Pewarna air (water color)

Lukiskan bentuk kelopak pada bahagian mangkuk bekas telur dan gunting.

Cara-cara Membuat Bunga Hiasan Dari Bekas Telur 
Lekatkan kelopak menjadi bentuk bunga. 

Cara-cara Membuat Bunga Hiasan Dari Bekas Telur 
Teramat mudah...ikut sahaja seperti dalam gambar

Cara-cara Membuat Bunga Hiasan Dari Bekas Telur 
Setelah itu warnakanlah mengikut warna yang anda suka.

Bunga Hiasan Bekas Telur - Kitar Semula 
Susun dan gubahlah mengikut kreativiti anda. 
Boleh jadi kuntuman didalam pasu mahupun hiasan di frame.

Bunga Hiasan Bekas Telur - Kitar Semula 
Antara bentuk-bentuk bunga yang boleh anda cuba.

Semoga entri ringkas ini dapat memberi sedikit idea untuk anda mengisi masa lapang. Isilah masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Jika tidak pun berilah kepada anak-anak anda agar mereka terhibur dan kreatif menggunakan barang terbuang. Selamat mencuba... 

Barang Terbuang Juga Bernilai

Kreativiti kitar semula membuka minda anda akan kegunaan barang terbuang. Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan barang terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.

Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat diproses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.

Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom! kitar semula... fikir dulu sebelum buang!

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

26 comments - "Gubahan Bunga Hiasan Bekas Telur - Kitar Semula"

Khir Khalid delete icon 7:03 PTG

Wahh kreatif sungguh.. masa remaja dulu, bekas telur ni saya tampal bnyk di dinding buat kedap bunyi utk saya berlatih main gitar.. siap cat lagi hehee.. nostalgia. Nice sharing BM.. :) :)

Nampak macam senang. Tapi, tak tahulah kalau buat jadi ke tidak. Kalau ada nampak bekas telur ni, pasti nak ambik nanti. Boleh cuba.

Unknown delete icon 9:04 PTG

BM..kreatif dan cantik....lepas ni mesti org xnak buang bekas telur tu.. =)

kakiblog delete icon 9:50 PTG

biasanya saya buang je barang nie...kalau tak pun bakar untuk halau nyamuk..

Mizz Aiza delete icon 10:24 PTG

wah.. cantik hasilnya.. siapa sangka ianya berasal dari bekas telur..

mselim3 delete icon 10:27 PTG

Assalammualaikum..BM,

moga post2 macam nie menjadi sumber impirasi buat peminat barang terbuang.. nice BM.. bekas telur nie biasa nyer mselim3 buang aje. BM kreatif , mana BM dapat idea nie? jawab2..tanyer nie...

Zawiah delete icon 10:55 PTG

kat umah ni bekas telur bertingkek - tingkek . tak de tgn yg nak membuang . dok susun jer ... blh suruh anak buah buat kativiti nih ... thanks BM .

Yana Yani delete icon 11:56 PTG

dulu saya rajin buat gubahan dari bahan terbuang
tapi semenjak dah beranak ni, kerajinan dah hilang...hehe

QZ92 delete icon 4:10 PG

Kreatif! sekali sekala buat benda ni ok gak. asyik2 tolak kat apek kitar semula jerr...

Wafi Remli delete icon 7:13 PG

Dekat sekolah dulu pun ada buat kraftangan daripada barangan terbuang gak:D

nama pun kraftangan.. apa yg dihasilkan semua yg terbaik & cantik2..
kalau kena kat tangan Kak Jah ni... hasilnya jadi KERASTANGAN lah gamaknya hehhee

nmpk dlm gmbr mcm mudah jer..klu jie bt ni rase hancur jer

Kalau tengok macam kakak pun boleh buat tapi kena tunggu rajin ni BM. Kakak suka juga tengok...

Unknown delete icon 11:16 PG

Memang cantik dan kreatif

Tanpa Nama delete icon 12:17 PTG

mmg kreatif lah, nak dgn x nak je membuatnyer kan !

Unknown delete icon 3:56 PTG

kreatif nya..hehe

Tanpa Nama delete icon 8:28 PTG

Wah...memang kreatiflah tangan si pemilik gubahan ni.kalaulah kathy sebegitu..

OKje delete icon 8:41 PTG

Jadi aje cikgu kemas.....boleh kembangkan bakat hehe...

Tanpa Nama delete icon 1:04 PG

cantik and kreatif,ruangan nie banyak tolong saya menganjar anak didik bagi kelas kitar semula..ty :)

Unknown delete icon 11:39 PTG

Cantik dn kreatif..cumanya rajin ke tak kta nak membuatnya..hehe...

fragmenbiru delete icon 11:53 PG

Kreatif dan cantyik...hehhe

Unknown delete icon 12:25 PTG

wahhhh cantik..kreatif..bleh cuba nie.hehe

kreatifitas tinggi

Unknown delete icon 10:34 PG

Sungguh kreatif
Teruskan usaha

Tanpa Nama delete icon 4:24 PTG

sangat cantik

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap