Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat juga buat semua umat Islam. Semoga anda semua sihat walafiat disamping insan-insan tersayang atau pun yang sedang sibuk menjalankan urusan masing-masing. Syukur... Alhamdulilah kerana dapat bertemu lagi kita didunia tanpa jasad ini dan masih bernafas untuk mengecapi hari yang mulia ini, penghulu segala hari. Rebutlah pelbagai ganjaran berganda pada hari ini umpama Jumaat terakhir buat kita...

Jumaat terakhir


Entri hari ini, cukup ringkas dan santai. Cuma mengajak diri ini dan anda mengingati akan rukun kita sebagai umat Islam. Jika ianya rukun, maka wajiblah bagi kita mengamalkan dan mempercayainya tanpa sebarang persoalan. 

   Rukun Islam

  • 1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  • 2. Mendirikan solat 5 waktu
  • 3. Menunaikan zakat
  • 4. Berpuasa di bulan Ramadan
  • 5. Menunaikan haji di Mekah bagi mereka yang mampu

jumaat terakhirjumaat terakhirjumaat terakhir

   Rukun Iman

  • 1. Percaya dan beriman dengan Allah SWT yang satu
  • 2. Percaya dan beriman dengan Rasul
  • 3. Percaya dan beriman dengan Kitab 
  • 4. Percaya dan beriman dengan Malaikat
  • 5. Percaya dan beriman dengan Hari Akhirat
  • 6. Percaya dan beriman dengan Qada dan Qadar

Sesungguhnya kita ini insan yang lemah, sering terlalai dan terlupa. Kadang kala terlalu asyik dengan nikmat dan urusan dunia. Sentiasalah memohon keampunan dari yang Maha Esa agar diberi petunjuk dan hidayah sepanjang masa.

jumaat terakhir
"Astaghfirullah al Azeem al-ladhi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum wa atubu ilaih"

Dikesempatan ini, saya memohon keampunan andai ada sebarang kesilapan dan kekhilafan yang telah saya lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga anda semua beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah SWT... InsyaAllah... amiin...

Terima kasih bersama Relaks Minda... :)

Author by Bin Muhammad

28 comments - "Jumaat Terakhir..."

Aimacomel delete icon 9:42 PG

Semoga kita beroleh keberkatan, insyaAllah.?
jumaat yg indah, jumaat yg cukup tenang hari ni..

Amin...in shaa allah. Salam jumaat BM.

aamiin...Salam Jumaat BM..moga kehidupan hari ini lagi baik dari kelmarin .Sesungguhnya yg terbaik dan kesempurnaan itu adalah milik Allah.

Salam Jumaat BM.. semoga hari Jumaat yang baroqah ni dapatlah sama2 kita mengutip segala apa ganjaran yang ada..

perasaan yg tennag dan damai di pagi jumaat yg mulia ni

paridah delete icon 10:59 PG

salam jumaat BM ...setiap perkongsian walau sebaris ayat/ilmu yg berfaedah sgt besar ganjarannya...in sya Allah...tq

sadarkah hari jumat itu kepalanya hari

Yana Yani delete icon 11:20 PG

terima kasih atas peringatan tu BM

Unknown delete icon 11:27 PG

terima kasih BM,
simple entry tapi menusuk kalbu,

Manfaatkan yg terbaik utk hari terbaik ini.
Maafkan kakak juga sebab sebagai manusia kita tak dapat tidak dari membuat silap samada sengaja atau tak sengaja..

alhamdulillah, manfaatkan penghulu segala hari :)

Blog Santai delete icon 12:57 PTG

Salam Jumaat BM..semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn!!!

Tanpa Nama delete icon 1:18 PTG

salam jumaat BM..moga hari ini lebih baik daripada semalam..

selamat hari Jumaat BM, tak sempat bebel lah BM, mama kesibukkan masa.. hihi.. poyo je kan..

Terima kasih BM..Tazkirah yg cukup baik pd hari Jumaat yg penuh dgn keberkatan.

Jangan terkejut, kadang-kadang yang mudah dan ringkas inilah kita tersalah. Contohnya, apa rukun iman, apa rukun Islam. Ada yang tertukar. Salam Jumaat BM.

alhamdulilah terima kasih peringatannya.. salam jumaat

PCL delete icon 5:32 PTG

salam petang Jumaat, dah nak balik kerja baru singgah sini..terima kasih dgn entri peringatan .

Unknown delete icon 6:50 PTG

salam jumaat BM. perkongsian yg bermanfaat. sama2 kita tingkatan amalan di hari jumaat yg bahagia ni. selamat bercuti besok :)

Khir Khalid delete icon 7:21 PTG

Maaf bermaafan amalan mulia.. sama2lah saya memohon maaf jika ada kelemahan, salah & khilaf sepanjang perkenalan & persahabatan terjalin. Semoga bersama kita semua beroleh keberkatan selamanya... aamiin. Salam Jumaat BM, semoga sentiasa ceria.. :)

BUNDA delete icon 8:16 PTG

Jumaat terakhir baru sahaja berlalu semoga dipanjangkan umur bertemu lagi diJumaat yang baharu dibulan yang baharu....
InsyaAllah...

Wafi Remli delete icon 9:50 PTG

Saling memaafkan adalah amalan yang sangat terpuji. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 itu. Amin.

mselim3 delete icon 11:34 PTG

Assalammualaikum...BM ,

Terima kasih atas ingatan dan doa itu.. pape pun mselim3 begitu juga andai ada salah silap minta diampunkan .. Semoga persahabatab kita terus berkekalan ..amin.

mselim3

kakiblog delete icon 7:16 PG

risau juga bila disebut jumaat terakhir...yalah soal ajal memang menjadi teka teki kepada kita semua!

Pha Is delete icon 12:50 PTG

teringat sebuah hadis dimana jibrail datang bertanyakan nabi "apa itu islam, apa itu iman, dan apa itu ihsan?"..

Mizz Aiza delete icon 12:49 PTG

sangat bermanfaat perkongsian ini BM.. bersama kita bermuhasabah diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik.. insya-Allah.. :D

siri Tazkirah yang sangat bagus di Blog ini, tahniah dan semoga istiqamah:)

OKje delete icon 11:13 PTG

Weyh ....okje pun mintak maaf yeh.....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap