Cambodia - Kingdom Of Wonder |
Negara yang dahulunya terpinggir dan tertutup, kini semakin melangkah maju. Dunia yang tersembunyi seribu keindahan dan keistimewaan kini terbuka untuk dilawati dan diterokai oleh seluruh penduduk dunia.
Apa yang menarik dan istimewanya melancong ke Negara Kemboja ini? Nikmati beberapa lokasi pelancongan pilihan terbaik untuk anda mengenali dan mengujakan untuk dilawati. Anda pasti akan terpesona...
Apa yang menarik dan istimewanya melancong ke Negara Kemboja ini? Nikmati beberapa lokasi pelancongan pilihan terbaik untuk anda mengenali dan mengujakan untuk dilawati. Anda pasti akan terpesona...
Keajaiban Angkor Wat
Angkor Wat Temple |
Terletak di utara Bandar Seam Reap, Angkor Wat menawarkan keindahan dan keunikan senibina serta kemajuan tamadun yang sungguh menakjubkan pada zamannya sehinggakan diiktiraf sebagai salah satu keajaiban dunia.
Dikelilingi oleh alam semulajadi yang menjadikan lokasi ini tarikan utama dan menjadi simbol kebanggaan dan paling berharga buat negara Kemboja. Paling diingati pastinya Angkor Wat ini pernah menjadi lokasi pengambaran filem 'Tomb Rider'.
Suasana di Bandaraya Phnom Penh |
Dengan penduduk melebihi 2 juta orang, kotaraya ini menjadi lokasi tumpuan yang menjanjikan pelbagai tarikan istimewa untuk sedia dinikmati.
Pemandangan dan suasana kehidupan yang berbeza sudah cukup mempersonakan untuk anda mengenali lebih dekat akan budaya dan kehidupan masyarakat disini.
Bandaraya Phom Penh - Kemboja |
Royal Palace, Silver Pagoda & Wat Phnom
Salah satu lokasi wajib dilawati bila berada di Phnom Penh adalah komplek Istana Diraja dan Silver Pagoda yang dibina pada tahun 1813. Senibina istana yang bercirikan senireka tradisi terkenal Kemboja pasti membuatkan setiap pengunjung terpukau dengan keindahannya. Dibina dengan salutan emas tulen dan perak, menjadikan komplek Istana Diraja ini adalah persinggahan yang meninggalkan sejuta kenangan terindah ketika berada di Phnom Penh.
Monumen Kemerdekaan 'Wat Phnom' yang berbentuk unik umpama rekaan candi Angkor Wat juga salah satu tarikan yang perlu dikunjungi. Ianya menjadi lokasi 'landmark' bagi Bandaraya Phnom Penh.
Phnom Penh landmark - Independent Monument |
Muzium Menarik di Kemboja
Selain itu, Muzium Negara (National Museum) yang bercirikan bangunan tradisi yang sungguh menawan pasti menggamit anda untuk meneroka isi didalamnya. Pastinya tidak sia-sia apabila pelbagai pameran bersejarah dan penuh kesenian untuk anda mengenali budaya dan keistimewaan 'Kingdom of Wonder' ini.Cambodia National Museum |
Choeung Ek Field |
Muzium Toul Sleng dan Choeung Ek Field menjadi saksi dan menceritakan kesengsaraan, tragedi berdarah serta azab ketika zaman gelap pemerintahan kejam Rejim Pol Pot dan tentera Khmer Rouge.
Lawatan anda disini pasti memberi kesan emosi dan simpati yang mendalam. Tinggalan yang menjadi sejarah hitam itu kini dipertontonkan kepada dunia dan menjadi tarikan unik anda di Phnom Penh.
Toul Sleng Museum |
Syurga Membeli Belah
Suasana didalam Russian Market |
Pelbagai barangan dan cenderahati daripada tradisional, asli mahupun tiruan, hinggalah barangan terkini boleh anda dapati dengan harga yang cukup murah dan berpatutan.
Pasti anda akan rambang mata melihat segala jenis barangan yang dijual disini. Lokasi yang pastinya tidak cukup sehari untuk disingahi.
Pelbagai pilihan cenderahati dan barangan sedia dibawa pulang |
Keindahan Alam Semulajadi di Kampong Thom
Jika anda sukakan keindahan alam semulajadi dan ingin mengenali budaya tempatan, terdapat beberapa lokasi yang bertepatan dengan minat anda. Pengembaraan di luar bandar, di kampung-kampung tradisi yang masih terpelihara dengan budaya unik penduduk tempatan pasti memikat hati anda.
Sebuah kepulauan peranginan di Kampong Thom |
Di tambah pula dengan keindahan alam yang masih terpelihara jauh dari gangguan kemodenan, kesibukan dan pencemaran. Inilah keistimewaan yang ditawarkan di Kampong Thom. Kawasan petempatan di pinggir laut yang sungguh mengujakan.
Kemboja - 'Kingdom of Wonder'
Banyak lagi keistimewaan dan keunikan Kemboja yang perlu anda terokai sendiri. Dari bandar metropolitan hingga ke pedalaman. Dari pantai yang memutih hingga kepergunungan yang menghijau. Kebudayaan tersendiri dengan tinggalan sejarah yang mengagumkan. Itulah keistimewaan 'Cambodia - Kingdom of Wonder', yang sudah pastinya menggamit kehadiran pelancong dari serata dunia.
Namun bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha, pasti menjadi sedikit masalah dan kesukaran buat pelancong-pelancong Muslim untuk melancong ke negara yang menarik dan mempersonakan ini.
Pelancongan Untuk Muslim
Kini tidak lagi, Cambodia Muslim Holiday Travel yang diusahakan oleh Ustaz Yahya Al-Hafiz memberi pilihan terbaik untuk pelancong Muslim melancong ke Kemboja. Dengan pakej-pakej menarik dan berpatutan, kini anda tidak perlu risau tentang keperluan, keselesaan dan kehendak anda sebagai seorang muslim untuk melancong di negara tersebut tanpa was-was.
Masjid di Kampung Cham |
Melancong sambil beramal, satu pekej lengkap anda bersama Cambodia Muslim Holiday Travel. Nikmatilah keindahan, keunikan dan keistimewaan negara Kemboja sambil beramal untuk bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah
Dapatkan maklumat lanjut pakej ini di link berikut :
Dapatkan maklumat lanjut pakej ini di link berikut :
Website : CambodiaMuslimTravel.Com
Facebook : Cambodia Muslim Holidays
Hubungi : cmh.holidays@gmail.com
Author by Bin Muhammad
37 comments - "Melancong Dan Beramal Di Kemboja 'Kingdom of Wonder'"
wah cantik sungguh negara Cambodia nibagai lukisan semulajadi....banyak tempat bersejarah lagi menarik boleh dilawati
RM2000? wah..dah boleh buat duit poket p kemboja tu BM..good luck
Cantiknya..
Paling unik angkor wat tu .
Kat sini ramai orang kemboja meniaga kain,diorang bawa bisnes dari tanah air mereka rupanya.
wah menarik ni hadiah RM 2000 lagi, apapun mmg menariklah tempat ni
sangat menarik entri ini.. terperinci... moga menang yer BM
ingatkan blog MKL tadi sebab pandang title aje
rupanya blog BM, dahsyatlah BM ni
untuk contest pun bersungguh-sungguh
moga menang ye. amin =)
Kalau dpt jgn lupa kakak tau. Kakak dapat FM Kemboja pun jadilah.
Penuh paparan dan informasi menarik dari N3 ini.
Selamat maju jaya.
Assalamualaikum.. wah terbaik Entri ni. Macam majalah percutian yang menarik dan best dibaca.Info dan gambarnya menarik, segar melihat gambarnya yang seperti lukisan.. Apapun, terbaik! buat BM. Semoga menang contest ini...
Tahun lepas ada nak buat 'community service' kat sana tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu...huhu
pcl selalu ke Pasar Kemboja sini aje...entah bila la boleh sampai betul2 negara dorang..teringin jugak !
Tahniah....semoga berjaya.
banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di kemboja ya.. seram pula tengok tengkorak dalam muzium tu BM..
Banyak sungguh tempat yg menarik & penuh ilmu utk dilawati.. belajar iktibar pengajaran sambil beramal & mengenali saudara2 kita di negara yg kuat dgn kepercayaan buddha & lain2nya.. Semoga berjaya BM.. all the best!.. :)
Sudah dapat diagak apabila membaca tajuknya dan permulaan entri. Selalunya BM akan menulis entri yang sebegini rupa hanya dalam segmen. Tahniah dan semoga berjaya BM.
Terima kasih..doakan terbaik ya :)
RM2000 tu jumlah semua, bukan hanya utk satu pemenang.
Terima kasih Kak Anim, doa akak amat dihargai
Kalau Kathy kesana mau senget kapal terbang Kathy borong...hehe
RM2000 adalah jumalah keseluruhan. Tapi pemenang pertama pun banyak juga lah. Ada rezeki adalah..
Terima kasih Acik...
Sesekali buat entri travelog...tapi tak sehebat MKL.
Terima kasih Yana diatas sokongan :)
InsyaAllah...tapi bukan dapat pergi kemboja pun.
Terima kasih diatas sokongan
Terima kasih kerana menyukainya. Semoga doa anda menjadi kenyataan :)
Mungkin ada rezeki yang lebih baik sedang menanti. :)
Sama lah kita...InsyaAllah, ada rezeki...sampailah tu nanti.
Terima kasih MKL
Rasanya tempat tu memang tak sesuai buat orang yang lemah semangat. Semua tu tengkorak asli!
Benar kata pepatah, Jauh perjalanan luas pandangan. Pelbagai yg boleh kita nikmati dan pelajari. Terima kasih Khir
Nampaknya TI semakin mengenali... Sekadar mengasah bakat menulis, kerana peraduan sebegini perlukan kemahiran dan kreatif untuk menarik pembaca. Ianya sangat membantu daya kreativiti diri. Menang atau tidak, itu perkara kedua...
Assalam....jauh BM merantau kali ni...apa pun semoga berjaya dalam contest ini...
blh honeymoon lagi nih . penerangan yg lengkap bagi mrk yg sdg mencari2 maklumat ttgnya . semoga berjaya ...
salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com
geli dan ngeri tengok tengkorak kat muzium tu...
Owhh, contest ye tuan BM. Semoga berjaya insyaAllah. Moga rezeki menjadi milik tuan.
saya teringin nk jejak kaki ke Kemboja sejak saya suka sangat baca novel 'I Love You Stupid!' Dalam novel tu cerita tentang kemboja, umat islam kemboja sangat menakjubkan..
Good luck BM..hari ni lastkan..tak sempat nak join dah...Kalau menang tu berbaloi..
moga menang yer BM...zie pernah kesana mmg menarik..rasa nak ge lagi..byk lagi yg nk di shopping :)
Semoga berjaya!!! :)
Kalau ada rezeki memang nak ke sana.
Tak pelah tak dapat gi cambodia pun...kita bukan pencinta tempat gitu....tp kalau bagi free nak aje hrhe
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”