Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas
Kehilangan MH370 - Doa dan Harapan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu kepada semua... Kehilangan MH370 masih menjadi topik utama dimana-mana. Kehilangan yang sudah masuk seminggu ini terus menjadi misteri.

Semalam segalanya telah jelas... MH370 telah diubah arah haluannya. Ianya telah menukar persepsi awal dari jangkaan terhempas kini berkemungkinan pula dirampas.

Terlalu banyak persoalan sebenarnya dan tidak mampu dijawab selagi ianya tidak ditemui. Sekadar meneka dalam kesamaran. Biarkanlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka mencari dan menyelesaikan misteri kehilangan MH370 ini. 

Kita hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan dan segera selesai dengan selamat. Semoga ahli keluarga mangsa juga terus tabah dan tidak putus harapan

Sepanjang seminggu kehilangan MH370, pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan. Tidak kurang juga pelbagai ragam serta spekulasi bertebaran. Bersama kita ikuti rentetan seminggu kehilangan MH370 bersama nukilan istimewa gurindam syair khas buat anda semua...

Kemana Arah Tujumu MH370?


KL ke Beijing terbang sendiri,
Boeing 777 pesawat dipercayai,
M.A.S syarikat yang dihormati,
239 penumpang senang hati...

Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas

Komunikasi terputus ditengah jalan,
Disempadan Vietnam hilang tanpa dikesan,
Seluruh dunia gempar juga hairan,
Sekelip mata lesap dari pandangan...

Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas

Gundah gulana sanak saudara,
Menanti berita kesayangan tiba,
Gerakan mencari di laut juga udara,
Kerjasama antara pelbagai negara...

Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas

Serata Laut Cina Selatan diterokai,
Utara Semenanjung Malaysia diteliti,
Sepanjang Selat Melaka pula digempuri,
Namun tiada kesan yang ditemui...

Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas

Solat hajat serata pelusuk negeri,
Doa dipanjat semoga selamat ditemui,
Bomoh tikar terbang turut mencari,
Malukan agama juga negara sendiri...

Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas

Hari demi hari setia menanti,
Pelbagai cerita juga spekulasi,
Tenggelamkan semua berita sensasi,
MH370 hilang penuh misteri...

Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas

Kini sudah masuk hari ke lapan,
Namun tidak sekali putus harapan,
Nyata MH370 mengubah haluan,
Arah tujumu menjadi persoalan?

Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas

Petunjuk baru memberi petanda,
Harapan kabur cerah semula,
Menunggu khabar berita gembira,
Berdoalah kita pada yang Esa...

Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas

Terima kasih bersama Relaks Minda...


Author by Bin Muhammad

28 comments - "Kehilangan MH370 - Terhempas Atau Dirampas?"

Wafi Remli delete icon 3:38 PG

Masih tak puas hati dengan bomoh tu...geramm!

banyak teori dan spekulasi diinternet...

Assalamualaikum BM...malam tadi di Laguna Merbok, TG Dato' Haron Din meminta kita melihat musibah kehilangan MH370 dengan mata hati.

Salam hujung minggu BM. Rasanya berkat doa kita semua, petunjuk MH370 berada semakin jelas. Oleh itu, marilahs ama-sama kita berdoa suapaya MH370 dijumpai dan semuanya dalam keadaan selamat.

BUNDA delete icon 8:42 PG

Allahuakbar...

#MH370 Kepulangan mu Sentiasa Dalam Penantian....
InsyaAllah ada sinar disebalik doa-doa...

#DoaBuatMH370... :(

Pha Is delete icon 11:13 PG

wallahu a'lam.. selagi belum ditemui, selagi belum dengar kenyataan dari kapten kapal sendiri, kita cma boleh buat teori..

Zawiah delete icon 2:21 PTG

dah blh agak apa sbbnya cuma masih perlu sopan dlm memberi komen . semoga mereka semua masih selamat ... aaamin .

Khir Khalid delete icon 2:28 PTG

Kalau dihijack harapan mereka semua selamat masih ada... semoga diberi keselamatan & perlindungan kpd mereka semua & dipermudahkan segala usaha pencarian MH370... aamiin..

Unknown delete icon 2:59 PTG

Doaku agar Malaysia selamat dari cengkaman kuasa luar

terlalu banyak teori dan spekulasi... moga pesawat itu di jumpai ..amin ya ALLAH

paridah delete icon 4:10 PTG

syair yg sangat hebat mengungkap cerita sebenarnya...in sya Allah mrk yg hilang bersama pesawat mas 370 dilindungi Allah keselamatan mrk.

Mizz Aiza delete icon 4:16 PTG

hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya.. bersama kita doakan semoga ianya segera ditemui..

kita tunggu dan lihat, semoga mereka semua selamat..
BM yang zam zam ala kazam tu nak terbang kemana?

Blog Santai delete icon 10:34 PTG

Berdoa & Terus Berdoa. Yakin kuasa Allah mengatasi segalanya..

Abam Kie delete icon 11:36 PTG

abe kie suka baca syair di atas. sungguh kreatif

Tanpa Nama delete icon 10:24 PG

x mampu nak fikir2 lg BM, hanya mampu terus mendoakan yg terbaik !

ya allah semoga dipermudahkan urusan pencarian...

Unknown delete icon 11:24 PG

semoga Allah permudahkan segala urusan... ya Allah bantulah kami ya Allah

Dah seminggu lebih tak jumpa-jumpa lagi ni. Kasihan pada ahli keluarga yang masing ternanti-nanti jawapan tentang nasib flight tu.

kalau iya di rampas berarti tu orang ahli sekali technologi

perompaknya melibatkan orang dalam mungkin...

Semoga mereka semua selamat..

Tanpa Nama delete icon 1:08 PTG

terjawab teka teki,setelah MH370 di temui..

semoga semuanya baik-baik sahaja...

Unknown delete icon 9:13 PG

Jika pesawat tersebut di rampas... pihak yg merampas mesti inginkan sesuatu sebagai timbal balas... tapi kita tidak diberitahu tentang itu...

Yana Yani delete icon 4:54 PTG

dah hari ke-14 ni, misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai
macam-macam cerita dan seluruh dunia memperkatakannya
hopefully mereka masih selamat

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap